Anda di halaman 1dari 12

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU
TAJUK ESEI: ISU KETIDAKPATUHAN GURU TERHADAP KOD ETIKA KEGURUAN DAN
SURAT PEKELILING IKTHISAS
PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, isu pendidikan adalah isu yang penting dan sering
diperdebatkan tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran
dan kenaikan pangkat serta isu isu lain yang sering dijadikan topik hangat mengikut
peredaran semasa. Umumnya isu pendidikan yang wujud tersebut adalah sering dikaitkan
dengan profesion perguruan Di Malaysia, profession perguruan adalah merupakan
profession yang popular dan sering dijadikan sebagai kerjaya rebutan. Sehingga sekarang
ini orang ramai masih merebut peluang untuk menjadi guru kerana permintaan terhadap
bidang ini semakin meningkat sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad.
Selain itu penekanan terhadap peningkatan kualiti pendidikan ke taraf global pada
era ini juga telah menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu menurut Syed Ismail bin Syed
Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010), untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia, guru yang professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi keperluan murid
dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (p&p), sahsiah,
kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Guru yang professional dan berkualiti sudah
pasti akan dapat memberi pendidikan bertaraf dunia seiring dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).

Akauntabiliti utama guru yang bersifat profesional yang tinggi adalah

bertindak sebagai penyebar ilmu.


Sehubungan itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda
sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan
selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang perlu diterjemahkan oleh guru
sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
ETIKA
Dalam usaha memastikan kualiti yang dikehendaki tersebut tercapai serta selari
dengan hasrat pembentukan sebuah negara yang maju menjelang Wawasan 2020,
seseorang guru tersebut hendaklah memainkan peranannya dengan sebaiknya.

Malah

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kita pula telah mengariskan sebuah matlamat yang jelas
mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan di negara kita.
Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih
bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu
1

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu
mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia
tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di
luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.
Oleh yang demikian, bagi memastikan jati diri terus utuh, seseorang guru haruslah
mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang
menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat
boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut
peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru
menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.
Umumnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan
beberapa prinsip dalam Etika Kerja KPM seperti niat yang betul, perlakuan yang baik,
pengerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab
serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Selaras dengan
Etika Kerja KPM, beberapa nilai juga telah diketengahkan termasuklah tujuh nilai utama
menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu amanah, benar, bijaksana,
bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang.
Sehubungan itu, Profession perguruan juga telah menggariskan empat kod etika
tatasusila yang utama seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Tanggugjawab terhadap pelajar/murid


Tanggungjawab terhadap ibu bapa murid - murid
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profession perguruan

Keempat empat kod etika tersebut bukan sahaja sekadar sebagai sebuah garis
panduan kepada para guru guru untuk menjalankan peranan mereka sebagai pendidik
dengan sebaik baiknya. Malah ia juga bertujuan dalam memartabatkan profesion
perguruan ini di peringkat yang lebih baik. Tanpa adanya kod etika sebegini, sudah pasti
nilai kepercayaan masyarakat serta nilai integriti terhadap profesion perguruan ini sukar
diperolehi.
SURAT PEKELILING
Dalam usaha untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita dari semasa
ke semasa mengikut peredaran zaman, penyataan perubahan yang harus dilakukan dalam
sistem pendidikan juga telah digariskan dengan jelas dalam Surat Pekeliling. Pengumuman
2

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
sesuatu perubahan tersebut dalam Surat Pekeliling Ikthisas adalah bertujuan menangani
sesuatu isu yang wujud serta memurnikan lagi sistem pendidikan yang sedia ada. Oleh itu
sebagai seorang guru dan penjawat awam, garis panduan yang telah dinyatakan dalam
pekeliling tersebut hendaklah difahami dengan jelas serta diikuti dengan baik tanpa adanya
sebarang penyelewengan.
Antara surat pekeliling yang telah diketengahkan oleh KPM dan diketengahkan oleh
saya adalah seperti berikut:
i.

Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada 25 Febuari 1983 iaitu Garis

Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah.


Surat pekeliling ini telah menggariskan beberapa langkah-langkah yang positif bagi
menjaya kempen anti merokok. Tindakan tersebut hendaklah diberi perhatian oleh

Pengetua/ Guru Besar, PK HEM dan Guru Disiplin.


