Anda di halaman 1dari 16

Isu 1 : Salah Laku Guru

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga


kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang
bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS)

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

(FPK).

Bagi

menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan
dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak
tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang
sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina
masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa
mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu
mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya.Di
samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya
secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang
berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru seharusnya pakar atau
profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang
guru itu perlu menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,
pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap,
tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian
Pendidikan telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan
ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan

supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila


Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya.
Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang tidak
menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang
melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion
perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara
dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman. Etika Profesion Perguruan harus
dikaji semula. (Najib, 1971).
Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting demi memartabatkan
profesion perguruan supaya sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan
dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah termaktub
dalam ikrar seperti berikut;
Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan
berkebolehan....
... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab bimbingan anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila
berikut sebagai panduan.
Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban
yang berat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

Salah laku Guru


Hukuman terhadap murid
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran,
keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai
kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur.

Segala panduan dan

kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang
guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah
contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Namun sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru
mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti datang
lewat ke sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan
beberapa kesalahan kecil yang lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa
guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi
mengulangi kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar
dengan keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan yang serius merupakan
satu tindakan yang melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa.
Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion
keguruan turut menerima tempiasnya.

Cabaran

dalam

bidang

pendidikan

kini

semakin

besar

dan

mencabar.

Tanggungjawab seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja


sebagai pendidik tetapi turut menjaga murid di sekolah.

Bebanan guru makin

banyak turut menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat.


Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang
terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini
sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru
mereka.

Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf

hidup yang agak baik.

Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal

dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama
keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari
kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri
dalam mendidik anak-anak. Guru sudah hilang kuasa dalam mendidik melalui rotan
kerana ibu bapa pada masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak.
Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa

akur tugas guru bukan hanya

mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar
menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji.
Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik
semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh
ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak pendidikan pada suatu ketika dahulu
yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru, tidak menyiapkan kerja
sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu, sekiranya ada
murid melakukan kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman
yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan
kita pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru
hanyalah untuk mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa
pada ketika itu menyerahkan kuasa merotan kepada guru-guru untuk membentuk
anak-anak mereka. Kalau kita menyoroti peristiwa lampau, tidak ada kes yang
melibatkan guru menampar dan menyepak murid. Malah, tiada kes guru disaman
pun pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu dirotan di sekolah.
Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan penting
dalam mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah. Tindakan ibu bapa
yang menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk melakukan
kesalahan kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai pembela.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya
perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah
atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran
masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan
bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan
pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang
dilakukan.

Punca Berlaku Masalah Ini


Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu
perkara. Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza.
Guru bertindak diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu
membela anak sehinggakan di sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan
arahan guru, tidak menghormati guru kerana sikap pembela ibu bapa yang tidak
bertempat. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada perubahan sikap seorang
guru daripada seorang guru yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah.
Selain itu, tekanan kerja merupakan kedua yang menyebabkan guru melakukan
kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang
mudah untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi
menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa sempadanini. Tugas guru
bukan hanya mendidik, mengajar dan membimbing pelajar. Selain daripada itu, guru
juga banyak menerima tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan,
pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat melihat tugas guru
adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa beban
kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa yang
tidak dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir
guru kecewa. Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting
dan melepaskan kemarahan terhadap pelajar.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini


memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,
peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak
untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal
guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.

Sekarang, lebih banyak bilik darjah

ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan


komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun,
kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan
maklumat yang betul.

Selain itu, guru harus berperanan untuk


mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat
penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar,
kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya
keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua
sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa

guru. Guru juga adalah model manusia

berkelakuan baik. Guru mesti bebas

daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan
kedaerahan.

Aspirasi Kami

Halaman Utama

Penulis Aspirasi

Isu 1 : Salah Laku Guru

Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik

Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik

Aplikasi Pendidikan Holistik Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat. Pendidikan adalah salah
satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat dengan
perkembangan.

Perubahan

atau

perkembangan

pendidikan

adalah

perkara

yang

seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa
berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan yang jitu, padu dan
sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan
masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu ajensi sahaja. Pendidikan
tidak formal dalam masyarakat melalui berbagai saluran dan pendidikan formal disekolah

semuanya mempunyai saham tertentu dalam pembangunan modal insan( Kamal Hassan,
1988).

Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah


pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan bukannya
menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebut
mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal
dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun potensi kompetensi
seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner, beliau menyatakan setiap individu
mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai
fungsi. Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan
dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan ideaidea baru. Maka teori kecerdasan Gardner ini telah merevolusikan pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini serta boleh dijadikan panduan untuk perubahan ke arah
perkembangan pendidikan negara.

Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan


perubahan

budaya

kehidupan

manusia.

Apa

yang

berlaku

pada

masa

kini

adalah,masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak


mereka dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu
membina keutuhan masyarakat, kerana Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang
semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus perubahan globalisasi
( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa semakin penting apabila seseorang
pelajar yang akan membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana
mereka harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi
masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang
akan datang.

Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia


secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif
untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah
menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak iaitu sejak 1979
lagi. Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini

memberi seribu satu makna kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang.
Pada asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu
sentiasa dinamik mengikut keperluan pada masa kini dan hadapan. Untuk merealisasikan
dasar pendidikan yang baru ini, satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan
pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia
ada bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian dan masa hadapan
mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau yang bertajuk
Education Towards Integration: An Alternative Programme, 2009 menyatakan, sistem
pendidikan yang lama haruslah mengalami perubahan dalam menghadapi cabaran
globalisasi pada masa kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik amat membantu
dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang individu, pembelajaran
melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti perhubungan sesama manusia dan alam sekitar.
Manakala berbeza dengan Kaedah pendidikan tradisional, digambarkan sebagai yang
dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di mana peluang kepada pelajar adalah terhad
serta menggalakkan kaedah pembelajaran hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid
dan berpusatkan guru.

Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu rencana yang
penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012, bertajuk Kearah sistem
pendidikan Holistik yang dikarang oleh Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej
Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakan

bahawa masih terdapat

kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan negara terlalu
menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui penilaian berasaskan peperiksaan
semata-mata dengan meminggirkan aspek akhlak mulia para pelajar. Beliau berpendapat
perkara inilah yang perlu dikaji sedalam-dalamnya dan bukan sekadar melahirkan generasi
muda yang dikatakan amat berjaya mengikut acuan sistem meritokrasi sedia ada. Beliau
mengesyorkan agar sistem meritokrasi ini dikaji secara menyeluruh kerana tidak mustahil ia
boleh membawa bahana kepada negara. Dengan menerapkan sistem pendidikan yang lebih
holistik dan menyeluruh kelemahan sistem pendidikan negara yang ada sekarang dapat
dikurangkan dan diatasi secara tidak langsung. Ini kerana pendidikan holistik merupakan
suatu konsep yang memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan mereka
serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan,
kreativiti dan nilai-nilai kerohanian.

Pendidikan holistik adalah satu bidang pendidikan yang sangat mendalam untuk
dikaji. Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan yang membahaskan dan mencetuskan
pendapat dalam konsep pembelajaran secara holistik ini. Antaranya ialah Ron Miller (2005),
beliau berpendapat pendidikan holistik merupakan suatu falsafah pendidikan yang terwujud
daripada pemikiran bahawa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identiti,
makna dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan
nilai-nilai spiritual. Jelas beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan menanam
kecintaan terhadap pembelajaran. Secara historis, pendidikan holistik sebenarnya bukan
perkara yang baru. Pendidikan holistik berkembang sekitar tahun 1960-1970 akibat daripada
keprihatinan terhadap krisis ekologi,pencemaran nuklear, kimia dan radiasi, serta
kehancuran keluarga dimana hilang dan hancurnya nilai-nilai tradisional serta institusinya.

Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu


dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan, demoktarik
dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan
persekitarannya. Melalui pendidikan holistik juga, pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya
sendiri dalam erti kata lain dapat memperolehi kebebasan psikologi, mengambil keputusan
yang baik, belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecekapan sosial,
serta dapat mengembangkan karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein, 2000).
Pendidikan holistik sebenarnya membabitkan pelbagai aspek seperti proses pembelajaran,
cara berfikir, kemahiran berkomunikasi, proses pengajaran lebih menarik seperti menerusi
permainan dan pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan diri, tanggungjawab,
pemikiran kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Hasil pembacaan dan pengamatan penulis, boleh dirumuskan bahawa terdapat


elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan holistik di mana pendidikan ini
menitikberatkan kepada potensi setiap individu dari aspek kepandaian, emosi, sosial, fizikal,
kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Jelas menunjukkan bahawa, pendidikan holistik ini
masih sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang mana pendidik perlu
berusaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, sosial
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Hujahan ini dapat disokong lagi dengan laporan yang penulis baca daripada laporan
berita pendidikan Berita Harian, bertajuk Pendidikan Holistik yang diberitakan oleh
wartawan Noor Azlina Zainudin. Rangkuman maklumat berita tersebut beliau perolehi di
Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Holistik anjuran Institusi Pendidikan Kanakkanak dan Remaja, WynKids di Kota Damansara. Panel-panel yang terlibat di dalam
perbincangan ini rata-rata berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sekarang adalah
berasaskan peperiksaan dan perlu diperbaiki. Situasi yang berlaku mengakibatkan pelajar
diarah mendengar penerangan guru dalam kelas, bukan bertanya apabila tidak faham.
Keadaan ini menyebabkan pelajar berasakan bertanya soalan adalah satu kesalahan dan
mereka cuma perlu mendengar, mengumpul seberapa banyak pengetahuan termasuk
menunggu maklumat. Apabila berada di institusi pengajian tinggi, mereka terpaksa bekerja
keras mencari maklumat sendiri, tanpa bantuan guru. Justeru, sebahagian besar pelajar
tidak mampu berdikari dan akhirnya menemui kegagalan.

Justeru, menurut mereka, hanya pelaksanaan pendidikan holistik pada peringkat


awal mampu melahirkan generasi muda serba boleh dan membantu perkembangan
keseluruhan pelajar dalam pelbagai aspek dan bukan sekadar kecemerlangan akademik.
Pelaksanaan pendidikan secara holistik perlu membabitkan penyertaan pelbagai pihak
termasuk pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan sebagai usaha memastikan
generasi muda memperoleh manfaat sepenuhnya. Ini kerana pendidikan holistik atau
menyeluruh

bukan

menekankan

kecemerlangan

akademik

semata-mata

membabitkan perkembangan dan peningkatan potensi lain dalam diri setiap pelajar.

tetapi

Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional. satu langkah yang boleh dibuat ialah dengan menerapkan
pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia
ada. Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan
memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem
peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Ini kerana Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
dan moral yang tinggi. PBS merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap
berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).

Selaian daripada itu, Untuk mengubah sistem pendidikan sedia ada kepada
pendidikan holistik, metodologi pengajaran sangat penting dan guru perlu dilatih
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran membabitkan penyertaan pelajar
secara aktif, bukan sekadar pendengar dan menghafal apa yang diajar. Justeru, kurikulum
yang dirancang juga harus diarahkan untuk mencapai tujuan pembentukan manusia secara
holistik. Pendidikan holistik dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan
beberapa cara, diantaranya dengan menerapkan Integrated Learning atau pembelajaran
terintergrasi atau terpadu iaitu suatu pembelajaran yang menggabungkan berbagai elemen
yang berkaitan holistik dalam satu bidang pembelajaran. Tujuan pembelajaran ini adalah
agar pelajar memahami kaitan di antara satu elemen dengan elemen lainnya, iaitu antara
satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dengan
pengalaman hidup mereka.

