Anda di halaman 1dari 2

Prinsip operasi pengecas turbo : Siri 1

April 18, 2016 by hasbullah Leave a Comment

Pengecas turbo merupakan sebuah komponen tambahan dalam sesebuah enjin


pembakaran dalam seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Alat ini berfungsi untuk
mengembalikan tenaga yang dialirkan keluar dari produk pembakaran semula
kepada enjin. Pengecas turbo terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu
turbin, pemampat dan juga syaf. Hasil pembakaran campuran bahan bakar dan
udara yang bersuhu dan berhalaju tinggi daripada enjin dialirkan ke turbin
pengecas turbo untuk memutarkannya. Turbin ini disambungkan kepada syaf
yang juga disambunkan bersama dengan pemampat. Oleh itu, putaran turbin
disebabkan hasil pembakaran tadi juga menjana putaran dalam syaf dan juga
pemampat.

Rajah 1: Gambarajah enjin bersama pengecas turbo


Pemampat pula akan menyedut udara persekitaran lalu dimampatkan menjadi
udara berketumpatan tinggi. Udara ini kemudiannya dialirkan kembali untuk
dicampurkan bersama bahan bakar sebelum dialirkan masuk ke dalam silinder
pembakaran. Dengan udara berketumpatan tinggi ini, lebih banyak bahan bakar
dapat dibakar lalu menjadikan enjin lebih berkuasa tinggi. Maka dapatlah dilihat

di sini bahawa pengecas turbo dapat menjadikan enjin bersaiz sama namun
menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin biasa.
Saiz yang sama bermakna luas permukaan bergeser yang sama. Sekiranya enjin
yang mempunyai pengecas turbo dibandingkan dengan enjin biasa yang lebih
besar dan mempunya kuasa yang sama, sudah pastinya enjin yang mempunyai
pengecas turbo akan berkecekapan lebih tinggi disebabkan daya geseran yang
rendah.
Selain daripada meningkatkan keupayaan enjin dengan cara pengurangan
geseran antara komponen dalaman, pengecas turbo juga dapat memudahkan
pemanduan sewaktu perjalanan mendaki bukit. Apabila sesebuah kenderaan
sedang mendaki bukit, khususnya bukit yang tinggi, udara yang semakin menipis
menyebabkan nisbah campuran udara dan bahan bakar dalam enjin terganggu.
Ini menyebabkan kenderaan kekurangan kuasa lalu menyukarkan pendakian.
Dengan adanya sistem pengecas turbo, udara yang masuk akan dimampatkan
terlebih dahulu oleh pemampat, menyebabkan lebih banyak udara dapat masuk
ke silinder pembakaran dan dibakar. Ini menjadikan kenderaan lebih berupaya
mendaki bukit yang tinggi tanpa kekurangan kuasa walaupun udara
persekitaran sangat nipis pada altitud yang tinggi

Anda mungkin juga menyukai