Anda di halaman 1dari 19

UNDANG-UNDANG

RASMI

PERMAINAN

PETANQUE

(Undang-undang berikut telah diluluskan oleh World Congress, FIPJP


dengan pindaan-pindaan yang dilakukan di Dakar, Senegal pada 14 November 2008)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------PERATURAN AM
ARTIKEL 1 KOMPOSISI PASUKAN
Petanque adalah sukan di mana
- 3 pemain melawan 3 pemain (Triples)
Sukan ini boleh juga dimainkan dengan:
- 2 pemain melawan 2 pemain (Doubles)
- 1 pemain melawan 1 pemain (Singles)
Dalam Triples seorang pemain menggunakan 2 biji boule.
Dalam Doubles dan Singles seorang pemain menggunakan 3 biji boule.
Tidak ada formula yang lain dibenarkan.
ARTIKEL 2 SYARAT-SYARAT BOULES YANG DILULUSKAN.
Petanque dimainkan dengan boule yang diiktiraf oleh FIPJP dan memenuhi criteria
berikut:1)
2)
3)

Diperbuat daripada logam.


Mempunyai diameter (garispusat) antara 7.05 cm (minimum) dan 8.0 cm
(maksimum)
Mempunyai berat antara 650 gm (minimum) dan 800 gm (maksimum).
Jenama pengeluar dan berat boule hendaklah tertera pada boule dan
sentiasa dapat dilihat dengan jelas.
Bagi pertandingan yang melibatkan pemain-pemain berumur 11 tahun atau
kurang, pemain-pemain boleh menggunakan boule yang mempunyai berat
600 gm dan diameter 65 mm dengan syarat boule berkaitan dibuat oleh
pengeluar yang sah.

4)

Boule tidak boleh diberatkan atau disumbat pasir (atau bahan-bahan asing)
ke dalamnya. Secara umumnya boule tidak boleh diaduk-aduk (tamper)
dengan apa jua cara atau diubah-ubah (alter) atau diubahsuai (modify)
selepas pembuatan pengeluar yang sah.
Menempa semula (re-tempering) boule dengan tujuan mengubah
kekerasan boule yang sediakala adalah dilarang.

Walau bagaimanapun, pemain dibenarkan mengukir nama lengkap, nama ringkas, initial,
akronim atau pelbagai logo di atas boule mengikut spesifikasi pengeluarnya.
1

ARTIKEL 2a DENDAAN (PENALTIES) BAGI BOULE YANG TIDAK


MEMENUHI SYARAT.
Pemain yang melanggar peruntukan (4) di atas akan dibatalkan daripada menyertai
pertandingan, dengan serta merta, bersekali dengan rakan atau rakan-rakan pasukannya.
Sekiranya boule tidak diaduk-aduk tetapi lusuh atau cacat semasa pengeluaran dan tidak
diluluskan oleh satu badan pengawal atau tidak memenuhi ciri-ciri (1), (2) dan (3) di atas,
pemain berkaitan hendaklah menukar boulenya. Dia dibenarkan menukar keseluruhan set
boulenya.
Dakwaan yang merujuk kepada perkara (1), (2) atau (3) yang dikemukakan oleh manamana pasukan hendaklah dibuat sebelum permainan dimulakan. Semua pemain
hendaklah mempastikan bahawa ke semua boule mereka dan bouole pihak lawan
mematuhi peraturan di atas.
Dakwaan yang merujuk kepada perkara (4) boleh dibuat pada bila-bila masa semasa
pertandingan antara dua end. Bagaimanapun dakwaan terhadap boule lawan yang
dibuat dari end ketiga dan seterusnya dan sekiranya dakwaan itu di dapati tidak berasas,
pemain berkenaan atau pasukannya akan dikenakan denda 3 mata yang akan ditambah
kepada skor pasukan lawannnya.
Pengadil atau Juri boleh pada bila-bila masa, memeriksa boule mana-mana pemain.
ARTIKEL 3 JACK YANG DILULUSKAN.
Jack adalah diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, mempunyai tanda pengeluar dan
mendapat pengesahan daripada FIPJP. Jack berkenaan perlu memenuhi segala spesifikasi
yang releven.
Mempunyai diameter (garispusat) 30mm (tolerensi: + atau 1mm).
Jack boleh diwarnai dengan apa jua warna tetapi tidak boleh pada bila-bila masa jack
tersebut mudah diangkat dengan mengguna besi berani (magnet).
ARTIKEL 4 LESEN.
Sebelum pertandingan dimulakan setiap pemain perlu mengemukakan lesennya. Pemain
perlu mengeluarkan lesen apabila diminta oleh Pengadil atau lawannya melainkan lesenlesen tersebut telah dikumpul dan berada dalam simpanan pihak penganjur.

TATACARA PERMAINAN
ARTIKEL 5 PERATURAN GELANGGANG
Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai permukaan. Jawatankuasa
pengelolaan pertandingan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di atas
gelanggang yang tetap (marked terrain). Dalam keadaan ini, untuk Kejohanan
Kebangsaan dan Antarabangsa, ukuran minimum gelanggang hendaklah berukuran: 4
meter lebar dan 15 meter panjang.
Untuk lain-lain Kejohanan, Persatuan boleh mempelbagai ukuran sehingga 12 meter
panjang dan 3 meter lebar.
Apabila satu gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain dihujungnya,
garisan yang bertemu ini adalah garisan bola mati.
Sekiranya satu-satu gelanggang dilingkungi dengan satu sempadan kekal, sempadan
ini hendaklah dijarakkan minimum 1 meter dari garisan bola mati.
Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata. Dalam acara liga dan pusingan kelayakan
mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.
Ada pertandingan yang boleh dijalankan mengikut masa. (Masa permainan
ditetapkan oleh pihak penganjur)
ARTIKEL 6 MEMULAKAN PERMAINAN DAN PERATURAN BERKAITAN
BULATAN MEMBALING.
Pemain-pemain perlu melakukan undian untuk menentukan pasukan yang akan memilih
gelanggang dan melontar jack.
Sekiranya gelanggang telah diperuntukkan oleh pengelola pertandingan, jack hendaklah
dilontar dalam gelanggang yang berkenaan. Pasukan tidak dibenarkan bermain di
gelanggang berlainan kecuali dengan kebenaran Pengadil.
Mana-mana ahli pasukan yang memenangi undian akan memilih tapak mula dan melekar
atau menyediakan satu bulatan membaling yang saiznya cukup untuk seorang pemain
berdiri dengan kedua-dua kaki di dalamnya. Bagaimanapun ukuran diameternya tidak
boleh kurang daripada 35 cm dan tidak lebih dari 50 cm. Apabila gelung disediakan
(prefabricated circle), ia hendaklah mempunyai diameter di sebelahan dalam 50 cm
(tolenrasi: + atau -2mm).
Kegunaan gelung (prefabricated circle) adalah ditetapkan oleh pihak penganjur yang
akan menyediakannya.

Bulatan membaling sah untuk 3 lontaran yang diberikan kepada satu-satu pasukan
hendaklah dilakar atau ditempatkan sekurang-kurangnya 1 meter dari sebarang halangan
dan 1meter dari kawasan larangan bermain (out of bounds area). Sekiranya permainan
diadakan di kawasan terbuka, bulatan membaling hendaklah berada dalam jarak 2 meter
dari bulatan membaling yang berhampiran.
Pasukan yang melontar jack perlu memadam semua bulatan berhampiran yang tidak
berkaitan. (Nota: Tidak ada halangan bagi pasukan lawan untuk memadamnya.)
Kawasan dalam bulatan boleh dibersihkan sepenuhnya daripada batu-batu dan
sebagainya semasa end berjalan tetapi perlu dikembalikan kepada keadaaan asal selepas
end tamat.
Bulatan membaling tidak dianggap sebagai kawasan larangan.
Kedua-dua kaki pemain hendaklah berada di dalam bulatan tanpa menyentuh garisan.
Kaki tidak boleh dikeluarkan atau diangkat sehingga boule yang dilontar mencecah
gelanggang.
Tidak ada mana-mana bahagian anggota dibenarkan menyentuh gelanggang di luar
bulatan. Pemain yang cacat anggota kakinya boleh berdiri dengan sebelah kaki berada di
dalam bulatan.
Pemain yang melontar dari kerusi roda, sekurang-kurangnya satu roda (bersebelahan
dengan tangan membaling) perlu berada di dalam bulatan.
Pemain yang melontar jack tidak semestinya pemain pertama yang akan melontar boule.
ARTIKEL 7 JARAK SAH UNTUK LONTARAN JACK.
Jack yang telah dilontar akan dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:1)

Jaraknya dari garisan sebelahan dalam bulatan mestilah antara :


4 meter minimum dan 8 meter maksimum untuk kanak-kanak (Minors)
5 meter minimum dan 9 meter maksimum untuk anak-anak muda (Cadets)
6 meter minimum dan 10 meter maksimum untuk remaja dan dewasa.
(Nota: Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. Anak-anak muda
berumur 13 15 tahun. Remaja berumur 16 18 tahun dan dewasa
berumur 18 tahun ke atas.

2)

Bulatan membaling berada dalam jarak minimum 1 meter dari sebarang


halangan.

3)

Jack berada dalam jarak minimum 1 meter dari sebarang halangan dan
sempadan pemainan yang paling hampir.

4)

Jack hendaklah boleh dilihat oleh pemain dalam keadaan kedua-dua


kakinya berada dalam bulatan dan berdiri tegak. Sekiranya terdapat
keraguan pengadil akan memberi kata putus dan keputusan yang dibuat
sama ada jack itu kelihatan atau sebaliknya adalah muktamad.

Untuk end berikutnya, jack akan dilontar dari bulatan yang dibuat atau disediakan di
kedudukan terakhir jack pada end sebelumnya kecuali dalam kes-kes di bawah ini:
i ) Bulatan akan berada kurang 1 meter daripada halangan.
ii) Lontaran jack tidak dapat dilakukan sejauh jarak permainan yang sah.
Dalam keadaan pertama, pemain akan membuat atau menyediakan bulatan dalam jarak
yang sah bersetentangan dengan halangan.
Dalam kes kedua, pemain boleh melangkah ke belakang mengikut garisan arus
permainan pada end sebelumnya supaya dapat melontar jack dalam apa jua jarak yang
sah sehingga kepada jarak maksimum yang dibenarkan dan tidak lebih dari itu. Tindakan
ini dilakukan apabila jack tidak dapat dilontar ke mana-mana arah sehingga kepada jarak
yang maksimum.
Sekiranya jack tidak berjaya dilontar dengan betul selepas tiga lontaran oleh pasukan
yang sama, pasukan lawan akan mengambil alih lontaran dan dia juga mempunyai
peluang tiga kali lontaran. Dia juga dibenarkan mengubah kedudukan bulatan ke
belakang tertakluk kepada syarat-syarat tersebut di atas. Selepas ini, kedudukan bulatan
tidak boleh diubah lagi sekiranya pasukan ini juga gagal dalam tiga kali lontarannya.
Masa maksimum untuk membuat ketiga-tiga lontaran ini adalah satu minit.
Apa jua keadaan, pasukan yang kehilangan hak melontar jack pada awalnya
masih mengekalkan hak melontar boule pertama.
ARTIKEL 8 LONTARAN JACK YANG SAH.
Apabila jack yang dilontar tertampan oleh pengadil, pemain, penonton, binatang atau apa
jua objek yang bergerak, jack itu dianggap tidak sah dan perlu dilontar semula. Lontaran
ini tidak dikira sebagai salah satu daripada tiga lontaran yang dibenarkan.
Selepas jack dan boule yang pertama dilontar pihak lawan masih boleh mencabar
kesahihan kedudukan jack. Apabila bantahannya didapati benar, kedua-dua jack dan
boule akan dilontar semula.
Untuk membolehkan jack dilontar semula kedua-dua pasukan perlu bersetuju jack yang
dilontar adalah tidak sah atau pengadil menentukannya tidak sah. Mana-mana pasukan
yang meneruskan permainan akan kehilagan hak melontar jack.

Sekiranya pihak lawan telah memainkan boulenya, kedudukan jack adalah sah dan apa
jua bantahan tidak akan diterima.
ARTIKEL 9 JACK MATI SEMASA DALAM END.
Jack dikira mati dalam enam situasi berikut:
1)

Apabila dalam satu-satu end, jack digerakkan keluar sempadan permainan tanpa
mengambil kira jack berkenaan kembali semula ke gelanggang permainan. Jack di
atas garisan sempadan adalah sah. Jack hanya akan mati apabila keseluruhan
fizikalnya telah melintasi garisan sempadan apabila dilihat tegak dari atas. Jack
yang terapung dalam lopak air dikira berada dalam kawawsan larangan.

2)

Jack yang berada dalam gelanggang permainan tidak kelihatan dari bulatan
membaling seperti ditetapkan di bawah Artikel 7. Jack yang dilindungi oleh boule
tidak dikira mati. Pengadil boleh mengangkat boule berkaitan untuk seketika
untuk mengesahkan samada ianya boleh kelihatan atau tidak.

3)

Apabila jack digerakkan dalam jarak melampaui 20 meter bagi pemain remaja
dan dewasa atau melebihi 15 meter bagi pemain kanak-kanak (Minors) dan anakanak muda (Cadets) atau kurang dari 3 meter dari bulatan lontaran.

4)

Apabila jack yang berada di gelanggang tetap digerakkan merentasi lebih


daripada satu gelanggang bersebelahan, jack berkenaan dianggap mati.

4a)

Dalam pertandingan yang menggunakan masa, jack yang berada di


gelanggang tetap (marked terrain) digerakkan merentasi gelanggang
bersebelahan, jack berkenaan dianggap mati.

5)

Apabila jack yang digerakkan hilang atau tidak ditemui selepas di beri peruntukan
masa maksimum 5 minit mencarinya.

6)

Apabila terdapat kawasan larangan di antara jack dan bulatan membaling.

ARTIKEL 10 MENGUBAH HALANGAN


Adalah ditegah sama sekali bagi mana-mana pemain memindah, mengalih atau
menginjak-injak halangan yang terdapat di permukaan gelanggang. Walau bagaimanapun,
pemain yang hendak melontar jack boleh menguji tempat jatuhan dengan menepuk-nepuk
permukaan gelanggang tidak melebihi 3 kali dengan salah satu boulenya. Seterusnya
pemain yang hendak memainkan boulenya, seorang pemain pasukannya boleh menutup
satu lubang kesan daripada lontaran boule yang dimainkan sebelumnya.
Pemain pasukan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan
tindakan di bawah peruntukan Disiplin Artikel 34.

ARTIKEL 1Oa MENUKAR JACK ATAU BOULE.


Pemain-pemain adalah ditegah daripada menukar jack atau boule semasa permainan
dijalankan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:
1) Boule atau jack hilang atau tidak ditemui selepas dicari dalam masa 5 minit.
2) Boule atau jack pecah dan dalam keadaan demikian, pecahan yang terbesar
akan menentukan kedudukan. Sekiranya boule masih ada untuk dimain,
bahagian-bahagian boule atau jack yang pecah hendaklah diganti dengan serta
merta selepas pengukuran dibuat, sekiranya perlu. Jack atau boule yang
hendak ditukar perlu mempunyai keserupaan dan kesamaan diameter dengan
yang pecah. Dalam end berikutnya pemain berkenaan boleh mengguna satu
set boule yang baru.

