Anda di halaman 1dari 2

ISL Minggu 1

ASAS PERKEMBANGAN BAHASA


Konsep Perkembangan Bahasa
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa
ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan
pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan
penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Bahasa adalah suatu saluran yang
membolehkan

kanak-kanak

menyusun

dan

mengutarakan

idea

serta

pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi


membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.
Konsep Pemerolehan Bahasa
Melalui

bahasa,

kanak-kanak

berkemahiran

untuk

berkomunikasi

dan

berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula


dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan
bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat
merapatkan

perhubungan

kanak-kanak

dengan

orang

lain,

malah

ia

membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di


persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya
sebelum tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun
sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan (Dollaghan, 1985). Semasa
membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan
pekataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott &
Schultz, 1995)
Konsep Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang
selamat

dan

pengalaman

yang

menggembirakan.

Bagi

mengalakkan

perkembangan bahasanya kanak-kanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak


dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili

objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan


menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa
dan ruang.
Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia
secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda,
lubang, objek dan perkataan. Adalah jelas, kanak-kanak mempunyai tahap
perkembangan dan daya perhubungan mengikut peringkat umur serta daya
kefahaman mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak bertutur
dengan berkesan jika mereka tidak memahami apa yang disebutkan.
Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting dalam mereka
mengembangkan bahasa kanak-kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat
dengan menggunakan bahasa (kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi.
Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak dapat membina dan
mengaplikasikan konsep baru.
Konsep Pembelajaran Bahasa
Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan
meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang
dewasa dan rakannya bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang
lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic
kepada kanakkanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik
dengan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila
kanak-kanak

mula

bermain

dengan

bahan.

Selepas

menghafal

dan

menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan


manipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu,
mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

Anda mungkin juga menyukai