Anda di halaman 1dari 4

Pertama, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada

pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada
masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil
yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang
menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah
rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku
ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan.

Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan. Untuk memenuhi keperluan
pelajar supaya setiap daripada mereka mendapat pinjaman buku teks, kerajaan terpaksa mengeluarkan
kos yang agak tinggi untuk mencetak buku teks tersebut. Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat
menjimatkan banyak kos sebab proses pembelajaran dapat dijalankan tanpa buku. Hal ini juga dapat
mengurangkan penebangan pokok-pokok untuk membuat kertas. Dengan perlaksanaan pendidikan
jarak jauh, ia dapat menjimatkan kos pembinaan universiti dan infrastrukturnya. Program ini
memanfaatkan infrastruktur sedia ada di tempat yang lengkap dengan keperluan asas seperti
kemudahan komputer dan internet. Pelajar hanya perlu pergi ke pusat tersebut pada hujung minggu
untuk berbincang dengan pensyarah tentang khusus yang diikuti. Oleh itu, pelajar tidak perlu
mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pengangkutan dan tempat kediaman kerana mereka tidak
perlu menghadiri kuliah di universiti.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka
membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan
mudah hanya dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa
mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk
mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya
kemudahan internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh
maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat
meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai bukti, untuk membolehkan kita
mengikuti perkembangan semasa dan menimba ilmu pengetahuan melalui internet, kita perlu
membaca. Segala maklumat yang dipaparkan melalui laman web adalah dalam bentuk tulisan dan untuk
mengetahui maklumat tersebut, kita perlu mahir membaca. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk
sikap membaca dalam kalangan mereka.

Dengan adanya teknologi yang canggih, segala tugas dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.
Sebagai contoh, proses mencari maklumat, menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pengajar dan lain-
lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan kebaikan daripada perkembangan
teknologi. Adanya teknologi multimedia menjadi semakin menarik kerana teknologi ini baru
diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan
hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang
memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian
(Jacobs, 1992).

Menurut Evans dan Nation (2000), penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internet telah banyak
memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah menyediakan peluang untuk
penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), menyokong untuk memenuhi kehendak
individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997) dan menyediakan peluang untuk
belajar dengan lebih luas dalam konteks sumber asli (Laffley, Tupper, and Musser, 1998).

Menurut Lowe (2002) pula, pelajar mendapat pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang
menyenangkan pembelajaran mereka. Melalui pembelajaran ini, pelajar boleh belajar di mana sahaja
dan pada masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan pelajar tersebut dapat
menguruskan masanya dengan lebih efektif dan pada masa yang sama ia melibatkan penggunaan kos
secara efektif. Pembelajaran secara interaktif melalui talian membolehkan pelajar menerokai maklumat
baru menerusi perpustakaan digital ataupun di laman web. Apabila semakin banyak teknologi
diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk
menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat
disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar
untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa suatu perkara memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga
hubungannya antara penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang pendidikan. perkembangan
teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan dewasa ini, namun perkembangan teknologi ini
juga mendatangkan beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung
dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan
bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet
teramai di Malaysia . Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan,
khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini
dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar
mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas.

Disamping itu, kebanyakan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan
kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet
tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat
membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran
dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang
diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan
oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.

Dewasa ini, para pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan
maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan
copy and paste, semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun
teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya
dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan
komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan
menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk
menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas
dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka
copy-paste maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak
pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak
dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui
oleh pengeluar maklumat tersebut

Selain itu teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga memupuk sikap malas dalam
kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan
kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan
menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya
kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan
komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam
pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh,
masalah komunikasi antara pelajar dan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan
sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka.
Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui
komputer,tidak mungkin dia boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan
menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama.

Daripada pandangan pesimis,isu kos yang dibincangkan oleh golongan optimis memberi penjimatan
terhadap pengguna. Menurut pandangan golongan pesimis penjimatan kos juga tidak akan berlaku
sekiranya pelajar menggunakan kemudahan komputer, internet secara berleluasa. Contohnya
penggunaan komputer dan internet digunakan terlalu lama sehingga menaikkan bil elektrik selain harus
membayar kemudahan internet yang digunakan.

Pendidikan jarak jauh

Dari segi perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ramai yang mempersoalkan kualiti pelajar yang dihasilkan
melalui program ini. Persoalan yang membimbangkan itu memang ada asasnya. Disebabkan pelajar
program ini tidak perlu menghadiri kuliah di kampus, maka persaingan antara pelajar boleh dikatakan
tidak wujud kerana mereka tidak dapat menyaksikan aktiviti dan kesungguhan pelajar lain mengikuti
kuliah, tutorial dan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kekurangan persaingan menyebabkan
sesetengah pelajar menjadi lalai, malas dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap khusus yang
diikuti. Keadaan ini berbeza dengan pelajar yang terpaksa menghadiri kuliah setiap hari yang boleh
menyaksi sendiri kesungguhan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dalam proses pembelajaran dan
seterusnya menjadi satu motivasi untuk mereka belajar dengan baik.

Namun menurut pandangan optimis pula pendidikan jarak jauh ini memberi peluang kepada golongan
pekerja untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. Oleh itu penggunaan teknologi akan memberi
kemudahan mereka mengakses ilmu. Bersesuaian dengan zaman globalisasi apa jua boleh didapati
melalui hujung jari anda.

Pendaftaran secara online

Antara lainnya pula, penggunaan teknologi memudahkan institusi pendidikan untuk pendaftaran pelajar
secara online. Usaha ini dapat mengurangkan kos kerana pendaftaran secara terus akan melibatkan kos
yang agak besar dari segi perancangan dan perlaksanaan program terutama melibatkan institusi
pendidikan awam. Tetapi ada juga pendapat bahawa pendaftaran secara online hanya akan
meyebabkan keciciran pelajar yang cemerlang dari luar bandar. Ini kerana mereka kurang pendedahan
dalam penggunaan teknologi, seteusnya tidak tahu mendaftar secara online menyebabkan mereka tidak
dapat meyambung pelajaran ketahap lebih tinggi.

Cadangan/ pendapat

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin meluas pada masa kini. Ia akan memberi kesan
terhadap apa yang dipelajari dan bagaimana pelajar belajar sama ada baik ataupun buruk. Oleh itu
kesan baik dan buruk penggunaan teknologi dalam pendidikan harus dipertimbangkan sebelum
perlaksanaannya. Persoalan seperti di mana dan bagaimana kita menggunakan teknologi maklumat
harus dijawab dan bukannya kita harus atau tidak harus menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai