Anda di halaman 1dari 1

Spending Behaviour of a Case of Asian University Students

Shahryar Sorooshian & Tan Seng Teck December 29, 2013


Ulasan:
Kajian ini telah mengkaji corak perbelanjaan mahasiswa-mahasiswi di universiti
Malaysia. Kajian ini juga menekankan keperluan adanya kesedaran terhadap
pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa-mahasiswi dengan melihat latar
belakang, sikap dan keluarga meraka. Melalui data yang yang telah didapati banyak
mahasiswa-mahasiswi tidak mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang
cekap.

Secara umumnya, bantuan kewangan dan geran disediakan kepada mahasiswamahasiswi mudah didapati berbanding dengan sebelum ini. Kebanyakan pelajar
sepenuh masa menerima bantuan kewangan, maka mereka menghabiskan sebahagian
besar wang tersebut ke atas makanan, tetapi hiburan dan pakaian. Kajian
menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi kini menuntut kemewahan, dan mereka
tidak melihat masalah tentang perbelanjaan mereka.

Kajian ini menunjukkan perbelanjaan yang paling banyak bagi mereka adalah
telefon bimbit. Tingkah laku perbelanjaan mahasiswa-mahasiswi boleh diperbaiki jika
mereka merancang perbelanjaan mereka. Mereka perlu berfikir untuk membeli barang
keperluan sahaja dan bukannya menghabiskan wang mereka untuk memenuhi
kehendak mereka. Hiburan seolah-olah menjadi frekuensi perbelanjaan yang sangat
tinggi, oleh itu mereka perlu mencari cara untuk mengawalnya.

Pengkaji kajian ini menyatakan cara mahasiswa-mahasiswi boleh mengurangkan


perbelanjaan mereka dengan menganalisis tingkah laku perbelanjaan mereka. Pelajar
boleh menganalisi kelakuan perbelanjaan mereka dengan menggunakan carta. Carta
ini adalah satu kaedah forma untuk menyimpan rekod perbelanjaan meraka dan
mengawal perbelanjaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai