Anda di halaman 1dari 23

TOPIK 3

Sistem Suria

H AS I L P E M B E L AJA R A N
1. Memerihalkan komponen sistem suria
2. Menyenaraikan maklumat asas planet Terrestrial
3. Memerihalkan maklumat asas planet Jovian
4. Membanding beza planet Terrestrial dan Jovian

3 . 1 KO M P O N E N S I ST E M S U R I A
Terdiri daripada;
3.1.1 Matahari
3.1.2 Asteroid, Meteor dan Komet
3.1.3 Planet Sebelah Dalam ( Terrestrial) dan
Planet Sebelah Luar ( Jovian)
3.1.4 Satelit semulajadi planet
3.1.5 Lingkaran Kuiper

3.1.1 MATAHARI
Adalah bintang dan

bukannya planet.
Sumber utama tenaga.
Suhu permukaan 5780 K.

Suhu teras, 15 juta K.


Kandungan, 71% hidrogen,
27% helium dan 2% elemen
lain.

3.1.2 ASTEROID, METEOR DAN KOMET


Asteroid
o Merupakan batuan dan logam
yang mengorbit matahari.
o Banyak ditrmui dan berada
dalam kumpulan membentuk
seperti jalur asteroid yang
terletak di antara orbit Marikh
dan Musytari.
o Asteroids mempunyai saiz yang
berbeza beza, seperti contoh
Ceres yang mempunyai diameter
1000 km, sehingga asteroid
yang mempunyai saiz sekecil
batu batu kecil.

3.1.2 ASTEROID, METEOR DAN KOMET


Meteor
o Apabila
meteoroid
memasuki
atmosfera bumi pada kelajuan yang tinggi,
disebabkan oleh daya tarikan graviti Bumi,
geseran berlaku menyebabkan ketulan jisim
angkasa lepas ini terbakar dan terbentuk
jalur bercahaya yang panjang dan halus
yang dipanggil meteor.
o Meteor juga dikenali sebagai shooting star
atau falling star, yang mana boleh dilihat
dengan jelas mata kasar, ketika langitt tidak
berawan.
o Jika meteoroid tidak terbakar secara
lengkap, serpihan ini akan menghentam
permukaan Bumi dan serpihan yang
tertinggal selepas hentaman, dan ini dikenali
sebagai meteorit.

3.1.2 ASTEROID, METEOR DAN KOMET


Komet
o merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan
tanah yang bergerak mengelilingi matahari di
angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh
graviti dan jatuh ke Bumi, bulan atau planetplanet yang lain. Komet memiliki orbit atau
lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong
dan panjang daripada orbit planet. Namun
disebabkan oleh asalnya komet dari luar
sistem suria, dan kecenderungannya tertarik
kepada planet besar, orbit komet sentiasa
berubah. Sesetengah akan terlalu hampir
dengan matahari lalu terbakar musnah,
manakala yang lain terkeluar dari sistem suria
buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet
yang cerah akan menarik perhatian ramai

P E R B A N D I N G A N A N TA R A A S T E R O I D D A N M E T E O R O I D

Asteroid
Asteroid dan meteoroid selalu
dikategorikan bersama kerana secara
asasnya kedua-dua terdiri daripada
batuan.
Terbentuk secara semulajadi dan
mengorbit matahari. Tiada kewujudan
atmosfera atau gas mahupun debu
yang terhasil daripada asteroid.
Boleh ditemui di antara orbit Marikh
dan Musytari dan dikenali sbg
Lingkaran Asteroid.
Juga dikenali sbg planet minor(kecil)

Meteoroid
Hampir serupa dengan asteroid.
Bezanya adalah saiz. Objek batuan
yang mempunyai diameter kurang
daripada 100m lebih dikenali sbg
meteoroid. Merupakan sebahagian
asteroid
yang
terpisah
akibat
perlanggaran antara asteroid itu
sendiri.

P E R B A N D I N G A N A N TA R A A S T E R O I D D A N M E T E O R O I D

Meteoroid
partikel puing yang bersaiz sebesar
pasir sehingga sebesar batu yang
terdapat dalam Sistem Suria.
Tafsiran terkini daripada Kesatuan
Astronomi Antarabangsa menyatakan
bahawa meteoroid ialah objek
bentuk pepejal yang bergerak di dalam
ruang antara planet, yang mana
saiznya boleh jadi lebih kecil daripada
asteroid dan lebih besar daripada
atom. Contohnya sebarang zarah
debu atau bahagian batu yang
terapung di angkasa lepas.

