Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MOHD ZAMRI

P5J

E- Dagang
Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus
niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari
ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif
dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini.

Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini
adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus
niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan
di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini
boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses
internet.

Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga
kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang
jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu
memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengguna
juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian secara
talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui
internet atau talian elektronik yang lain.

Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan


pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu
barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar
mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di
seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi
sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum
membeli sesuatu barangan.

MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MOHD ZAMRI


P5J

Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku
penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli
mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna
mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik
tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses


internet

yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar

membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala
tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui
antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan
pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun edagang.

Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan
positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat
membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing
dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama
untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara
luar.

Anda mungkin juga menyukai