Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK ACUAN AYAT

1. Ayat yang menggunakan imbuhan me. ( siapa, me , apa, untuk, siapa )



Bil siapa me.. apa untuk siapa
1 Ibu membancuh secawan kopi untuk ayah
2 Abang melukis gambar kartun untuk adik
3 Kakak membaca buku cerita untuk adik
4 Sulaiman membuat arca untuk isterinya
5 Azman menulis surat untuk kekasihnya
6 Nagesh mengambil minuman sejuk untuk pelanggannya
7 Jayum membawa sebakul buah-buahan untuk kawan barunya
8 Kadir membuka pintu kereta itu untuk tuannya
9 Rahimah menuang air teh panas untuk tetamunya
10 Pak Samad membina rumah itu untuk anak-anak yatim


2. Ayat yang menggunakan apitan me.kan ( siapa, mekan, siapa, apa )

Bil siapa mekan siapa apa
1 Ibu membancuhkan ayah secawan kopi
2 Abang melukiskan adik gambar kartun
3 Kakak membacakan adik buku cerita
4 Sulaiman membuatkan isterinya arca
5 Azman menuliskan kekasihnya surat
6 Nagesh mengambilkan pelanggannya minuman sejuk
7 Jayum membawakan kawan barunya sebakul buah-buahan
8 Kadir membukakan tuannya pintu kereta itu
9 Rahimah menuangkan tetamunya air teh panas
10 Pak Samad membinakan anak-anak yatim rumah itu


3. Ayat yang menggunakan apitan me.i ( siapa, meI, siapa, apa )

Bil siapa mei siapa apa
1 Saya menghadiahi Puan Rohani sebuah novel.
2 Ketua Menteri menganugerahi Encik Halim pingat cemerlang.
3 Sultan Selangor mengurniai pelakon itu pangkat Datuk.
4 Ibu mengirimi saya sepucuk surat.
5 Salawati menghuluri abangnya seutas tali.
6 Encik Wong menghutangi Encik Ali wang sebanyak RM300.
7 Pengarah Syarikat menyerahi beliau tugas yang berat.
8 Ayah menasihati abang perkara itu.
9 Yang Berhormat
Fatimah
merenjisi pasangan
pengantin itu
air mawar.
10 Tuhan melimpahi hamba-Nya rahmat.
11 Halim meminjami Norazlina buku kerjanya.
12 Ibu bapa mencontohi anak-anaknya tingkah laku yang baik.
13 Encik Lim mencurahi kami ilmu pengetahuan.
14 Perdana Menteri menawari beliau jawatan itu.
15 Pak Salleh memberi ** abang wang sebanyak RM100.
16 Tokoh agama itu menyeru(i) kami kebaikan.

4. Ayat yang menggunakan apitan me.kan ( siapa, mekan, apa, kepada, siapa)


Bil

siapa

mekan

apa

kepada

siapa
1 Baginda mengurniakan pangkat datuk kepada pelakon itu.
2 Salmah menghulurkan seutas tali kepada abang
3 Sultan menganugerahkan pingat kebesaran kepada Menteri Besar
4 Kakak mengirim(kan) sepucuk surat kepada adik
5 Encik Rajan mengajarkan mata pelajaran sains kepada kami
6 Pak Salleh memberikan wang sebanyak rm50 kepada anaknya
7 Encik Wong menghutangkan wang sebanyak rm100 kepada pekerjanya
8 Perdana Menteri menawarkan jawatan itu kepada saya
9 Tuhan mencucurkan rahmat kepada kami sekeluarga
10 Dia memberitahukan perkara itu kepada ibunya
11 Encik Teh menyerahkan tugas yang berat kepada pembantunya
12 Ayah menasihatkan perkara itu kepada abang
13 Ibu bapa mencontohkan tingkah laku yang baik kepada anak-anak
14 Puan Jane mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak muridnya
15 Halimi meminjamkan majalah itu kepada Nurazlina.
16 Beliau merenjiskan air mawar kepada pasangan pengantin itu
17 Tuhan melimpahkan rahmat kepada umat-nya
18 Imam masjid menyerukan kebaikan kepada kami



5. Ayat yang menggunakan apitan di.kan ( apa, dikan, oleh siapa, kepada, siapa )

Bil apa di..kan oleh siapa kepada siapa
1 Pangkat datuk dikurniakan oleh baginda kepada pelakon itu.
2 Seutas tali dihulurkan oleh Salmah kepada abang
3 Pingat kebesaran dianugerahkan oleh Sultan kepada Menteri Besar
4 Sepucuk surat dikirim(kan) oleh kakak kepada adik
5 Mata pelajaran sains diajarkan oleh Encik Rajan kepada kami
6 Wang sebanyak RM50 diberikan oleh Pak Salleh kepada anaknya


6. Ayat yang menggunakan apitan di.i ( siapa, di..i , oleh siapa, apa )

Bil siapa dii oleh siapa apa
1 Pelakon itu dikurniai oleh baginda pangkat datuk
2 Abang dihuluri oleh Salmah seutas tali
3 Menteri besar dianugerahi oleh Sultan pingat kebesaran
4 Adik dikirimi oleh kakak sepucuk surat
5 Kami diajari oleh Encik Rajan mata pelajaran sains
6 Anaknya diberi oleh Pak Salleh wang sebanyak RM50








7. Ayat yang menggunakan akhiran .kan ( apa, KGN 1 & 2, kan, kepada, siapa )

Bil apa KGN 1 & 2 .kan kepada siapa
1 Sepasang persalinan beta kurniakan kepada beliau
2 Seutas tali saya hulurkan kepada abang
3 Pingat kebesaran beta anugerahkan kepada beliau
4 Rahmat Engkau cucurkan kepada kami
5 Mata pelajaran Sains saya ajarkan kepada mereka
6 Wang sebanyak RM100 anda hutangkan kepada Encik Lim


8. Ayat yang menggunakan akhiran .i ( siapa, KGD 1 &2, I, apa ) )

Bil siapa KGN 1 & 2 i apa
1 Beliau beta kurniai sepasang persalinan
2 Abang saya huluri seutas tali
3 Beliau beta anugerahi pingat kebesaran
4 Kami Engkau cucuri rahmat
5 Mereka saya ajari mata pelajaran sains
6 Encik Lim anda hutangi wang sebanyak
rm100


9. Ayat yang menggunakan KK tanpa awalan dan akhiran ( apa, KGD 1 &2, KK tanpa awalan dan
akhiran, untuk , siapa )

Bil apa KGN 1 & 2 KK tanpa
awalan dan
akhiran
untuk siapa
1 Secawan kopi saya bancuh untuk ayah
2 Gambar kartun abang lukis untuk adik
3 Lukisan itu kami buat untuk beliau
4 Ubat batuk anda beli untuk saya
5 Air teh engkau tuang untuk pegawai itu
6 Pakaian yang kotor itu kamu basuh untuk Hartini


10. Ayat yang menggunakan KK tanpa awalan dan akhiran ..kan ( siapa, KGD 1 &2, KK tanpa awalan
berakhiran kan, apa )

Bil siapa KGN 1 & 2 KK tanpa awalan
berakhiran kan
apa
1 Ayah saya bancuhkan secawan kopi
2 Adik abang lukiskan gambar kartun
3 Beliau kami buatkan lukisan itu
4 Ibu saya anda belikan ubat batuk
5 Pegawai itu engkau tuangkan air teh
6 Hartini kamu basuhkan pakaian yang kotor itu

Anda mungkin juga menyukai