JACK
ARTIKEL 11 JACK TERLINDUNG ATAU TERGERAK.
Sekiranya dalam satu-satu end, jack terlindung oleh daun atau kertas, objek berkenaan
boleh dibuang.
Apabila jack yang berkedudukan tetap digerak oleh angin atau curaman gelanggang, jack
berkaitan hendaklah dikembalikan ke tempat asal sekiranya kedudukan jack itu telah
ditanda.
Kaedah yang sama boleh dipakai apabila jack dengan tidak sengaja digerak oleh
pengadil, pemain, penonton, boule atau jack dari gelanggang bersebelahan, binatang atau
apa jua objek yang bergerak.
Bagi mengelak sebarang pertelingkahan, pemain-pemain hendaklah menanda kedudukan
jack. Tidak ada sebarang tuntutan boleh diterima sekiranya kedudukan jack atau boule
tidak dibuat tanda.
Sekiraya jack digerak oleh boule di dalam permainan yang sama perubahan kepada
kedudukannya adalah sah.

ARTIKEL 12 JACK BERGERAK KE GELANGGANG LAIN.


Apabila dalam satu-satu end, jack bergerak ke kawasan permainan lain, samada
gelanggang terbuka atau tetap, jack berkaitan adalah sah tertakluk kepada Artikel 9.
Sekiranya perlu, pemain-pemain yang menggunakan jack berkaitan hendaklah menunggu
sekiranya ada ruang bagi pemain-pemain dari gelanggang bersebelahan menamatkan
permainan mereka. Pemain-pemain berkaitan perlu bersikap sabar dan hormat.
Untuk end selanjutnya, permainan perlu kembali ke gelanggang asal, yang telah
ditetapkan kepada mereka dan jack akan dilontar dari tempat kedudukannya yang
sebelumnya ia dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat Artikel 7.
ARTIKEL 13 TINDAKAN-TINDAKAN UNTUK JACK YANG TERBATAL.
Sekiranya dalam satu-satu end, jack terbatal (mati), salah satu daripada tiga tindakan
berikut akan digunakan:
1) Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimainkan, end
berkaitan adalah batal.
2) Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk
dimainkan, pasukan itu memperolehi mata bersamaan dengan bilangan boule
yang masih belum dimainkan.
3) Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimainkan, end
berkaitan adalah batal.
ARTIKEL 14 MENEMPATKAN JACK YANG KENA TAMPAN.
1)

Sekiranya jack yang dipukul, ditampan atau dipesongkan oleh penonton


atau pengadil, jack itu akan kekal di tempat ia terhenti.

2)

Sekiranya jack selepas dipukul, ditampan oleh pemain dalam kawasan


permainan, pihak lawan boleh buat pilihan:
a)
b)
c)

membenarkan jack itu di tempat baru.


tempatkan jack berkenaan di kedudukan asal
tempatkan jack itu di mana-mana
batas garisan lanjutan
menghubungi tempat asalnya dengan tempat baru sehingga ke
jarak maksimum 20 meter dari bulatan dengan syarat jack itu
dapat dilihat. Untuk kanak-kanak dan anak-anak muda jaraknya
adal;ah 15 meter.

Para (b) dan (c) boleh diguna pakai sekiranya kedudukan jack telah ditanda sebelumnya.
Sekiranya tidak ditanda, jack dikekalkan di kedudukan baru.

Sekiranya selepas dipukul jack melantun keluar ke kawasan larangan dan akhirnya
kembali semula ke kawasan permainan, jack itu dianggap batal dan keadaan ini
membabitkan penggunaan peruntukan Artikel 13.
PERGERAKAN BOULE
ARTIKEL 15 LONTARAN BOULE PERTAMA DAN BOULE BERIKUTNYA.
Boule pertama akan dilontar oleh pemain dari pasukan yang menang dalam undian atau
yang memenangi satu-satu end. Balingan berikutnya akan dimainkan oleh pasukan yang
tidak menguasai mata dalam end berkaitan.
Pemain ditegah daripada menggunakan sebarang objek atau membuat garisan di atas
gelanggang yang boleh membantu mainan boule atau membuat tanda tempat jatuhan
boule. Seorang pemain yang akan memainkan boule terakhir tidak dibolehkan membawa
boule lain di tangannya yang sebelah lagi.
Boule hendaklah dimainkan satu persatu.
Boule tidak boleh dimainkan semula setelah dilontar. Walau bagaimana pun boule mesti
dimainkan semula apabila pergerakanya dari bulatan membaling ke arah jack dihentikan
atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh jack atau boule dari gelanggang
berhampiran atau oleh binatang atau apa-apa objek (bola sepak dll) yang bergerak dan
merujuk sama kepada kes di bawah Artikel 8 (para 2).
Pemain adalah dilarang melembabkan boule atau jack.
Sebelum melontar sesuatu boule, pemain hendaklah terlebih dahulu membersihkan
boulenya daripada tempelan tanah atau apa-apa elemen yang melekat di boule tersebut.
Jika tidak denda atau penalti dikenakan di bawah Artikel 34.
Sekiranya boule pertama yang dimainkan terkeluar gelanggang, pemain lawan akan
memainkan boulenya dan seterusnya giliran di selangseli selagi tidak ada boule di atas
gelanggang.
Sekiranya selepas shooting atau pointing tidak terdapat boule di atas gelanggang,
peraturan yang merujuk kepada kedudukan stalemate akan dipakai sebagaimana
ditakrifkan di bawah Artikel 28.

ARTIKEL 16 TINGKAH LAKU PEMAIN DAN PENONTON SEMASA


PERMAINAN.
Dalam masa yang dibenarkan untuk seseorang pemain memainkan boulenya, penonton
dan lain-lain pemain hendalah berada dalam keadaan senyap.
Pemain lawan tidak boleh berjalan-jalan, membuat isyarat atau melakukan sesuatu yang
boleh mengganggu pemain yang hendak melakukan balingan. Hanya pemain yang akan
membuat lontaran dan rakan sepasukannya sahaja boleh berada di antara bulatan
membaling dan jack.
Pemain-pemain pihak lawan hendaklah berada jauh dari kedudukan jack atau di belakang
pemain yang hendak membaling boule. Dalam kedua-dua kes ini, mereka hendaklah
berada di antara sama satu sekurang-kurangnya dalam jarak 2 meter .
Pemain-pemain yang tidak mematuhi peraturan ini akan diberi amaran oleh Pengadil dan
seterusnya boleh dibatalkan dari menyertai pertandingan kalau salah laku masih
berterusan.
ARTIKEL 17 MELONTAR BOULE DAN BOULE KELUAR GELANGGANG.
Pemain-pemain tidak dibenarkan melakukan latihan membaling semasa permainan
dijalankan dan pemain yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan di
bawah peruntukan Disiplin, Artikel 34.
Dalam masa end berjalan, boule yang terkeluar dari gelanggang tetap (marked terrain)
adalah sah kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Artikel 18.
ARTIKEL 18 BOULE MATI.
Boule dianggap mati sebaik sahaja boule memasuki kawasan larangan bermain. Boule
yang tercelapak atas garisan sempadan dikira hidup. Boule dikira mati selepas
keseluruhan fizikalnya melintasi garisan tersebut atau garisan boule mati sekiranya dilihat
tegak dari atas. Interpretasi yang sama juga dibuat tatkala bermain di gelanggang yang
ditetapkan (marked terrain), boule bergerak merentasi lebih dari satu sempadan
permainan yang bersebelahan.
Dalam pertandingan yang menggunakan masa, boule dikira mati sebaik sahaja ia
merentasi gelanggang di sebelah.
Sekiranya boule telah terkeluar tetapi kembali semula ke gelanggang permainan atas
sebab-sebab kecuraman gelanggang atau melatun dari satu objek sama ada bergerak atau
kekal, boule berkaitan hendaklah dikeluarkan dari kawasan permainan dan apa jua yang
telah digerak olehnya di tempatkan semula pada kedudukan asal.

10

Mana-mana boule yang mati mesti dikeluarkan dari kawasan permainan dengan serta
merta dan sekiranya tidak, boule itu akan dikira hidup sebaik sahaja boule lain dimainkan
oleh pasukan lawan.

ARTIKEL 19 BOULE YANG DIHENTIKAN.


Mana-mana boule yang dimain, terhenti atau dipesongkan oleh penonton atau pengadil
akan kekal di tempat boule itu terhenti.
Mana-mana boule yang dimain, terhenti atau dipesongkan dengan tidak sengaja oleh
pemain dari pasukan yang sama, dikira mati.
Mana-mana boule yang dibuat pointing terhenti atau dipesongkan dengan tidak
sengaja oleh pihak lawan, boleh mengikut kehendak pemain sama ada dimainkan semula
atau dikekalkan di tempat boule itu berhenti.
Apabila boule yang dibedil atau dipukul (shooting), terhenti atau dipesongkan dengan
tidak sengaja oleh pemain, pemain pihak lawan boleh memilih untuk:
1)

Kekalkan di tempat boule berhenti.

2)

Tempatkan boule itu atas satu garisan lanjutan yang


menghubungi tempat asal boule dengan tempat baru tetapi hanya
di kawasan yang boleh bermain dan sekiranya tempat asal boule
telah ditanda.

3)

Pemain yang dengan secara sengaja menghentikan boule yang


sedang bergerak akan dibatalkan daripada menyertai permainan
yang sedang berlangsung bersekali dengan pasukannya.

ARTIKEL 20 MASA UNTUK BERMAIN.


Apabila jack telah dilontar, tiap-tiap pemain diberi masa maksimum 1 minit untuk
memainkan boulenya. Masa ini dikira dari ketika boule sebelumnya atau jack telah
berhenti atau selepas pengukuran dibuast jika perlu dan keputusannya diketahui.
Peraturan ini diguna pakai juga semasa membaling jack iaitu untuk 3 kali
lontaran jack.
Semua pemain yang tidak mematuhi perarturan ini akan dikenakan tindakan di
bawah peruntukan Disiplin Artikel 34.

11

ARTIKEL 21 - BOULE BERPINDAH KEDUDUKAN.


Sekiranya boule yang berkedudukan tetap bergerak oleh tiupan angin atau kecuraman
gelanggang, boule itu dikembalikan semula pada kedudukan asalnya. Tindakan yang
sama juga dilakukan apabila sesuatu boule tergerak secara tidak sengaja oleh seorang
pemain, pengadil, penonton, binatang atau objek yang bergerak.
Untuk menghindari sebarang perselisihan, pemain-pemain hendaklah menanda
kedudukan boule masing-masing. Tidak ada tuntutan yang boleh diterima sekiranya
keputusan berdasarkan kepada kedudukan boule yang sedia nyata di atas gelanggang.
Walau bagaimana pun apabila satu-satu boule digerakkan oleh boule yang dimainkan
dalam permainan yang sama adalah sah.
ARTIKEL 22 - MELONTAR BOULE SELAIN DARIPADA BOULE SENDIRI.
Seorang pemain yang memainkan boule selain daripada boulenya akan diberi amaran.
Boule yang telah dimainkan adalah sah tetapi boule berkaitan hendaklah ditukar dengan
serta merta dan sekiranya perlu selepas ukuran dibuat.
Sekiranya keadaan yang sama berulang dalam permainan, boule pemain yang melakukan
kesalahan adalah batal dan apa jua yang telah tergerak dikembalikan ke tempat asal.
ARTIKEL 23 - MELONTAR BOULE DARI BULATAN YANG SALAH.
Mana-mana boule yang dilontar selain dari bulatan yang membaling jack adalah
batal. Jika bertanda, apa jua yang telah digerak olehnya ditempatkan semula pada
kedudukan asal.
Walau bagaimana pun, pemain lawan boleh menggunakan advantage rule dengan
mengiktiraf boule yang dilontar itu sah. Dalam keadaan demikian, boule yang dibuat
pointing atau boule yang dipukul atau bedil (shooting) adalah sah dan apa jua yang telah
tergerak dibiarkan di tempat baru.

MATA DAN PENGUKURAN UNTUK MATA


ARTIKEL 24 - MENGALIH BOULE SEMENTARA
Untuk mengukur mata adalah dibenarkan mengalih boule seketika dan juga lain-lain
objek halangan yang terdapat antara boule dan jack yang hendak diukur selepas ditanda
kedudukan tiap-tiap satunya.

12

Selepas pengukuran dibuat, boule yang berkenaan dan objek halangan tersebut hendaklah
diletak balik ke tempat asal. Sekirangnya objek halangan tidak dapat dialihkan,
pengukuran boleh dibuat dengan menggunakancallipers.

ARTIKEL 25 - MENGUKUR UNTUK MATA.


Pengukuran mata dilakukan oleh pemain yang terakhir melontar atau salah seorang rakan
pasukannya. Pihak lawan mempunyai hak membuat pengukuran semula. Di mana jua
kedudukan boule dan dalam peringkat mana jua permainan, nasihat Pengadil boleh
diminta dan keputusannya adalah muktamad.
Pengukuran hendaklah dibuat dengan alat yang sesuai yang mana tiap-tiap pasukan perlu
ada. Adalah ditegah sama sekali membuat pengukuran menggunakan kaki. Pemain yang
tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan Disiplin
Artikel 34.
ARTIKEL 26 - BOULE YANG DIAMBIL SEBELUM PENGESAHAN MATA.
Pemain-pemain dilarang mengutip boule yang telah dimainkan sebelum satu-satu end
tamat.
Setelah selesai satu-satu end, mana-mana boule yang diambil sebelum kiraan mata
dipersetujui adalah batal (mati). Sebarang tuntutan berkaitan dengannya tidak boleh
diterima.
ARTIKEL 27 - MENGERAK BOULE ATAU JACK.
Pasukan yang menggerakkan jack atau mana-mana boule yang dipertikaikan semasa
membuat pengukuran akan kehilangan mata.
Sekiranya Pengadil tersentuh atau tergerak jack atau boule semasa melakukan
pengukuran, beliau hendaklah membuat satu keputusan yang adil dan saksama.
ARTIKEL 28 - BOULE YANG SAMA JARAK DENGAN JACK.
Sekiranya ada dua boule kepunyaan pasukan yang berlainan didapati sama jarak dengan
jack, tindakan hendaklah dibuat berdasarkan kepada 3 situasi berikut:
1)

Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimainkan,


end berkenaan adalah terbatal dan jack akan dilontar oleh pasukan yang
membaling jack pada end tadi.

13

2)

Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk


dimain, pasukan ini akan memainkan boule yang ada dan mendapat
seberapa banyak mata berdasarkan boule yang hampir dengan jack
berbanding dengan boule lawan yang terdekat sekali.

3)

Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimainkan,


pasukan yang terakhir melontar boule akan meneruskan lontaran diikuti
pasukan lawan dan terus diselang seli sehingga mata boleh diperolehi oleh
salah satu pasukan tersebut. Apabila satu pasukan sahaja yang mempunyai
boule berbaki, pasukan berkenaan akan memainkan semua boulenya
mengikut tatacara yang telah digariskan di atas.

Sekiranya selepas end tamat, tidak ada boule didapati berada di atas gelanggang, end
berkenaan terbatal.
ARTIKEL 29 - BAHAN-BAHAN ASING TERTEMPEL PADA BOULE ATAU
JACK.
Bahan-bahan asing yang didapati melekat pada boule atau jack hendaklah dibersihkan
terlebih dahulu sebelum pengukuran untuk mata dibuat.
ARTIKEL 30 - TUNTUTAN-TUNTUTAN
Untuk diterima apa jua tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Pengadil. Tuntutan yang
dibuat selepas keputusan diumumkan tidak boleh diterima.
Tiap-tiap pasukan mempunyai tanggungjawab memeriksa pasukan lawannya dalam
perkara-perkara berkaitan lesen, kategori, gelanggang, boule dan sebagainya.
DISIPLIN
ARTIKEL 31 - PASUKAN ATAU PEMAIN YANG TIDAK HADIR.
Semasa pengundian dan selepas pengumuman keputusannya dimaklumkan, pemainpemain hendaklah berada di kawasan kawalan. Pasukan yang tidak berada di gelanggang
lima belas minit selepas pengumuman keputusan pengundian, akan didenda 1 mata yang
akan diberi kepada pasukan lawan. Untuk pertandingan yang mengguna masa, masa
yang diberi adalah 5 minit.
Selepas itu dan pasukan tidak hadir juga, dendaan 1 mata akan dikenakan bagi setiap 5
minit yang berikut.
Hukuman yang sama juga akan dikenakan semasa pertandingan, setiap kali undian
dilakukan dan juga dalam kes permainan tertangguh, atas apa jua sebab yang hendak
dimainkan semula.

14

Pasukan yang gagal menghadirkan diri di gelanggang permainan dalam satu jam
permainan dimulakan atau dimulakan semula akan diisytiharkan terkeluar daripada
pertandingan.
Pasukan yang tidak cukup bilangan ahlinya mempunyai hak untuk memulakan permainan
tanpa rakannya tetapi tidak boleh menggunakan boule rakannya yang tidak hadir.
Pemain tidak dibenarkan meninggalkan permainan atau gelanggang permainan tanpa
kebenaran daripada Pengadil. Sekiranya kebenaran ini tidak diperolehi, pemain
berkenaan adalah tertakluk kepada peruntukan Artikel 31 dan 32.
.
ARTIKEL 32 KEHADIRAN PEMAIN YANG LEWAT.
Kehadiran pemain yang ketinggalan, sebaik sahaja satu-satu end dimulakan, tidak
dibenarkan menyertai end yang sedang berjalan tetapi akan dibenarkan mengambil
bahagian dalam end berikutnya.
Sekiranya pemain yang ketinggalan hadir lebih dari satu jam selepas permainan
dimulakan pemain berkenaan akan kehilangan hak untuk menyertai permainan.
Sekiranya pasangan atau rakan sepasukannya menang dalam permainan yang sedang
berjalan, dia dibenarkan mengikuti permainan seterusnya dengan syarat dia telah
didaftarkan dengan pasukan berkaitan pada awalnya.
Sekiranya pertandingan dijalankan secara liga, dia dibenarkan mengambil bahagian
dalam permainan kedua walau apa jua keputusan permainan pertama.
Satu-satu end dikira telah bermula apabila jack telah ditempatkan atas gelanggang
permainan seperti dikehendaki undang-undang permainan.
ARTIKEL 33 - PENGGANTIAN PEMAIN
Penggantian seorang pemain dalam Doubles atau seorang atau dua pemain dalam Triples
dibenarkan sehingga ke masa penguman rasmi permulaan pertandingan sama ada melalui
hebahan, wisel, siren, letupan atau sebagainya dengan syarat pengganti tidak pernah
didaftarkan dengan pasukan lain dalam kejohanan yang sama.
ARTIKEL 34 - DENDA (PENALTIES)
Pemain yang tidak mematuhi undang-undang permainan akan dikenakan denda
(penalties) seperti berikut:
1)
2)

Amaran
Dibatalkan boule yang telah dimainkan atau yang hendak dimainkan.

15

3)
4)
5)
6)

Dibatalkan boule yang telah dimainkan atau yang hendak dimainkan dan
boule yang berikutnya.
Mengeluarkan pemain yang bersalah daripada permainan.
Membatalkan penyertaan pasukan yang bersalah.
Membatalkan penyertaan kedua-dua pasukan yang didapati berpakat
melakukan kesalahan.

