Anda di halaman 1dari 3

PROSES PERNAFASAN MANUSIA

a. Manusia bernafas melibatkan beberapa organ seperti :


i.

Hidung

ii.

Trakea

iii.

Peparu

b. Sistem pernafasan manusia bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya
bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke peparu.
c. Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan)
dengan gas karbon dioksida (yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang
diberi nama alveolus.
d. Bagi topik ini, adalah penting bagi pelajar untuk:
1) mengingat label pada struktur pernafasan manusia
Kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan
diafragma perlu diingat dengan baik.

2) mengetahui apa yang berlaku semasa mekanisma pernafasan manusia


Pelajar perlu mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan
juga diafragma semasa proses menarik dan menghembus nafas.

3) menggunakan model sistem pernafasan


Pelajar juga perlu mahir mengaitkan model sistem pernafasan manusia dengan sistem
pernafasan manusia yang sebenar. Sebagai contohnya,tiub kaca bertindak sebagai trakea,
balang kaca bertindak sebagai sangkar rusuk, belon bertindak sebagai paru-paru dan kepingan
getah bertindak sebagai diafragma.

Anda mungkin juga menyukai