Anda di halaman 1dari 10

UNDANG-UNDANG BADMINTON

(mulai 2006)
DEFINASI
Pemain
Perlawanan
Perseorangan
Beregu
Pihak pembuat servis
Pihak penerima servis
Rally
Stroke

Setiap orang yang bermain badminton dalam sesuatu perlawanan.


Sesuatu pertandingan badminton di antara dua belah pihak yang
mengandungi 1 atau dua pemain sepihak.
Sesuatu perlawanan yang mengandungi seorang pemain sepihak.
Sesuatu perlawanan yang mengandungi dua orang pemain sepihak.
Pihak yang semasa itu diberi hak membuat servis.
Pihak yang menentang pihak pembuat servis.
Satu urutan atau lebih pukulan bermula dari servis sehingga bulu tangkis tidak lagi dalam
permainan.
Pergerakan ke hadapan raket pemain.

1. GELANGGANG DAN PERALATAN


1.1

Gelanggang hendaklah berbentuk segiempat tepat sepertimana ditunjukkan dalam


Rajah "A", dengan garis-garis yang berukuran 40 mm lebarnya.

1.2

Garis-garis hendaklah yang mudah dibezakan dan seelok-eloknya berwarna putih


atau kuning.

1.3

Semua garisan menjadi sebahagian kawasan yang ia menjadi sempadan.

1.4

Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan gelanggang, dan


hendaklah kekal menegak supaya memelihara ketegangan jaring seperti yang
terdapat dalam Undang-undang 1.10.

1.5

Tiang-tiang itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk beregu, sepertimana
ditunjukkan dalam Rajah A, tidak kira sama ada permainan perseorangan atau beregu
yang dimainkan.

1.6

Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal
dengan siratnya tidak kurang dari 15mm dan tidak melebihi 20 mm.

1.7

Labuhnya jaring hendaklah berukuran 760 mm, dan lebarnya sekurang-kurangnya 6.1 meter

1.8

Di bahagian atas jaring hendaklah diberi berpinggir dengan pita putih 75 mm. dan dibantu
dengan tali atau kabel melalui pita itu. Pita ini mestilah bersandar atas tali atau kabel tersebut

1.9

Tali atau kabel hendaklah direntang dengan tegang sejajar dengan puncak kedua-dua tiang.

1.10. Bahagian atas sekali jaring hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di bahagian
tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan tepi untuk beregu.
1.11 Tidak terdapat renggangan di antara setiap jaring dan tiang. Jika perlu, keseluruhan hujung
jaring hendaklah diikat kepada tiang.
1

2. BULU TANGKIS
2.1

Bulu tangkis boleh dibuat daripada benda-benda asli dan atau bahan-bahan tiruan. Walau apa
pun bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bulu tangkis itu, corak kelajuannya secara
am, hendaklah seakan-akan sama seperti dihasilkan oleh bulu tangkis asli yang mempunyai
bahagian bawah bergabus yang dilapisi oleh sekeping lapisan kulit yang nipis

2.2

Bulu tangkis yang menggunakan bulu asli.

2.3

2.4

2.2.1

Bulu tangkis hendaklah mempunyai 16 helai bulu yang dicucuk ke dalam bahagian
gabus.

2.2.2

Bulu hendaklah diukur dari hujung ke bahagian atas gabus, dan panjang tiap-tiap helai
bulu untuk sesuatu bulu tangkis itu hendaklah serupa. Panjang bulu-bulunya bolehlah di
antara 62 mm. ke 70 mm.

2.2.3

Hujung bulu-bulu itu hendaklah berbentuk satu bulatan yang mempunyai satu garis
pusat di antara 58 mm. ke 68 mm.

2.2.4

Bulu-bulu itu hendaklah diikat kukuh dengan benang atau dengan bahan-bahan lain
yang sesuai.

2.2.5

Bahagian bawahnya hendaklah bergaris pusat di antara 25 mm ke 28 mm dan berbentuk


bulat.

2.2.6

Berat bulu tangkis hendaklah diantara 4.74 ke 5.50 gram.

Bulu tangkis yang tidak menggunakan bulu asli.


2.3.1

Segulung bahan tiruan atau bahan tiruan yang dibentuk seakan-akan dengan bulu
menggantikan bulu asli.

2.3.2

Bahagian bawahnya adalah sama seperti yang diterangkan dalam Undang-Undang 2.2.5

2.3.3

Ukuran-ukuran dan beratnya hendaklah sama sepertimana Undang-Undang 2.2.2,2.2.3


dan 2.2.6.

Tertakluk kepada rekabentuk, kederasan/kelajuan, berat dan perjalanan bulu tangkis itu tidak ada
apa-apa perubahan, penentuan-penentuan yang tersebut itu boleh diubahsuaikan dengan syarat
mendapat kelulusan dari Pertubuhan Kebangsaan yang berkenaan, di tempat-tempat di mana
keadaan udara, disebabkan sama ada oleh altitud atau iklim, menyebabkan bulu tangkis yang
biasa itu tidak sesuai digunakan atau sekiranya hal keadaan khas memerlukannya demi
kepentingan permainan.

3. MENGUJI BULU TANGKIS


3.1

Untuk menguji sesuatu bulu tangkis, gunakan pukulan "underhand" yang terkena bulu tangkis dari
garis sempadan belakang. Bulu tangkis itu hendaklah dipukul menuju ke atas dan mengikut arah
yang selari dengan garisan tepi.

3.2

Sesuatu bulu tangkis yang betul derasnya akan jatuh tidak kurang dari 530 mm. dan tidak lebih
daripada 990 mm. pendek dari garis sempadan belakang yang satu lagi, seperti dalam Rajah B.
2

4. RAKET
4.1

4.2

4.3

Bingkai raket termasuk pemegangnya hendaklah tidak melebihi 680 mm, panjang keseluruhnya
dan 230 mm lebar keseluruhnya. Bahagian-bahagian raket dihuraikan dalam Undang-undang
4.1.1 hingga 4.1.5 dan ditunjukkan dalam Rajah C.
4.1.1

Pemegang ialah bahagian raket untuk dipegang oleh pemain.

4.1.2

Permukaan bertali ialah bahagian raket untuk pemain memukul bulu tangkis.

4.1.3

Kepala raket mengelilingi permukaan bertali.

4.1.4

Batang menyambung pemegang kepada kepala raket.(tertakluk kepada Undang-undang


4.1.5)

4.1.5

Lehernya (jika ada) menyambung batang kepada kepala raket.

Permukaan bertali :
4.2.1

Permukaan bertali raket hendaklah rata dan mempunyai corak tali-tali bersilang. Permukaan
bertali hendaklah secara umumnya sama sahaja di semua bahagian, tidak lebih rapat di bahagian
tengah dari bahagian-bahagian yang lain.

4.2.2

Permukaan yang bertali hendaklah tidak melebihi 280 mm, panjang keseluruhanya dan 220 mm.
lebar keseluruhanya. Walau bagaimanapun, permukaan bertali bolehlah diperluaskan kepada
bahagian yang biasanya menjadi lehernya, dengan syarat
4.2.2.1 lebar bahagian tambahan bertali ini tidak melebihi 35 mm
4.2.2.2 panjang kesuluruhan permukaan tali tidak melebihi 330mm.

Raket itu :4.3.1

hendaklah bebas dari alat-alat atau tambahan-tambahan kecuali alat-alat yang digunakan semata-mata
bertujuan untuk menghadkan atau mengurangkan kerosakan atau getaran atau untuk membahagikan
berat sama rata, atau untuk membalut pemegang raket dengan bahan supaya tidak licin, dan yang
berpatutan dari segi bentuk dan kedudukan untuk tujuan-tujuan seumpama itu; dan

4.3.2

hendaklah bebas dari sebarang alat yang membolehkan seseorang pemain ini untuk mengubah rupa
bentuk raketnya.

