Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN BAHASA MELAYU

Kini, peniaga e-dagang tidak asing lagi dalam


masyarakat. Perniagaan dalam talian ini sering
menjadi pilihan masyarakat khususnya
golongan mmuda.Pada pendapat anda, apakah
kebaikan dan keburukan perniagaan ini?
PENGENALAN

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi, kita dapat
menikmati pelbagai kemudahan hasil inovasi dan aplikasi teknologi
dalam kehidupan harian. Evolusi telefon kepada telefon bimbit dan
seterusnya menjadi telefon pintar telah mengubah landskap
masyarakat hari ini di mana setiap perkara bergerak dengan pantas
dan singkat. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah juga
penggunaan aplikasi di telefon pintar di mana pelbagai aplikasi yang
diperkenalkan termasuklah perniagaan secara atas talian. Hanya
dengan sambungan Internet, perniagaan atas talian atau dikenali
sebagai e-dagang membolehkan sesiapa sahaja melakukan urusan jual
beli secara maya. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan kelebihan
perniagaan secara atas talian kepada pengguna dan peniaga.
ISI 1[KEBAIKAN]

Antara, manfaat yang diperoleh pengguna dalam melakukan pembelian secara atas
talian adalah dapat menjimatkan masa pengguna. Faktor kesesakan di pusat membeli-
belah dan pasaraya telah membuatkan pengguna beralih ke perniagaan secara atas
talian. Pengguna tidak perlu bersesak mencari kawasan untuk parkir kenderaan, beratur
untuk membuat pembayaran atau berebut untuk mendapatkan barang yang terhad.
Pembelian atas talian memberikan pengguna pengalaman yang jauh berbeza kerana
mereka bebas untuk melayari dan mencari barang yang menepati kehendak masing-
masing. Pembayaran juga mudah dengan teknologi perbankan internet hari ini yang
hanya memerlukan pengguna melalui proses verifikasi dan pengesahan. Kemudahan
yang cekap, selamat dan mudah ini telah menjadi norma baharu dalam masyarakat di
mana penggunaan masa itu adalah penting ibarat peribahasa Melayu, masa itu emas.
ISI 2
Selain itu, aplikasi perniagaan secara atas talian menawarkan variasi produk yang boleh dilihat dengan
mudah oleh pengguna. Pelbagai aplikasi perniagaan atas talian yang telah dilancarkan kepada pengguna
dalam negara seperti Lazada dan Shopee. Setiap aplikasi menawarkan pelbagai jenis produk di samping
promosi yang berbeza bagi menarik pengguna. Justeru, sebagai pengguna yang bijak, perbandingan harga
dapat diaplikasikan hanya dengan menggunakan hujung jari. Situasi berbeza sekiranya kita melakukan
jual beli secara realiti di mana banyak tenaga dan masa akan dibazirkan. Tambahan pula, pembelian
secara atas talian membolehkan pengguna mencari prosuk mengikut kategori dan kriteria yang
dikehendaki hanya dengan menekan butang yang disediakan. Oleh itu, kemudahan melayari dan
membandingkan harga atau kualiti produk yang diinginkan adalah kelebihan yang dinikmati apabila
pengguna membeli secara atas talian.
ISI 3
Dari sudut pandang peniaga pula, kelebihan perniagaan secara atas talian memberikan risiko yang lebih
rendah untuk menjalankan perniagaan. Hal ini demikian kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan kos
untuk menyewa kawasan perniagaan serta mengupah pekerja pada kadar yang lebih optimum berbanding
perniagaan konvensional. Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan konvensional biasanya lebih tinggi
tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat dikurangkan melalui
perniagaan dalam talian. Sebaliknya, peniaga memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi bagi
menjaga hubungan dengan pelanggan serta mengharapkan servis penghantaran yang digunakan
melakukan tugas yang baik. Pengurusan perniagaan secara atas talian juga adalah lebih selamat dan
mudah untuk diuruskan. Segala maklumat dan urusan jual beli yang berlaku direkod dan boleh disemak
semula bagi tujuan audit dan sebagainya. Jelaslah bahawa perniagaan secara atas talian memberi
kelebihan dari segi risiko kepada peniaga hari ini.
ISI 4 [KEBURUKAN]
 Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian
adalah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini
berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam
urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin
tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara
elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan
kepada pengguna.
ISI 5
Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses
internet  yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar
membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga
kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat
yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan
menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga
menggunakan akses internet ataupun e-dagang.
ISI 6
Akhir sekali, penipuan atas talian juga antara keburukan perniagaan dalam
talian. Hal ini berlaku kerana terdapat peniaga yang tidak jujur dalam urus
niaga mereka. Mereka tidak menghantar barang yang sudah dipesan oleh
pelanggan.Mereka hanya menerima wang tersebut dan tidak menjalankan
tanggungjawab untuk menghantar barang yang sudah dipesan. Kesannya,
pelanggan yang memesan barang dari peniaga tersebut akan mengalami
kerugian dari segi kewangan. Pelanggan juga tidak akan mendapat ganti
rugi kerana peniaga tersebut enggan memulangkan wang tersebut. Jelaslah
bahawa perniagaan atas talian boleh memberi keburukan kepada
pelanggan.
PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat kelebihan dan keburukan yang dinikmati hasil daripada
perniagaan atas talian kepada pengguna dan peniaga. Kemudahan teknologi ini juga
telah membuka peluang perniagaan secara sambilan kepada golongan yang memerlukan
pendapatan sampingan. Pihak yang berkenaan sepatutnya memperkenalkan inisiatif
untuk membantu peniaga secara ata talian untuk berkembang dan maju. Selain itu,
penambah baikan infrastruktur telekomunikasi dalam negara juga membantu
perkembangan dan penggunaan teknologi secara atas talian dalam negara ini. Semoga
setiap pihak dan ahli masyarakat bersedia untuk memanifestasikan fikiran dalam usaha
mendepani corak ekonomi dan perniagaan pada alaf baharu.

Anda mungkin juga menyukai