Anda di halaman 1dari 4

CARA BERMAIN

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, di mana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain.

Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga

Buah tiga ada sedikit perbezaan.

Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat

Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.

Buah Lima

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

KAPETRA 14 UNIT PPG

Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah di atas
lantai dengan serentak.

Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah
yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja
yang akan disambut.

Buah Enam

Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan
buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

Buah itu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan

Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

KAPETRA 14 UNIT PPG

Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekaligus.

Timbangan

Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.

Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

Tangkap batu seremban yang ada di tangan.

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata.

Batu yang dijatuhkan = 0 mata.

Seelepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

PERATURAN PERMAINAN

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini
haruslah memberikan gilirannya kepada pihak lawan.

Jika pihak lawan juga tidak berjaya, maka pemain itu akan menyambung peringkat di mana dia
tidak berjaya tadi.

PENENTUAN KEMENANGAN

Kemenangan diberikan kepada peserta yang memperolehi markah tertinggi dalam timbangan.

KAPETRA 14 UNIT PPG

Sekiranya ada peserta yang tidak dapat melakukan sehingga tahap timbangan, maka kemenangan
diberikan kepada peserta yang dapat mencapai tahap tertinggi atau peringkat buah terbanyak.

KAPETRA 14 UNIT PPG

Anda mungkin juga menyukai