5. ALAT-ALAT YANG DILULUSKAN


Kuasa mutlak untuk membuat keputusan berhubung dengan adakah sesuatu raket, bulu tangkis atau alat
atau sesuatu ciptaan baru itu mematuhi segala kehendak atau dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk
permainan adalah terpulang kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sesuatu keputusan boleh dibuat
atas daya usaha sendiri atau pun setelah permohonan dibuat oleh sesuatu pihak yang benar-benar terlibat,
termasuk mana-mana pemain, pegawai-pegawai teknikal pengeluar alat-alat, atau Persatuan Kebangsaan, atau
mana-mana ahli sekali pun.
3

6. MEMBUAT UNDIAN
6.1

Sebelum permainan dimulakan, kedua-dua belah pihak hendaklah membuat undian dan pihak yang
menang undian itu hendaklah membuat pilihan Undang-undang 6.1.1 atau Undang-undang 6.1.2.
6.1.1
6.1.2

6.2

Untuk membuat servis atau menerima servis permulaan


Untuk memulakan permainan di petak gelanggang di sebelah kanan atau kiri.

Pihak yang kalah dalam undian itu seharusnya menerima pilihan yang tinggal.

7. SKOR
7.1

Kedua-dua belah pihak hendaklah bertanding dan memenangi dua daripada tiga gem, kecuali dipersetujui
selainnya. (Lampiran 2 dan 3)

7.2

Sesuatu gem itu akan dimenangi oleh pihak yang mencapai mata 21 dahulu, kecuali seperti mana yang
diperuntukkan dalam undang-undang 7.4 dan 7.5.

7.3

Pihak yang menang dalam sesuatu rally akan ditambah 1 mata. Satu pihak dikira menang rally, kalau pihak
lawan melakukan 'batal' atau bulu tangkis tidak dalam perlawanan kerana ia menyentuh permukaan
gelanggang di gelanggang pihak lawan.

7.4

Apabila skor menjadi 20 sama, pihak yang mendahului 2 mata, menang dalam gem.

7.5

Apabila skor menjadi 29 sama,pihak yang mendahului dengan mata yang ke 30,menang dalam gem.

7.6

Pihak yang telah memenangi sesuatu gem akan memulakan servis dalam gem yang berikutnya.

8. PERTUKARAN PETAK GELANGGANG


8.1

8.2

Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang :


8.1.1

di akhir gem pertama

8.1.2

sebelum permulaan gem ketiga (jika ada); dan

8.1.3

dalam gem ketiga apabila kiraan mata yang mendahului mencapai mata ke 11.

Apabila para pemain tidak menukar petak gelanggang seperti mana yang diperuntukan dalam undang-undang
8.1 pertukaran petak gelanggang hendaklah dilakukan sebaik sahaja kesilapan itu disedari apabila bulu tangkis
tidak dalam permainan tanpa berubah mata.

9. SERVIS
9.1

Dalam keadaan servis yang betul:


9.1.1

kedua-dua pihak tidak menyebabkan kelewatan dalam penghantaran servis sebaik sahaja pembuat
dan penerima servis telah mengambil tempat masing-masing. Pergerakan ke belakang raket pembuat
servis, sebarang kelewatan dalam penghantaran servis (Undang-undang 9.2) adalah dikira sebagai
kelewatan yang tidak patut.

9.1.2

pembuat dan penerima servis hendaklah berdiri dalam lingkungan petak servis yang menyerung tanpa
menyentuh garis-garis sempadan petak-petak servis tersebut

9.1.3

sedikit bahagian dari kedua-dua belah kaki pembuat dan penerima servis mestilah sentiasa menyentuh
permukaan gelanggang dalam keadaan tidak bergerak dari mula servis (Undang-undang 9.2)
sehinggalah servis itu dihantarkan.(Undang-undang 9.3)

9.1.4

raket pembuat servis hendaklah pada mulanya memukul bahagian bawah (gabus) bulu tangkis

9.1.5

ketika dipukul keseluruhan bulu tangkis itu berada di bahagian bawah pinggang pembuat servis; Paras
pinggang adalah dikira dengan menganggap dalam fikiran garisan dikelilingi badan, paras di bahagian
bawah tulang rusuk pembuat servis.

9.1.6

batang raket pembuat servis ketika bulutangkis dipukul hendaklah menghala ke bawah sehinggakan
keseluruhan kepala reket berada bawah keseluruhan tangan pembuat servis yang memegang raket
seperti dalam Rajah D.

9.1.7

pergerakan raket pembuat servis mestilah berterusan ke hadapan selepas servis dimulakan (Undangundang 9.2) sehinggalah servis itu dihantar (Undang-undang 9.3);

9.1.8

pergerakan bulu tangkis hendaklah menuju ke atas dari raket pembuat servis untuk menyeberangi jaring,
supaya, jika tidak dibalas, bulu tangkis itu akan jatuh dalam petak penerima servis.

9.1.9

dalam percubaan membuat servis, pembuat servis tidak boleh terlepas bulu tangkis.

9.2

Apabila para pemain telah mengambil tempat masing-masing, gerak mula ke hadapan kepala raket pembuat
servis itu menentukan permulaan servis tersebut.

9.3

Servis telah dihantar apabila, setelah dimulakan (Undang-undang 9.2) bulu tangkis dipukul oleh raket pembuat
servis atau pun pembuat servis tidak dapat memukul bulu tangkis.

9.4

Pembuat servis tidak boleh memulakan servis selagi pihak penerima servis belum bersedia tetapi pihak penerima
servis itu dianggap telah bersedia sekiranya ia membuat percubaan untuk mengembalikan servis tersebut

9.5

Dalam permainan beregu, semasa servis dihantar (undang-undang 9.2 dan 9.3) pasangan-pasangan yang
berkenaan bolehlah berdiri di mana-mana tempat dalam kawasan petak gelanggang masing-masing asalkan
tidak menghalang pandangan pihak lawan.

10. PERSEORANGAN
10.1 Petak membuat dan menerima servis
10.1.1 Para pemain hendaklah membuat dan menerima servis di petak servis sebelah kanan masing-masing
apabila pembuat servis belum lagi mendapat mata atau telah mendapat bilangan mata yang genap
dalam gem tersebut.
10.1.2

Para pemain hendaklah membuat dan menerima servis di petak servis sebelah kiri masing-masing
apabila pembuat servis telah mendapat bilangan mata yang ganjil dalam gem tersebut.

10.2 Susunan mainan dan kedudukan pemain-pemain dalam gelanggang


Dalam permainan bulu tangkis hendaklah dipukul secara bergilir-gilir oleh pembuat dan penerima servis
sehinggalah satu batal berlaku atau bulu tangkis itu tidak lagi dalam permainan. (undang-undang 15)
10.3 Mata dan servis
10.3.1 Sekiranya pembuat servis menang dalam satu rally (Undang-undang 7.3), pihak pembuat servis akan
mendapat servis dan mendapat satu mata. Pihak pembuat servis seterusnya akan membuat servis
dari petak servis yang satu lagi.
10.3.2 Sekiranya penerima menang dalam satu rally (Undang-undang 7.3) pihak penerima servis akan
mendapat servis dan satu mata. Pihak penerima servis akan menjadi pembuat servis yang baru.

11.BEREGU
11.1 Petak membuat dan menerima servis
11.1.1 Pembuat servis hendaklah melakukan servis dari petak servis sebelah kanan apabila pihak pembuat
servis tidak mendapat mata atau telah mencapai mata genap dalam gem itu.
11.1.2 Pembuat servis hendaklah melakukan servis dari petak servis sebelah kiri apabila pihak pembuat
servis tidak mendapat mata atau telah mencapai mata ganjil dalam gem itu.

11.1.3 Pemain dari pihak penerima yang membuat servis terakhir akan berada di petak servis yang
sama di mana dia membuat servis terakhir. Keadaan yang sebaliknya digunakan untuk pasangan
mereka.
11.1.4 Pemain dalam petak servis penerima hendaklah berdiri dalam lingkungan petak servis yang
menyilang bertentangan dengan petak servis pembuat servis adalah penerima.
11.1.5 Pemain tidak dibenarkan menukar petak servis masing-masing sehingga mereka menang satu mata
semasa pihak servis sedang servis.
11.1.6 Servis hendaklah dibuat dalam petak servis mengikut mata pembuat servis kecuali seperti dalam
undang-undang 12
11.2 Cara bermain dan kedudukan dalam gelanggang
Setelah servis itu dibalas, bulu tangkis itu hendaklah dipukul oleh mana-mana pemain dari pihak pembuat servis
dan kemudiannya oleh mana-mana pemain dari pihak penerima servis, dan seterusnya sehinggalah bulu tangkis
itu tidak lagi dalam permainan (Undang-undang 15)
11.3 Mata dan servis
11.3.1 Jika pihak pembuat servis menang dalam sesuatu rally (Undang-undang 7.3), pihak servis dapat satu
mata. Pembuat servis akan meneruskan servis.
11.3.2 Jika pihak penerima menang dalam satu rally (Undang-undang 7.3) pihak penerima akan mendapat
satu mata. Pihak penerima akan menjadi pembuat servis yang baru.
11.4 Urutan untuk membuat servis
Dalam sesuatu gem, hak membuat servis seharusnya secara berturutan:11.4.1 daripada pembuat servis yang memulakan gem dari sebelah kanan petak servis.
11.4.2 kepada pasangan penerima servis. Servis hendaklah dibuat dari sebelah kiri petak servis.
11.4.3 kepada pasangan penerima servis
11.4.4 kepada penerima servis
11.4.5 kepada pembuat servis dan seterusnya
11.5 Pemain-pemain tidak dibenarkan membuat servis tidak mengikut giliran, menerima servis tidak mengikut giliran
atau menerima servis dua kali berturut-turut dalam gem yang sama kecuali sepertimana yang diperuntukan
dalam Undang-undang 12.
11.6 Mana-mana pemain dari pihak yang menang boleh membuat servis permulaan dalam gem yang berikutnya
dan mana-mana pemain dari pihak yang kalah boleh menerima.

12. KESALAHAN-KESALAHAN PETAK SERVIS


12.1 Kesalahan-kesalahan petak servis berlaku apabila seseorang pemain:
12.1.1 telah membuat atau menerima servis tidak mengikut giliran:
12.1.2 telah membuat atau menerima servis dari petak servis yang salah:
12.2 Sekiranya kesalahan petak servis disedari, kesalahan itu hendaklah diperbetulkan tanpa berubah mata.

13. BATAL
Batal berlaku:
13.1 sekiranya servis itu tidak betul (Undang-undang 9.1):
13.2 sekiranya dalam membuat servis, bulu tangkis :
13.2.1 tersangkut di atas jaring dan terletak di situ :
13.2.2 setelah melepasi jaring, tersangkut di jaring :
13.2.3 terkena atau dipukul oleh pasangan penerima servis :
13.3 sekiranya dalam permainan, bulu tangkis :13.3.1 jatuh di luar garis-garis sempadan gelanggang :
13.3.2 menebusi atau melalui di bawah jaring :
13.3.3 gagal melintasi jaring :
13.3.4 tersentuh bumbung, atap atau dinding :
13.3.5 tersentuh badan atau pakaian pemain : atau
13.3.6 tersentuh benda-benda lain atau pemain di luar kawasan gelanggang
(Di mana perlu, memandangkan keadaan bangunan, pihak badminton tempatan boleh, tertakluk kepada
persetujuan ahli-ahli gabungan, rekaan undang-undang kecil mengenai keadaan apabila menyentuh apa-apa
halangan)
13.3.7 terlekat dan terletak beberapa ketika di atas raket dan kemudiaannya dikaup semasa melakukan
sesuatu pukulan ;
13.3.8 dipukul dua kali berturut-turut oleh pemain yang sama dengan dua pukulan. Walau bagaimanapun
bulu tangkis terkena kepala dan permukaan bertali raket dalam satu pukulan tidak dikira sebagai batal
13.3.9 dipukul oleh pemain dan pasangannya secara berturut-turut :atau
13.3.10 terkena raket pemain dan meneruskan perjalanannya ke sebelah belakang gelanggang pemain tersebut
13.4 Sekiranya dalam permainan, pemain :13.4.1 tersentuh jaring atau tiangnya dengan raket, tubuh badan atau pakaian :
13.4.2 menyerang gelanggang lawannya melalui atas jaring dengan raket atau tubuh badan,
walau bagaimanapun, sipemukul boleh mengikuti bulu tangkis melalui atas jaring dengan raketnya
semasa membuat pukulan.
7

13.4.3 menyerang gelanggang lawannya melalui bawah jaring dengan raket atau tubuh badan supaya lawannya
dihalang atau diganggu :
13.4.4 menghalang pihak lawan, iaitu menghalang lawannya dari melakukan pukulan yang sah di mana
bulu tangkis itu diikut melepasi jaring :atau
13.4.5 pemain dengan sengaja mengganggu lawannya dengan sesuatu perbuatan seperti menjerit atau
geraklaku :
13.5 sekiranya pemain didapati bersalah melakukan perkara-perkara yang melampau, mengulangi atau pun kerap
melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang 16.

14. SEMULA
14.1 "Semula" hendaklah diteriakkan oleh Pengadil atau pemain (sekiranya tiada Pengadil) untuk memberhentikan
permainan
14.2 "Semula" diberikan :14.2.1 pembuat servis memulakan servisnya sebelum penerima servis bersedia (Undang-undang 9.5)
14.2.2 semasa servis, penerima dan pembuat servis dibatalkan serentak :
14.2.3 selepas servis dibalas, bulu tangkis :14.2.3.1 terkena jaring lalu tersangkut di situ atau terletak di atas : atau
14.2.3.2 setelah melepasi jaring dan tersangkut di jaring
14.2.4 semasa dalam permainan, bulu tangkis pecah dan bahagian bawahnya didapati terpisah dari
keseluruhan bulu tangkis itu:
14.2.5 pada anggapan pengadil, rally diganggu atau pemain dipetak gelanggang bertentangan diganggu
oleh jurulatih:
14.2.6 Hakim garis tidak nampak dan Pengadil tidak dapat memberikan keputusannya: atau
14.2.7 untuk kejadian-kejadian yang tidak dijangka atau tidak disengajakan
14.3 Apabila "Semula" berlaku, permainan mulai dari servis terakhir itu tidaklah diambil kira dan pemain yang
membuat servis itu hendaklah membuat servis sekali lagi.

15. BULUTANGKIS TIDAK DALAM PERMAINAN


Bulu tangkis tidak dalam permainan apabila:
15.1 ia terkena jaring atau tiang dan mula jatuh ke permukaan gelanggang di sebelah jaring sipemukul :
15.2 ia tersentuh permukaan gelanggang : atau
15.3 "Batal" atau "Semula" berlaku.

16. PERMAINAN TERUS MENERUS, SALAHLAKU DAN HUKUMAN-HUKUMAN


16.1 Permainan hendaklah terus menerus mula dari servis pertama sehinggalah tamat perlawanan kecuali
seperti mana yang dibenarkan dalam Undang-undang 16.2 dan 16.3.
8

16.2 Rehat
16.2.1

tidak melebihi 60 saat dalam setiap gem apabila satu pihak telah mendahului dengan mata yang ke 11:

16.2.2

tidak melebihi 120 saat di antara gem 1 dan gem 2, di antara gem2 dan gem 3 adalah dibenarkan dalam
semua perlawanan.

(Bagi perlawanan yang disiarkan dalam televisyen, Referi boleh memutuskan sebelum perlawanan bahawa masa
rehat seperti dalam 16.2 adalah dimestikan dan untuk jangka masa yang ditentukan.)
16.3 Penangguhan Permainan
16.3.1

Apabila disebabkan oleh keadaan yang di luar kuasa para pemain, Pengadil boleh menangguhkan
permainan selama waktu yang difikirkan perlu.

16.3.2

Dalam keadaan tertentu, Referi boleh mengarahkan pengadil untuk menangguhkan permainan.

16.3.3

Sekiranya permainan ditangguhkan, skor yang terdapat ketika itu akan tetap demikian dan
permainan disambung semula mulai dari skor tersebut.

16.4 Melambatkan Permainan


16.4.1

Permainan sama sekali tidak boleh ditangguhkan semata-mata untuk membolehkan pemain
memulihkan tenaga atau mengambil nafas, atau arahan atau nasihat.

16.4.2

Pengadil adalah hakim mutlak untuk menentukan sebarang kelewatan permainan.

16.5 Menerima Nasihat dan Keluar Gelanggang


16.5.1

Apabila bulu tangkis tidak dalam permainan (undang 15) ,seseorang pemain dibenarkan menerima
nasihat dalam sesuatu permainan.

