Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN

PERPUSTAKAAN

 Pelajar-pelajar diminta menanggalkan kasut sebelum masuk


ke perpustakaan dan menyusunnya di rak yang telah
disediakan.

 Merokok, makam, minum, tidur, berjudi atau sebarang


permainan adalah dilarang di dalam perpustakaan.

 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membawa masuk kertas


catatan dan alat tulis sahaja. Beg, bungkusan, payung dan
sebagainya tidak boleh dibawa masuk ke dalam
perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang
tersebut disediakan di pintu masuk perpustakaan. Pihak
perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan harta benda.

 Menempah tempat duduk adalah tidak dibenarkan. Buku-


buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi atau
meja dalam jangka waktu tertentu akan dipungut oleh
pustakawan yang bertugas.

 Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersopan


ketika berada di perpustakaan. T-Shirt tidak berkolar dan
T-Shirt berwarna-warni tidak dibenarkan , kecuali T-Shirt
sekolah dan T-Shirt rumah sukan.

 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan atau berada


dalam keadaan yang mencurigakan.

 Pelajar-pelajar mestilah SENYAP di perpustakaan. Membuat


bising adalah dilarang sama sekali.
 Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengoyak atau
membawa keluar bahan bacaan tanpa kebenaran.

 Ketika hendak meninggalkan perpustakaan, pelajar-pelajar


dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan
yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.

 Segala peraturan peminjaman dan pemulangan buku mestilah


dipatuhi.

 Pustakawan yang bertugas berhak dan berkuasa mengarahkan


seseorang pengguna meninggalkan perpustakaan jika didapati
mengganggu ketenteraman.

 Loceng isyarat akan dibunyikan 5 minit sebelum masa untuk


ditutup dan semua pelajar hendaklah meninggalkan
perpustakaan apabila tiba masanya.

 Guru Penyelaras Pusat Sumber berkuasa menarik balik kuasa


kemudahan perpustakaan sekiranya peraturan-peraturan di
atas tidak dipatuhi.

 Pustakawan yang bertugas hendaklah memastikan lampu,


kipas, penghawa dingin telah tutup sebelum meninggalkan
perpustakaan.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.

Anda mungkin juga menyukai