Dalam pendidikan holistik, guru juga harus memainkan peranan utama mereka
dengan mengubah sifat yang hanya memimpin dan mengawal, tetapi harus menunjukkan
sikap sebagai kawan, mentor, fasilitator, atau seorang teman yang berpengalaman kepada
pelajar mereka (Forbes, 1996). Kesinambungannya, guru juga harus mengajar mengikut
metodologi pembelajaran yang berbeza dan berpusatkan murid. Kerana cara pembelajaran
setiap individu adalah berbeza. Dengan itu, metodologi pengajaran juga perlulah
bersesuaian dengan keupayaan setiap individu bagi membantu mereka memperolehi

pengalaman, kebijaksanaan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di masa


hadapan. Tambahan pula, sektor pekerjaan juga memerlukan warga mahir yang bukan saja
memiliki pengetahuan tetapi individu bersifat holistik yang mampu menyelesaikan
permasalahan selain boleh berinteraksi dengan baik dan bekerjasama dalam satu
kumpulan. Walaubagaimanapun, Sekolah ataupun institusi pendidikan juga hendaklah
menjadi tempat pelajar dan guru bekerja secara kondusif agar mencapai tujuan yang saling
menguntungkan. Di mana, dapat mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka dan jujur,
serta menghargai perbezaan individu yang wujud dan mengutamakan sifat kerjasama
berbanding sifat untuk bersaing.

Pendidikan holistik juga menganjurkan beberapa strategi yang boleh dijadikan


panduan untuk menangani persoalan bagaimana untuk mengajar seseorang dan
bagaimana seseorang itu belajar. Idea holistik itu sendiri menyokong kepada pendidikan
yang dilaksanakan secara transformasi bukannya melihat pendidikan sebagai satu proses
penghantaran ilmu

dan penerimaan ilmu semata-mata. Pembelajaran transformasi

melibatkan perubahan yang dapat dijana oleh pemikiran pelajar itu sendiri. Perubahan ini
dipengaruhi oleh pandangan mata , tabiat minda, dan persepsi mereka terhadap dunia.
Dengan erti kata mudah, pelajar dapat menjana ilmu, nilai-nilai murni dan pengalaman
pembelajaran yang mereka terima dan mengaplikasikan dengan kehidupan harian mereka.
Dengan itu dapat disenaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan dalam
mengembangkan strategi pembelajaran holistik, antaranya ialah menggunakan pendekatan
pembelajaran transformatif, prosedur kurikulum pembelajaran yang fleksibel, penyelesaian
masalah melalui lintas disiplin ilmu, pembelajaran yang bermakna dan, pembelajaran yang
melibatkan persekitaran individu itu berada.

Secara keseluruhannya, perubahan haruslah dilakukan untuk mencapai satu sistem


pendidikan yang dapat melahirkan insan yang tabah menghadapi cabaran, bertamadun,
serta mampu mendukung pembangunan di masa hadapan, berakhlak mulia, mempunyai
sifat kerohanian yang tinggi dan nilai-nilai moral masyarakat. Justeru itu, untuk melestarikan
sistem pendidikan yang sedia ada, tindakan harus diambil dengan mewujudkan
pembelajaran yang mampu mengembangkan potensi indidivu berbanding akademik
semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dan holistik yang
diterapkan di dalam sistem pendidikan negara secara tidak langsung dapat membantu
mengatasi kebejatan sosial masyarakat Malaysia. Selain itu, pendidikan holistik yang
dilaksanakan secara bersepadu membantu negara melahirkan golongan yang bukan

terpelajar, tetapi juga mempunyai pakej lengkap sekali gus penyumbang ke arah
pembangunan negara.
0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
0 comments:
Post a Comment
Home

Labels

Salah laku (1)

Blog Archive

2012 (2)
o

August (2)

Salah Laku Guru

Mukadimah

Followers
About Me
Falsafah dan Etika Guru
View my complete profile

Sample Text
Sample text
Ads 468x60px
Social Icons
Popular Posts

Salah Laku Guru

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung


keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui
perkembangan indi...

Mukadimah
Blog "Aspirasi Kami" ini adalah hasil daripada tugasan kerja projek
bagi kursus Falsafah Dan Etika Guru...

Sample Text
Featured Posts
Copyright (c) 2010 Aspirasi Kami. Designed by Blogger Templates
based on WP theme by Wpthemesfree

Anda mungkin juga menyukai