Anda di halaman 1dari 1

Mengenal Ilmu Tajwid

1. Menurut bahasa: Tajwid bererti memperelokkan sesuatu.


Menurut istilah : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi
hak-hak setiap huruf iaitu sifat aslinya dan sifat mendatang (baharu/arodhi).

2. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan mengamalkannya, iaitu
membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain.

3. Kelebihannya : Ia semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kitab Allah iaitu al-
Quran al-Karim berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :

:
:

Maksudnya : Daripada Usman bin Affan r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Sebaik-
baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. Riwayat al-
Bukhari

4. Faedahnya : Kita akan mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta rahmat Allah s.w.t. di
dunia dan akhirat. Insya-Allah !

5. Dalil : Firman Allah (surah al-Muzammil :4):

-

Maksudnya: Bacalah al-Quran dengan tertil
Tertil bermaksud : Bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhraj
yang betul dan memenuhi hak-haknya. Memelihara hukum tajwid serta merenung maknanya.
Makna tertil menurut Saiyidina Ali bin Abi Talib ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui
tempat berhenti.

: :


Maksudnya: Daripada Zaid bin Thabit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat
sebagaimana al-Quran itu diturunkan Riwayat Ibnu Khuzaimah

Anda mungkin juga menyukai