Anda di halaman 1dari 8

MAKLUMAT PROGRAM

FIESTA SAMBUTAN HARI


SUKARELAWAN PERINGKAT
UiTM KAMPUS SEREMBAN 2014
Tarikh :

3 DISEMBER 2014 (RABU)


Tempat :

UiTM CAW. NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN

Anjuran Bersama

PERSATUAN BRIGED SUKARELAWAN UiTM SEREMBAN


&
1 MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U) UiTM SEREMBAN
Dengan Kerjasama
UNIT KOKURIKULUM
UiTM CAW. NEGERI SEMBILAN, KAMPUS SEREMBAN

KERTAS KERJA CADANGAN


FIESTA SAMBUTAN HARI SUKARELAWAN 2014
1.0

PENDAHULUAN
Persatuan Briged Sukarelawan UiTM adalah sebuah persatuan dalaman pelajar
yang ditubuhkan bagi tujuan menjalankan aktiviti dan program yang berteraskan ke
arah memupuk semangat kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa UiTM.
Persatuan Briged Sukarelawan UiTM juga telah mendapat sokongan penuh dari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Kokurikulum UiTM sebagai sebuah
persatuan yang bergiat secara aktif dan penubuhannya adalah bertujuan untuk
menggalakkan nilai-nilai murni kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa dan
juga dalam kalangan komuniti kampus. Bagi tujuan mencapai objektif persatuan ini,
pada peringkat awal dan permulaan mahasiswa hendaklah diperkenalkan dengan
aktiviti-aktiviti kesukarelaan dan khidmat masyarakat yang boleh dilakukan. Oleh hal
yang demikian, salah satu inisiatif dalam mencapai objektif ini adalah diadakan satu
Fiesta & Sambutan Hari Sukarelawan 2014 peringkat UiTM Kampus Seremban
bersempena dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang jatuh pada 5
Disember setiap tahun. Aktiviti dicadang ini adalah julung-julung kali diadakan dan
merupakan kali pertama bakal diadakan di kampus ini dan dengan kolaborasi
bersama 1 Malaysia For Youth (1M4U) UiTM Seremban.

LAMPIRAN A
MAKLUMAT CADANGAN PENGISIAN AKTIVITI
FIESTA SAMBUTAN HARI SUKARELAWAN 2014
1.0

Majlis Perasmian Penutup Fiesta Sambutan Hari Sukarelawan 2014


Waktu
Tempat
Perasmi

: 5.00 petang hingga 6.00 petang


: Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong
: Prof. Madya Dr. Wan Ramlee Wan A. Kadir
Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Butiran

Majlis Perasmian Fiesta Sambutan Hari Sukarelawan 2014 peringkat UiTM Kampus
Seremban akan diadakan pada waktu pagi hari tersebut dan antara pengisian majlis
perasmian :
1.1
1.2
1.3
1.3
2.0

Ucapan perasmian penutup oleh Rektor UiTM Caw. Negeri Sembilan


Gimik pelancaran serta tayangan montaj
Penyampaian hadiah Pertandingan Esei Hari Sukarelawan 2014
Pembentangan Misi Sukarelawan Siswa Kg. Labang oleh wakil sukarelawan
siswa dari UiTM Kampus Seremban

Cucian Kenderaan Sukarela


Waktu
Tempat

: 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari


: Perkarangan Kolej Bendahara Skudai

Butiran

Khidmat cucian kenderaan secara sukarela ini akan dicadang dijalankan (mengikut
kesesuaian) di perkarangan Kolej Bendahara Skudai atau mana-mana kawasan
yang bersesuaian. Ia akan dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan siswa UiTM
Kampus Seremban dan bayaran upah dikutip secara sukarela, dibayar mengikut
keikhlasan para pemilik kenderaan dengan minimum bayaran RM 1. Khidmat ini
terbuka kepada warga UiTM sahaja dan dikendali sepenuhnya oleh mahasiswa
UiTM Seremban. Sebahagian sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk
didermakan kepada badan-badan kebajikan.
*tertakluk kepada kelulusan pihak pentadbiran

3.0

Mega Gotong-Royong UiTM Seremban


Waktu
Tempat

: 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari


: Sekitar UiTM Kampus Seremban

Butiran

Sejumlah sukarelawan dari kalangan mahasiswa UiTM Kampus Seremban akan


terlibat membersih serta menceria kawasan sekitar UiTM Kampus Seremban
mengikut kesesuaian serta persetujuan dari pihak pentadbiran. Antara cadangan
aktiviti ini adalah :
3.1
3.2
3.3
3.4

Mengemas laman tasik takungan 1


Mengemas, membersih kawasan Medan Makan Tiga Persukuan serta Kafe
Pusat Kegiatan Pelajar selepas waktu sarapan pagi serta makan tengahari
Mengemas Pusat Islam serta membantu untuk persediaan waktu solat
fardhu.
Membantu untuk membersihkan atau menceriakan apa sahaja yang diminta
oleh pihak pengurusan universiti pada hari tersebut
*tertakluk kepada kelulusan pihak pentadbiran

4.0

Free Market @ UiTM Seremban


Waktu
Tempat
Kelolaan

: 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari


: Aras 2 Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong
: Persatuan Briged Sukarelawan UiTM Seremban & 1M4U UiTM
Kampus Seremban

Butiran

Free Market ialah aktiviti yang dijalankan yang membolehkan sesiapa sahaja untuk
memberi atau mengambil apa sahaja barang di tapak gerai Free Market tersebut.
Barangan yang terlibat adalah barangan keperluan yang terpakai atau yang
didermakan oleh sesiapa sahaja dan barangan keperluan yang ditawarkan di Free
Market tersebut juga boleh diambil oleh sesiapa sahaja dengan syarat orang ramai
hendaklah memberi dan mengambil dengan beradab dan sopan. Free Market ini
sudah dijalankan di beberapa tempat termasuk kampus-kampus IPT yang lain dan
kini ia dibawa ke dalam UiTM Seremban. Contributor yang terdiri dari sesiapa
sahaja hendaklah berada bersama barangan mereka sehingga semua barangan
mereka telah habis diberi. Hanya warga UiTM Seremban sahaja yang boleh
mengambil barang namun contributor terdiri dari sesiapa sahaja dan hendaklah
berdaftar terlebih dahulu dengan pihak penganjur.

5.0

Kempen Derma Darah & Kesedaran Kesihatan


Waktu
Tempat
Kelolaan

: 9.30 pagi hingga 5.00 petang


: Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong
: Institut Perubatan berkaitan

Butiran

Kempen derma darah ini akan dibuat dengan kolaborasi mana-mana institut
perubatan yang akan memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah dari
segi kesihatan serta menderma darah boleh menyelamatkan nyawa seseorang.
Semua warga UiTM Kampus Seremban akan berkesempatan untuk menderma
darah kepada pihak institut perubatan yang akan digunakan untuk membantu
mereka yang memerlukan. Selain itu, turut ditawarkan adalah pemeriksaan tekanan
darah percuma, pengiraan BMI percuma dll. (bergantung kepada institut
perubatan berkaitan). Turut ditawarkan adalah perkhidmatan medical checkup
percuma kepada beberapa orang staf terawal.
6.0

Kempen Keselamatan Jalanraya


Waktu
Tempat
Kelolaan

Butiran

: 8.00 pagi hingga 8.30 pagi (sukarelawan)


4.00 petang hingga 5.00 petang (ceramah)
: Persiaran Seremban Tiga/1
: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Briged Sukarelawan UiTM
& 1M4U UiTM Kampus Seremban
:

Antara pengisian kempen ini adalah ceramah oleh pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) di Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong serta penyertaan
sukarelawan-sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa UiTM Kampus Seremban
yang akan membantu memantau keselamatan rakan-rakan mahasiswa yang
berjalan kaki masuk dan keluar kampus melalui Jalan Persiaran Seremban Tiga/1
pada waktu-waktu puncak seperti kelas awal pagi dan waktu tengahari.
7.0

Booth Pameran
Waktu
Tempat

: 9.30 pagi hingga 5.00 petang


: Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong

Butiran

Sepanjang majlis berlangsung, turut akan diadakan adalah booth-booth pameran


berkaitan aktiviti-aktiviti kesukarelaan, kempen kesedaran kesukarelaan serta boothbooth beberapa badan kesukarelaan dalam dan luar kampus terpilih seperti :
7.1
7.2
7.3
7.4
7.5

Tapak Persatuan Briged Sukarelawan UiTM Seremban


Tapak 1M4U
Tapak Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan
Tapak Briged Sukarelawan Khidmat Negara
Tapak Persatuan Kebajikan Perlindungan Kanak-kanak Pelarian
(Refuge for the Refugees)

8.0

Pertandingan Esei Hari Sukarelawan Antarabangsa 2014


Waktu
Tempat
Tajuk Esei

: November 2014
: UiTM Kampus Seremban
: Mahasiswa dan Kerja Sosial

Butiran

Bersempena dengan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang jatuh pada tanggal 5


Disember setiap tahun, peserta yang berminat diminta untuk menulis esei berkenaan
dengan tajuk Mahasiswa dan Kerja Sosial dan esei/artikel terbaik akan dipilih
sebagai pemenang dengan ganjaran hadiah serta esei/artikel tersebut akan
dicadang untuk dihantar kepada pihak akhbar untuk diterbitkan. Majlis penyampaian
hadiah juga akan diadakan serentak pada Majlis Perasmian Fiesta Sambutan Hari
Sukarelawan 2014. Juri pertandingan adalah terdiri daripada staf/pensyarah UiTM
Kampus Seremban sendiri.
9.0

1M4U Dialogue
Waktu
Tempat
Kelolaan

: 3.00 petang hingga 4.00 petang


: Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong
: 1M4U

Butiran

Satu sesi ceramah akan disampaikan oleh wakil jemputan dari 1M4U mengenai topik
kesukarelaan serta Hari Sukarelawan Antarabangsa. Program ini akan diadakan
sejurus tamat Majlis Perasmian Fiesta Sambutan Hari Sukarelawan 2014.
10.0

Tabung Barang Derma


Waktu
Tempat

: 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang


: Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong

Butiran

Ada barangan terpakai yang tidak ingin digunakan? Dermakan ke tabung drop off
barangan yang kami sediakan untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan luar.
Contoh barangan yang diterima adalah pakaian, barangan keperluan, buku-buku dan
lain-lain.

LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PELAKSANA
FIESTA SAMBUTAN HARI SUKARELAWAN 2014 UiTM SEREMBAN
Penasihat

: Cik Nur Fitri Hidayah binti Basri


Penolong Pegawai Kokurikulum, UiTM Kampus Seremban

Pengarah Projek
Bersama

: Wan Muhammad Hasif bin Wan Hassan (BS UiTM Seremban)


Nik Munirah binti Nik Murzaini (1M4U)

Penolong Pengarah : Nik Raihanaz Erin Aqilah binti Hishamuddin (BS UiTM Seremban)
Projek
Mohamad Farhan bin Mohd Zain (1M4U)
Setiausaha Bersama : Nurul Faqehah binti Nasir (BS UiTM Seremban)
Sharil Amri bin Jamaludin (1M4U)
Bendahari Bersama : Nida Norsyafiqah binti Mohamad Norhisham (BS UiTM Seremban)
Wan Hamdan Syadid bin Wan Abd Manaf (1M4U)
Pengurusan Acara : Muhammad Muqri bin Mahazanan (BS UiTM Seremban)
Suhafiza Azzain binti Suhairy Azlan (1M4U)
Perhubungan &
Protokol

: Maizhatul Nazreen binti Mohd Zaidi (BS UiTM Seremban)


Ahmad Asoib bin Shamsuddin (BS UiTM Seremban)
Muhammad Hakim bin Selo (1M4U)
Nadzirah binti Baharin (1M4U)

Keselamatan &
Logistik

: Amirul Affiq bin Azemi (BS UiTM Seremban)


Muhammad Farhan bin Fauzi (BS UiTM Seremban)
Shahril Izwan bin Abdullah (1M4U)

Fasiliti & Teknikal

: Wan Aminuddin bin Wan Abd Halim (UiTM Seremban)


Rowiyan Safawie bin Ahmad Dimy (UiTM Seremban)

Publisiti &
Multimedia

: Saif Arman Shah bin Mohamad (BS UiTM Seremban)


Mohamad Al-Ashaqir bin Mohamad Ramsi (BS UiTM Seremban)
Nor Izzati binti Azman (1M4U)
Muhammad Arif bin Ismail Nasiruddin (1M4U)

Jamuan

: Fathihah Amalina binti Shokordan (UiTM Seremban)


Syafiqah binti Samsudin (BS UiTM Seremban)

Dokumentasi

: Nur Afiqah binti Md Radzi (BS UiTM Seremban)

Tajaan

: Nur Hazlyana Aida binti Mohd Sazali (BS UiTM Seremban)


Haizatul Ashikin binti Mohammad (BS UiTM Seremban)

LAMPIRAN D
TENTATIF PROGRAM
FIESTA HARI SUKARELAWAN 2014 UiTM KAMPUS SEREMBAN
3 DISEMBER 2014 (RABU)
Perkara|Waktu
Majlis
Perasmian
Penutup
1M4U
Dialogue
Kempen
Keselamatan
Jalanraya
Tabung
Barang Derma
Free Market
Mega GotongRoyong
Kempen
Derma Darah
Booth
Pameran

8.00

8.30

9.00

9.30

10.00

10.30

11.00

11.30

12.00

12.30

1.00

1.30

2.00

2.30

3.00

3.30

4.00

4.30

5.00

5.30

6.00

Aras 1
PKPTPSU
Aras 1
PKPTPSU
Persiaran
Seremban
Tiga/1

Aras 1
PKPTPSU
Aras 2 Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei
Ujong
Aras 2 PKPTPSU
Sekitar UiTM Kampus Seremban
Aras 1 Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong
Aras 2 Pusat Kegiatan Pelajar To Puan Sungei Ujong

Anda mungkin juga menyukai