Anda di halaman 1dari 9

INSAN YANG SEIMBANG

PENGENALAN
Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses
pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolahsekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.
Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan
impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem
penyampaian ilmu.
Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi
mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir
dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun
ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Zaman sekarang bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi
bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam
bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala
kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan
satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan
yang lebih bermakna dan bestari.
Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru
dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian
ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang
berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam
falsafah pendidikan negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Ironisnya, gabungan empat unsur utama yang saling berkait dan bergantungan ini akan
mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam dasar
pendidikan negara.

UNSUR-UNSUR PENTING BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN


HARMONIS.

UNSUR INTELEK
Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya
pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsurunsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh
pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat
antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan
hubungan individu dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang
terdiri daripada enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan
biologi, perkembagan kognitif dan interaksi sosial.
Menurut Nik Aziz Nik Pa dalam bukunya Potensi Intelek menjelaskan dalam
perkembangan daya intelek, kita tidak harus mengenepikan unsur agama Islam dalam
pendidikan. Ini disebabkan manusia adalah mahluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa dan lahir
dengan segala macam keistimewaan dan anugerah. Berdasarkan pendekatan tauhid, terdapat
tujuh perkembangan intelek itu, hakikat teori kecerdasan, hakikat metafona kecerdasan, mitos
tentang kecerdasan, hakikat insan, hakikat pintar cerdas, fungsi perkembagan individu, dan
fungsi pembangunan keluarga.
Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal
merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad manusia. Akal yang waras
secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar dengan tuntutan
semasa. Antara otak dan akal sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak

sihat tanpa adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan peranan yang amat
penting dalam pelahiran yang waras.
Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi berfikir. Otak yang
berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan dan
merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam bahagian ini, seseoarang itu berkebolehan berbahasa,
bertutur, analisa matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin. Manakala, hemisfera
kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual, muzik, perasaan, dan
imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri digunakan untuk menanamkan
perasaan mencintai sama ada kepada insan dan juga Tuhan.
Kesimpulannya, berdasarkan pendapat Imam Ghazali otak berfungsi sebagai ingatan,
perasaan, mensintesis, dan daya berfikir, visual atau bayangan, Oleh yang demikian, para
pendidik tidak seharusnya mengenepikan agama itu sendiri

kerana agama

bukan sahaja

bersesuaian dengan perkembangan daya intelek malah membantu untuk mendorong proses
merealisasikan daya intelek dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi
perkembangan intelek secara beradab terutamanya dalam perkembangan dunia yang semakin
mencabar kini. Sekiranya konsep dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Pencipta itu diterapkan
nescaya impian falsafah pendidikan negara akan tercapai terutamanya melahirkan masyrakat
yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak mulia akan tercapai.

UNSUR ROHANI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah dierti sebagai batin yang
berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang berlawanan

dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata
kasar.
Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan rohani sebagai perkara yang terdiri daripada
akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan
remaja terdiri daripada pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur
12-15 tahun, remaja telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara konseptul. Pada
peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohanian untuk menghadapi dugaan hidup. Pada
peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh pada persekitaran dan rakan sebaya dalam
perkembangan rohaninya.
Namun, remaja yang berusia lingkungan 15 hngga 20 tahun mula mempunyai pegangan
yang kukuh kepada agama. Mereka telah percaya tentang kewujudan Tuhan, dosa dan pahala
serta hari pembalasan. Mereka juga mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara
abstrak. Remaja dalam lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian
secara logik. Malah, kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan curiga terhadap perkaraperkara yang berkaitan kerohanian.
Kesimpulannya, bagi meningkatkan perkembangan rohani remaja, pendidikan agama
harus ditekankan seperti yang dilakukan pada masa kini.Kesedaran tentang Tuhan sebagai
pencipta alam semesta dan bend-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama,
semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang taat kepada suruhan Tuhan tetap akan
diperkukuhkan. Maka, dengan ini perinsip dalam falsafah pendidikan negara iaitu kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan akan tercapai.

UNSUR EMOSI
Menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal telah membahagiakan
perkembangan manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego. Ia merupakan bahagian
personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor prnyimpanan keinginan manusia dan ia telah
didorong oleh tenaga libido. Ego wujud seawal bayi berusia enam bulan dan pada waktu itu ia
mengandungi pemikiran realistik, dan logik yang tersusun. Ia berfungsi mengawal supaya
keinginan itu tidak akan melanggar nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.
Freud juga berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan
perkembagan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat dikenal pasti apabila remaja mulai
menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Selain itu, mereka mula merasa
ingin bersosial dengan rakan sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh
tenaga libido yang memotivasikan tingkah laku.
Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan negara, seseorang pendidik itu harus
tahu tentang emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat perkembangannya. Pada peringkat ini
golangan remaja harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini.
Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing mereka agar
menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di samping menunjukkan
kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar.

UNSUR JASMANI
PSIKOMOTOR
Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan untuk
melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Seseorang

individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai
kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Kematangan psikomotor ini meliputi
perkembangan otot, tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh
badan.
Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang sebaya adalah berbeza-beza,
memandangkan fizikal setiap orang adalah unik dan tersendiri. Bagaimanapun, kesediaan
psikomotor yang tinggi adalah membolehkan seseorang menjalankan aktiviti harian dalam
program pembelajaran yang cekap dan berkesan. Kesediaan psikomotor ini adalah penting untuk
pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Kemahiran
Hidup.
Melihat senario pendidikan dan pembelajaran di Malaysia pada masa kini, kesediaan
psikomotor memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk kokurikulum di sekolah.
Malah, sistem yang diikuti oleh pelajar di sekolah telah dirancang mengikut tahap psikomotor
terutamanya latihan-latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran pelajar. Malah, pelajarpelajar juga telah didahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang lain untuk membina
daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan pergerakan yang cekap.
Kesimpulannya, pada tahap kematangan dan kesediaan psikomotot yang tertentu dan
peringkat-peringkat, proses pembelajaran boleh diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya
mampu melahirkan insan yang lebih seimbang pada masa akan datang. Ini kerana fizikal yang
sihat dan matang tidak akan sihat tanpa disusuli dengan kematangan dalam beribadat dan
menyembah Pencipta yang Esa. Dengan ini, matlamat dan wawasan falsafah pendidikan negara
akan tercapai seperti dalam petikan Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran masyarakat dan negara.

KOGNITIF
Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia berkaitan
dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mengsintesis
dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara terus dengan
pertambahan umurnya iaitu murid-murid sekolah rendah hanya perlu bersedia untuk belajar
operasi konkrit, dan apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia
untuk belajar operasi yang kompleks.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937), dan Sheildo
(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek
yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antar individu boleh
diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam kelas.
Dengan kata lain, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah kesanggupan
seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. Seseorang
itu dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila pencapaian ilmiahnya adalah sepadan
dengan usaha dan latihan yang diperlukan.
Kesimpulannya, dalam unsur kognitif ini maklumat yang diterima akan diproses melalui
pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumt yang lain yang sedia ada dalam
ingatan, iaitu diubah secara disusun semula. Oleh itu, bagi melahirkan generasi yang ideal,
maklumat tentang ketuhanan dan keagamaan sentiasa disalurkan kepada mereka supaya maklumt
ini terus sebati dalam diri pelajar itu bagi melahirkan generasi yang seimbang.

KESIMPULAN
Konklusinya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek
rohani perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia (Insan) dengan Allah
(Pencipta). Ini tentulah menyentuh persoaalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah.
Apabila diperkatakan konsep rohani, maka wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan,
ketakwaan, serta amal yang salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam
pembelajaran agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan negara.
Ilmu dan kebijaksanan tidak bermakna sekiranya tanpa unsur ketuhanan dan rohani
dalam kehidupan manusia. Tiada gunanya kemajuan sekiranya tanpa kasih sayang dan sikap
menghormati dan menyayangi mahluk ciptaan Tuhan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai