Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA’AFAR

PERATURAN PENGGUNAAN (SOP)


BILIK / KELAS

SEBELUM MASUK:
 Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sopan
 Membawa buku dan alat tulis
 Membuka suis lampu dan kipas

SEMASA MENGGUNAKAN BILIK:


 Duduk dalam kumpulan mengikut susunan yang disediakan.
 Mengalihkan meja dan kerusi adalah dilarang.
 Merokok, makan, minum, tidur dan berjudi adalah dilarang di dalam bilik.
 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam keadaan yang mencurigakan.
 Pelajar-pelajar mestilah SENYAP semasa ketiadaan guru.
 Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengoyak atau membawa keluar bahan bacaan/
maklumat di papan kenyataan tanpa kebenaran.
 Guru / Ketua kelas mestilah mengawasi kelas daripada mengganggu ketenteraman.

SEBELUM MENINGGALKAN:
 Mengamalkan polisi 5 minit sebelum keluar:
- Mengemaskan meja, buku dan alat tulis
- Menyusun meja seperti sediakala
- Memasukkan kerusi ke dalam meja
 Ketika hendak meninggalkan kelas, pelajar-pelajar dikehendaki membawa semua peralatan
/ bahan bacaan masing-masing.
 Semua pelajar hendaklah meninggalkan kelas apabila masa penggunaan telah tamat.
 Jika anda orang yang terakhir meninggalkan kelas, sila pastikan:
- Semua suis lampu dan kipas ditutup
- Semua pintu bilik dikunci
 Guru matapelajaran hendaklah memastikan semua peraturan di atas telah dipatuhi

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA’AFAR

PERATURAN PENGGUNAAN (SOP)


TANDAS

1. PENGGUNAAN BILIK TANDAS

 Berhati-hati semasa menutup pintu tandas.


 Pastikan tandas di “flush” selepas menggunakannya.
 Jirus air disekeliling lubang tandas untuk membersihkannya.
 Jangan membasahkan lantai tandas kerana ini akan menyebabkannya licin dan
membahayakan.
 Jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas.
 Gunakan tong sampah yang disediakan.
 Jangan menconteng dinding tandas.
 Pastikan tandas sentiasa bersih.
 Sila laporkan sebarang kerosakan kepada guru bertugas.

2. PENGGUNAAN SINKI

 Buka paip air pada kadar sederhana.


 Air yang terpercik di atas sinki hendaklah disapu kering.
 Jangan membuang sampah ke dalam sinki.
 Jangan duduk di atas tembok sinki.
 Jangan menconteng dinding dan cermin.
 Jangan meludah merata-rata.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JA’AFAR

PERATURAN PENGGUNAAN (SOP)


BILIK STOR

SEBELUM MASUK BILIK STOR:

 Hanya Orang yang berkenaan sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik ini.
 Guru-guru dibenarkan masuk jika mempunyai urusan.
 Mereka yang mempunyai urusan perlu mendapat kebenaran untuk masuk daripada PIC bilik

SEMASA MENGGUNAKAN BILIK STOR:

 Membuka suis lampu dan kipas.


 Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab dengan buku-buku dan alat-alat lain yang
ditinggalkan di dalam bilik ini.
 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam keadaan yang mencurigakan di dalam bilik
ini.
 Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar peralatan tanpa kebenaran.

SEBELUM MENINGGALKAN BILIK STOR:

 Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun kembali di tempat yang
sepatutnya.
 Pastikan bilik stor kemas sebelum meninggalkannya.
 Jika anda orang yang terakhir meninggalkan Bilik Stor, sila pastikan suis lampu dan kipas
ditutup

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.

Anda mungkin juga menyukai