Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke 6

Minggu Praktikum

: MINGGU 6

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015


Tajuk Jurnal

: MINGGU PEPERIKSAAN (UJIAN BULANAN 1)

1. Masalah / Peristiwa:
Minggu ini merupakan minggu peperiksaan di SK Coronation Park iaitu Ujian
Bulanan 1 yang melibatkan aliran perdana dan Pendidikan Khas (Tahun 3, 4, 5).
Jadi, pada minggu ini, beberapa aktiviti PdP tidak dapat dijalankan bagi kelas aliran
perdana dan juga kelas pendidikan khas Tahun 5. Saya hanya mengajar kelas
Pendidikan Khas Tahun 2. Saya turut terlibat dengan tugasan untuk menjaga kelas
yang terlibat dengan ujian di aliran perdana. Pada minggu ini, saya juga sempat
diselia oleh guru pembimbing major di kelas 2 Ikhlas. Tingkah laku murid di kelas 2
Ikhlas pada minggu ini dilihat bertambah baik. Tetapi, kehadiran murid kelas 2 Ikhlas
dilihat tidak penuh kerana terdapat beberapa murid yang tidak menghadirkan diri.
Sesekali ada juga murid yang nakal dan tidak berkelakuan baik. Namun, keadaan
masih terkawal.
2. Analisis
Sepanjang minggu ini, sekolah agak sibuk dengan ujian bulanan terutamanya
daripada kelas aliran perdana. Oleh itu, PdP tidak dapat dijalankan dan
ditangguhkan. Seterusnya, tingkah laku murid kelas 2 Ikhlas adakalanya boleh diatasi
dengan cara ganjaran. Namun, kadang kala teknik itu kurang berkesan. Guru perlu
sentiasa berusaha mendisiplinkan dan mengawal tingkah laku murid dengan baik
agar pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu bersiap sedia dengan rancangan pengajaran harian pada minggu
yang akan datang.
b) Saya akan bersiap sedia dengan perancangan perlaksanaan untuk kajian
tindakan terhadap sampel kajian yang dipilih untuk dilaksanakan tindakan
susulan yang berkesan terhadap mereka.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Minggu hadapan merupakan minggu cuti persekolahan selama seminggu. Jadi,
sekolah akan berehat dan bercuti. Dalam tempoh cuti persekolahan seminggu ini
iaitu selama 9 hari, saya akan cuba buat perancangan rancangan pengajaran harian
dan bahan bantu belajar lebih awal untuk minggu seterusnya. Saya juga akan
memfokuskan kepada perlaksanaan kajian tindakan yang akan saya jalankan
bermula selepas cuti persekolahan ini. Persediaan awal diperlukan bagi mengatasi
masalah ini. Tempoh masa bagi tindakan susulan masalah ini ialah pada minggu
seterusnya iaitu pada 23 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :.....................................

Tandatangan :..............................................

Nama

:...................................

Nama

Tarikh

:....................................

Tarikh

:..............................................
:...........................................

Anda mungkin juga menyukai