Rasional pemilihan surat pekeliling ini adalah disebabkan isu ketidakpatuhan

mengenainya kian dipandang ringan dan semakin kurang diambil serius.


ii.
Surat Pekeliling Bil. 5 /1997 yang bertarikh pada 22 Mei 1997 iaitu Sekolah
-

Sebagai Kawasan Larangan Merokok.


Umumnya pekeliling tersebut telah menggariskan dua perkara yang utama iaitu:
1. Bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok
2.

mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.


Semua guru ,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah
dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah , samada di bilik darjah , di

kawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung.


Oleh itu, adalah menjadi peranan dan tindakan Pengetua, Guru Besar, PK HEM,
Guru Disiplin dalam memastikan pekeliling tersebut sentiasa dipatuhi.

Manakala rasional pemilihan surat pekeliling kedua ini adalah kesinambungan daripada
pemilihan surat pekeliling yang pertama. Iaitu isu rokok yang sentiasa menjadi perhatian
dan isu yang diketengah oleh KPM. Namun begitu, isu ini tetap juga masih berlaku di
kawasan sekolah.
iii.
-

Surat Pekeliling Bil.8/2001 yang bertarikh 19 Julai 2001 iaitu Pemantapan


Pengurusan Disiplin Di Sekolah
Surat Pekeliling ini telah menggariskan sembilan perkara seperti berikut:
1. JPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah
yang sesuai untuk memantapkan disiplin di sekolah-sekolah
2. Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkapkan.
3. Sistam rekod / profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut
pergerakan murid.
4. Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan .
5. Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.
3

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
6. Sekolah penyayang.
7. Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.
8. Pemuafakatan ibu bapa , sekolah dan masyarakat
9. Sekolah selamat.
Rasional pemilihan surat pekeliling ketiga ini pula adalah bertujuan untuk mengupas
tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah berdasarkan pemerhatian yang telah
dilakukan selama saya menjalankan praktikum di beberapa sekolah sebelum ini.
iv.

Surat Siaran KPPM Bil. 4/2012 yang bertarikh 08 Februari 2012 iaitu
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang.
Tujuan pekeliling tersebut adalah bertujuan agar guru membudayakan sikap
sayang di sekolah serta memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap
perkara yang berkaitan dengan muridnya. Pekeliling tersebut juga telah
menetapkan tiga aktiviti utama dalam pelaksanaan guru penyayang tersebut

seperti berikut:
1. Mengalu alukan kehadiran murid
2. Memberi penghargaan kepada murid murid
3. Pelaksanaan program Mentor Mentee
Rasional pemilihan pekeliling ini adalah selari dengan pemilihan surat pekeliling yang
ketiga. Cuma dari segi perbezaannya adalah surat pekeliling keempat ini lebih
terperinci dari segi fokusnya dalam membentuk amalan guru penyayang.

Jadi dapatlah kita simpulkan bahawa pemilihan keempat empat surat pekeliling tersebut
adalah sebenarnya berdasarkan isu ketidakpatuhan yang jelas diperhatikan dan telah
berlaku semasa menjalani program internship mahupun praktikum di sekolah sebelum ini.
Isu tersebut juga adalah merupakan isu yang seharusnya dipandang serius oleh semua
pihak sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Dari segi konteks mewujudkan kod etika keguruan dan pengeluaran surat pekeliling pula
adalah bertujuan untuk meningkatkan serta memantapkan lagi akauntabiliti dan integriti
profesion perguruan ini dalam dunia pendidikan semasa secara holistik. Oleh itu, amanah
dan tanggungjawab yang telah ditetapkan dalam kedua dua perkara tersebut hendaklah
dilaksanakan dengan sebaik baiknya oleh semua warga pendidik.
AKAUNTABILITI
Akauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain lain yang mesti
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Perkhidmatan Awam juga mentafsirkan

akauntabiliti sebagai satu sifat yang jujur iaitu apabila diberi amanah mestilah
bertanggungjawab kepada pegawai atasan yang terdekat (immediate superior) dan lebih
utama kepada dirinya sendiri. Manakala mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan tugas
4

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
dan akautabiliti dihuraikan sebagai tanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tun Ahmad
Sarji, konsep tugas dan akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat

jawapan dan penjelasan tersebut.