ARTIKEL 35 - CUACA BURUK


Sekiranya hujan, mana-mana end yang sedang berjalan hendaklah terus dihabiskan
melainkan ada keputusan sebaliknya dibuat oleh pengadil yang mempunyai kuasa penuh
bersama dengan Juri, menggantung atau membatalkan permainan atas sebab keadaan
buruk (force majeure).
ARTIKEL 36 - FASA BARU PERMAINAN.
Sekiranya selepas diumumkan permainan pusingan yang baru (pusingan kedua, ketiga
atau seterusnya), ada permainan pusingan sebelumnya yang belum ditamatkan, Pengadil
boleh membuat keputusan yang sewajarnya selepas mendapat pandangan daripada
Jawatankluasa Pengelola Pertandingan bagi mempastikan pertandingan berjalan dengan
lancar.
ARTIKEL 37 - KURANG SEMANGAT KESUKANAN (Lack Of Sportsmanship)
Mana-mana pasukan yang berbalah semasa permainan dan tidak menunjukkan
semangat kesukanan atau tidak menghormati orang awam, pegawai-pegawai atau
Pengadil akan dibatalkan daripada pertandingan. Pembatalan ini akan melibatkan
kedudukan keseluruhan pasukan dalam keputusan akhir dan juga mengakibatkan
tindakan diambil di bawah peruntukan Artikel 38.
ARTIKEL 38 - KELAKUAN KURANG SOPAN.
Pemain yang bersikap kurang sopan, bersikap buruk, menunjuk kekasaran terhadap
pegawai, pengadil, lain-lain pemain atau penonton akan mengakibatkan satu atau
beberapa tindakan yang berikut diambil bergantung kepada bagaimana serius kelakuan
yang ditunjukkan:
1)
2)
3)

Disingkir dari pertandingan.


Ditarik balik lesen.
Dirampas atau ditarik balik hadiah-hadiah dan anugerah.

Hukuman yang dikenakan ke atas pemain yang bersalah boleh juga dikenakan ke atas
rakan sepasukannya.
Hukuman 1 dikenakan oleh Pengadil.
Hukuman 2 dikenakan oleh Juri
16

Hukuman 3 dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang juga akan menghantar


laporan bersama dengan hadiah dan anugerah kepada Persatuan yang dianggotai oleh
pemain yang berkenaan yang kemudiannya akan memutuskan ke mana hadiah dan
anugerah harus diserahkan.
Dalam ke semua kes tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Persatuan berkaitan akan
membuat keputusan muktamad.
Berpakaian sopan adalah dituntut daripada setiap pemain. Mana-mana pemain yang tidak
mematuhi undang-undang ini akan dibatalkan daripada pertandingan selepas diberi satu
amaran oleh Pengadil.
ARTIKEL 39 - TUGAS-TUGAS PENGADIL
Pengadil yang dilantik untuk mengawasi pertandingan diberi kuasa penuh untuk
mempastikan Undang-Undang Permainan dan Peraturan Pertandingan dipatuhi
sepenuhnya. Pengadil berkuasa membatalkan penyertaan pemain atau mana-mana
pasukan yang tidak menerima keputusannya.
Penonton yang mempunyai lesen yang sah atau yang telah digantung dan dengan sebab
kelakuannya timbul kekacauan di gelanggang boleh mendorongkan Pengadil menghantar
laporan kepada Persatuan yang berkaitan. Persatuan akan memanggil pihak yang
melakukan kesalahan ke hadapan Jawatankuasa Disiplin yang bertauliah yang akan
memutuskan bentuk-bentuk hukuman.
ARTIKEL 40 - KEANGGOTAAN LEMBAGA JURI DAN KEPUTUSANNYA.
Apa jua kes yang tidak diperuntukan oleh Undang-Undang akan dikemukakan kepada
Pengadil dan kemudiannya merujuk kes berkaitan kepada Juri Pertandingan. Juri akan
mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang ahli dan tidak lebih daripada 5 orang.
Keputusan yang dibuat oleh Juri dalam kes-kes yang dikemukakan adalah muktamad.
Dalam kes di manna selepas pengundian keputusan Juri tergantung, Pengerusi Lembaga
Juri akan menggunakan undi pemutusnya.

17

KOD TATA ADAB PEMAIN-PEMAIN


Semasa keseluruhan pertandingan pemain-pemain adalah diharapkan:
1.

Patuh kepada keperluan pakaian yang seragam untuk pertandingan.

2.

Menghindari penggunaan kata-kata kesat dan kasar terhadap pemain-pemain,


pegawai-pegawai dan penonton.

3.

Menerima tanpa bantahan keputusan Pengadil.

4.

Menjauhi minuman keras semasa pertandingan.

5.

Mempastikan tidak ada bekas makanan, minuman dan lain-lain barang seperti
beg bola ditempatkan di atas gelanggang semasa bermain.

6.

Tidak merokok di kawasan permainan.

7.

Bermain dan patuhi kepada peraturan pertandingan seperti yang diarah oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan Pengadil.

8.

Mempastikan penyokong, keluarga atau sahabat handai tidak mencerobohi


kawasan permainan atau membiarkan binatang kesayangan memasuki
kawasan permainan.

Tambahan:
MENGHORMAT SERTA MEMBERI LALUAN KEPADA SETIAP SERUAN AZAN YANG
BERKUMANDANG.
Mana-mana pemain yang didapati melanggar Kod Etika tersebut akan ditakrifkan sebagai
berkelakuan kurang sopan dan boleh dikenakan hukuman-hukuman di bawah peruntukan
Artikel 38 Undang-Undang Permainan Petanque.
Undang-Undang Permainan Petanque ini telah dialih bahasa dari teks Bahasa Inggeris
oleh:
Haji Jamaludin Bin Ali PJK
Setiausaha Kehormat
Persekutuan Petanque Malaysia
(2001 2006).
dan dibantu oleh:
Haji Zainal Abidin Bin Mohd Tahir PJK
Ahli Majlis
Persekutuan Petanque Malaysia
(2001-2009)

18

19

Anda mungkin juga menyukai