Anda di halaman 1dari 12

ETIKA DALAM SUKAN

Maksud :
Etika dalam sukan bermaksud kod
ataupun panduan tingkah laku
peserta,pengadil dan penonton yang
terlibat dalam pertandingan atau
permainan.
Etika sukan ialah suatu panduan tingkah
laku yang harus diamalkan ketika
bersukan.
Ahli sukan yang beretika dapat
mewujudkan suasana sukan dan
permainan yang harmoni.
Etika seharusnya menjadi pegangan
setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan,
pegawai kejohanan, pihak penganjur dan
peminat sukan.

Etika atlet dan penonton dalam
sukan dan permainan
Etika dalam sukan dapat
mewujudkan budaya besukan yang
sihat.
Atlet dan penonton perlu memahami
dan mengamalkan etika ketika
bersukan.

Atlet
Mematuhi undang-undang dan peraturan
permainan
Bertanding dengan penuh semangat kesukanan
Mempamerkan mutu permainan yang tinggi
Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah
Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan
Menjauhi sikap mementingkan diri dalam
pertandingan
Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan
tindakan provokasi pemain lawan dan penonton
Sentiasa berusaha meningkatkan presasi diri.



Penonton
Mematuhi peraturan tempat pertandingan
Memberikan sokongan padu kepada pasukan
sendiri
Menghormati pegawai sukan dan penyokong
pasukan lawan
Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian
Menghargai persembahan permainan yang
berkualiti
Menerima keputusan pertandingan dengan
semangat kesukanan
Mengelakkan provokasi.

Semangat Kesukanan
Semasa menyertai pertandingan, tentu ada pihak
yang menang dan kalah. Kita sepatutnya dapat
menerima kekalahan sebagaimana kita menerima
kemenangan. Kita tidak patut mengeluarkan kata-kata
yang boleh menyinggung dan menyakiti hati mereka
yang kalah. Jika kalah, kita perlu mengawal
kekecewaan dan mengucapkan tahniah kepada
pemenang.
Sebagai penonton, kita juga patut mengikuti acara
sukan secara beretika.
Sikap saling menghormati antara pegawai, ahli sukan
dan penonton patut diamalkan. Melalui amalan ini,
etika dan semangat kesukanan yang tinggi dapat
diwujudkan dalam arena sukan kita.

Perlakuan Tidak Beretika
Bergaduh ketika pertandingan
Terlibat dengan rasuah dan perjudian
dalam sukan
Merosakkan kemudahan awam di
tempat pertandingan
Menimbulkan provokasi

Cara Mengatasi Masalah Tidak
Beretika (Atlet)
Program Motivasi
Setiap peserta perlu mengikuti program motivasi secara
berkala atau sebelum musim pertandingan. Penjelasan
tentang peranan dan hala tuju penglibatan mereka dalam
biang sukan perlu diberikan.
Mentor
Setiap atlet haruslah diberi peranan sebagai mentor
kepada seseoang atlet atau sesebuah pasukan junior
sekolah, daerah atau negeri. Peranan ini dapat mendidik
atlet dengan sikap bertanggungjawab dan menjaga imej
mereka sebagairole model kepada atlet junior
Cara Mengatasi Masalah Tidak
Beretika (penonton)
Mengedarkan risalah
Pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan dan
mengedarkan risalah tentang etika dalam sukan kepada
penonton ketika membeli tiket. Risalah ini dapat
memberikan maklumat tentang peranan mereka
sebagai penonton.
Menyediakan papan tanda
Pihak pengurusan perlu menyediakan papan tanda
tentang etika sebagai penonton di pintu-pintu masuk
tempat pertandingan. Maklumat tersebut dapat
menjadi panduan kepada penonton supaya menjaga
tingkah laku semasa menyaksikan pertandingan

Undang-undang dan peraturan am
Antara keperluan mengadakan undang-undang
dan peraturan am adalah seperti yang berikut:
1. Menjadi panduan kepada pemain yang terlibat
dalam sesuatu sukan dan permainan.
2. Menjadi rujukan dan bagi pihak yang
mengelola sesuatu pertandingan.
3. Mengelakkan penipuan.
4. Memastikan setiap individu atau pasukan
mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai