Anda di halaman 1dari 52

DONNY TUAH

UNTUK MEMAHAMI BUKU INI,


ANDA PERLULAH MEMBACANYA
BERULANG KALI UNTUK
MENDAPATKAN KEPUTUSAN
YANG MAKSIMUN, KERANA,
SETIAP KALI ANDA MEMBACA
AYAT YANG SAMA, ANDA AKAN
MELIHAT MAKSUD YANG
BERBEZA DARI SEBELUMNYA

PENDAHALUAN
Tahniah diucapkan kerana telah memilih langkah bijak

dengan menjadi

Usahawan NETWORKING. Diharap semua Usahawan networking akan menanam


semangat Jati Diri untuk sentiasa memecah rekod peribadi di dalam mencapai
IMPIAN untuk bergelar JUTAWAN NETWORKING
Mempunyai perniagaan sendiri merupakan impian setiap insan yang ingin
bergelar JUTAWAN. Malangnya, kebanyakkan usahawan networking tidak
mempunyai pengetahuan dan CARA PEMIKIRAN sebagai seorang usahawan yang
betul. Justeru dengan itu, maka terbitlah buku ini agar memudahkan dan
menyediakan usahawan-usahawan baru agar mempunyai panduan agar setiap yang
dirancang dapat berjalan lancer dan seterusnya memudahkan usahawan
networking membina perniagaan dangan lebih berjaya.
Di dalam usaha bergelar JUTAWAN, beberapa proses terpaksa di lalui
oleh usahawan networking dan MESTI di fahami sebagai satu proses
pembelajaran oleh setiap usahawan di dalam menempuh segala dugaan dan
cabaran yang bakal diterima sepanjang menjalankan perniagaan ini.
Tanpa mengira latar belakang usahawan networking, samada pernah
menjalankan perniagaan lain, pegawai kerajaan, suri rumah, pelajar, pekerja

swasta dan sebagainya, diharap usahawan networking akan menyediakan diri


sendiri untuk
-

INGIN BELAJAR dan mendalami ilmu perniagaan ini sepenuhnya


BOLEH DI AJAR dan memberikan peluang kepada diri sendiri untuk
diajar oleh usahawan networking yang lebih senior di dalam perniagaan ini

dan telah berjaya


JANGAN KURANG AJAR kepada usahawan-usahawan networking yang
membantu

usahawan-usahawan baru dan jangan menutup peluang

usahawan-usahawan baru untuk berkembang. Sentiasa menerima setiap


ajaran dan arahan yang berkaitan tanpa banyak soal.
Leader-leader kita telah menunjukkan bahawa perniagaan networking ini amat
mudah mendatangkan hasil dalam beberapa bulan sahaja dan mereka merupakan
orang yang paling layak untuk mengajar ilmu-ilmu networking kerana ilmu dan
pengalaman yang mereka perolehi amatlah berharga.
Perniagaan yang kita usahakan ini merupakan perniagaan yang memerlukan kita
menduplikasikan teknik yang sedia ada tanpa memerlukan kita bersusah payah
mereka cipta satu teknik baru. Oleh itu, semua usahawan networking diharap
mengambil iktibar untuk belajar teknik-teknik dalam menjalankan perniagaan ini.
Dan yang paling penting, usahawan networking dapat bertindak dan melakukan
perkara yang telah dipelajari bagi merealisasikan keputusan yang dikehendaki.
Tiada gunanya ilmu yang diperolehi tidak di aplikasikan dalam bentuk tindakan.

Umpamanya, ingin memancing, kalau tak di di ikat mata kail, manakan dapat
ikannya. Hendak jadi KAYA RAYA, tapi tak nak berusaha, tidak akan kemana.
Kita tidak memerlukan ilmu yang terlalu banyak, tapi apa yang penting adalah
tindakan kita terhadap ilmu yang kita perolehi itu. Tidak ada jalan mudah untuk
berjaya melainkan kita mengambil langkah pertama yang bijak untuk bertindak.
Ingatlah!!!

NETWORKING

adalah

satu

bentuk

perniagaan.

Di

dalam

mengusahakan perniagaan, ada dua perkara utama perlu ada dan ianya adalah
1. Modal
Semua usahawan networking telah pun mengeluarkan modal semasa
mendaftar menjadi ahli. Tidak kiralah usahawan mengambil pakej besar
atau kecil.
2. Usaha
Berbeza dengan skim pelaburan, networking merupakan perniagaan yang
memerlukan usaha berterusan dari setiap usahawan-usahawannya.
Akhir kata, semoga dengan buku penduan ini, diharap serba sedikit akan
membantu

usahawan-usahawan

networking

yang

baru

untuk

memulakan

perniagaan ini dengan lebih yakin dan seterusnya BERTINDAK untuk mencapai
impian menjadi JUTAWAN
PROSES MENJADI JUTAWAN
SANGAT STABIL

STABIL
MOMENTUM
MENGAJAR
BUAT
BELAJAR

1. BELAJAR
Pada peringkat ini, usahawan dikehendaki mempelajari seberapa cepat dan
banyak mana ilmu-ilmu mengenai perniagaan ini untuk lebih berjaya. Antara aspek
penting yang perlu dipelajari ialah:
a) INTRODUCTION
Pengenalan mengenai latar belakang syarikat, kelebihan-kelebihan produk,
pelan perniagaan, pengurusan serta bonus-bonus dan semua yang berkaitan
b) PROSPECTING
HOT MARKET ahli keluarga serta kawan-kawan rapat.
WARM MARKET terdiri daripada kenalan, rakan-rakan pejabat dan selalunya
nombor telefon bimbit yang berada di dalam handset kita.

COLD MARKET terdiri dari mereka yang tidak kita kenal langsung yang
kebanyakkan berada di luar sana.
Dalam perniagaan ini, prospek dari golongan HOT dan WARM MARKET boleh
digunakan sebagai latihan di dalam kita mempelajari bagaimana untuk membuat
table talk. Tetapi, untuk berjaya, kita perlukan prospek-prospek dari COLD
MARKET.
Ramai yang memilih HOT MARKET DAN WARM MARKET gagal kerana
golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya memberi jawapan dan
tamparan negatif seperti
awak buat lah dulu, dah kaya boleh la belanja aku
jangan temberang la... kau pun tak de apa-apa
Dan sebagainya.........................................................
Kalau anda memilih COLD MARKET, maka anda adalah seorang yang bijak
dan akan berjaya kerana;
Ada banyak potensi seperti usahawan, lawyer, doktor, salesman dan
sebagainya. Dan yang paling penting, mereka menghormati anda kerana mereka
belum mengenali anda sepenuhnya (rapat)
c) FLYERS DAN SMS merupakan cara terbaik menarik golongan ini.

