Anda di halaman 1dari 4
a! = = - * Leathe SLES Gh ry gli? te SER UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2007/2008 IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN OKTOBER/NOVEMBER MASA: 3 JAM KOD KURSUS : CCCG1413 TAJUK KURSUS : — UNDANG-UNDANG KOMERSAN ARAHAN : 1 Kertas ini mengandungi BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B 2. Jawab satu soalan dalam Bahagian A 3. Jawab semua soalan dalam Bahagian B 4, Jumlah markah keseluruhan kertas ini 55 markah. 5. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan Peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini, | 2)| cCCG1413 BAHAGIAN A: JAWAB SATU (1) SOALAN SAHAJA SOALAN SATU (11 MARKAH) Bincangkan pemakaian ‘doktrin kehakiman mengikat’ dalam sistem kehakiman Malaysia dan dalam keadaan bagaimana mahkamah boleh menyimpang daripada mengikuti keputusan mahkamah terdahulu SOALAN DUA (11 MARKAH) a, Melalui surat bertarikh 1 Disember 2006, Tam telah menawarkan untuk menjual komputernya kepada Lan dengan harga RMI,500. Lan telah membuat penerimaan melalui surat yang diposkan pada 5 Disember 2006. Walau bagaimanapun, Lan menukar fikiran dan ingin membatalkan penerimaannya. Lan bimbang dia tidak sempat untuk membatalkan penerimaan sekiranya dibuat melalui pos. Oleh itu, Lan telah menelefon Tam pada 15 Disember 2006 jam 10 pagi bagi membatalkan penerimaannya. Pada hari yang sama jam 11 pagi, Tam menerima surat penerimaan Lan, Tam tidak berpuas hati dan ingin mendakwa Lan kerana mengingkari kontrak Nasihatkan Tam, (8 markah) b. _Jelaskan maksud keupayaan berkontrak menurut peruntukan statutori (3 markah) SOALAN TIGA (11 MARKAH) Sasha menerima tempahan untuk membuat kuih raya. Dia melantik Dora sebagai pembantunya dan meminta Dora untuk membeli tepung yang berharga RMI sekilogram sebanyak 50 kilogram, Dora membeli tepung dengan harga RMI30 sekilogram atas namanya sendiri, Apabila penjual menghantar tepung berkenaan ke rumah Sasha dan meminta bayaran, Sasha enggan membayar harga tepung berkenaan. Nasihatkan Sasha sama ada dia perlu menjelaskan harga tersebut. BAHAGIAN B: JAWAB SEMUA SOALAN: SOALAN SATU (11 MARKAH) Aaron telah memasuki perjanjian sewa beli untuk sebuah kereta dengan Syarikat Kewangan SBB. Akibat kesibukan kerja, Aaron terlupa untuk membayar ansuran kereta selama dua bulan berturut-turut. Dua minggu kemudian, Botak seorang penarik kereta 1 cccG1413 dan ejen bagi Syarikat Kewangan SBB telah datang ke rumah Aaron untuk menarik kereta berkenaan. Aaron yang terkejut kerana tidak menerima sebarang notis daripada Syarikat Kewangan SBB telah bertindak menyerang dan menumbuk Botak. Dalam Keadaan kelam kabut itu, Botak berjaya merampas kunci dan melarikan kereta tersebut Keesokan harinya Aaron pergi ke Syarikat Kewangan SBB untuk menjelaskan tunggakan ansuran dan mendapatkan kembali keretanya, Namun Syarikat Kewangan enggan menyerahkan kereta tersebut, Nasihatkan Aaron SOALAN DUA (11 MARKAH) a. Clara membeli sabun pencuci muka daripada Salon Kecantikan Menawan. Sabun itu mengandungi bahan kimia yang tinggi dan tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit muka sensitif Apabila Clara mengguna sabun itu, timbul banyak bintik merah pada mukanya. Alahan pada bahan kimia itu menyebabkan beliau terpaksa mendapat rawatan daripada doktor pakar kulit dengan kos rawatan yang tinggi. Semasa membeli sabun tersebut, Clara telah memberitahu penjual bahawa kulit mukanya sangat sensitif dan meminta penjual mengesyorkan sabun yang paling sesuai untuknya. Nasihatkan Clara akan haknya di bawah undang- undang jualan barangan (7 markah) b, _Nyatakan perbezaan di antara syarat dan waranti, Bolehkah pelanggaran syarat ianggap sebagai pelanggaran waranti? (4 markah) SOALAN TIGA (11 MARKAB) ‘Dalam menentukan sama ada sesuatu kontrak insurans itu sah dan boleh dikuatkuasakan, perlu di lihat sama ada pengambil insurans mempunyai kepentingan boleh insurans atay tidak terhadap subjek yang hendak di lindungnya.’ Bincangkan sama ada seorang pengambil insurans boleh menginsuranskan harta yang bukan miliknya dan menginsuranskan hayat orang lain. SOALAN EMPAT (11 MARKAH) a. Pada awal bulan Julai, Malik telah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan oleh Syarikat Keselamatan Kuat Sdn, Bhd, (SKKSB) dengan gaji permulaan RM950 sebulan. Malik telah menandatangani kontrak perkhidmatan dengan SKKSB yang mengandungi beberapa terma yang meragukan Malik, Beliau meminta nasihat anda sama ada klausa berikut dibenarkan oleh undang-undang:- 2 cccG1413 i, Waktu bekerja Malik adalah daripada pukul 7 pagi hingga 7 malam, enam hari seminggu (4 markah) ii, Malik berhak mendapat cuti sakit berbayar sebanyak 12 hari setahun, (4 markah) Huraikan satu contoh salah laku pekerja yang membolehkan pekerja ditamatkan kontrak perkhidmatannya dan dipecat daripada jawatannya. (2 markah) “SELAMAT MAJU JAYA’

Anda mungkin juga menyukai