Anda di halaman 1dari 9

1

SEK KEB ST. JOHN (1)


KUALA LUMPUR
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
TAHUN 3/2011

NAMA : __________________________________________ TAHUN 3 : B / H / K / M
Setiap soalan di bawah ini diberi empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Pilih
jawpan yang paling sesuai untuk melengkapkan soalan-soalan itu. Tuliskan
jawapan pilihan kamu itu di dalam borang jawapan yang disediakan.

1. Pelajar-pelajar dari luar bandar yang belajar di bandar akan tinggal di
_____________.
A. hotel B. bangsal
C. asrama D. asmara

2. Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa itu.
A. memanjat B. mendaki
C. menaiki D. bergayut

3. Kapal tangki itu singgah di ___________.
A. stesen B. pelabuhan
C. lapangan terbang D. perhentian

4. Banduan-banduan itu ditahan di dalam ____________.
A. makmal B. pentas
C. istana D. penjara


2


5. Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki.
A. bengkel B. kilang
C. zoo D. klinik
Pilih perkataan yang berlawanan/berpasangan dengan perkataan yang
bergaris bawah dalam setiap butiran berikut.

6. Pak Dolah dapat menangkap burung itu.
A. menawan B. memburu
C. melepaskan D. menembak

7. Budak gemuk itu tidak kuat.
A. gagah B. lemah
C. sakit D. berani

8. Ikan-ikan dalam akuarium itu mati.
A. hidup B. segar
C. wafat D. tumbuh

9. Keadaan negeri itu tidak aman.
A. damai B. senang
C. susah D. huru-hara

10. Baju budak itu basah terkena hujan.
A. lembab B. kering
C. panas D. sejuk

3


Setiap soalan di bawah ini diberikan empat kata gandaan tetapi satu saja yang
paling sesuai bagi melengkapkan soalan itu.

11. Bangunan-bangunan di bandar raya itu ___________ belaka.
A. pendek-pendek B. hodoh-hodoh
C. tinggi-tinggi D. dalam-dalam

12. Kakinya _________ kerana duduk terlalu lama.
A. semut-semut B. anai-anai
C. kuda-kuda D. layang-layang

13. Di kebunnya ditanam ________ bunga.
A. daun-daun B. batang-batang
C. tangkai-tangkai D. pokok-pokok

14. ________ suka merosakkan harta benda kita.
A. lalat-lalat B. anai-anai
C. labah-labah D. sumpah-sumpah

15. Cahaya ___________ di jalan raya sungguh terang ketika malam.
A. api-api B. bola-bola
C. lampu-lampu D. kuang-kunang




4

Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat kata hubung. Pilih kata hubung
yang paling sesuai bagi setiap butiran itu.

16. Ali ___________ bapanya pergi ke pasar.
A. dan B. jika
C. sebab D. tetapi

17. Budak kecil itu ___________ berani.
A. serta B. tetapi
C. apabila D. atau

18. Awak mahu minum teh __________ milo?
A. dan B. sambil
C. kerana D. atau

19. Budak itu membaca ___________ makan kuih.
A atau B. sambil
C. lalu D. supaya

20. Rajin-rajinlah belajar ___________ lekas pandai.
A. sebab B. dan
C. supaya D. kalau




5

Setiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat perkataan berimbuhan. Pilih
jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan itu.
21. Linda _________ keluarganya pergi ke India.
A. tersama-sama B. bersama-sama
C. menyama-nyama D penyama-nyama

22. Emak _________ air yang sejuk itu.
A. dipanaskan B. memanas
C. memanaskan D. berpanas

23. __________ di Singapura sangat tinggi.
A. bangunan B. pembangunan
C. dibangunkan D. membangun

24. Kaki ayah luka kerana ___________ kaca.
A. memijak B. berpijak
C. dipijak D. terpijak

25. ___________bola lisut itu telah patah.
A. dipukul B. pemukul
C. memukul D. pukulan





6

Berikan makna simpulan bahasa di setiap soalan di bawah ini dan tuliskan
jawapan pilihan kamu ke dalam borang jawapan yang disediakan.