mengenai

disiplin

dan

keperluan

untuk

Tugas dan akauntabiliti ini juga adalah


memberikan

justifikasi

dan

menerima

kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang diambil. (Syed Ismail bin Syed
Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon, 2010).
Dari perspektif guru dalam pendidikan pula, akauntabiliti yang harus dipegang adalah
selari dengan etika keguruan tersebut sendiri. Hal ini adalah merangkumi akauntabiliti
guru terhadap muridnya, akauntabiliti terhadap ibu bapa, akauntabiliti terhadap masyarakat
dan negara serta akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Sehubungan itu, perubahan akauntabiliti seseorang guru tersebut juga hendaklah sentiasa
berpandukan perubahan pekeliling mengenai peredaran pendidikan semasa.
Ringkasnya guru juga harus berusaha dengan sepenuhnya untuk menunaikan
akauntabiliti mereka dengan rajin dan bersungguh sungguh serta mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat
dituntut supaya peningkatan kecemerlangan dalam semua aspek dapat dicapai.
Oleh demikian, menurut Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon
(2010) antara ciri ciri yang dapat menggambarkan sikap berakauntabiliti adalah
bersungguh sungguh melaksanakan tugas, melaksanakan kerja dengan sempurna, rasa
bersalah jika tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan mengikut tahap piawai dan
tempoh yang telah ditetapkan serta menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Rumusannya, tugasan dan akauntabiliti keguruan adalah bermakna akauntabiliti yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Tugas dan akauntabiliti ini juga
membawa maksud akauntabiliti guru terhadap profesionalisme keguruan tersebut sendiri.
INTEGRITI
Menyedari

betapa

pentingnya

integriti

dalam

masyarakat,

kerajaan

telah

melancarkan Program Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 yang dirasmikan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Pelan tersebut adalah selari dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang harus wujud secara keseluruhan
dan pada individu dan organisasi. Seperti akauntabilti, integriti ini juga berkait erat dengan

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari hari
(Pelan Integriti Nasional, 2010).
Oleh demikian dalam konteks integriti seseorang guru tersebut pula, adalah
melibatkan pengulangan dan penghayatan dirinya untuk menjadikan kod etika keguruan
tersebut menjadi sebuah kebiasaan dan akhirnya menjadi sebuah budaya.
Selain itu, guru yang berintegriti juga adalah melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan mengikut garis panduan etika keguruan ditetapkan. Seseorang
guru tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara
mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila wujudnya konflik pula, ia mestilah diselesaikan
dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian, seseorang
guru hendaklah perlu telus dan tulus dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan
kepadanya serta menjalankan tanggungjawab tersebut berpandukan empat kod etika
keguruan yang utama.
ISU KETIDAKPATUHAN KOD ETIKA KEGURUAN DAN SURAT PEKELILING
Walau bagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa akan wujudnya pelanggaran
ataupun ketidakpatuhan terhadap kod etika dan surat pekeliling yang telah digariskan oleh
segelintir pendidik. Hal ini adalah merupakan suatu realiti yang sering berlaku di mana
mana tempat mahupun sekolah. Antaranya ketidakpatuhan ataupun pelanggaran surat
yang pernah diperhatikan di sekolah adalah mengenai isu merokok.

Meskipun isu

merokok ini telah diketengahkan dalam Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada
25 Febuari 1983 dan Surat Pekeliling Bil. 5 /1997 yang bertarikh pada 22 Mei 1997, namun
ia masih juga tetap berlaku sehingga hari ini dan sukar untuk ditangani.
Apa yang lebih menyedihkan adalah guru yang berperanan sebagai pendidik
tersebut sendiri telah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelanggaran garis surat
pekeliling yang telah ditetapkan. Hal ini selalunya melibatkan guru lelaki yang merokok
bersama sama di kawasan belakang blok, sama ada di belakang blok bilik darjah
mahupun di belakang blok bilik guru ataupun mana mana kawasan yang dirasakan
mereka sesuai dan selesa. Dalam erti kata lainnya, kawasan tersebut adalah merupakan
hot spot bagi guru yang merokok.

Namun harus juga kita sedari bahawa kawasan

tersebut masih berada di dalam kawasan sekolah. Ia sekaligus menunjukkan pelanggaran


surat Pekeliling Bil. 5 /1997 bertarikh pada 22 Mei 1999 yang menyatakan bahawa
Bangunan dan kawasan sekolah sebagai dilabelkan sebagai kawasan larangan merokok
mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 serta semua guru ,kakitangan dan
ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok di kawasan sekolah,
samada di bilik darjah, di kawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung.
Malahan tindakan tersebut juga jelas sekali bertentangan dengan Surat Pekeliling
Bil. 1 / 1983 yang bertarikh pada 25 Febuari 1983 yang telah menggariskan beberapa
6

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
langkah-langkah yang positif bagi menjaya kempen anti merokok. Hal ini menunjukkan
bagaimana sesebuah institutsi pendidikan tersebut dapat menjalankan kempen anti
merokok dengan berkesan jika pendidiknya sendiri tidak menunjukkan langkah langkah
yang positif tersebut.
Selain daripada dua surat pekeliling tersebut, ketidakpatuhan lain yang dapat
diperhatikan adalah melibatkan beberapa perkara dalam Surat Pekeliling Bil.8/2001 yang
bertarikh 19 Julai 2001 dan Surat Siaran KPPM Bil. 4/2012 yang bertarikh 08 Februari
2012.

Kedua dua surat pekeliling tersebut banyak berkisar mengenai pemantapan

suasana dan budaya sekolah yang lebih baik termasuklah dari segi aspek keselamatan
dan budaya penyayang di sekolah.

Namun begitu, pelaksanaan yang telah dilakukan

adalah tidak menyeluruh serta mengalami beberapa modifikasi dari segi pelaksanaan. Hal
ini menjelaskan ketidakpatuhan yang berlaku adalah secara tidak langsung. Contohnya
dari segi aspek keselamatan, apa yang telah berlaku berdasarkan pemerhatian semasa
praktikum dilaksanakan beberapa peranan guru telah diamanahkan secara terus kepada
pengawas sekolah terutamanya dari segi pemantauan kedatangan murid pada waktu pagi.
Perkara ini sebenarnya tidak menyalahi kod etika keguruan jika ia dilaksanakan dengan
menggunakan tindakan yang lebih betul iaitu bertujuan memberi bimbingan dan
pendedahan bukannya atas dasar pemberian tugas bagi tujuan meringankan beban
sendiri.
Begitu juga dari segi konteks pembentukan budaya sekolah penyayang, pemberian
peranan guru yang seharusnya bertugas kepada pengawas sekolah semata mata secara
langsung juga telah mempamerkan usaha tersebut tidak dijalankan dengan menyeluruh.
Hal ini kerana program sebegini akan sukar tercapai jika pendidik tersebut sendiri tidak
melibatkan diri mereka secara langsung. Dalam erti kata lainnya, guru tersebut sendiri
tidak menunjukkan budaya penyayang yang jelas di kalangan anak didiknya.
KESAN KETIDAKPATUHAN TERHADAP AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI GURU
Melihat beberapa aspek ketidakpatuhan yang telah dilakukan dalam keempat
empat surat pekeliling tersebut tadi, ia juga sekaligus telah memberi kesan dari segi
akauntabiliti dan integriti seseorang guru tersebut di kaca mata anak didik dan masyarakat
sekeliling sendiri.

Hal ini jelas sekali bertentangan dengan kod etika keguruan yang

keempat iaitu tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.


Malah aspek kemerosotan integritinya pula adalah dari segi kurang penguatkuasaan,
di mana pihak yang sepatutnya seperti pihak pentadbir seharusnya menunjukkan teladan
yang baik dan tegas dalam mengambil sesuatu tindakan.

Lantas, ia juga sekaligus

menunjukkan kepimpinan yang wujud di sesebuah tempat atau sekolah tersebut dan sikap
negatif dalam kalangan ahli anggotanya.

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
Kesinambungannya ia akan memberi impak negatif dari segi perkembangan diri
seseorang individu dalam komuniti sekolah tersebut sendiri. Hal ini adalah melibatkan
semua pihak di sesebuah komuniti tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung. Ia adalah selari dengan Teori Sosio Budaya yang diutarakan oleh L. Vygotsky
yang menyatakan bahawa kanak kanak utamanya membina ilmu dan menguasai
kemahiran interaksi sosial dan aktiviti sosiobudayanya (Mok Soon Sang, 2009). Begitu
juga dengan diri seseorang ahli dalam komuniti tersebut, mereka akan saling mempelajari
sesuatu pengetahuan dan kemahiran dari pertukaran idea sesama individu.

Oleh itu,

budaya yang wujud di sesebuah sekolah adalah sangat penting dalam mencorakkan diri
dan sikap seseorang tersebut di masa akan datang nanti.
Selain itu, dari segi kesan jangka panjangnya pula pemupukan nilai yang positif
dalam kalangan anak didik adalah sukar untuk dicapai sepenuhnya memandangkan para
pendidik sendiri tidak mengamalkan tindakan yang betul secara telus.

Impaknya

pembentukan insan yang digariskan dalam Wawasan 2020 juga adalah sukar untuk
dicapai. Jadi ia sebenarnya akan mewujudkan sebuah masyarakat yang kurang seimbang
sekaligus mewujudkan rasa bimbang dalam diri kita mengenai generasi yang dibentuk di
masa akan datang nanti.
LANGKAH MENANGANI DAN CIRI KEPIMPINAN SEORANG GURU
Oleh demikian untuk mengelakkan perkara tersebut menjadi semakin kronik ,
ketegasan dalam peringkat pucuk pimpinan haruslah wujud.

Tiada kompromi dalam

sesetengah perkara seperti perkara yang melibatkan kesihatan dan pembentukan sahsiah
anak didik sendiri.
Dalam erti kata lainnya, sesetengah perkara tersebut hendaklah didisiplin dengan
baik serta dilihat dari perspektif yang serius dan tegas. Contohnya dalam tingkahlaku
ketidakpatuhan dalam isu merokok tadi, guru besar seharusnya bersikap tegas dan
memberi nasihat sepatutnya kepada guru guru lelaki yang terlibat secara langsung.
Malah adalah sepatutnya dirinya juga tidak melibatkan diri dalam perkara tersebut. Begitu
juga dengan perkara perkara lain yang berlaku di sekolah.
Selain itu, pemantapan dari segi aspek komunikasi yang berkesan dalam komuniti
sekolah tersebut juga hendaklah sentiasa dititikberatkan.

Hubungan yang baik antara

semua pihak akan mudah terbentuk jika seseorang guru mahupun pemimpin tersebut
dapat berkomunikasi baik dengan orang di sekelilingnya. Sehubungan itu, komunikasi
yang berkesan ini juga sangat membantu untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu
perbincangan yang dilakukan. Dengan adanya kemahiran komunikasi ini juga, peneguran
secara berhemah dapat dilakukan secara efektif dan sesuatu masalah tersebut dapat
ditangani dengan mudah.

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
Dari pespektif pentingnya menjalankan budaya guru penyayang di sekolah pula
kerana ia akan banyak membantu dalam perkembangan diri seseorang murid tersebut
secara positif. Dalam kajian ROHANI ARBAA, HAZRI JAMIL & NORDIN ABD RAZAK
(2010) juga telah menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif antara guru berkualiti
dengan komitmen belajar pelajar. Para guru harus menyedari peranan mereka dalam
mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran mereka tanpa mengira latar belakang pelajar
itu. Guru juga harus memperbaiki hubungan mereka dengan para pelajar di dalam bilik
darjah dengan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap para pelajar mereka. Setiap
guru pasti mempunyai cara tersendiri dalam menaikkan semangat pelajar untuk belajar
dan terus memperbaiki pencapaian mereka. Bagi meningkatkan kebolehan guru dalam
mendekati pelajar dan memenuhi keperluan pembelajaran mereka yang sentiasa berubah,
guru harus melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran profesional dan mengamalkan
pemikiran reflektif. Dengan cara ini guru akan terus dibekalkan dengan maklumat terkini
dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka demi kecemerlangan para
pelajarnya.
Melalui hasil dapatan kajian tersebut, kita sebenarnya dapat merumuskan bahawa
pentingnya hubungan yang baik di antara guru dengan pelajarnya. Lantas pembentukan
budaya penyayang di sekolah sebenarnya adalah merupakan suatu tindakan yang bijak
dan haruslah dilaksanakan dengan sebaik baiknya.
Jadi di sini kita juga dapat melihat sedikit sebanyak ciri ciri kepimpinan yang harus wujud
dalam diri seseorang guru tersebut. Antaranya adalah merangkumi aspek perancangan
dan pengurusan yang teliti, pengarahan yang berhemah dan jelas, pengelolaan yang baik
dan pengawalan yang efektif. Malah keempat empat aspek tersebut juga masih berkisar
dengan proses perkomunikasian yang baik bagi menjamin kerjasama yang padu oleh
semua pihak. Kepimpinan melalui teladan juga adalah merupakan aspek yang mampu
memberi impak yang besar dalam sesuatu organisasi tersebut.
Menurut Rahimah (2001) dalam Abdul Rahman bin Abdul Hamid (2010) menyatakan
bahawa semua yang terlibat dalam profesion pendidikan perlu menjadi pemimpin untuk
organisasi masa depan atau leader of the future; kerana apabila seseorang itu
berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira apa peranan rasminya, beliau terlibat
dalam pendidikan generasi masa hadapan.

Guru sebagai seorang yang dapat

mempengaruhi perkembangan murid muridnya sesungguhnya adalah pemimpin


bersesuian dengan definisi kepimpinan.

Guru seharusnya menjalankan amanahnya

dengan segala kemahiran moral, intelektual dan sosial murni yang ada padanya.

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang pendidik serta pemimpin yang baik kita hendaklah
sentiasa berusaha untuk menunjukkan teladan yang positif dan betul.

Penguasaan

kemahiran komunikasi yang berkesan juga adalah merupakan ciri ciri yang sangat
diperlukan dalam diri kita sebagai pendidik ini.
RUMUSAN
Hasil daripada kupasan yang telah dilakukan ini, dapatlah kita rumuskan bahawa profesion
guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan
manusia, masyarakat dan negara. Ia juga adalah merupakan suatu profesion yang banyak
membantu dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.
Oleh demikian, golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dengan menjalankan
tugas berdasarkan kod etika perkhidmatan dan melaksanakan tugas dengan penuh
integriti serta akauntabiliti.
REFLEKSI
Melalui pelaksanaan tugasan penulisan kritikal ini, saya menyedari bahawa betapa
pentingnya diri seseorang pendidik tersebut untuk menjalankan tanggungjawab dan
peranannya dengan sebaik baiknya.

Memang tidak dinafikan juga bahawa seorang

pendidik tersebut memainkan peranan yang kritikal dalam pembentukan generasi


hadapan. Oleh itu segala tindakan yang hendak diambil oleh seseorang pendidik tersebut
adalah sangat penting dalam membantu mencorakkan masyarakat di sekelilingnya.
Sebagai pendidik, kita haruslah juga sentiasa mematuhi kod etika keguruan dan pekeliling
yang telah dikeluarkan oleh KPM. Hal ini kerana ia akan membantu meningkatkan lagi
akauntabiliti dan integriti diri kita sendiri sebagai pendidik. Saya yakin bahawa jika kita
semua menjalankan peranan dan tanggungjawab kita masing masing dengan sebaiknya
serta penuh amanah, pendidikan di negara kita juga akan terus memacu ke peringkat
global yang lebih tinggi.

Selain itu, pembentukan modal insan seperti yang telah

dihasratkan dalam Wawasan 2020 juga akan dapat dicapai dengan mudah. Akhir kata,
marilah kita bersama sama mencurahkan usaha dalam memartabatkan profesion
perguruan serta pendidikan di negara kita ini.

10

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU

Bibliografi

Buku
Abdul Rahman bin Abdul Majid. (2010), Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional
Perspektif Pendidikan, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong,

Selangor.

Institut Integriti Malaysia. (2010), Pelan Integriti Nasional Kerajaan Malaysia


Keenam, Institut Integriti Malaysia (IIM), Persiaran Duta Kuala

dari

Cetakan

Lumpur.

Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak Kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Puchong, Selangor.
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010), Asas Kepimpinan
Perkembangan Profesional, Penerbitan Multi Media Sdn. Bhd., Puchong, Selangor
Ehsan.

Internet

11

&
Darul

ESEI EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
Etika

dan

Profesion

Keguruan

dimuat

turun

dari

http://ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_EDU3001.pdf pada 01 Ogos 2012.


Surat Pekeliling Ikhtisas dimuat turun dari http://eikhtisas.ppdhl.net/ pada 20 Julai
2012.
Pemupukan Nilai dan Etika dalam Program Pendidikan Guru dimuat turun dari
http://otak2sped.blogspot.com/2009/02/pemupukan-nilai-dan-etika-dalamprogram.html?zx=630f30edc112313a pada 06 Ogos 2012.

Jurnal Pendidikan
ROHANI ARBAA, HAZRI JAMIL & NORDIN ABD RAZAK, (2010). Hubungan Guru
Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru
Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal
Malaysia. 35(2). M/s: 61-69 dimuat turun dari

Pendidikan

http://www.ukm.my/jurfpend/Jilid

%2035%281%29,%202010/Bab%205.1.pdf pada 06 Ogos 2012.

12

Berkualiti

Anda mungkin juga menyukai