Anda di halaman 1dari 3

MASJID MADANI NEGERI PULAU PINANG

KONSEP MASJID MADANI


1. Masjid merupakan sebuah institusi terpenting sejak zaman Rasulullah S.A.W.
2. Usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sebaik saja tiba di Madinah adalah mendirikan Masjid
Quba dan Masjid Nabawi.
3. Kewujudan masjid-masjid utama dalam sejarah Islam, bukan semata-mata sebagai syiar Islam dan tempat ibadah,
bahkan peranannya meliputi pelbagai aspek; sebagai pusat pentadbiran negara, pusat ilmu dan pendidikan
malah pusat aktiviti sosial masyarakat Islam.
4. Ramuan ini telah membentuk generasi muslim terbaik dalam sejarah Islam dan telah mencapai kegemilangan
sehingga ke zaman Khulafa Ar Rashidin, Bani Umayyah , Kerajaan Abbasiyyah dan Kerajaan Islam di
Sepanyol.
5. Masjid Madani membawa makna masjid terkehadapan dari aspek pengimarahan dan menjana tenaga menjadikan
masjid sebagai pusat tranformasi untuk membangun masyarakat Islam dengan cemerlang.
MASJID MADANI
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam,
JHEAIPP berusaha menobatkan beberapa masjid untuk menjadi model dengan nama MASJID MADANI.
Tujuh buah masjid telah dipilih sebagai Masjid Madani. Masjid-masjid tersebut
adalah :
1. Masjid Negeri Pulau Pinang
2. Masjid Daerah Barat Daya
3. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
4. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah
5. Masjid Daerah Seberang Perai Utara
6. Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, K.Batas
7. Masjid Al-Huda, Sungai Ara, Bayan Lepas
Usaha untuk membangunkan masjid- masjid sebagai Masjid Madani tidak
terbatas kepada 7 buah masjid tersebut. Sebaliknya konsep Masjid Madani
akan terus diperkembangkan lagi kepada masjidmasjid lain pada masa-masa
akan datang setelah 7 masjid tersebut berjaya tertegak sebagai Masjid
Madani.
OBJEKTIF
1. Menjadikan masjid tumpuan paling utama masyarakat sekitar.
2. Menyediakan program pendidikan dan pengimarahan yang menarik bagi semua peringkat umur.
3. Menjadi pusat sosio ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan umat.
4. Menjadikan masjid sebagai pusat tranformasi bagi membangun dan membentuk masyarakat Islam menjadi lebih
cemerlang
CIRI-CIRI
Dalam usaha memacu perkembangan Agama Islam di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berhasrat untuk
mengembalikan fungsi-fungsi masjid yang menyeluruh berteraskan ciri-ciri 3 M iaitu Mulia , Mesra dan
Menarik.
Mulia dengan erti kata mengembalikan masjid sebagai zon aman dan bebas daripada menjadi medan
pertelagahan.
Mesra dengan maksud pihak pentadbir dan pengurus masjid melaksanakan tugas dan mengalu-alukan para
jemaah datang ke masjid dengan ramah dan mesra.

Menarik bermaksud masjid melakukan segenap perubahan di dalam perancangan dan pelaksanaan programprogram yang bermanfaat.
FOKUS
Oleh yang demikian, Masjid Madani ini meliputi aspek-aspek berikut :
1. Mesra Belia. Masjid Madani akan dibentuk menjadi masjid mesra belia dengan cara mewujudkan fasilitifasiliti berikut :
1.1. Kemudahan Komputer dan Internet secara percuma atau bayaran yang berpatutan.
1.2. Kemudahan sukan
1.3. Bilik perkembangan kreativiti dan inovasi.
2. Mesra Keluarga. Ciri ini dapat dibentuk melalui kemudahan berikut :
2.1. Kemudahan permainan kanak-kanak.
2.2. Pusat jagaan sementara anak-anak semasa ibu bapa mengikuti kuliah atau solat.
3. Mesra Masyarakat. Bagi mewujudkan suasana ini, kemudahan berikut bakal disediakan:
3.1.Dewan serbaguna untuk majlis keraian, kemasyarakatan dan sukan.
3.2. Bilik seminar/kuliah
3.3. Kemudahan OKU
3.4. Kedai serbaneka.
3.5. Pusat jagaan harian kanak-kanak
3.6. Penginapan musafir
3.7. Pusat Rawatan Islam
3.8. Kafeteria
4. Mesra Pengimarahan. Aktiviti pengimarahan yang pelbagai dan berinovasi meliputi setiap peringkat
umur.
5. Mesra Pentadbiran. Membentuk pentadbiran yang bersikap mesra dan bermaklumat berorientasikan
konsep pepohon yang tumbuh dan menaungi.
PENGISIAN DAN PERANCANGAN
Pelancaran Masjid Madani akan diadakan bersempena dengan kedatangan tahun baru
Hijrah iaitu 1 Muharam 1433H bersamaan 27 November 2011. Sementara itu Konsep
Masjid Madani akan dimulakan pelaksanaan dan pengisiannya mulai Januari 2012.
Bagi merealisasi konsep Masjid Madani , pengisian yang cemerlang dan pentadbiran
yang cekap akan diwujudkan melalui pendekatan berikut :
1. Merangka aktivitiaktiviti pengimarahan dan kemasyarakatan mengikut peringkat umur
dan lapisan masyarakat
2. Mempertingkatkan keupayaan Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Masjid bagi mengwujudkan
pentadbiran yang cekap, pintar dan efisien agar setanding dengan pencapaian masjidmasjid tersohor
3. Menyediakan prasarana-prasarana yang berteraskan ciri-ciri 3M secara berperingkat
sehingga Konsep Masjid Madani dapat direalisasikan.

ALAMAT-ALAMAT MASJID MADANI


1. Masjid Negeri Pulau Pinang,
Jalan Air Itam,
11400 Pulau Pinang
No. Tel : 04-8282212, No. Fax : 04-8279908
masjidnegeri.blogspot.com
2. Masjid Daerah Barat Daya
Jalan Balik Pulau,

11000 Balik Pulau


No. Tel : 04-8691420, No. Fax : 04-8691422
masjiddaerahbd.blogspot.com
3. Masjid Daerah Seberang Perai Utara
Teluk Air Tawar,
13050 Butterworth
No. Tel : 04-3519621, No. Fax :04-3519622
mdspu.blogspot.com
4. Masjid Seberang Perai Tengah
Jalan Perda Utama,
Bandar Baru Perda
14000 Bukit Mertajam
No. Tel : 04-5401121, No. Fax : 04-5401121
5. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
11200 Sungai Jawi,
Seberang Perai Selatan
No. Tel : 04-5831340, No. Fax :04-5831341
Mdspsjaipp.wordpress.com
6. Masjid At-Taqwa,
Taman Bertam Indah,
13200 Kepala Batas
No. Tel : 04-5747401, No. Fax: 5741401
Facebook/Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah
7. Masjid Al Huda, Sungai Ara,
Jalan Dato Ismail Hashim,
Bayan Lepas ,
11950 Pulau Pinang
No. Tel & Fax : 04-6469566
Masjid-alhuda-sungaiara.com

Anda mungkin juga menyukai