Mengelilingi matahari cuma terdapat


perbezaan dari segi kelajuan. Terdapat
meteoroid mengelilingi bersama yang
berkemungkinan saki baki komet yang
dikenali sbg stream component dan ada
juga yang bergerak secara berkala.
Kadang-kadang dikenali
sebagai
shooting stars

P L A N E T T E R R E S T R I A L ( D a l a m a n ) DA N
J OV I A N ( L u a r a n )

Terrestrial (Dalaman)

Bumi (Earth)
Marikh (Mars)
Utarid (Mercury)
Zuhrah

Jovian (Luaran)

Musytari
Zuhal
Uranus
Neptune

4 P L A N E T T E R R E S T R I A L ( DA L A M A N )

Dicirikan berdasarkan;

Ketumpatan dan komposisi batuan


Beberapa atau tiada bulan
Ketiadaan sistem gelang
Mempunyai jumlah mineral yang banyak dengan takat lebur
yang tinggi spt silika yang membentuk kerak dan mantel separa
cecair, besi dan nikel yang membentuk teras.
3 daripada 4 planet ( Zuhrah, Bumi dan Marikh) mempunyai
atmosfera yang cukup besar.
Semua planet mempunyai kesan kawah dan memiliki permukaan
tektonik spt gunung berapi dan rekahan lembah.

3.1.4 SATELIT SEMULAJADI PLANET


Ahli astronomi menjumpai sekurang-kurangnya 146 bulan yang mengelilingi sistem
suria. 27 bulan menunggu pengesahan rasmi atas penemuan dan jumlah tidak
termasuk 6 bulan planet kerdil
Nama Planet

Jumlah Bulan

Utarid

Tiada

Zuhrah

Tiada

Bumi

1 ( Bulan)

Marikh

2 (Phobos dan Deimos)

Musytari

50 bulan ( Ganymede-bulan paling besar) tidak


termasuk 17 yang belum disahkan

Nama Planet

Jumlah Bulan

Zuhal

53 bulan (Titan-kedua terbesar di sistem suria)


tidak termasuk 9 yang belum disahkan

Uranus

27 bulan (Miranda)

Neptun

13 bulan (Triton )

Pluto

Charon

3.2 CIRI-CIRI PLANET TERRESTRIAL

Utarid
Zuhrah
Bumi
Marikh

3 . 2 . 1 U TA R I D
Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari
kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang
terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40%
lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada
Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama
dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah
asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di
permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali
ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun,
disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat
diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di
angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan
Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.

3.2.2

ZUHRAH

Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan


matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama
dengan Bumi. Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai
atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi,
tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik.
Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon
dioksida yang tinggi di dalam atmosfera. Cahaya matahari akan
memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan
atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke
angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C
dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah
adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan
putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi
orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada
timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini
bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.

3.2.3

BUMI

BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah


kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga
merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana
kehidupan diketahui wujud.
Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang
dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi
daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi
dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi
sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya
dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada
Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan
Eksosfera.

3.2.4

MARIKH

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem


Suria. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan
Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun
keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan
Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan
atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi).
Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida,
3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja
kandungan oksigen dan air.
Atmosfera adalah 95% karbon dioksida dengan sedikit
nitrogen, oksigen dan air. Orbitnya adalah lebih elips dengan
suhu min bersamaan dengan 550 Celsius. Ia mempunyai
suasana yang sangat nipis (1% daripada Bumi).

3.3 CIRI -CIRI PLANET JOVIAN

Musytari
Zuhal
Uranus
Neptun

3.3.1

M U S Y TA R I
Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga
planet

yang

terbesar

daripada

sembilan

planet

dalam sistem suria. Planet Musytari ini terletak pada


kejauhan 5.2 AU dari Matahari. Musytari mempunyai
jisim 2 kali ganda jumlah jisim semua planet-planet di

Sistem Suria. Ketumpatannya adalah lebih kurang 1.3


kaliganda ketumpatan air, iaitu sederhana berbanding
Bumi yang berketumpatan 5.5 kali ganda ketumpatan air.
Ukuran ketumpatan yang rendah ini telah dikesani mulai
tahun 1930an sebagai keunggulan 2 unsur yang paling
ringan iaitu hidrogen dan helium.

3.3.2

ZUHAL

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari


dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria,
selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan
Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai

sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai


satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri
kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil
serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan
mengorbit planet ini.

3.3.3

URANUS

Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari.


Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi
jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi
jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus
adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya
mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada
gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan
Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur awan
yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai
kandungan awan yang paling rendah dan metana
pula pula berada di awan yang paling atas.
Sebaliknya,
kawasan
dalaman
Uranus
kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu

3.3.4

NEPTUN

Neptun ialah planet yang paling jauh daripada gergasi gas.


Diameter adalah kira-kira 3.9 kali ganda daripada Bumi.
Neptun ialah planet kelapan dari Matahari pada jarak kirakira 4.5 bilion km (2.8 bilion batu) atau 30.07 AU. Dalam
satu hari Neptun mengambil masa kira-kira 16 jam (masa
yang diperlukan untuk Neptun sekali putaran). Neptun
membuat orbit lengkap mengelilingi matahar dalam kirakira 165 tahun Bumi (Bumi 60190 hari). Ia mempunyai
diameter khatulistiwa 49,500 km. Neptun tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Neptun berwarna biru adalah
disebabkan oleh metana di atmosfera. Neptun ialah planet
keempat terbesar dalam sistem suria kita dan mempunyai
jisim lebih 17 kali jisim Bumi. Walau bagaimanapun,
graviti pada Neptun hanya 1.19 kali graviti di Bumi. Ini
kerana ia adalah planet yang besar.

Anda mungkin juga menyukai