Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman
Objektif 1
Penghargaan 2
Hasil Kajian Kerjaya
Refleksi
Lampiran
Sumber Rujukan

1. Pengenalan apa itu kerjaya / latar belakang kerjaya/ kepentingan kerjaya
2. Hasil Kajian kerjaya kerjaya pilihan / latar belakang kerjaya jurutera kimia / cara-cara
menjadi jurutera university, syarat-syaratkemasukan university / university atau kolej
yang menawarkan kursus / biasiswa / cirri-ciri individu / skop pekerjaan / gaji / peluang
pekerjaan/ tugas seharian jurutera kimia
3. Refleksi / kesimpulan
4. Lampiran
5. Sumber rujukan

http://www.slideshare.net/AimranAriffinMokhtar/kerjaya-jurutera-kimia


OBJEKTIF
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengetahui lebih tentang kerjaya pilihan
saya. Ini dapat membantu saya menguasai kemahiran dalam mencari, mengumpul,
merekod dan menganalisis maklumat tentang kerjaya pilihan saya.

Kajian ini menambah pengetahuan saya tentang kerjaya pilihan saya . Serta
berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan latar belakang kerjaya
pilihan saya dan tokoh yang menjadi idola saya.


Melalui kajian ini saya dapat tahu tentang pengajian yang harus saya ambil selepas
tamat pengajian di sekolah.

PENGHARGAAN
Saya, Vijay a/l Sundaresen dari kelas 3 Litium sangat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak
sekolah dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika
menyiapkan kerja ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sivik saya, Mohd Hafidz Bin Mohd
Ramly yang memberikan banyak bimbingan dan tunjuk ajar hingga folio ini selesai. Saya juga
sangat terhutang budi kepada kakak dan ahli keluarga saya yang lain yang membantu dan
memberi galakkan dan mendorong saya untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembuatan Folio
Kerjaya ini dari segi segala aspek dan tunjuk ajar ketika membuat kesalahan.

Sekian terima kasih,


Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.


PENGENALAN

Apa maksud kerjaya ? Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi
pekerjaan. Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan erjaya menjadikan seseorang itu
mencari nafkah hidup, menyara kehidupan. Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan
sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu
mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang
gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi
persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga
peranan lain yang dilakukan selepas bersara.

Semua orang mempunyai kerjaya pilihan mereka begitu juga dengan saya. Kerjaya pilihan saya
adalah untuk menjadi seorang Jurutera Kimia. Saya memilih kerjaya ini kerana saya amat
meminati subjek yang berkaitan dengan dengan kerjaya tersebut seperti sains, matematik dan
kimia. Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan
manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu
tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber
kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara.
Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil
dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah
di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-
prinsip kejuruteraan kimia.
Seseorang yang mengamalkan bidang kejuruteraan di panggil Jurutera. Untuk praktik sebagai
jurutera di Malaysia anda mesti mendaftar sebagai sekurang kurangnya Jurutera Siswazah
dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk menandatangani dokumen teknikal, seperti lukisan,
laporan, kajian, perlukan status Jurutera Professional: Untuk menjaga kepentingan dan
keselamatan orang ramai. Di Malaysia Jurutera Professional boleh meletakkan perkataan Ir di
hadapan namanya.
LATAR BELAKANG KERJAYA
Kejuruteraan kimia merupakan aplikasi sains, matematik dan ekonomi kepada proses menukarkan
bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga. Nama sebenar jurutera
kimia adalah tidak normal (misnomer ).Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih
proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer)
disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia.
Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia
digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.

Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh
proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan
menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah
memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual.
Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk
mendapatkan jus.

Sesebuah syarikat kemudiannya akan mengKaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk
menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara
yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya
ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia tidak
ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual.
Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah
termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk
sesebuah kilang.Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau
penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi tindak balas kimia
dan/atau proses pemisahan.


Kerja seorang jurutera kimia adalah mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang
ditulis oleh jurutera penyelidik.

Mereka cipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta
mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada, menentukan kaedah yang paling
berkesan bagi pengeluaran bahan kimia, menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta
membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak
mentah, cecair atau gas yang lain dan mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan
petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik. Mereka turut
menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk
mencipta proses-proses baru.


Ciri-Ciri Jurutera Kimia

Seorang jurutera kimia haruslah berkebolehan akademik, berkecenderungan dan berminat
dalam bidang sains dan kaedah saintifik, berfikir secara logik, tepat dalam kerja dan membuat
keputusan dan berminat membuat uji kaji di makmal. Selain itu, beliau juga haruslah
mempunyai pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah. Kemahiran
berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik, kebolehan bekerja
berpasukan, minda yang kreatif dan analitik dan kemampuan dalam perincian turut merupakan
cirri-ciri keperibadian seorang jurutera kimia yang baik.


Kerjaya Jurutera Kimia

Antara pekerjaan yang dikelaskan di bidang ini ialah jurutera kimia Petroleum Dan Gas, Jentera
Kimia Cat Dan Varnis, Jurutera Kimia Baja, Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal, Jurutera Kimia
Makanan, Ahli Teknologi Plastik, Ahli Teknologi Getah dan lain-lain.
Seseorang yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya boleh mendapat gaji permulaan lebih kurang RM 1926.70 di sektor awam dan RM
2500.00 di sektor swasta.
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang
berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik
seperti di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Seseorang
boleh ditawarkan jawatan yang tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan
Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh
mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan
berkanun.

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Loji Proses) 1) Syarat Minimum
Kemasukan (Lepasan Matrikulasi) Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Keperluan Khas
Program
Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sekurang- kurangnya
mendapat PNGK 2.30

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia

Calon yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik atau tidak mendapat sekurang-
kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Fizik di peringkat matrikulasi dikehendaki
mengambil mata pelajaran Fizik Asas di universiti.

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperikassan matrikulasi daripada semester
1 hingga semester akhir.

Calon tidak boleh rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja
amali.

vi. Lulus Malaysian University English Test (MUET) * Tertakluk kepada pindaan
universiti.

Syarat Minimum Kemasukan (Lepasan STPM) Memenuhi Syarat Am Universiti Serta
Keperluan Khas Program

i. Sekurang-kurangnya lulus Gred D dalam mata pelajaran seperti berikut : Matematik T
atau Matematik Lanjutan T; dan Kimia ii. Calon yang tidak mengambil mata pelajaran
Fizik di peringkat STPM dikehendaki mengambil mata pelajaran Fizik Asas di Universiti.
iii. Calon tidak boleh rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja
amali. iv. Lulus Malaysian University English Test (MUET) * Tertakluk kepada pindaan
universiti SYARAT SYARAT


Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (Loji Proses) Syarat Minimum Kemasukan (Lepasan SPM)


Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya serta
mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk 1.1 Bahasa Melayu
1.2 Bahasa Inggeris 1.3 Matematik


Dua (2) Kepujian dalam mata pelajaran beriku:- Matematik Tambahan Fizik
Kimia Teknologi Maklumat atau Reka Cipta Sains Tambahan atau Biologi atau
Sains Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
atau Teknologi Elektronik atau Teknologi Elektrik Lukisan Kejuruteraan atau
Luisan Geometri & Elektronik Sejarah atau Geograf


Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepujian dalam
Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia. 2. Syarat 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4 boleh
diperolehi dalam peperiksaan tambahan tertakluk kepada syarat keputusan
diperolehi dalam tempoh 3 tahun setelah calon lulus dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya.


Keutamaan akan diberi kepada calon yang memperolehi syarat yang ditetapkan
dalam satu peperiksaan. * Syarat rabun / buta warna perlu dimasukkan. *
Tertakluk kepada pindaan universiti.


Biasiswa yang ditawarkan bagi kursus kejuruteraan kimia adalah Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Majlis Amanah Rakyat (MARA). Petronas. Shell. Yayasan United Engineers Malaysia
(UEM). Chemical Company of Malaysia (CCM). Sime Darby. Permodalan Nasional Berhad
(PNB). Yayasan Tunku Abdul Rahman. Yayasan Pahang. BIASISWA
Institusi pengajian tinggi dalam negara: -

Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses)- UMP(Universiti Malaysia
Pahang).

Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)

UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)

USM(Universiti Sains Malaysia).

UM( Universiti Malaya)

UTP(Universiti Teknologi Petronas).

UPM(Universiti Putra Malaysia).

UTM(Universiti Teknologi Malaysia

Institusi pengajian tinggi luar negara :-
California Institute of Technology, Amerika Syarikat -
Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat
-Stanford University USA - Princeton University, Amerika Syarikat -University of California, Berkeley,
Amerika Syarikat
- Swiss Federal Institution Of Technology Zurich, Switzerland
-Oxford University, United Kingdom -Imperial College London, United Kingdom
- Georgia Institute of Technology, Amerika Syarikat SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS
( KEJURUTERAAN KIMIA )

Tokoh Yang Menjadi Idola - Johann Rudolf Glauber


Tokoh yang menjadi idola saya adalah Johann Rudolf Glauber (1604 - 1670), seorang ahli alkimia dan
ahli kimia Jerman-Belanda. Sesetengah sejarawan sains telah menyifatkan beliau sebagai salah
seorang jurutera kimia pertama. Penemuannya natrium sulfat pada tahun 1625 membawa kepada
sebatian yang dinamakan sempena nama beliau Glaubers Salt.

Beliau dilahirkan pada tahun 1604 di Karlstadt am Main. Bapa beliau seorang tukang gunting. Beliau
berasal dari satu keluarga yang besar dan tidak menamatkan sekolah, tetapi dipercayai telah
mempelajari farmasi dan melawat makmal. Beliau gembira kerana telah belajar melalui pengalaman.
Glauber menjalankan kajian mengenai kimia pengeluaran wain dan mempunyai kejayaan komersial.
Beliau juga merupakan seorang pakar perubatan yang membekalkan ubat-ubatan, dan memberikan
rawatan perubatan percuma kepada golongan miskin. Beliau dikenali untuk sumbangannya dalam
bidang kimia tak organik dan beliau mampu untuk hidup daripada hasil pengeluaran kimia
berdasarkan penemuan beliau , dan dengan itu beliau digelar seorang ahli kimia industri.
Penambahbaikan kepada proses kimia dan peralatan (terutamanya relau dan peranti penyulingan
menjadikan beliau seorang jurutera kimia awal. Sebahagian ahli sejarah sains menganggap Glauber
sebagai jurutera kimia pertama kerana beliau mencipta kaedah pembuatan sulfurik, nitrik, asetik, dan
asid hidroklorik.
Beliau menjadi orang pertama untuk menghasilkan asid hidroklorik pekat. Beliau juga membuat satu
proses yang lebih baik untuk mengeluarkan asid nitrik pada tahun 1648 , dengan memanaskan kalium
nitrat dengan asid sulfurik pekat. Pengeluaran beliau natrium sulfat , yang dipanggil mirabilis sal atau
garam indah" , membawanya kemasyhuran dan penghormatan yang dinamakan "Garam Glauber".

Beliau merupakan orang pertama untuk mensintesis dan mengasingkan trichloride antimoni,
trichloride arsenik, tetraklorida timah dan zink klorida. Di samping itu beliau telah menulis kira-kira 40
buah buku.

Beliau menjadi idola saya kerana saya sangat kagum dengan sikap rajin, tidak berputus asa dan
prihatinnya. Saya juga kagum dengan pengkajian dan sumbangan beliau dalam bidang kejuruteraan
kimia. Walaupun tidak berpendidikan tinggi, beliau belajar melalui pengalaman telah mencapai
banyak kejayaan. Ini adalah berkat usaha gigih dan kecekalan beliau yang akan saya jadikan teladan.
Beliau juga seorang tokoh yang menarik, pemikir yang jelas dan praktikal yang membuktikan
hipotesisnya melalui perbagai eksperimen yang teliti.
Kelebihan dan keistimewaan kerjaya pilihan saya adalah saya dapat menukarkan bahan kimia atau
bahan mentah kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga. Ini dapat membantu manusia
dalam kehidupan harian mereka . Selain itu, gaji dan imbuhannya lumayan . Di samping itu, ini juga
dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara. Kerjaya jurutera kimia ini dapat banyak menyumbang
kepada pembangunan sains serta tamadun manusia agar kita lebih maju.

REFLEKSI

Kejayaan projek:
Saya berjaya mencapai objektif.
Tidak berputus asa
Saya dapat menyiapkan folio dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Masalah projek:

Sukar untuk mencari latar belakang kerjaya jurutera kimia.
Proses menyediakan manuskrip mengambil masa yang terlalu lama.


Cara mengatasi masalah:
Bertanya kepada guru
Meminta pertolongan daripada ahli keluarga
Meminta pertolongan daripada rakan-rakan









LAMPIRAN

Sumber Rujukan
http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=en&tl=ms&u=http%3A%2F%2Fwww.tcetoday.com
%2F~%2Fmedia%2FDocuments%2FTCE%2FArticles%2F2012%2F851%2F851cewctw.pdf
http://kaunselorsmkst.wordpress.com/kerjaya/
http://sembangjurutera.blogspot.com/2007/11/jurutera-kimia.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_kimia
http://ipai-ans.blogspot.com/2011/07/peluang-pekerjaan-dan-kerjaya-dalam.html



Kilang Kimia Johann Rudolf Glauber

Anda mungkin juga menyukai