Anda di halaman 1dari 17

Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan

manusia.
Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun
dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.
Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam
tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh
anda.
Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang
pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa
tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas.
Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang
sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda.
Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang
dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa
fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian
badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku
kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat.
Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini
kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang
dihasilkan oleh perempuan.


Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar
selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia,
supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah
kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang
berlainan.
Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu
yang boleh terapung dalam air.
Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh
sampai ke darat dan membahayakan manusia.
Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan
ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.
Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga
benua Afrika!
Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai
8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras. Berlian semula jadi dibentuk
oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke
permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.
Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia
berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.


Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter
(1000 inci) di Cherrapunji, India.
Ketulan hujan batu paling berat pernah direkodkan ialah 1.0kg (2.25 lb) dan
jatuh di Daerah Gopalganj, Bangladesh pada 14 April 1986.
Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza; ia
termasuklah cumulus, stratus, cirrus dan nimbus.
Bumimengalami berjuta-juta ribut kilat setiap tahun. Ia adalah pengeluaran
eletrik yang luar biasa daripada udara yang boleh mencecah suhu hingga
54,000 darjah Farenheit(30,000 darjah Selsius) dan pada kelajuan 60,000
m/s (130,000 bpj).






Dinosaur pertama yang diberi nama secara rasmi ialah Megalosaurus, pada
tahun 1824.

(Megalosaurus)
Orang yang mengkaji dinosaur dipanggil ahli paleontologi.
Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya
adalah herbivore (pemakan tumbuhan), bukannya karnivor (pemakan
daging).

Brachiosaurus Apatosaurus
Dinosaur paling kecil yang diketahui ialah Compsognathus. Ianya tinggal di
Eropah pada zaman Jurassic dan bersaiz seekor ayam.Compsognathus
dipercayai memakan serangga, cicak dan haiwan kecil yang lain.

Perkataan "dinosaur" dicantum dan direka oleh Sir Richard Owen, yang juga
merupakan pengasas Muzium Sejarah Semulajadi di London, England.
"Dinosaur" bermaksud cicak yang teruk dan ini berdasarkan perkataan
Greek "deinos" (yang teruk) dan "sauros" (cicak).

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki
belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan
mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.
Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir
100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan.
Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian
pada jarak empat kali ganda.
Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer.
Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap
10000 harimau.
Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya,
menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati. Seekor anak
jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan
anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba
memakannya!
Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba. Ikan
lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).
Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas harimau). Singa yang hidup
liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam sehari.
Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan dan memakan buluh,
tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila dewasa boleh makan hingga 30 kilogram
makanan sehari.
Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh
melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya
walaupun ia tidur.
Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya
berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain.
Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu
malam. Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia
tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.
Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 1.8 meter, ia mengandungi bilangan vertebra yang sama seperti
leher manusia.
Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang ia menggunakan
belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang
semula jadi.

Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh
berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh
meloncat dan melompat pada jarak jauh.
Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun, ini
bukannya senyuman asli kerana longgokan lemak di kepalanya menghalang otot-otot mukanya
daripada mencecah permukaan air.
Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada mamalia
lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang panjang dan banyak meluangkan masanya berlari
berderap pada kelajuan 12 16 kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam
dan telah diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu malam.
Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta
saudara mara. Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada
desibel 188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer. Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.
Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang sama
berat.
Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh
terbang ke belakang.
Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.
Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak
mereka dengan pantas.
Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.
Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.
Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam
makanan yang dimakan.
Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam. Lalat rumah hanya
boleh hidup selama 2 atau 3 minggu. Nyamuk merupakan serangga yang menyakitkan tetapi adakah
anda tahu yang hanya nyamuk betina menggigit manusia.
Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia
masuk ke dalam atau tidak.
Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan
pemburuan. Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan
mengundur ke belakang.
Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka!
Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.


Dengan memakan saderi, anda sebenarnya membakar lebih kalori dengan
mengunyah saderi
Badan manusiamemerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa
fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian
badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku
kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan
penat. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging, ikan, kacang
kuda, tauhu, kacang dan lentil.













