Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pendahuluan
Pertandingan badminton ini diadakan untuk memenuhi Sukatan Pelajaran
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam kompenen GERKO
Permainan. Pertandingan ini bertujuan melahirkan bakat baru yang terpendam
dalam kalangan para pelatih. Di samping itu, pertandingan ini juga bertujuan
melahirkan atlet sukan badminton IPGM Kampus Kent yang memenuhi kriteria
pemain badminton bertaraf dunia contohnya seperti Dato Lee Chong Wei. Selain
itu, para pelatih yang mengikuti pertandingan ini dapat memperoleh ilmu
pengetahuan dari segi teknik bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain.
Melalui pertandingan ini juga, secara tidak langsung dapat memupuk minat serta
semangat kesukanan yang tinggi dalam sukan badminton. Oleh itu, dengan
adanya pertandingan ini, sukan badminton dapat diperkembangkan sekaligus
meningkatkan imej kampus Kent dalam permainan ini.

2.0 Penganjur
PPISMP PA &PQ/BI/BA Ambilan Julai 2009

3.0 Maklumat pertandingan

3.1 Objektif
A) Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara pelatih-pelatih
B) Membuka peluang kepada pelatih untuk mencungkil bakat yang terpendam
C) Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelatih
D) Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri pelatih
E) Memupuk semangat kerjasama antara penganjur dan peserta dalam
menjalankan sesuatu program.

3.2 Rasional
Pertandingan badminton yang dianjurkan ini amat berkait rapat dengan GERKO
Permainan yang diambil oleh kami iaitu Persatuan Badminton. Segala
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh bolehlah diaplikasikan
dalam anjuran yang diadakan tersebut seterusnya menambahkan keyakinan
kami dalam segala aktiviti yang diadakan.

3.3 Matlamat pertandingan


Matlamat pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam
kalangan pelatih dan dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Di
samping itu, pertandingan ini bertujuan mengembang dan memperluas
kemahiran pelatih IPGM Kampus Kent dalam bidang badminton.

3.4 Tarikh / masa


Tarikh

: 10 11 Oktober 2009

Hari

: Sabtu dan Ahad

3.5 Tempat pertandingan


Tempat

: Dewan Bersatu Tuaran

3.6 Nama program


Kejohanan Badminton Berpasukan 2009

3.7 Acara yang dipertandingkan


a. Berpasukan
b. Setiap pasukan menghantar 1 perseorangan lelaki, 1 perseorangan
perempuan, 1 beregu lelaki, 1 beregu perempuan, 1 beregu
campuran

3.8 Sasaran
Semua pelatih PPISMP Ambilan Julai 2009

3.9 Ahli jawatankuasa induk


Penaung

:Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah

Pengerusi Pengarah

:Encik Romli bin Darus Timbalan

Penyelaras Kokurikulum

:Encik Victor P.Selanggang Ketua Unit

Penyelaras permainan

:Encik D.Vasuthevan a/l Damotharan

Ketua program

:Encik Sawari bin Rahim

Penolong program

:i. Puan Zainab binti Hashim


ii. Cik Caroline@Lorena David

3.10 Ahli Jawatankusa pelaksana


Pengerusi program

: Mohd Noor Syazwan bin Japlus

Timbalan pengerusi projek

: Muhammad Azuan bin Mohammad

Setiausaha

: Nur Salihah binti Mat Isa

Peralatan dan keselamatan

: Asma binti Busrah

Makanan dan minuman

: Sakinah binti Ahmad Shah

* AJK lain disertakan dalam lampiran 1

3.11 Tentatif
Hari pertama kejohanan 10 Oktober 2009 ( Sabtu )
0800 1200

Pusingan peringkat kumpulan

1300 1700

Pusingan peringkat kumpulan

Hari kedua pertandingan 11 Oktober 2009 ( Ahad )


0800 1100

Pusingan separuh akhir

1300 1400

Perlawanan tempat ketiga

1400 1500

Perlawanan akhir

1500 1530

Penutup

* Jadual kejohanan disertakan dalam lampiran 2

3.12 Anggaran perbelanjaan


A) MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan AJK
RM 5.00 x 2 hari x 19 orang

RM 190.00

Air mineral
RM 10.00 x 2 hari x 2 kotak

RM 22.00

Jamuan penutupan majlis


RM 3.00 x 70 orang

RM 210.00

RM 422.00

B) HADIAH
Perasmi program

RM 20.00 x 1

RM 20.00

Johan

RM 80.00 x 1

RM 80.00

Naib johan

RM 60.00 x 1

RM 60.00

Ketiga dan keempat

RM 40.00 x 2

RM 80.00

Saguhati

RM 20.00 x 2

RM 40.00
RM 280.00

C) Bulu tangkis

RM 40.00 x 14 tabung

RM 560.00

D) Pengadil

RM 3.00 x 50 perlawanan

RM 150.00

E) Dewan

RM 3.00 x 17 jam x 3 Gelanggang

RM 153.00

RM 863.00
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN

RM 1565.00

4.0 Penutup
Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran pertandingan ini akan
dapat membentuk jati diri para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang
diterima dapat memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai
kejohanan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat
sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Disediakan oleh,

(Nur Salihah binti Mat Isa)


Setiausaha,
PERSATUAN BADMINTON,
PPISMP PA/PQ/BI/BA,
IPGM KAMPUS KENT, TUARAN.

Disediakan oleh,

Ulasan:

(NUR SALIHAH BINTI MAT ISA)


Setiausaha Persatuan Badminton

Disemak oleh,

Ulasan:

(ENCIK SAWARI BIN RAHIM)


Ketua Penasihat Persatuan
Badminton

Disokong oleh,

Ulasan:

(ENCIK VICTOR P.SELANGGANG)


Ketua Unit Kokurikulum

Diluluskan,

(PUAN MARY TERESA KINAJIL)


Pengarah,
IPGM Kampus Kent

Ulasan:

Lampiran 1

Biro Urusetia
Halimatu Saadiah bt Roslan
Omar Ali bin Saptu

AJK Publisiti
Siti Khadijah bt. Harun

AJK Gelanggang
Dila binti Rebin
Farah binti Jasni
Farizyan binti Piut
Hafizul ismail bin A Rajak
Khairunnisa Syakila Sakim
Mohd Afiq bin Johari
Najwa binti Abdul Hakim
Nua Atiqah binti Saupi
Nurul Syamimi binti Ahmad
Nuramalina binti Mohd Arbi
Zaiton binti Mohd Sanusi

Lampiran 2

KUMPULAN A

KUMPULAN B

PASUKAN 1

PASUKAN 4

PASUKAN 2

PASUKAN 5

PASUKAN 3

PASUKAN 6

Peringkat kumpulan
Pasukan 1 lawan Pasukan 2
Pasukan 4 lawan Pasukan 5
Pasukan 2 lawan Pasukan 3
Pasukan 5 lawan Pasukan 6
Pasukan 3 lawan Pasukan 1
Pasukan 6 lawan Pasukan 4
Peringkat separuh akhir 1
Juara kumpulan A lawan Naib juara kumpulan B
Peringkat separuh akhir 2
Juara kumpulan B lawan Naib juara kumpulan A
Tempat ketiga

Perlawanan akhir
Pemenang separuh akhir 1 lawan Pemenang separuh akhir 2

Anda mungkin juga menyukai