26. Aminah selalu memakai alas kaki ketika berjalan.
A. tidak berkasut B. berkaki ayam
C. kasut atau selipar D. pelokek

27. Orang yang baik hati disayangi orang.
A suka menolong orang lain B. suka memuji orang lain
C. suka mengumpat D. suka mengutip

28. Kebanyakan penduduk kampung itu buta huruf.
A. boleh membaca dan menulis
B. boleh menari dan menyanyi
C. boleh makan dan minum
D. tidak tahu membaca dan menulis

29. Encik Hanim seorang kaya yang tangkai jering.
A. pemurah B. lokek atau kedekut
C. tamak D. rajin

30. Osman lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri.
A. menerima bayaran tetap
B. menerima makanan dan minuman
C. menerima hadiah
D. menerima pujian

7


Soalan 31 hingga 35
Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini dan jawab semua soalan
yang disediakan.
Pada zaman dahulu, raja yang memerintah sebuah negeri baru saja
dikurniakan seorang puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya. Semasa
kelahiran puteri tersebut ramai pari-pari yang datang membawa jenis hadiah
yang indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji bola kecil yang
comel.
Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata. Apabila besar dia menjadi
seorang puteri yang berbudi bahasa selain memiliki rupa paras yang sungguh
menawan. Dia tidak sombong dengan dayang-dayangnya dan semenjak
kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga biji bola hadiah sewaktu
dia dilahirkan. Semua orang tahu dia cekap bermain dengan tiga biji bola itu.
Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambung-lambungkan bola-
bola kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang kebun istana
yang sedang menangis teresak-esak.Puteri raja itu menghampiri Dara dan
bertanya perlahan, Wahai Dara, mengapakah kamu menangis?
Ampun tuanku, jawab Dara lagi sambil teresak-esak.Hamba akan
dikahwinkan dengan buah hati hamba esok, tetapi tetapi.

31 Raja yang memerintah sebuah negeri baru mendapat ___________.
A. seekor kuda putih 2. sebiji bola
C. seorang cahaya mata D. sebuah rumah

32 Cahaya matanya seorang anak _____________.
A. jantan B. perempuan
C. lelaki D. betina



8

33 pari-pari dalam cerita ini adalah ______________.
A. burung B. ikan
C. anjing D dewa perempuan

34 Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang ____________.
A. jahat B. sombong
C. berbudi bahasa D. mengomel

35 Dara adalah _____________.
A. anak tukang kebun istana B. anak nelayan
C. anak raja D. anak menteri

Soalan 36 hingga 40.
ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan
lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung
Paya Dalam, 16 kilometer dari bandar Melaka.
Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di
hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu
terjatuh ke dalam parit. Dia sempat menjerit meminta tolong sebelum
dihanyutkan air.
Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai
oleh penduduk kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini
dihentikan apabila hari bertambah gelap dan hujan turun semakan lebat.
Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan
ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air.

36. Di manakah kejadian itu berlaku ?
A. Kampong Payau B. Kampung Paya Dalam
C. Kampung Paya Talam D. Kampung Paya
9

37. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas.
A. Berita tentang kemalangan jalan raya.
B. Berita tentang kes rompakan dan bunuh.
C. Berita tentang kejadian lemas sewaktu banjir berlaku.
D. Berita tentang kejadian rebut dan puting beliung.

38. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat itu?
A. Pasukan Bulan Sabit Merah Melaka.
B. Pasukan polis dan juga askar.
C. Penduduk kampung dan juga askar.
D. Penduduk kampung dengan bantuan pihak polis.

39. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah?
A. Melarang anak-anak daripada bermain air ketika banjir.
B. Mengajak anak-anak bermain air semasa banjir.
C. Mengajar anak-anak bermain air ketika banjir.
D. Biarkan anak-anak bermain air semasa banjir.

40. Berapakah jarak antara Kampung Paya Dalam dengan Bandar Melaka.
A. 16.5 kilometer B. 16.0 kilometer
C. 18.0 kilometer D. 17.0 kilometer

Anda mungkin juga menyukai