Seterusnya, anda perlu;


-

Menyenaraikan semua nama prospek anda dan senarai terbaik adalah


senarai nama yang ada pada handphone anda.
Menyampaikan mesej kepada mereka mengenai perniagaan dalam bentuk
Short messaging system (sms)
Flyers
Telefon
Email
Website
Lain-lain cara anda tersendiri
Kemudian, buat temu janji dan lakukan table talk.
Apabila mereka join, pastikan anda menduplikasikan segala tindakan anda
kepada mereka.
Seandainya mereka belum join, follow up dan guna kaedah-kaedah berikut;
Katakan kepada mereka bahawa Anda (prospek) memiliki networking anda

sendiri iaitu
Ibu bapa anda
Adik beradik serta saudara mara anda
Kawan-kawan anda
Rakan sekerja atau boss anda
Customer atau jiran anda
Setiap dari mereka pula memiliki networking mereka tersendiri. Gunakan

networking mereka sebaik-baiknya.


Seandainya anda berjaya menduplicatekan diri anda kepada mereka dan
seterusnya menduplikasikan diri mereka dengan network mereka, maka

bisness anda akan berjaya.


Maka, tugasan anda memastikan mereka diduplicate serta menduplicate.

INI AMAT PENTING

Sekiranya networking anda tidak besar, inilah masanya untuk anda


bersikap positif dan berkenalan dengan sesiapa sahaja. Kaedah terbaik ialah
menggunakan pamphlet atau flyers. Cara terbaik untuk mendapatkan prospek
adalah menggunakan flyers. Sebarkan flyers sekurang-kurangnya 5000 keping
untuk dapat result!!
Selalunya, response rate adalah 1%. Jadi, daripada 5000 keping flyers,
anda mungkin akan menerima 50 sms. Jangan hanya sebarkan 20-30 keping dan
mengharapkan response yang banyak. Ajar downline anda guna cara yang sama
supaya tidak kehausan prospek (COLD CONTACT)
SMS merupakan salah satu cara terbaik. Dapatkan nombor telefon dari
akhbar, majalah atau apa-apa keratan iklan di bus stop, banner dan sebagainya.
Asalkan ada no telefon, smskan sms power anda.
Cara SMS adalah 3 kali berturut-turut (3hari) kerana kali pertama, sms
anda akan di deletekan. Kali kedua, prospek akan perasan perkataan 4 angka atau
5 angka dan sms kali ketiga, barulah beliau akan bertanya kepada anda. Bila dia
dahagakan jawapan, barulah anda ajak berjumpa. (Kalau tidak ada respon setelah
3 kali, lupakan sahaja.) pada ketika mereka dahagakan jawapan, jangan explainkan
apa-apa. Cuma tetapkan temu janji sahaja.
d) APPROACH

Apabila kita telah mengenal pasti prospek, langkah yang berikutnya adalah
untuk membuat temujanji untuk bertemu dengan mereka. Tujuan utama bagi
membuat temu janji ialah bagi menerangkan PELUANG PERNIAGAAN ini kepada
prospek kita.
e) HANDLING PHONE CALLS
Selalunya, anda akan dapat feedback melalui phone call atau sms. Cara
paling mudah adalah memberitahu prospek anda bahawa anda memerlukan
setengah jan sahaja untuk explain tentang networking dan produk. Tanya
prospek bila prospek tersebut nak jumpa anda. Ingat!!!!!! Anda mesti membuatkan
prospek anda memerlukan anda, bukan sebaliknya.... oleh kerana itu, Tanya
dimana @ bila tuan/puan hendak berjumpa saya dan bukan dimana @ bila saya
boleh berjumpa tuan/puan. Jangan sesekali cuba menerangkan dalam telefon
(kecuali yang jauh) kerana biasanya tanggapan dalam telefon yang diterima
prospek adalah salah dan Cuma membazir masa anda. Sekiranya prospek itu
berminat dan bersedia, dia akan jumpa anda. Kalau bukan, dia hanya bersahaja
dan anda tidak memerlukan orang yang tidak serius dalam perniagaan ini.
Beritahu prospek anda, ini bukanlah perniagaan seringgit dua
mudahnya diterangkan dalam telefon.
f) SISTEM/COACHING

yang dengan

Perkara yang pertama perlu anda beritahu pada downline anda adalah
LEARNING MONTH!
Ada orang learning monthnya 1 bulan, ada 2 bulan, 3 bulan dan
sebagainya. Seandainya setelah 6 bulan masih belum ada apa-apa perubahan....
maka lebih baik cari bidang lain. Kerana 6 bulan adalah masa yang panjang!
Sekiranya anda tidak belajar apa-apa tentang bisnes ini, maka anda tidak layak
digelar networkers!!
Apa yang perlu anda perlu ingat, dalam tempoh learning month ini,
pendapatan anda tidak stabil, momentum dan perasaan anda pun tak stabil.
Akan tetapi, jika anda networkers sejati, anda akan set dalam minda anda
apapun yang berlaku, sama ada aku dapat duit atau tidak, dihemtam,
diherdik, atau apa-apa pun, aku tetap akan buat sampai aku berjaya!!
Ajar mereka buat table talk
Ajar mereka key-in
Sms mereka setiap hari, contohnya:
sila bawa mana-mana prospek, saya akan buat table talk malam ni, jam 8.00.
reply a.s.a.p!!
saya nakl jumpa u dengan prospek u pukul 3 petang ni. Sila beri kerjasama

Ingat, ini cara anda gerakkan downline anda setiap hari.... anda perlu
mengeluarkan arahan bukannya ikut gerak langkah mereka!!
Duplication adalah amat penting. Anda kena bantu create downline baru
anda dengan mengambil masa 1 jam untuk buat coaching ajar teknik-teknik
untuk berjaya di saat mula-mula beliau masuk!! Anda rekrut, coaching...baru
statement income anda akan sentiasa meningkat!!!

2. BUAT
Seperti yang telah dikatakan tadi, ilmu tanpa tindakan adalah sia-sia saja.
Setelah

belajar,

maka

tindakan

seterusnya

membuat

keputusan

untuk

melakukannya. Kebanyakkan orang gagal pada peringkat ini. Peringkat ini


merupakan titik tolak sama ada seseorang itu akan berjaya atau tidak. Sekiranya
Usahawan networking dapat melepasi peringkat ini, pendapatan purata dalam
lingkungan rm5000 hingga rm10,000 sebulan
3. MENGAJAR
Pada ketika ini, usahawan networking mempunyai beberapa orang bisnes
partner di dalam rangkaian mereka. Justeru, amatlah sesuai pada peringkat ini,
usahawan networking mengambil tanggungjawab mengajar bisnes partner

menjalankan perniagaan ini. Pada peringkat ini, pendapatan akan menjangkau


dalam lingkungan rm20k hingga rm30k.
4. MOMENTUM
Pada peringkat ini, usahawan networking akan mempunyai beberapa player di
dalam rangkaian mereka dan pendapatan mereka akan masuk tanpa henti.
Pendapatan pada peringkat ini adalah dalam lingkungan rm30k hngga rm50k
sebulan
Jauhkan tangan anda dari cawan berisi air panas maka anda tak rasa
kepanasannya. Lekapkan tangan anda pada cawan panas itu baru terasa
kepanasannya!! kalau anda terlalu lama tidak memanaskan diri anda, maka anda
akan terkeluar dari bisnes ini!!!!
Anda perlu selalu pergi ke OFIS atau CENTRE (paling kurang seminggu
sekali) supaya sentiasa terasa kepanasannya bagi memastikan momentum anda
pada tahap tinggi!. Anda perlu hadir walaupun tanpa prospek, supaya dapat rasa
serta melihat kejayaan orang lain sebagai pendorong paling menjarab untuk anda!!
THE MORE U GIVE THE MORE U GET!!
AKTIVITI UNTUK KEKALKAN MOMENTUM
Anda perlu selalu adakan perjumpaan bersama downline anda sekurangkurangnya 4-5 sekali. Kongsi pengalaman anda serta ayat-ayat yang berkesan

dalam closing, teknik mengajar dan minta mereka share serta luahkan semua
pengalaman.........ini akan membakar semangat mereka!! Perjumpaan sekurangkurangnya seminggu sekali
MENUNGGU ADALAH SATU KESALAHAN!!
Bertangguh adalah pantang paling besar dalam networking!!
Speed amat penting, develop network/downline anda ketika masih panas, jangan
biar mereka lemah.......
Ada beberapa cara meyakinkan prospek anda antaranya table talk dan
bawa prospek ke briefing perniagaan mengikut kawasan dalam jadual sedia ada.
Sekiranya anda memilih yang kedua, maka pastikan:
a. Anda menjemput mereka di rumah.....supaya mereka hadir dan tidak dapat
mengelak. Mereka terpaksa tunggu hingga habis briefing dan tak boleh
lari. Ramai leader yang bermuka masam menunggu prospek tak datingdatang di depan bangunan briefing dijalankan. Jangan lakukan kesilapan ini.
b. Setelah tamat briefing maka bagi mereka peluang hisap rokok 5 minit
(relax) lepas tu buat bulatan kerusi dan buat closing terus. Jangan
sesekali kata kepada prospek balik fikir dulu!! Pastikan mereka isi borang
dahulu!!! Kalau tak ada duit, maka minta deposit walaupun rm10!!, Kemudian,
Tanya bila dia nak bayar habis dan tuliskan tarikh besar-besar pada boring
di depan beliau.

c. Keluarkan satu arahan (ingat, anda seorang leader!!) supaya mereka


membawa prospek pada malam esoknya. Seandainya prospek mereka terus
join serta membuat pembayaran, maka tak kelam kabutlah mereka mencari
duit masa itu juga. Tau-tau dah ada
d. Jangan nak berbincang dengan mereka di kedai kopi, anda yang kena
belanja. Kalau sesudah briefing, buat closing di tempat yang sama!! Kalau
tiap-tiap malam anda kena keluar duit belanja mereka, maka duit yang
anda akan dapat dari bisnes ini habis begitu saja...dah la begitu.... anda
belanja prospek yang belum tentu join!! Kalau dah join dan dah buat duit
untuk anda, bolehla anda belanja...
e. Ramai yang menganggap dalam bisnes ini perlu tunjuk kita banyak duit,
pakai kereta besar dan sebagainya untuk meyakinkan orang. Ini
silap.....mereka join bukan kerana harta anda tetapi kerana attitude anda!!!
5. STABIL
Pada peringkat ini, usahawan networking akan mempunyai beberapa key
player yang dapat bergerak indepedendently dan memperolehi pendapatan yang
setaraf dengan momentum mereka. Justeru, pada ketika ini, pendapatan
usahawan networking berada dalam lingkungan rm100,000 ke atas
6. VERY VERY STABIL
Pada peringkat ini, usahawan networking memang membuat duit yang banyak.
Masalahnya, yang stabil usahawan networking diatas. Bagaimana pula dengan

players dibawahnya??? Maka amatlah penting untuk memastikan player-player di


bawahnya menjadi stabil juga. Sekiranya players di bawah stabil, maka usahawan
networking di atas akan berada di kedudukan tertinggi iaitu very very stabil.

PRESENTATION
Sediakan presentation anda terlebih dahulu sama ada secara solf-copy
(menggunakan computer riba) atau hard copy (print out). Ada 5 bahagian dalam
membuat presentasion;
1.
2.
-

PENGENALAN
Perkenalkan nama syarikat
Perkenalkan trend bisness terkini (e-commerce)
Perkenalkan produk dan kebaikan produk
BUKA MINDA
Mengapa perlu join networking.
Berikan contoh-contoh jutawan seperti BILL GATES, LARRY PAGES,
JEFF BEZOS, IRFAN KHAIRI dan banyak lagi.
Apa yang mereka dapat setelah join income tiap-tiap hari. PERBEZAAN
antara e-commerce dan direct selling.
Maintenance berlaku secara AUTOMATIK
Modal dibayar sekali seumur hidup
Jual barang boleh, tak jual pun tak pa
Nak simpan stok boleh, tak nak simpan stok pun boleh dan tak perlu
hantar barang.

3. TESTIMONI
- Tunjukkan statement income anda atau upline anda. Ceritakan kejayaan
ahli-ahli networking anda.
- Tunjukkan juga testimoni keberkesanan produk dan kebaikan produk.
4. MARKETING PLAN
Ramai orang hanya menceritakan tentang WHY (mengapa) kita perlu
menjalankan perniagaan ini tetapi tiada HOW (bagaimana) dengan mudahnya kita
mencari prospek dan seterusnya membuat closing.
Sekiranya prospek kita faham bagaimana dengan mudahnya kita mendapat
prospek, mereka akan join kerana mereka Nampak jalan yang mana sebelum ini
mereka tidak nampak.
Anda perlu memperlihatkan cara mendapat prospek melalui:SMS POWER;
FLYERS atau PHAMPLET; TELEFON; EMAIL
5. CLOSING PALING PENTING
Seandainya closing anda gagal, maka seluruh presentation anda SIA-SIA!!!!
Gunakan ayat-ayat yang menyentuh hati seperti:
-

Berapa anda nak bagi mak anda wang setiap bulan???


Bolehkah anda hantar ibubapa menunaikan haji dalam masa 3-6 bulan dari

sekarang sementara mereka masih ada????


Apa akan jadi kepada anak isteri anda jika anda mati dalam kemalangan???
Apa akan jadi seandainya anda lumpuh????

Kemudian, hulurkan borang dan Tanya prospek; nak ambik pakej apa?? Atau
terus Tanya; apa nama anda?? Saya tolong isikan borang ini.

RAMAI ORANG MEMBERI PELUANG KEPADA PROSPEK MEREKA UNTUK


BALIK FIKIR DULU.. INI ADALAH KESALAHAN MAKSIMUM DAN PUNCA
KEGAGALAN SEBENAR!!!!

Tahap panas seseorang hanyalah 48 jam sahaja!!! Oleh itu, biasanya


sebelum prospek berkata balik fikir anda haruslah berkata hari ini saya minta
abang buat satu keputusan. YES or NO. Kerana pertemuan ini adalah pertama
dan terakhir kita.... abang isikan borang ni dulu, lepas tu kita akan cerita bila dan
pakej apa abang nak ambil
Seandainya dia tak tulis lagi, anda harus berkata, abang tak join tak apa.
Tak da masalah bagi saya. Cuma bezanya, saya dah join dan tiap bulan dapat duit.
Tapi abang????, setahun akan datang, abang akan berada di takuk lama kerana
abang tidak mahu berubah. Jangan komplen rumah sempit, kereta buruk, hutang
sana, hutang sini. Kerana jalannya dah di depan mata. Cuma abang sanggup untuk
berubah atau tidak. Itu pilihan abang sendiri. Seandainya beliau masih tak
menjawab jangan tunggu lagi. Katakan anda sibuk dan ada prospek lain ingin
berjumpa anda.
Sebagai pemimpin, hati mesti kering dalam hal closing. Jangan bazirkan
masa pada mereka yang ragu-ragu untuk keluarkan modal. Sebab manusia
sebegini belum pasti akan buat betul-betul. Prospek sebenarnya ingin melihat
kepimpinan anda. Dia pun tak ingin join seandainya anda seperti seseorang yang
terdesak memerlukan downline.

Kalau anda tidak menggunakan cara begini, ini bermakna anda perlu buat
follow-up dan biasanya prospek tidak akan menjawap dan membalas sms anda. Ini
akan menyebabkan anda merasa marah dan usaha anda menjadi sia-sia.
KAEDAH CREATE URGENCY
Apabila anda berjaya mendapatkan (ABU) sain borang dan membuat
pembayaran, kepilkan duit beliau pada borang berkenaan. Berjumpa dengan
semua prospek yang belum join atau anda sedang follow-up dan beritahu mereka,
seandainya mereka join sekarang, maka Abu akan menjadi downline mereka.
Dengan cara ini, anda akan dapat lebih banyak ahli dalam satu hari.
INGAT.........
JANGAN SESEKALI
-

Janji pada mereka, anda akan dapatkan downline atau tak payah buat

kerja.
Buat table talk untuk downline lebih dari 4 kali. Ini akan menyebabkan

mereka malas mencari ilmu dan belajar. (biar mereka mencari anda)
Lupa follow-up dan selalu inform mereka perkembangan anda.
Tidur dengan tidak menyampaikan sebarang bentuk mesej setiap hari.
Bertangguh daftarkan ahli. (Terus buat appointment).
Lupa bersedekah dengan rezeki yang diperolehi
Sesekali menyatakan kepada prospek anda, balik fikir dulu.

TERDAPAT BEBERAPA CARA UNTUK MEMBUAT PRESENTATION


ANTARANYA:-

EOM (entreprenuer Opportunity Meeting) @ ESTART


Terdapat banyak centre selain dari HQ yang mengadakan taklimat-taklimat
secara percuma atau berbayar. Dapatkan salinan jadual dari HQ atau leaderleader anda yang memberikan butiran lengkap mengenai jadual EOM @ Estart
seluruh Negara. Bawa sahaja prospek ke centre-centre ini dan taklimat akan
diberikan usahawan networking yang telah berjaya.
SGM (small group meeting)
Ini selalunya diadakan oleh usahawan networking yang baru dimana mereka
akan mengumpulkan di antara 3-10 orang prospek terdiri daripada kenalan atau
saudara mara dan penerangan secara manual dilakukan oleh usahawan networking
yang lebih senior.

TABLE TALK
Ini merupakan presentation secara one to one dan berdasarkan kepada
kemahiran masing-masing. Ianya boleh dilakukan
1. Table Talk 5 minit
2. Table talk 30 minit

Amatlah penting, kita menggunakan bahasa kehidupan dan bukan bahasa


networking semasa membuat penerangan. (ayat2 mudah). Buat Table Talk
diantara 30 hingga 45 minit sahaja. Tidak perlu ceritakan sampai prospek faham
sebab apabila mereka faham, susah untuk mereka join. Katakana pada mereka,
kalau nak faham lebih lanjut, join dulu. Kerana setelah anda join, ada akan faham
seluruhnya.
-

Kali pertama anda buat table talk, daripada 10 orang, mungkin 1 sahaja

yang masuk!!!
10 orang seterusnya, mungkin 3 orang yang masuk!!!
10 orang seterusnya pula, mungkin 4-5 orang yang masuk!!!
10 orang seterusnya lagi, mungkin 7-8 orang yang masuk!!!

Dengan itu, performance anda semakin baik setiap hari. Ibarat mengasah
belakang parang yang mana akan semakin tajam setiap hari. Oleh itu, lakukan
sahaja table talk sampai anda berjaya.
MARKETING PLAN
Bagaimana hendak bermula?? Semudah A, B, C, D
ABCD-

Menjadi ahli dimana yuran Cuma RM++.++ sekali seumur hidup.


Beli pakej produk, sekurang-kurangnya 1 pakej produk.
Cari sekurang-kurangnya 2 bisnes partner.
Duplikasikan system networking kepada bisnes partner baru.

Fahami bagaimana nak menerangkan


-

Marketing plan mengikut system (bonus).

Marketing plan di luar system (keuntungan jualan).


Perbezaan setiap bonus dan pembayaran mengikut pakej.
Pendapatan yang mampu diperolehi mengikut pakej.

CLOSING
-

Gunakan ayat-ayat yang menyentuh hati seperti:


1. Berapa anda nak bagi mak anda wang setiap bulan???
2. Bolehkah anda hantar ibubapa menunaikan haji dalam masa 3-6 bulan
dari sekarang sementara mereka masih ada????
3. Apa akan jadi kepada anak isteri anda jika anda mati dalam

kemalangan???
4. Apa akan jadi seandainya anda lumpuh????
Kemudian hulurkan boring dan Tanya prospek; nak ambil pakej apa?? Atau
terus Tanya; boleh bagi saya nama anda? saya tolong isikan borang

SIKAP ORANG BERJAYA


1. Tidak putus asa
2. Rajin
3. Bersungguh-sungguh
4. Yakin setiap tindakannya
5. Berbuat baik terhadap semua
6. Jujur
7. Sentiasa memperbaiki kelemahan
8. Berani mencuba sesuatu yang baru
9. Bertanggungjawab
10. Amanah
Jadi, kesimpulannya, orang yang berjaya dalam sesuatu bidang semuanya dari
ATTITUDE mereka. Bukan dari skill mereka, bukan dari INTELLIGENCE
mereka dan bukan HARTA mereka.

Maka anda perlu melatih diri memiliki ATTITUDE yang baik bagi memastikan
kejayaan anda!!!

EXTRA CLOSING
Saya pun seperti anda, pakai seluar dalam koyak, kasut crocodile (koyak),
ternganga lapar, Cuma beza saya dengan anda sekarang ialah saya join 3 bulan
lebih awal....!!!!
Kalau abang nak fikir, saya cadangkan abang balik tidur je la... orang yang
tak yakin tak kan berjaya. Dalam agama pun, iman tu keyakinan... kalau tak yakin,
sudah tentu abang tak menganuti agama tersebut...
Kalau kita sama-sama buat bisnes ini... imposibble we can go wrong..! Dah
berapa tahun abang kerja?? 10??15?? tak kan RM+++ (modal paling kecil) pun
awak tak de?? Kalau kita jumpa lagi 3 tahun akan datang, abang masih di tahap
yang sama sedangkan saya sudah jauh....!
Berapa lama awak sanggup kerja sebagai kerani?? Kuli?? (DLL). Bangkrap ke
kalau keluar modal RM++++??? Itu kalau tak de pulangan/ kalau ada pulangan,
macam mana???

Awak tak join tak pa.... saya tak rugi... tapi kena ingat.. saya buat duit tiap
hari..! jangan merungut pakai kereta buruk, rumah sempit, tak da simpanan, atau
kerja teruk..... sebab tu pilihan abang sendiri....
Peluang selalunya datang semasa time kita dalam kesusahan...! kalau bukan
sekarang bermula, bila lagi????
Having a business is everyones dream....... having the right thinking
everyones real problem.......... nak kaya tapi tak nak lakukan!!!!
You boleh join mana syarikat yang you suka, you boleh join bawah sesiapa
yang

you suka tapi persoalannya, bolehkah orang tu drive you sampai you

berjaya????
Create urgency jangan paksa dia masuk, buat dia TERPAKSA MASUK!!!!
Biasanya kalau anda paksa, maka manusia ada ego mereka dan mereka akan
menolak bulat-bulat!! Tapi sekiranya anda di atas, dia di bawah dan buat mereka
perlukan kita, bukannya kita perlukan dia, makanya ianya berhasil!!

HANDLING OBJECTIONS
10 soalan yang selalu ditanya oleh prospek dan
cara-cara menjawabnya
Semasa menjawab soalan, anda mesti bersetuju dahulu
dan kemudian menghubungkaitkannya dengan pengalaman diri
anda. Akhir sekali, beri mereka cara penyelesaian, kemudian
tanya mereka untuk mendapatkan pengesahan.
** Pantang larang utama semasa menjawab soalan prospek
adalah jangan sekali bertengkar dengan prospek anda. Tugas
kita adalah untuk menyelesaikan kebingungan mereka. Bukan
mencetuskan pertengkaran!!

CONTOH PENOLAKAN 1: saya tidak suka/pandai jual barang


(bersetuju) betul, saya pun macam tu
(hubung kait) saya juga rasa begitu sebelum menyertai bisnes networking ni.
Tiada sesiapa yang suka jual produk. Sekiranya bisnes ini adalah hanya untuk
menjual produk, saya rasa saya adalah orang pertama yang akan berhenti buat
perniagaan networking ni
(penyelesaian) Dalam bisnes ni, kita memainkan peranan sebagai rakan niaga
syarikat (ejen). Kita tidak perlu menyimpan stok atau produk untuk menjual
kepada orang lain. Tugas kita sangat mudah, anda hanya perlu membantu
networking anda untuk mempromosikan konsep beli-belah melalui internet sahaja
atau e-shopping kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda. Selain itu,
mengajar mereka untuk membina satu perniagaan home-based dengan system
yang sedia ada dalam program usahawan networking ini. Anda akan diberi komisen
apabila ada orang menyertai anda sebagai rakan niaga dan semasa pelanggan anda
melakukan e-shopping. Kesimpulannya, dalam bisnes networking, kalau nak jual

produk pun boleh, kalau tak nak jual produk, guna produk pun boleh juga. Tak
payah menjaja produk seperti bisnes lain. Anda hanya menjual produk melalui
konsep beli-belah dengan internet. Senang sahaja bukan?
(pengesahan) anda Cuma ikut system saja, saya percaya semua orang boleh
melakukannya!! Apa kata anda?
CONTOH PENOLAKAN 2: Adakah ini satu SKIM CEPAT KAYA atau SKIM
PIRAMID?
Psikologi: Prospek anda mungkin berfikir,Adakah ini satu skim yang salah di sisi
undang-undang?. Mereka juga akan berfikir sama ada ini adalah satu perniagaan
yang berdasarkan skim pyramid seperti mana yang biasa mereka dengar apabila
mendengar tentang terminology struktur pemasaran jaringan.
Guna prinsip TANYA BALIK; Apa yang anda tahu tentang SKIM CEPAT KAYA
atau SKIM PIRAMID?, Pernahkah anda terlibat?. Percayalah, mereka pasti
tidak akan dapat menjawab. Mereka hanya semata-mata Tanya soalan sebegini
kerana mereka sering mendengarnya. Sebenarnya mereka tidak tahu apakah
definisinya.
(bersetuju)Memang benar terdapat banyak syarikat menipu

(hubungkait) saya juga bimbang tentang perkara yang sama sehinggalah saya
memeriksa dengan teliti. Akhirnya, saya mendapati bahawa bisnes ini bukan
tergolong dalam kategori seperti yang dikatakan
(penyelesaian) skim Piramid atau Skim Cepat Kaya adalah skim pelaburan yang
biasanya tidak melibatkan penjualan produk atau servis. Ia hanya pentingkan
penambahan ahli dan memerlukan satu pelaburan modal yang tinggi serta
dijalankan tanpa lessen perdagangan yang sah dari kerajaan (KPDN). Program
networking ini tidak sebegitu. Anda boleh memulakan perniagaan dengan modal
yang sedikit. Sebagai seorang rakan niaga (nama syarikat), komisen kita adalah
berdasarkan jumlah jualnan pakej produk dan kita mengutamakan proses jualan
berulang. Di samping itu, semua mesti bekerja untuk mendapatkan komisen.
Semua ahli ada peluang yang sama untuk pendapatan yang ditetapkan, pendapatan
anda mungkin lebih daripada upline anda. Akhirnya, yang paling penting sekali,
kita tidak melanggar undang-undang Negara. Syarikat (nama perusahaan)
memiliki lessen perdagangan yang sah (*kalau boleh, tunjukkan salinan lesen
syarikat) dan produk yang berkualiti tinggi!. Kesimpulannya, bisnes networking ini
mengamalkan konsep TIADA jualan; TIADA bonus.
(pengesahan); Jadi anda boleh lihat ia tidak beroperasi seperti pyramid, betul
tak?? Ini adalah peluang perniagaan yang paling hebat. Ramai individu yang
bekerja sebagai professional seperti doctor, pensyarah, guru dan sebagainya

juga menyertai program ini. Adakah anda rasa mereka akan menyertai program
perniagaan ini seandainya ini merupakan satu skim piramid atau skim cepat kaya?

CONTOH PENOLAKAN 3: Saya tidak mempunyai ramai kawan


(bersetuju) saya faham keadaan anda, memang bukan semua orang ada banyak
kawan.
(hubungkait) sebelum saya menyertai bisnes networking ini, saya pun begitu.
Malahan saya merupakan orang yang paling susah untuk berkawan.
(Penyelesaian 1) itulah keunikan perniagaan networking. Ia direka untuk orang
seperti kita. Anda tidak perlu mengenali ramai orang. Anda boleh berjaya dengan
hanya memperkenalkan beberapa orang kawan rapat anda ke dalam program kita.
Syarikat ini berkembang berasakan konsep pemasaran jaringan dan pengiklanan
secara lisan anda memberitahu beberapa orang kemudian yang lain akan
memberitahu orang lain. Dalam bisnes networking, kalau ada 2 kumpulan aktif pun
cukup (kiri/kanan). Walaupun anda digalakkan untuk dapat lebih dari 2 kumpulan.