Helium lebih ringan daripada udara di keliling kita, itu sebabnya ia amat
sempurna bagi belon yang terdapat di parti harijadi
Tindak balas kimia berlaku pada setiap masa, termasuk aktiviti harian seperti
memasak. Cuba masukkan asid seperti cuka dengan soda penaik dan lihat apa
akan berlaku!
Manusia bernafas mengeluarkan karbon dioksida (CO
2
).Dengan menggunakan
cahaya matahari,tumbuh-tumbuhan menukarkan karbon dioksida kepada
makanan semasa proses yang dipanggil fotosintesis.
Logam biasanya padat, pengalir eletrik dan habayang baik, bersinar bila ia
bersih, kukuh dan boleh dilentur dan dibentuk.
Emas bersinar dan tidak terhakis. Ini bermakna ia suatu logam yang baik
untuk membuat barang kemas.
Raksa adalah logam berbentuk cecair pada suhu bilik. Raksa adalah cecair
yang digunakan dalam termometer di klinik. Tembaga merupakan pengalir
elektrik yang baik dan selalunya digunakan untuk membuat wayar. Aluminium
merupakan pengalir haba yang baikdan selalunya digunakan untuk membuat
periuk masak.







Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang
di seluruh dunia.Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja
lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia.
Contoh makanan dan masakan yang terkenal di sesetengah kawasan di dunia
termasuklah humus di Timur Tengah, pai epal di Amerika Syarikat, ikan
mentah di Jepun, keju di Perancis, daging panggang dan sayur di England, kari
di India dan totila di Mexico.
Memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda.
Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan
menyingkirkannya daripada mata anda.
India merupakan pengeluar pisang terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira
22 juta tan pada tahun 2007. Contoh sayur-sayuran yang terkenal
termasuklah selada, lobak merah, asparagus, kubis bunga, brokoli, bayam,
kentang dan bawang. Contoh buah-buahan yang terkenal termasuklah epal,
limau, pir, strawberi, pic, apricot dan anggur.






Matahari adalah 300000 kali lebih besar daripada bumi.
Planet Zuhrah (Venus) adalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu
permukaan lebih daripada 450 darjah selsius.
Disebabkan tarikangraviti yang rendah, seseorang yang berat badannya 100kg di Bumi akan
menjadi hanya 38kg di permukaan Marikh.
Disebabkan graviti Matahari & Bulan maka Bumi kita mempunyai keadaan laut yang pasang &
surut.
Utarid mempunyai graviti permukaan yang amat rendah. Oleh kerana ia sangat berhampiran
dengan Matahari, suhu siang hari boleh mencecah lebih 400 Darjah Selsius.
Udara di planet Zuhrah sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida. Saiznya kecil
sedikit daripada Bumi. Ia juga mempunyai ciri-ciri graviti sama dengan Bumi. Permukaan
planet Zuhrah selalunya digambarkan sebagai gurun ribut, penuh dengan lubang ledakan dan
gunung berapi yang sangat aktif.
Marikh digelar sebagai planet merah kerana ia diliputi habuk seperti warna karat. Udaranya
pun berwarna merah jambu, diwarnakan oleh butiran habuk kecil yang dilontar ke atas dari
permukaan.
Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Ia terlalu besar hingga
lebih daripada 1300 Bumi boleh dimuatkan di dalamnya.
Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria kita dan ia terdiri daripada gas
hidrogen. Ia dikelilingi oleh sistem lingkaran yang mengunjur keluar ke angkasa lepas beribu-
ribu kilometer. Lingkaran itu terdiri daripada berjuta-juta hablur air batu, ada yang sebesar
sebuah rumah dan ada yang sekecil sebintik habuk.
Uranus sukakan sedikit perbezaan. Ia menunjukkan jerebu biru/hijau yang indah disebabkan
oleh tahap tinggi gas metana dan berguling seperti sebuah tong. Oleh sebab Uranus
mengambil masa 84 tahun untuk mengelilingi matahari, ini bermakna setiap kutubnya berada
selama 42 tahun siang dan 42 tahun malam berikutnya.
Neptun adalah planet yang besar, hampir empat kali saiz Bumi. Neptun adalah planet air yang
besar dengan udara hidrogen-metana biru serta lingakaran yang kabur.
Pluto merupakan planet yang paling kecil dan paling jauh daripada sistem suria kita, kini ia
tidak diiktirafkan secara rasmi sebagai planet! Pada tahun 2006 ia diturunkan kepada status
planet kerdil. Oleh sebab is sangat jauh daripada matahari, ia sangat sejuk dengan suhu
antara -235 Darjah Selsius hingga -210 Darjah Selsius.

Benjamin Franklin telah menjalankan kajian eletrik terperinci pada abad ke
18. Dia mencipta sebatang objek untuk mengalirkan kilat yang merupakan
salah satu penemuannya. Batang objek ini melindungi bangunan jika berlaku
kilat dengan melakukan penyambaran kilat melalui wayar di dalam tanah. Kilat
ialah pengeluaran eletrik di udara.
Panahan petir boleh bergerak kira-kira 210,000 kpj (130,000 bsj), sambil
mencapai suhu hampir 30,000 darjah Selsius(54,000 darjah Farenheit).
Arus eletrik diukur dalam ampere (amps). Kuasa potensi eletrik diukur dalam
volt.
Masyarakat moden amat bergantung kepada kemudahan eletrik yang serba
boleh. Ia memberi kuasa kepada ketuhar gelombang mikro anda, menerangkan
rumah, membenarkan anda menonton TV dan banyak lagi.
Bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim).
Bunyi datang daripada getaran. Getaran ini mewujudkan gelombang bunyi yang
bergerak melalui media seperti udara dan air sebelum sampai ke telinga kita.
Air daripada laut atau laut dalam dipanggil air laut. Purata setiap kilogram
(2.2 paun) air laut mengandungi 35 gram (1.2 auns) larutan garam.
Air boleh bergerak ke atas melalui tiub sempit menentang kuasa
gravity.Pergerakan ini dipanggil tindakan kapilari.
Putaran air melibatkan air mengewap (tukar kepada gas), naik ke langit, sejuk
dan memekat menjadi titisan air hujan atau hablur air batu yang kita lihat
sebagai awan, jatuh ke Bumi sebagai hujan, salji atau hujan batu sebelum
mengewap semula dan meneruskan putaran.
Air mempunyai tiga tahap yang berbeza, cecair, pepejal dan gas.
Sungai terpanjang di dunia ialah Sungai Nil, ia menjangkau 6650 kilimeter
(4132 batu). Air terdiri daripada dua elemen, hidrogen dan oksigen. Fomula
kimianya ialah H
2
O. Undang-undang graviti Newton menerangkan tarikan
antara jasad dengan jisim, bumi dan bulan contohnya.


Sebuah kereta menggunakan separuh daripada minyaknya untuk mengatasi
rintangan angin sekiranya ia bergerak pada 80 kilometer sejam.

Kanta pembesar menggunakan sifat-sifat lensa berbentuk mungkum untuk
memperbesarkan gambar, membuatkan ia lebih senang untuk dilihat.

Walaupun jam analog telah rosak, sekurang-kurangnya ia menunjukkan masa
yang betul dua kali sehari.

Susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah
dicipta pada tahn 1860an.

Permainan video boleh dimainkan pada beberapa persada yang berlainan. Ini
termasuk konsol permainan, sistem bimbit, komputer, telefon bimbit, dan
lain-lain. Permainan video pertama yang menggunakan duit syling telah
diperkenalkan pada tahun 1970an dengan tajuk seperti Computer Space
dan Pong yang menjadi masyhur itu.

Robot merupakan suatu kemajuan teknologi. Kebanyakan robot merujuk
kepada makhluk hidup, samada haiwan atau manusia. Kebanyakan robot yang
dicipta adalah untuk membantu manusia dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sehingga kini, terdapat beberapa robot yang terkenal di serata dunia.
Antaranya ialah AIBO, PaPeRo, ASIMO, QRIO, PARO.













Robot AIBO:

Dibuat oleh: Sony (Japan)
Tinggi: 27cm
AIBO ialah: Artificial Intelligent Robot
AIBO mempunyai pelbagai ciri deria:
Sentuhan Rasa hubungan manusia melalui deria di kepala, belakang, dagu dan tapak kaki.
Pendengaran Mengesan bunyian melalui sepasang mikrofon stereo, pengenalan suara.
Penglihatan kamera berwarna, deria jauh dan pengenalan rupa.
Keseimbangan Menyeimbangkan melalui deria pemecutan.

Ciri-ciri lain:
AIBO mempunyai 5 naluri asasi: Sayang, Pencarian, Pergerakan, Caj semula & Tidur.
Setiap AIBO memulakan kehidupan sebagai anak anjing yang baru lahir, dan dari masa ke semasa ia
membina perwatakan uniknya sendiri berdasarkan bagaimana ia dibesarkan.
AIBO suka menari & bermain dengan permainannya AIBOne dan bola merah jambu, dia juga suka
bermain helah dengannya.
Apabila tenaga kuasanya menjadi rendah ia akan mencari stesen kuasanya dengan sendiri untuk
menjana kuasa.
AIBO boleh mengambil gambar jika diperintah atau bila-bila masa ia memilihnya, ini boleh dihantar
melalui emel atau disimpan dalam kad ingatannya.
AIBO boleh menjaga rumah anda apabila anda tiada di rumah, dia boleh mengesan pergerakan dan
bunyian, mengambil gambar dan memberitahu anda melalui emel.




Robot QRIO

Dibuat oleh: Sony
Tinggi: 61cm
Disebut curio iaitu nama pendek bagi quest for curiosity dalam bahasa
Jepun.
Tujuan: Untuk hidup dengan anda, buatkan hidup ini seronok dan buatkan anda
gembira.
Apa yang ia boleh buat? Berjalan, bercakap,berlari, menari, mengenali suara dan
rupa,bermain permainan bola dan melayari laman sesawang.
Ciri-ciri:
Deria kaki supaya ia boleh bermain bola sepak.
Buku lali dengan sendi bebola supaya ia boleh berjalan di atas
permukaan tidak rata.
Bangun selepas jatuh dan memeriksa dirinya jika ada kerosakan.
Bergerak dengan pergerakan yang pantas dan lancar.






Robot ASIMO

Dibuat: oleh Honda
Tinggi: 1.2m
ASIMO ialah: Advanced Step in Innovative Mobility, ia juga mengambil
namanya daripada robot jelas penglihatan Isaac Asimov.
Tujuan: Bermula pada tahun 1986 sebagai suatu kajian tentang pergerakan
manusia dan sejak itu telah berkembang menjadi robot yang mampu menjalankan
pelbagai tugas.
Apa yang ia boleh buat? Ia boleh berjalan, berlari, membelok di selekoh,
mengenali pergerakan tangan, membawa barang, menari dan menaik turun tangga.
Ciri-ciri:
Mungkin ia adalah robot meyerupai manusia yang paling maju di dunia.
Boleh menjalankan tugas mudah seperti menghidupkan suis lampu.








Robot PARO

Dibuat oleh: The Institute of Advanced Industrial Science and Technology
(Japan)
Panjang: 45cm
Berat: 2.7kg
Paro ialah sebuah permainan terapeutik yang direka untuk keselesaan bagi
mereka yang memerlukannya seperti orang tua dan orang sakit.
Ciri-ciri:
Bertindak balas pada belaian/pelukan melalui deria sentuhan khas di
bawah bulu dan misainya.
Menyerupai anak anjing laut.
Mempunyai pengenalan suara dan bunyian anjing laut yang tulen.













Robot PaPeRo

Dibuat oleh: NEC
Tinggi: 38cm
PaPeRo ialah: Partner-type Personal Robot

Tujuan: Untuk menghibur dan membantu di rumah.
. Apa yang ia boleh buat? Mengenali percakapan, bercakap, bergerak, bertindak
balas kepada pengguna, mengawal peralatan rumah.
Ciri-ciri:
Mengenali 650 frasa dan 3000 perkataan.
Boleh mengawal TV anda dan melayari internet tanpa wayar.
Direka untuk kelihatan comel supaya manusia berasa dilindungi daripada
ditakuti.

Anda mungkin juga menyukai