Anda di halaman 1dari 2

Proton telah mengeluarkan engine pertamanya yang dikenali dengan nama campro dengan

usahasama lotus.Nama campro adalah singkatan bagi cam profile(profil sesondol).Kereta proton yang
pertama menggunakan engine campro ini adalah Proton Gen-2 dengan diikuti oleh model-model
proton yang lain seperti satria neo,waja dan persona.Engine ini dicipta untuk membuktikan
kemampuan proton dalam pembangunan engine kereta yang berkuasa dan menepati piawaian emisi
yang ketat.
Terdapat 3 jenis engine Dohc campro yang telah diperkenalkan Protton dan digunakan iaitu
Dohc asas
* Dohc campro S4PH(1.6L) -dipasang pada Model Gen-2, Waja Campro.
* Dohc Campro S4PE(1.3L) -dipasang pada Model Saga generasi ke-2 SAGA BLM.
Engine Campro CPS dan VIM (1.6L) -dipasang pada Model Gen-2 CPS, Waja Campro CPS
& Exora.
Engine Campro IAFM -dipasang pada Model Gen-2 , Persona, Persona SE.
Engine Campro Asas
Engine jenis ini dikeluarkan dalam 2 keluaran iaitu berlainan sesaran.S4PH untuk sesaran 1600cc
manakala S4PE untuk sesaran 1300cc.Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada
Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2.
Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2
mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin
sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat
semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2
dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut
pada tahun 2005.

S4PH (1.6 L)

Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm


Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 88 mm
Sesaran enjin: 1598 cc

S4PE (1.3 L)

Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm


Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
Sesaran enjin: 1332 cc
Enjin Campro CPS dan VIM
Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS
(Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga masukan boleh laras). Teknologi CPS adalah teknologi
pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknoloi VTEC oleh Honda dan VVTi oleh
Toyota. Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 127 kuasa kuda pada 6,500 rpm serta
meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Enjin
Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun
2008.Pada asalnya sepatut di keluarkan pada tahun 2005.Ditangguhkan
Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti
berikut:-

1.

Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara
masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik,
seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.

2.

3.

Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari
sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk
dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada
rongga masukan pendek dan lurus.
Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia
masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan
sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.

Enjin Campro IAFM


Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
Enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan
boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), dibangunkan bersamasama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM
dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:1.
2.

IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula
perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan
solenoid elektrik kawalan ECU.
Enjin Campro IAFM digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008.
Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum
menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih
lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat
ditangani.
Versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm,
dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L
IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

Enjin Campro hibrid


(Perancangan masa hadapan Proton)
Proton dan Lotus telah memperkenalkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan
enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali
sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan
digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan
pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi
model kereta hibrid.
Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:

Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)

Anda mungkin juga menyukai