Anda di halaman 1dari 3

1.

Tajuk

Mengurangkan jumlah murid tahun 4 yang tidak menyelesaikan kerja rumah


matematik melalui projek Klinik Taulan.

2. Penyelidik

Mahtom binti Morad

3. Sekolah

Kebangsaan Bukit Tembaga, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

4. Fokus Kajian

Masalah yang dikaji ialah Murid tidak menyelesaikan kerja rumah khasnya
matematik seperti yang diminta.

Pilih satu
masalah kecil

Huraikan
masalah

Signifikan
kajian

5. Kumpulan
Sasaran

Masalah ini berpunca daripada taraf pendidikan keluarga yang rendah oleh
itu murid tidak diberi galakkan dan dorongan serta bimbingan dari
keluarga.
Jika masalah ini tidak diatasi, maka prestasi mereka semakin rendah dan
pencapaian meraka dalam peperiksaan amat lemah.
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 Sekolah
Kebangsaan Bukit Tembaga. Tiga lelaki dan 1 perempuan.

Bilangan
sampel

Deskripsi
ringkas

6.1 Tinjauan
Awal
Tunjukkan 1/2 saja:

Dokumen

Ujian

Soal Selidik

Pemerhatian

Temubual

6.2 Merancang
Tindakan

Cadangan 1/2

Murid-murid ini gemar melaksanakan aktiviti luar seperti menangkap ikan


dan mengumpul getah beku. Jika sekiranya kerja rumah diselesaikan
mereka berpotensi untuk meningkat.
Tinjauan masalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan
pemeriksaan buku latihan pelajar mendapati bahawa kelima-lima murid ini
tidak menyelesaikan kerja rumah seperti yang diminta, apabila penekanan
diberi masih tidak menyelesaikannya. Apabila temubual secara tidak
berstruktur dijalankan, mereka menyatakan mereka menggunakan masa
untuk memancing dan mengutip getah beku untuk dijual. Pada waktu
malam mereka letih dan tidur awal.
Tindakan intervensi yang dirancang ialah mengadakan Klinik Taulan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti kad rawatan yang telah
disediakan oleh guru.

tindakan

Keperluan
Bahan

Instrumen yang disediakan ialah jadual rawatan.(lampiran 1)

Penyediaan
Instrumen

6.3 Melaksanakan Tindakan intervensi Klinik Taulan dilaksanakan di mana murid yang
bermasaalah ini akan berjumpa rakan mereka dengan membawa kad
Tindakan

Cara
pelaksanaan

Tempoh
pelaksanaan

rawatan yang telah disediakan, pada setiap waktu terluang. Mereka perlu
menunjukkan kerja mereka kepada rakan taulan yang di sebut doktor.
Sekiranya kerja rumah disiapkan, maka doktor akan menandakan ,
tetapi sekiranya belum selesai, ditandakan X. Seterusnya doktor akan
bertindak membimbing pesakitnya menghabiskan kerja rumah. Sekiranya
tidak diselesaikan dalam tempoh seminggu maka kad rawatan tadi akan
dipanjangkan kepada guru kelas dan Penolong Kanan HEM dan tindakan
akan diambil. Malah setiap hari guru matematik akan mamantau melalui
pemeriksaan buku murid .

Tempoh pelaksanaan ialah secara mingguan.(lampiran 1)

6.4 Menilai
Tindakan

Kaedah
kutipan data

Buat
perbandingan pra dengan
pasca

6.5 Refleksi
Kajian

Mereflek

Penilaian keberkesanan tindakan dibuat dengan menggunakan kaedah


semakan buku latihan dan jadual rawatan, mendapati bahawa sampel kajian
menunjukkan perkembangan positif.
Perbandingan prestasi murid-murid sebelum dan selepas tindakan intervensi
adalah seperti berikut: Sebelum tindakan intervensi kesemua 5 orang murid
tidak menyelesaikan kerja walaupun dipaksa tetapi selepas tindakan
intervensi, 3 daripada mereka telah berjaya menyiapkan kerja rumah tanpa
paksaan.
Tindakan intervensi yang diambil dirasakan berkesan berdasarkan semakan
buku latihan murid. Keberkesanan tindakan intervensi banyak bergantung
kepada kewibawaan doktor yang dilantik.

tindakan

Mereflek KT

Setelah melaksanakan satu kitaran kajian tindakan, saya menyedari bahawa


kajian tindakan adalah tindakan sebaiknya memandangkan adanya kajian
dan pelaksanaan dan ada hitam putihnya.

Lampiran 1

KAD RAWATAN KLINIK TAULAN


DOKTOR: NASRULLAH BIN MD RIDZUAN
KELAS : 4 PINTAR
BULAN :
BIL

MINGGU 1

NAMA
A

PESAKIT 1

PESAKIT 2

PESAKIT 3

PESAKIT 4

PESAKIT 5

MINGGU 2
K A I

MINGGU 3

R K A I

JUMLAH

TANDATANGAN:
.

MINGGU 4
K A I

R K

Anda mungkin juga menyukai