Anda di halaman 1dari 2

Kerja Projek Matematik Tambahan 1 2102

JABATAN PELAJARAN SELANGOR


KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 1/2012
BAHAGIAN 1
Poligon dapat dilihat di dalam semua struktur pembinaan. Ia memberi variasi dan
daya tarikan dalam pembinaan. Poligon menambahkan keindahan sesuatu struktur
apabila diaplikasikan dalam bahan pembuatan seperti fabrik bercetak, kertas dinding
dan jubin lantai.
(a)

Kumpul enam gambar yang berkaitan. Anda boleh menangkap gambar-gambar


itu dengan menggunakan kamera atau mendapatkannya daripada majalah,
surat khabar, internet atau sumber lain.

(b)

Berikan definisi poligon dan tuliskan sejarah ringkas mengenainya.

(c)

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira luas sebuah segi tiga.


Nyatakan empat kaedah yang berlainan.

BAHAGIAN 2
Seorang petani ingin mengusahakan sebuah taman herba di atas sebidang tanah. Rajah
1 menunjukkan bentuk taman herba tersebut, di mana salah satu sisinya berukuran
100 m. Taman itu akan dipagari dengan pagar sepanjang 300 m. Kos memagari taman
itu ialah RM 20.00 semeter.
(Rajah di bawah tidak dilukis mengikut skala)

p m

(a)
(b)

q m
mm

100 m
Rajahc 1
11agram
Hitungkan kos yang diperlukan
untuk1memagari taman herba tersebut.
Lengkapkan Jadual 1 dengan menggunakan pelbagai nilai p, nilai q dan nilai
yang sepadan.
p (m)
q (m)
(darjah)
Luas (m2)

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

Jadual 1
Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 1 2102


(c)

Berdasarkan dapatan anda dalam (b), nyatakan dimensi taman herba itu
supaya luas kawasan yang dipagari adalah maksimum.

(d)(i) Hanya sesetengah nilai p dan nilai q yang boleh digunakan dalam kes ini.
Nyatakan julat nilai p dan nilai q.
(ii) Dengan membandingkan panjang sisi p, sisi q dan sisi yang diberi, tentukan
hubungan antara panjang sisi-sisi tersebut.
(iii) Buat generalisasi mengenai panjang sisi-sisi sebuah segi tiga. Nyatakan nama
teorem yang berkaitan.

BAHAGIAN 3
Jika panjang pagar itu dikekalkan 300m, sepertimana di bahagian 2:
(a)

Kaji dan cadangkan lima bentuk lain yang boleh dibina supaya luas kawasan
yang dipagari adalah maksimum.

(b)

Buat kesimpulan daripada kajian anda dalam (a), jika:


(i)

Permintaan herba di pasaran semakin meningkat pada masa kini.


Cadangkan tiga jenis herba tempatan dengan nama saintifiknya, yang
boleh ditanam oleh petani itu di tamannya bagi memenuhi permintaan
tersebut. Kumpulkan gambar dan maklumat mengenai herba-herba
tersebut.

(ii)

Herba-herba ini akan diproses untuk dipasarkan oleh sebuah syarikat.


Rekaan bungkusan memainkan peranan yang penting dalam menarik
perhatian para pelanggan. Syarikat itu ingin mereka bentuk sebuah
logo yang inovatif dan kreatif untuk bungkusan itu. Anda ditugaskan
untuk mereka bentuk sebuah logo bagi mempromosikan produk itu.
Lukis logo itu di atas sehelai kertas bersaiz A4. Logo anda mesti
mengandungi sekurang-kurangnya satu bentuk poligon.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pelajaran Selangor

Anda mungkin juga menyukai