Anda di halaman 1dari 4

Anjakan isu #1

26 April 2013




ISU #1, 26 APR 2013
Dalam isu ini:
1. Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Aspirasi Sistem
3. 100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan


Sekapur sirih: Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
Saya berbesar hati memperkenalkan Anjakan, buletin bulanan
untuk memastikan semua warga pendidik mendapat maklumat
status terkini pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM). Saya berharap Buletin ini sedikit sebanyak
dapat dijadikan wadah kepada warga Kementerian untuk memahami dan
menilai tahap kemajuan masing-masing dalam pelaksanaan inisiatif.
PPPM adalah perjalanan 13 tahun (dari tahun 2013-2025) dalam usaha untuk
membangunkan sistem yang memberi akses universal kepada pendidikan
yang berkualiti, berekuiti, lagi menggalakkan perpaduan dengan cekap.
Perjalanan sepanjang 13 tahun ini memerlukan momentum yang besar dan
kejayaan kita dalam masa 100 hari pertama pelaksanaan sejak Januari 2013
telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.
Sejak permulaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, saya
telah mengunjungi banyak sekolah dan daerah, khususnya di Sabah dan
Kedah yang merintis Program Transformasi Daerah. Saya beriltizam untuk
meneruskan lawatan turun padang di masa hadapan, dan berharap dapat
mengunjungi daerah dan sekolah anda. Semasa kunjungan, saya akan
menitikberatkan dua perkara yang penting, iaitu kepentingan turun padang;
dan gabungan sokongan dengan akauntabiliti.
Selepas lawatan, saya semakin yakin bahawa kita akan berjaya melaksanakan
PPPM dengan baik. PPD yang turun padang dengan kerap untuk memahami
isu dan menyokong sekolah telah menunjukkan kejayaan yang menakjubkan.
Saya bertekad untuk menyokong PPD dengan membekalkan data yang
diperlukan, jurulatih sekolah khususnya untuk setiap daerah, dan sebagainya.
Tetapi, jika kita masih gagal meningkatkan keberhasilan murid, maka kita
semua haruslah bertanggung jawab.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan kepada
guru untuk meningkatkan keberhasilan murid kita. Semoga segala yang
diusahakan demi bangsa dan negara ini akan diberkati Allah s.w.t. Sekian,
terima kasih.
KPM dalam berita
100 hari Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia membanggakan
Utusan Malaysia, April 2013
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan
pelaksanaan 100 hari Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
membuahkan hasil yang dapat
dibanggakan.
Beliau berkongsi enam inisiatif awal
daripada 100 inisiatif yang menjadi
keutamaan untuk dilaksanakan pada
tahun ini.
1. Pelancaran 1Agenda KPM
2. Penubuhan PADU
3. Pelancaran dan pengagihan sarana
ibu bapa
4. Pengujian guru bahasa Inggeris
melalui Cambridge Placement Test.
5. Pelaksanaan program rintis program
transformasi daerah
6. Penyediaan video e-guru
Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Anjakan isu #1
26 April 2013
Memahami kandungan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem
Pendidikan berkualiti masih merupakan
satu jaminan terbaik untuk berjaya di
masa hadapan. Kajian telah
menunjukkan bahawa pendidikan
berkualiti di peringkat awal kehidupan
membawa kepada pendapatan yang
tinggi dan meningkatkan mobiliti sosio-
ekonomi, membolehkan kita untuk
memenuhi wawasan menjadi negara
berpendapatan tinggi.
Sejak negara mencapai kemerdekaan,
komitmen kerajaan dalam penyediaan
pendidikan tidak pernah surut.
Kerajaan sentiasa meletakkan agenda pendidikan sebagai agenda utama
negara. Malaysia telah membelanjakan sebanyak 3.8% daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar ke atas pendidikan, satu jumlah yang besar berbanding
dengan purata negara OECD sebanyak 3.4%.
Dengan pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada
pendidikan yang hampir menyeluruh. Namun begitu, kita masih ketinggalan
dari segi kualiti berdasarkan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS.
Sebagai contoh, prestasi murid berusia 15 tahun di Singapura, Korea Selatan,
dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan prestasi
murid di sekolah kita.
Oleh itu transformasi pendidikan ini amat penting selari dengan hasrat untuk
menjadikan negara kita sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang
2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disediakan untuk
mencapai 5 aspirasi iaitu:
1. 100% enrolmen daripada prasekolah hingga Tingkatan 5 menjelang
2020;
2. Negara dalam kelompok sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik
dunia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA dalam 15
tahun;
3. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar,
sosio-ekonomi dan gender menjelang 2020;
4. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian; dan
5. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf
Sarana ibu bapa, sekolah dilancar
Berita Harian, Feb 24
Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
peringkat kebangsaan dilancar hari ini
sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap
pihak berkepentingan termasuk ibu bapa
dan masyarakat bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti global melalui
sekolah.
Sarana Ibu bapa mengandungi empat
elemen iaitu penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial
dengan anak, komunikasi dengan anak
dan sokongan terhadap kecemerlangan
anak.
Sarana Sekolah pula mempunyai enam
elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi
berkesan, sokongan terhadap kejayaan
murid, tanggungjawab bersama,
keputusan bersama, kerjasama dengan
komuniti dan kumpulan sokongan ibu
bapa.
Diperhatikan di sekolah
Paparan dashboard
menonjol membolehkan
perbincangan prestasi
dilakukan serta merta - SMK Mahsuri,
Langkawi, Kedah
Sudut membaca berhawa dingin
menggalakkan murid untuk membaca -
SMK Merpati, Sandakan, Sabah
Ruang bermain di dalam
kelas menggalakkan murid
untuk bermain dan
membaca pada masa
lapang mereka - SMK Padang Sanai,
Padang Terap, Kedah
1Impian 1Agenda Peribadiku
Datuk Dr. Amin bin Senin
Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia

Saya terasa amat kagum
semasa lawatan kerja saya bersama Tan
Sri KPPM ke Sabah. PPD di Sabah
sedang menggunakan data yang
terperinci dan relevan untuk
mengenalpasti punca isu yang mereka
hadapi, lalu membina pelan tindakan
untuk menanganinya. Tahniah!

Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi
anda dan kami akan menerbitkan yang
terbaik setiap bulan.

Anjakan isu #1
26 April 2013
100 Hari Pertama Pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan
10 April adalah hari ke-100 perjalanan 13 tahun transformasi sistem
pendidikan di Malaysia. Pada hari tersebut, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin merasmikan sambutan 100 hari pertama di SMK Jalan Empat, Bangi

Kemajuan yang kukuh pada 100 hari pertama adalah penting untuk membina
keyakinan dan momentum, serta membuktikan keupayaan sistem untuk
melaksanakan transformasi pendidikan. Pada 100 hari pertama, Kerajaan
telah memperoleh 6 pencapaian berikut:
1. Pelancaran 1Agenda yang menyatukan inisiatif-inisiatif Kementerian
untuk mencapai aspirasi di dalam PPPM 2013-2025;
2. Penubuhan PADU sebagai unit pelaksanaan untuk 1Agenda;
3. Pelancaran dan pengedaran sarana ibubapa dan sekolah;
4. Pengujian kemahiran semua Guru Bahasa Inggeris dan memulakan
latihan peningkatan kemahiran bagi mereka yang memerlukan;
5. Rintis Program Transformasi Daerah di Sabah dan Kedah; dan
6. Pelancaran perpustakaan video e-Guru untuk membolehkan akses
universal kepada teknik pengajaran terbaik di dalam kelas.
Langkah terus dilakukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan selama 13
tahun ini.

Inisiatif Bulan Ini e-Guru
Inisiatif e-Guru menyediakan akses
universal kepada perpustakaan video
teknik pengajaran terbaik. Perpustakaan
video ini akan merangkumi 12 aspek SKPM
merentasi 4 subjek teras. 5 video pertama
telah dimuatnaik dan akan berkembang
kepada 50 menjelang akhir tahun.
3 langkah mudah untuk menonton video
di e-Guru
Langkah 1: layari EduwebTV
(http://eduwebtv.com/v2/home) dan klik
pautan e-Guru

Langkah 2: pilih kategori video yang anda
berminat

Langkah 3: pilih video yang anda ingin
tonton

Layarilah portal e-Guru dan rujukanlah
guru yang anda minat untuk difilemkan.
Sembang pendidik


TPM merasmikan Majlis Pencapaian 100 Hari
Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Anjakan isu #1
26 April 2013


Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, kita memerlukan 11 anjakan utama
Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan
berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan
menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab
untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh
dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang
mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian.
Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia,
pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini.
Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my
Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Anda mungkin juga menyukai