Anda di halaman 1dari 1

Karangan 1: Aku Seekor Binatang Peliharaan

Nama aku Mimi. Aku dilahirkan sebagai seekor kucing. Aku


berumur 1 tahun. Bulu badan aku berwarna putih.
Aku dipelihara oleh Phoebe. Aku ialah hadiah hari jadi daripada bapa
tuan aku.
Tuan aku sangat sayang akan aku. Dia selalu bermain bola dengan aku.
Setiap hari, aku diberi makan. Aku suka makan ikan dan minum
susu. Dengan itu, badan aku kian membesar.
Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia memandikan aku setiap 5
hari. Dia juga menjaga aku dengan baik.
Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku
berharap aku akan sentiasa hidup bersama dengannya.

Anda mungkin juga menyukai