Anda di halaman 1dari 4

Kewujudan Tekanan Udara

Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul


gas adalah sentiasa bergerak bebas (moving freely) dan
sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding bekasnya (container).
Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding
bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding
bekas tersebut.
Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure).
Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas
kawasan (force per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran
molekul udara terhadap dinding bekasnya.
Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul
gas dan dinding bekasnya meningkat.
Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan

Eksperimen 1
1.
2.
3.
4.

Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.


Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.
Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.
Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari
gelas.
5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup
kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut.

Eksperimen 2

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air


mendidih.
2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk
dicurahkan ke atas tin tersebut.
3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara
keluar dari tin tersebut.
4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air
sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi
(condenses) menjadi air.
5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah
daripada tekanan udara di luar tin.
6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar
tin sehingga ia menjadi kemek (dented).

Eksperimen 3

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu


daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.
2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.
3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak
ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu
tidak terbang ke atas.
4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi


Tekanan Udara
Tekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
1. Isipadu gas.
Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih
besar, kekerapan perlanggaran (collision) molekul gas terhadap
dinding bekas juga meningkat. Oleh itu, tekanan udara juga akan
meningkat.
2. Suhu gas.
Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada
kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan perlanggaran
molekul gas terhadap dinding bekasnya juga meningkat.

Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang


mengelilingi
Bumi) dipanggil
tekanan
atmosfera (atmospheric
pressure).
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface
area) sesuatu objek. Ia bergantung pada ketinggian objek tersebut
dari paras laut (sea level).
Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin
menipis), maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah.
Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk
mengukur tekanan atmosfera.

Barometer.

Anda mungkin juga menyukai