16.5.2

Semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil, kecuali
semasa "rehat" (undang-undang 16,2)

16.6 Seseorang pemain tidak dibenarkan:


16.6.1

menangguhkan permainan dengan sengaja,

16.6.2

melakukan sesuatu untuk mengubah kelajuan bulu tangkis dan sengaja,

16.6.3

berkelakuan dengan cara yang garang.,

16.6.4

bersalah melakukan perkara-perkara salah laku yang tidak disentuh dalam Undang-undang
Badminton.

16.7 Tindakan Melanggar Undang-Undang


16.7.1

Pengadil hendaklah bertindak ke atas mana-mana pihak yang melanggar Undang-undang 16.4, 16.5
atau 16.6 dengan cara
16.7.1.1 memberi amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan
16.7.1.2 membatalkan pihak yang melakukan kesalahan jika telah diberi amaran terlebih
dahulu, atau

16.7.2

dalam keadaan-keadaan kesalahan yang melampau atau pun kerap melakukan kesalahan-kesalahan,
melanggar undang-undang 16.2 membatalkan pihak yang bersalah dan seterusnya melaporkan
perkara itu kepada referi yang mempunyai kuasa untuk membatalkan terus pihak yang bersalah.
9

17. PEGAWAI-PEGAWAI DAN BANTAHAN-BANTAHAN


17.1 Referi adalah bertanggungjawap untuk mengawasi perjalanan keseluruhan kejohanan atau pertandingan
di mana sesuatu perlawanan itu menjadi sebahagian darinya.
17.2 Pengadil, di mana dilantik, adalah bertanggungjawap untuk mengelolakan sesuatu perlawanan,
gelanggang dan persekitarannya. Pengadil hendaklah melapor kepada referi.
17.3 Hakim servis adalah bertanggungjawab untuk meneriakkan "Batal" yang dilakukan oleh pembuat servis
sekiranya berlaku (Undang-undng 9.)
17.4 Hakim garis adalah bertanggunjawab untuk memberi isyarat menunjukkan bulu tangkis itu jatuh
"dalam " atau "luar".
17.5 Keputusan seseorang pegawai atas hal-hal kenyataan yang ia dipertanggungjawab adalah muktamad kecuali
pada pendapatnya, berlaku sesuatu yang tidak menasabah oleh hakim garis yang memang jelas
melakukan keputusan yang salah, maka pengadil berkuasa untuk membetulkan keputusan hakim garis.
17.6 Seseorang pengadil hendaklah:17.6.1

sentiasa menegak dan menjalankan dengan teliti Undang-undang Badminton dan, terutamanya
meneriakkan "Batal" atau " Semula" sekiranya mana-mana satu hal ini berlaku, tanpa rayuan
dibuat oleh pemain-pemain;

17.6.2

memberikan keputusannya tentang apa-apa rayuan mengenai sesuatu perkara yang dipertikaikan,
sekiranya dibuat sebelum servis yang berikutnya dihantar;

17.6.3

menentukan bahawa pemain-pemain dan penonton-penonton sentiasa mengetahui perjalanan


sesuatu perlawanan itu.

17.6.4

melantik atau menukar hakim-hakim garis atau hakim servis setelah berunding dengan Referi.;

17.6.5

mengaturkan supaya tugas-tugas seseorang pegawai gelanggang dapat dilaksanakan jika


pegawai berkenaan tidak dilantik;

17.6.6

menjalankan tugas-tugas seseorang pegawai atau meminta "Semula" dimainkan sekiranya


seseorang pegawai yang dilantik itu tidak nampak

17.6.7

mencatat dan melaporkan kepada Referi semua perlakuan-perlakuan dan kejadian-kejadian


yang berkaitan dengan undang-undang 16; dan

17.6.8

membawa ke pengetahuan Referi semua rayuan yang tidak dapat diselesaikan berhubung dengan
perkara undang-undang sahaja. (Rayuan-rayuan seperti ini mestilah dibuat sebelum servis berikutnya
dihantar, atau sekiranya berlaku semasa tamat sesuatu gem, sebelum pihak yang membuat rayuan
itu meninggalkan gelanggang.)

10

Anda mungkin juga menyukai