Anda di halaman 1dari 9

Ok, ni ulasannya.

Agak sukar juga nak guna bahasa


melayu sbb biasa ngan bahasa inggeris, tp akan
cuba. Perhatian, ulasan pandu uji ini adalah
pandangan peribadi, 2 penumpang, dilakukan
semasa hujan agak lebat dan hujan ini berterusan
dr pagi lagi. Kalau diuji ketika keadaan
kering,mungkin lebih baik keputusannya.
Bermula dengan menghidup enjin, kedengaran
bunyi sama je dgn unit iafm yg menggunakan ?coil
on plug?.
Masuk gear undur, secara otomatiknya, kamera
undur terpancar gambar pada cermin pandang
belakang,tapi xsampai separuh cermin. Oleh
itu,tidak menghalang pemandangan kebelakang
menggunakan cermin pandang belakang. Mudah
dan selesa untuk mengundurkan exora ini.
Dari segi prestasi enjin dan transmisi.
Masuk slot gear D, tekan minyak, diperhatikan,
meter melonjak ke rpm 1600 dan mula bergerak.
Amat mudah untuk capai rpm 2000. Pada rpm

tersebut, exora meluncur dgn lancar dan laju tanpa


sebarang masalah. Pemanduan dalam bandar,
diperhatikan, meter rpm tidak lebih dr 2000, bukan
kerana lambat utk naik ke rpm tinggi, tapi sudah
memadai dan terasa agak laju juga kelajuan
meningkat sehingga terpaksa mengawal pedal
minyak dan bermain brek kerana terlalu cepat
menghampiri kenderaan dihadapan. Apabila dah
biasa dengan ?throttle? yg responsive, pengawalan
jadi amat mudah. Berbanding dengan flx @ flx se,
pengalaman yang amat berbeza kerana pada
flx@flx se, kita bleh rasa peningkatan kuasa dr rpm
800 ke rpm 2000, tp bg exora ini, kuasa datang
secara tiba2, mgkin ini kelebihan tork maksimum
pada serendah 2k rpm berbanding dgn flx@flx se
hanya sekitar 80-90 peratus tork dijana pada rpm
yg sama.
Keluar dari laluan sibuk dibandar ke jalan yang 2
lorong ke arah luar bandar, enjin cfe+cvt ini mula
menunjukkan kehebatannya. Bermula dari berhenti

di lampu isyarat jalan utama sebelum naik


jambatan tanjung lumpur, hanya menekan separuh
?throttle?, exora ini meluncur dgn mudah mendaki
jambatan pada kelajuan 120kmh yg mana waja
peribadi saya harus diperah ke tahap maksima dgn
mematikan mode ?overdrive?, utk mencapai pada
kelajuan yang sama di puncak jambatan tanjung
lumpur.
Ketika di lampu isyarat yayasan pahang, sebuah
nissan navara berada dihadapan, oleh kerana ada
kenderaan disebelah kiri dan navara seperti tidak
mahu masuk ke lorong kiri(mgkin kerana perasan
exora cfe nih kerana kami beada sebelah
menyebelah ketika dilampu isyarat tanjung lumpur,
mgkin nak menduga kuasa cfe), kami bersama2
sampailah ke kelajuan 120kmh sebelum ada
peluang utk saya memintas ke lorong sebelah
kiri(amaran,salah disisi undang2 membawa
kenderaan laju dan memotong sebelah kiri. Tp
memandangkan navara tuh xnak ketepi,saya

terpaksa gunakan lorong kiri), memijak pada


angaran 3/4 pedal minyak, cfe terus mengaum,
jarum rpm melonjak melebihi 4000 rpm, lebih
kurang 4300rpm, saya memintas navara tersebut
tanpa sebarang masalah dan agak cepat kelajuan
meningkat dari 120kmh ke 160kmh sebelum saya
perlahankan kenderaan kerana kereta dihadapan
dan lampu isyarat. Pada jalan rata, exora ini
mengekalkan kelajuan 100kmh pada 2300 rpm.
Pada mulanya kelihatan seperti 2500 rpm, tapi bila
kelajuan tercapai dan setara, jarum rpm turun ke
2200 rpm. Pada kelajuan setara 110kmh, jarum
rpm sekitar 2500 rpm. 90kmh disekitar 2000rpm
pada kelajuan setara.(perhatian, rpm akan
berlainan pada yg dinyatakan bergantung pada
faktor jalan kerana rpm yg dinyatakan ketika
kelajuan yg setara dipandu secara relaks)
Tidak tahu berapa rpm pada kelajuan 160kmh
kerana rpm ketika itu sudah 4500rpm tp kelajuan
masih lg meningkat tapi terpaksa diberhentikan

kerana kenderaan dihadapan dan lampu isyarat.


Secara keseluruhannya, jika dibandingkan dengan
kereta enjin cvt lain yg pernah saya pandu dan
pandu uji seperti saga flx,flx se, inspira 1.8, lancer
gt 2.0, nissan sylphy, honda city vtec n jazz idsi,
harus saya katakan, cfe+cvt pada exora ini adalah
combo yg terbaik diantara yg saya nyatakan diatas
termasuk lancer gt 2.0(pemilik lancer 2.0 dan
inspira 2.0,jgn terasa ok,hanya pandangan
peribadi) berdasarkan pemanduan sebenar,bukan
atas kertas dan dari segi kuasa pada setiap band
rpm. Cvt pada exora ini bunyinya masih
kedengaran(stakat ini,mmg sume cvt akan ada
bunyi) tp lebih senyap berbanding dengan flx@flx
se,mgkin kerana faktor kedap bunyi yg lebih baik,
jauh lg senyap dari mitsubishi cvt. Bleh katakan
setara@lebih baik sedikit dari xtronic cvt nissan
slphy. Bunyi engine cfe juga lebih senyap didalam
kabin,walupun diperah, ngaumannya masih
terkawal,mgkin faktor kewujudan ?hood insulator?

pada ?engine bay?. Ada membaca komen lain yang


menyatakan bunyi enjin kuat ketika diperah,tp
amatan saya, bukan bunyi enjin, tapi gabungan
bunyi enjin dan bunyi cvt menyebabkan bunyi
macam kuat,tp kalau bunyi enjin sahaja, paling
senyap dlm variasi campro.
Dari segi pemanduan.
Em, sperti yg kita tahu,ada perubahan pada ?ride n
handling? exora bold berbanding exora standard
sblm nih. Oleh kerana hari hujan, xdapat nak
komen tentang ?feedback? atas jalan kering, tp
cukuplah saya katakan, ?feedback? dr steering
dalam keadaan hujan,agak baik masih bleh
rasakan limit mengambil selekoh ketika hujan dan
ketika melalui lopak air. Steering terasa agak
ringan sedikit berbanding yg lama, tp masih baik
dari segi keberatan kerana kalau steering terlalu
ringan,agak merbahaya jika dipandu laju.
Membawa exora lama,dijalan sama diuji tadi,
menunjukkan,mmg ada perubahan dalam ride n

handling. Terasa spring agak keras kerana tidak


terasa teroleng hinggalah mngambil selekoh pada
kelajuan tinggi, baru terasa olengannya tapi masih
minimum. Boleh saya katakan, jauh lebih baik dari
waja saya dan jauh lebih baik dari exora lama pada
jalan yang sama kerana selekoh tajam laluan
harian saya, paling laju saya bwk waja peribadi
pada 110kmh dan kelajuan tersebut hanya berani
diambil sekiranya kenderaan disebelah sebab jalan
2 lorong, kdg2 terpaksa makan jalan sebelah,
tetapi td, disangkakan bawa pada kelajuan 100kmh
kerana ada bas disebelah,tetapi rakan sa saya
menegur kerana rupanya ianya adalah 120kmh,
dia menegur bukan kerana terasa terbuai,cume
terkejut bila melihat meter kelajuan kerana
xsangka rupenya dah 120kmh kerana xterasa
120kmh pada selekoh dan secara peribadi,saya
sendiripun amat terkejut terhadap ?body control?
exora bold.
Tapi walupun agak keras,tapi masih lagi selesa bagi

saya sebagai pemandu dan rakan disebelah, tetapi


penumpang dibelakang,xpasti kerana tidak duduk
dibelakang.
Tayar gt radial champiro bax2, walupun krg
terkenal dimalaysia, menjalankan tugas dgn baik
walupun dlm keadaan jalan basah dan ada lopak
air. Bunyi tayar tidak boleh dikomen kerana jalan
basah, cume memadai utk mengatakan,ketika
melalui lopak air,hanya pada kelajuan baru
terasa ?aqua planning?, hampir sama xslh saya
dgn yokohama adrive r1 yg pernah saya gunakan
dahulu.
Brek walupun masih lg br,tp memberi cekaman yg
memuaskan dlm keadaan kereta yg br 173km
semasa pulangkan kunci.
Dari segi nvh.
Bleh saya katakan walupun dalam keadaan hujan,
nvh dia lebih baik dari exora sblmnya, memandang
masih br, tiada bunyian2 pelik, tp jarang dengar

pengguna exora komplen bunyi2 misteri dr kete


diaorang

Anda mungkin juga menyukai