Tambahan pula, perniagaan networking selalu mengadakan bengkel latihan yang


dapat mengajar kita tentang cara-cara untuk mencari kenalan baru. Jangan risau
sebab dalam bisnes networking, anda bukan berkerja berseorangan, kita akan
bekerja dalam satu pasukan
(penyelesaian 2): cuba bayangkan bahawa anda akan berkahwin pada

minggu

depan. Cuba senaraikan siapa yang anda ajak untuk menghadiri majlis kenduri
anda? 50 orang?? 100 orang?? Atau lebih??
(pengesahan)kalau ada satu peluang untuk kita kenal lebih banyak kawan dan
masukkan kawan-kawan itu ke dalam jaringan kita, kan itu satu idea yang lebih
bagus??

CONTOH PENOLAKAN 4 : saya tidak mempunyai masa


(bersetuju) memang betul cakap awak tu. Semua orang pun sibuk cari duit
(hubungkait) saya pun macam tu juga. Dulu setiap hari saya kena kerja dari pagi
sampai malam (*ikut kesesuaian anda). Kadang kala. Kena buat kerja part-time
lagi...penat betul!! Tapi saya berfikir, kalau saya tak berubah, sampai bila saya
kena kerja kuat macam ni dan sampai bila saya ada masa untuk keluarga saya?
(penyelesaian 1): memang masa itu emas tetapi saya menyedari bahawa ia
sebenarnya berkenaan dengan soal keutamaan. Apabila saya menyedari bahawa
bukan semua yang saya lakukan sekarang dapat membantu saya berjaya dalam
masa 3 hingga 5 tahun yang akan dating, ia hanya dapat perbelanjaan bulanan
sahaja. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk meluangkan sedikit masa setiap
minggu untuk melakukan sesuatu yang akan membantu saya mencapai impian-

impian saya dan mempertingkatkan taraf hidup keluarga saya. Itulah sebab saya
ingin menyertai bisnes ini. Kerana ia boleh dijalankan secara sambilan tanpa
mengganggu kerja saya. Kita Cuma perlu berusaha kuat pada tahun pertama,
selepas itu, saya percaya bahawa perniagaan networking ini akan berjalan seperti
auto-pilot apabila jualan kumpulan saya sudah kukuh.
(penyelesaian 2): Tuhan sangat adil, semua orang hanya diberikan 24 jam
sehari. Tetapi kita patut menggunakan masa dengan bijak supaya kita dapat
memaksimumkan produktiviti kita. System networking memang sesuai untuk
golongan orang yang sibuk macam kita. Dalam bisnes networking, kita hanya
meluangkan masa 8-10 jam seminggu untuk mempromosikan konsep perniagaan
dan kemungkinan besar kita dapat menjana rm++ hingga rm+++ sehari atau lebih.
Selain daripada itu, saya dapat menjimatkan banyak tenaga dan masa dengan
adanya sokongan daripada upline saya!
(pengesahan) Bukankah ini idea yang bagus untuk kita menambahkan pendapatan
kita?

CONTOH PENOLAKAN 5: Saya tidak BERMINAT!!!


(setuju); saya pun tak berminat bua bisnes, tapi saya berminat tentang strategi
dan teknik cari duit dalam perniagaan ini CEPAT dan SENANG!
(hubungkait) saya faham perasaan anda. Sebenarnya saya juga berasa begitu
apabila kawan saya memperkenalkan peluang ini kepada saya. Dulu saya memang
tak suka MLM atau Jualan Langsung ni, sebab saya rasa saya, semua tu kena jual
produk, cari orang, mantain bulan-bulan, kumpul mata untul naik pangkat dan
sebagainya
(penyelesaian) setelah saya beri peluang kepada diri saya untuk melihat peluang
di bisnes networking (sebut nama company dan laman web) ini, barulah saya
faham segala-galanya. Inilah peluang yang saya cari selama ini. Kawan, kita ni
hidup bukan semata-mata kerana minat tak minat tetapi kerana nak cari rezeki.

Izinkan saya bertanya sesuatu. Adakah anda minat bekerja dari 8 atau 9 pagi
hingga pukul 4 atau 5 petang??. Adakah anda minat dimarahi bos anda atau
menunggu satu jam dalam kesesakkan lalu-lintas sebelum anda pulang kerumah?.
Saya pasti anda juga tidak minat semua perkara tersebut tetapi anda masih
melakukannya setiap hari. Adakah itu semua kerana minat anda?? Sudah pasti
TIDAK!!. Saya tidak bercakap tentang minat selama satu jam dalam presentasion
saya tetapi ia adalah satu peluang perniagaan yang mungkin dapat mengubah
hidup anda. Maka, kami bukan berbincang tentang minat sebaliknya komitmen
kita untuk member yang terbaik kepada keluarga serta diri kita.
(pengesahan) apa yang ingin saya tunjukkan kepada anda ialah cara-cara
bagaimana mendapatkan RM20,000.00 sebulan. Saya pasti, jika anda adalah salah
seorang yang berminda usahawan, tentunya anda berminat untuk mendapatkan
pendapatan tambahan atau peluang keemasan ini. Betul tak??

CONTOH PENOLAKAN 6: saya tidak ada DUIT


(setuju) saya faham keadaan anda, itulah sebab utama saya jumpa anda
(hubungkait) saya pun menghadapi masalah yang sama. Sebelum menyertai
bisnes ini. Gaji hanya cukup untuk bayar hutang kereta dan rumah
(penyelesaian 1)sebenarnya, kita se,ua ada wang. Kita menggunakan wang untuk
menampung perbelanjaan keluarga. Selepas bayar bil-bil bulanan, akhirnya duit
yang tertinggal hanya cukup makan sahaja. Tetapi, apabila memulakan perniagaan
networking ini, saya mendapati saya tidak perlu bimbang tentang bagaimana
hendak mendapat wang lebih untuk membayar bil yang seterusnya. Setiap bulan,
komisen dan untung dalam bisnes ini boleh membantu saya untuk membayar
perbelanjaan bulanan dan hidup saya menjadi bertambah senang. Bukankah ini
hebat sekiranya ia berlaku kepada anda juga?

(penyelesaian 2) ini adalah masalah yang paling senang untuk diatasi. Untuk
membuktikannya, saya ingin memberikan contoh. Sekiranya saya memiliki sebuah
kereta BMW yang berharsa rm200,000.00 dan saya menawarkannya kepada anda
pada harga rm2,508.00 sahaja, tetapi anda mesti keluarkan duit tersebut dalam
masa 2 jam. Bolehkah anda lakukannya?? Saya yakin anda dapat mengeluarkan
wang itu walaupun anda tiada duit sejumlah itu sekarang. Kesimpulannya, dimana
ada kemahuan, disitu ada jalan. Kita mesti mencari jalan semasa peluang sampai
di depan mata. Kita bukan cari alasan. Betul tak?
(pengesahan) macam mana perasaan anda kalau tiada duit? Sampai bilakah kita
kena hidup macam ni kalau tidak melakukan sesuatu??
ORANG BERJAYA BUAT DUIT, BUKAN BUAT ALASAN

CONTOH PENOLAKAN 7: Saya kenalramai orang yang terlibat dalam MLM


tapi semua tidak berjaya!
(setuju) memang pun......industri MLM ini bukan sesuatu yang senang
(hubungkait) saya juga mempunyai ramai kawan macam tu
(penyelesaian 1) saya percaya kemungkinan besar mereka guna system yang
salah atau kurang efektif. Ramai yang tidak sabar kemudian putus asa sebelum
berjaya. Sebenarnya, dalam MLM tiada yang gagal. Cuma ada yang putus asa.
Perniagaan jenis ini memerlukan kesabaran dan keazaman yang kuat, bukan semua
orang boleh melaluinya. Oleh itu, tidak hairanlah, kenapa ramai yang tercicir dari
perniagaan MLM. Dalam bisnes ini(nama bisnes), kita boleh berjaya kalau ikut
SISTEM. Tidak mungkin gagal pada mereka yang ikut SISTEM yang sedia ada
kerana ramai yang sudah membuktikannya walaupun tidak berpendidikan tinggi

atau yang tidak berpengalaman dalam bidang MLM. (tunjukkan Testimoni leaderleader yang sudah berjaya)
(penyelesaian 2) benar, ia mungkin berlaku. Dalam dunia perniagaan yang penuh
dengan persaingan hari ini, ramai individu yang terkandas tidak kira apa jua jenis
perniagaan. Tetapi pada masa yang sama, ramai juga yang telah berjaya.
Biasanya, terdapat perbezaan yang amat ketara antara orang yang berjaya
dengan sikap yang positif. Sekiranya anda mengikut system yang telah sedia
disediakan, saya yakin anda pasti akan berjaya kerana anda adalah seorang yang
positif!
(pengesahan) adakah anda berani menerima cabaran dalam bidang perniagaan
ini?

CONTOH PENOLAKAN 8: SAYA PERLU BALIK FIKIR DULU atau SAYA


PERLU TANYA SUAMI/ISTERI SAYA DAHULU
(setuju) bagus, itu adalah tindakan yang wajar. Hanya orang yang serius tentang
perniagaan ini akan berbuat demikian dan saya pasti banyak lagi yang hendak
ditanya
(hubungkait) masa saya diperkenalkan tentang peluang perniagaan ini, saya juga
beritahu kawan saya bahawa saya perlu fikir dulu. Memang biasa untuk kita
mengambil masa untuk memikirkan sesuatu yang baru
(penyelesaian 1) pengalaman semasa saya fikir di rumah sangat membazirkan
masa sebab saya tidak tahu apa yang perlu saya fikirkan. Yang paling malang,
manusia ini suka memikirkan tentang perkara-perkara yang negative seperti
bolehkah saya berjaya dalam perniagaan ini? Macam mana kalau rugi kalau tak
jadi? Apakah akan terjadi kalau kawan-kawan saya tidak minat? Alangkah baiknya

kalau saya letakkan masa tersebut untuk memikirkan tentang strategi bagaimana
saya hendak membuka pasaran dan belajar skil-skil dari orang yang sudah
berjaya dalam program ini
(penyelesaian 2) apa yang saya faham adalah ketepatan membuat keputusan
yang penting, bukan secepat mana keputusan tersebut dibuat, betulkan? Cuba
fikirkan apa yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan.
Adakah disebabkan modal?? Kawan?? Keyakinan?? Cara-cara untuk berjaya
dalam bisnes ini ataupun tentang PLAN PEMASARAN atau PRODUK? Mana satu
yang encik kurang jelas?? Boleh saya bantu sekarang?? (jawab semua soalan yang
dikemukakan oleh prospek anda. Pastikan setiap jawapan anda memuaskan
hatinya!)
(pengesahan) saya pasti anda juga bersetuju sekarang adalah masa yang paling
baik untuk memulakan perniagaan ini.
Sekiranya jawapan masih tidak, maka anda harus meminjamkannya bahan-bahan
rujukan

seperti

majalah,

CD,

risalah

(browser)

yang

dapat

membantu/menolongnya berfikir nanti. Dengan berbuat demikian, anda dapat


berjumpa dengannya kali kedua semasa prospek anda memulangkan bahan-bahan
tersebut.

CONTOH PENOLAKAN 9: berapakah pendapatan anda?


(setuju) saya sudah dapat bonus dalam program ini tapi tidak sebanyak
pemimpin-pemimpin yang lain
(hubungkait) mereka pun sama dengan saya semasa permulaan
(penyelesaian) perniagaan ini bukan seperti skim cepat kaya, hari ini masuk esok
sudah kaya. Ini adalah satu perniagaan yang sahih, ia perlu suatu jangka masa
untuk membina jaringan kumpulan anda. Saya baru saja mula dan berfikir mungkin
anda berminat untuk berjaya bersama saya. Anda adalah antara orang terawal
saya fikir berpotensi untuk menyertai program ini. Walaubagaimanapun, jika anda
ingin melihat lebih ramai rakan niaga (sebut nama perniagaan) yang telah
mendapat 5 angka sebulan, boleh lah saya memperkenalkan mereka kepada anda,
ok??

(pengesahan) adakah anda masih ragu-ragu untuk menyertai program ini?

CONTOH PENOLAKAN 10: apa akan berlaku kalau syarikat tutup berapa
lama syarikat boleh bertahan
(setuju) saya faham apa yang anda maksudkan
(hubungkait) apa yang difahamkan oleh saya adalah setiap perniagaan di dunia ini
mesti ada risiko, betul tak?? Perniagaan ini pun tidak terkecuali
(penyelesaian) tetapi, jika dibandingkan dengan perniagaan tradisional yang
memerlukan modal yang tinggi dan berisiko tinggi, sebaliknya dalam perniagaan
ini(nama perniagaan), kita hanya mengeluarkan modal yang sangat rendah.
Risikonya juga rendah. Walau bagaimanapun, tiada satu pun perniagaan di dunia
ini yang boleh memberikan jaminan termasuk bank. Kalau tidak ada keuntungan,
mana-mana perniagaan pun tak dapat bertahan. Dengan perkembangan semasa
perniagaan ini (nama perniagaan), sekarang perniagaan ini (nama perniagaan)

sudah mempunyai lebih kurang +++++ ahli seluruh Malaysia. Kita sudah sampai
pada kedudukan yang kukuh kerana jualan bulanan syarikat sudah melebihi rm10
juta
KESIMPULAN
Dalam setiap perniagaan, kita akan berjumpa dengan individu yang akan member
kita pelbagai jenis alas an mengapa mereka enggan membeli produk atau servis
kami. Ini adalah satu kebiasaan dalam bidang pemasaran. Kuatkan Azam anda,
akhirnya anda akan sampai ke puncak kejayaan juga!!
CONTOH SOALAN LAIN
S: Saya tak ada duit la nak join...
J: Pasal tak ada duit la you kena join.
S: Saya tak ada masa nak jalankan bisnes ni...
J: Ini la peluang you nak relax tapi duit masuk tiap-tiap hari.
S: Saya tak pandai cari orang.
J: You sanggup ke duduk dalam golongan gagal asyik buat alasan...! Sekarang saya
guna system orang cari saya.... Pagi-pagi bangun tidur ada 15 miss call, 7-8 sms,
semuanya ORANG CARI SAYA...
S: Kalau tak jadi macam mana?

J: Itu kalau abang fikir tak jadi...... kalau jadi???


S: Saya tak minat la benda-benda macam ni..
J: Tu pasal tak rasa duitnya lagi.....kalau dah rasa, confirm minat sampai fanatik!!
S: Ni bukan bidang saya.... saya buat bidang saya je...
J: Kalau saya, boring hari-hari asyik makan ayam je..... bosan.
S: Boleh percaya ke ni???
J: Saya tak perlukan kepercayaan abang.... abang tak join tak pe.... tapi beza
antara saya dengan abang, saya tetap buat duit tiap-tiap hari...abang masih sama
macam ni....!!!!
S: Kalau bayar lambat tak pe ke??
J: Saya tak de masalah langsung... tak bayar pun tak pe... tapi, besok jangan
menyesal kalau semua kawan-kawan abang dah join, semua dah dapat rm20k
sebulan baru abang nak buat....lambatlah.....
S: Macam skim cepat kaya je ni....
J: Memang skim cepat kaya....kalau skim cepat miskin abang nak join ke?? Tapi
kuta ada lesen, dah keluar tv, keluar akhbar, majalah...... jadi apa masalah kalau
cepat kaya ni bang??

FOLLOW THRU
Ability to drive people foward. Setelah join, usahawan networking yang baru
mesti bertanya, WHAT SHOULD I DO NEXT???
KITA KENA FAHAM KENAPA ORANG
-

Join?
Interest

sebab mereka ada interest. (2iC)


Family & Friends
Residual Income/Retirement
Income
Entertainment
Nice Thing
Development
Security
Ajak usahawan baru bersama

Involved

menjalankan aktiviti.
Commitment dapatkan komitmen mereka untuk membuat perniagaan

ini.
Stay? Kita mewakili kepentingan mereka
Quit? sebab tak faham perniagaan ini

di

dalam

PEMIMPIM DAN PENJUAL YANG BAGUS


Penjual Yang Bagus boleh mengajak seberapa ramai untuk join networking.
Tetapi beliau adalah satu-satunya player dan terpaksa bekerja keras setiap hari
bagi memastikan income ada setiap hari. Penjual yang bagus boleh bawa orang
yang ke 100 orang dalam bisnes ini, tetapi, disaat dia bawa orang yang ke 100, 99
orang sebelumnya telah terkeluar dari bisnes ini!!! Sebabnya, mereka tak tahu
apa yang perlu dilakukan dan tidak diajar apa-apa!! Pemimpin yang bagus ialah
orang yang boleh mengajak ramai join bisnes networking dan mampu mendidik
mereka menjadi penjual yang bagus dan pemimpin yang bagus serentak!!!!.
Beliau tidak perlu kerja keras setelah melahirkan ramai player di bawah
beliau...... identify your player!!!
LEADERSHIP
Sebagai seorang leader, tugas paling utama anda adalah mengajar downline
anda segala formula untuk berjaya dalam bidang networking. Perkara paling
penting adalah kaedah table talk serta closing & learning month (sebagai
antibodi). Ajar mereka pada hari pertama mereka bergelar networker...
keluarkan arahan untuk proses table talk. Contohnya:
malam ini aku nak buat table talk pukul 8 malam di ??????. sila bawa prospek
sekurang-kurangnya 2 orang!! Memandangkan downline anda masih fresh maka
dia menunggu arahan daripada anda kerana tak tahu apa nak buat (jangan anggap

dia macam anda). Jadi tugas seorang leader adalah mengeluarkan arahan. Kalau
ada yang bagi alas an, jawabsaya tak de interest nak tolong awak dalam bisnes
ini, tapi kalau awak nak berjaya, kena ikut cakap saya atau jangan menyesal nanti
kalau saya tak tolong.... ketegasan seorang leader perlu ada.
Apabila prospek dan downline anda hadir pada masa yang ditetapkan,
beritahu downline anda supaya menumpukan perhatian sepenuhnya serta meniru
semua ayat-ayat anda kerana table talk yang seterusnya, dia pula yang buat
manakala anda perhati!!. Sekiranya banyak alasan dan tak ada ciri-ciri ingin
berjaya, setelah mencuba beberapa kali, maka tinggalkan saja downline anda.
Kalau tak, anda pun tenggelam. Teruskan perjuangan anda sponser orang baru.
Develop dan pass button!!!. Ingat, lagi banyak anda mengajar maka lebih ramai
anda, maka lebih banyak income anda!!!!

KAEDAH UNTUK BERJAYA


Buat sekurang-kurangnya 4 table talk sehari
Menyampaikan sebarang bentuk mesej kepada orang ramai setiap hari
Jujur serta bersikap positif
Pastikan anda memiliki player (downline yang betul-betul aktif) di bawah anda
Selagi anda belum jumpa, teruskan usaha anda!! Tinggalkan mereka yang tak mahu
berjaya, teruskan perjuangan anda sehingga anda berjaya!!!
SMS POWER
Gunakan kaedah ini untuk approach prospek menggunakan handset;ramai orang menghadapi masalah kewangan tetapi tak tahu mengatasinya,
hubungi saya sekiranya anda mahu mengatasinya.
idea baru buat duit hari-hari....nak tahu, hubungi @ sms saya
nak buat duit raya???, hubungi saya
kalau anda seorang yang hebat, layari website saya...............
simple plan making money, never try never know....want to know more? Sms?call
me
new idea in making money, simple with no risk!! Want ti know?? Sms/call me

rahsia jutawan muda telah terbongkar!!! Nak tahu??? sms@hubungi saya


Anda pun boleh buat sendiri SMS POWER anda!!!!
SMS 3x berturut-turut hari berlainan untuk mendapatkan result maximum!!!
POWER OF SUBCONCIOUS MIND!!!
Apakah kereta impian anda? Apakah rumah impian anda?
Asalkan ianya logic dan tepat, maka anda boleh memilikinya..
Anda kena ingat betul-betul. Berapa harga yang tepat, bentuk kereta/rumah
yang anda impikan.....ingat, walaupun bentuk sport rim mahupun steringnya.
Sekali....... ambil gambarnya, lekatkan ditepi cermin muka anda..... setiap kali anda
melihat gambar maka berkatalah dalam hati.......rumah ini akan jadi milik aku
dalam masa 6 bulan..... letakkan gambar tersebut sebagai wallpaper skrin telefon
bimbit@komputer anda dan lakukan perkara yang sama setiap kali melihatnya.....
Nescaya anda akan berjaya. Asalkan ianya logic dan tepat.
Lebih 99% orang yang melakukan ini telah berjaya!!!!!!!

KATEGORI MANUSIA
- ADA DUIT TAPI TAK ADA MASA
- ADA MASA TAPI TAK ADA DUIT
- TAK ADA MASA DAN TAK ADA DUIT
Seandainya anda berjaya mencapai tahap NETWORKERS maka anda duduk
dalam golongan ini:

- ADA DUIT DAN ADA MASA

PRAKTIKKAN SEMUA TEKNIK YANG


TERDAPAT DALAM BUKU INI.
MUSTAHIL ANDA AKAN GAGAL!!!.
NEVER STOP SPONSERING =
MILLIONARE IN THE MAKING
SEMOGA BERJAYA DARI

DONNY TUAH
LEADER BOB2e LAROME BORNEO
Hak cipta terpelihara
Segala penyalinan semula tidak dibenarkan
Dan akan diambil tindakan.

Anda mungkin juga menyukai