Anda di halaman 1dari 5

Analisis Spark Plug anda!

5:37 AM

deadMeta

Spark Plug atau palam pencucuh dalam Bahasa Malaysia adalah pencucuh yang bertanggungjawab
mencetuskan letupan dalam kebuk pembakaran anda. Jadi ianya terletak diantara luar enjin dan di
dalam kebuk pembakaran. Jadi cuma Spark plug sahaja tahu apa yang berlaku dalam kebuk
pembakaran anda!
Apa saja yang terjadi adalah jawapan atau penerangan kepada kondisi enjin dan kebuk pembakaran
anda.

1. Berkeadaan Normal
Palam pencucuh ini beroperasi dalam keadaan normal di dalam suhu enjin yang baik dan enjin yang
sihat. Dalam keadaan yang normal, palam pencucuh kelihatan sedikit perang atau kelabu akibat
panas. Jika anda menggunakan NGV, ia akan kelihatan lebih perang dari palam pencucuh yang
menggunakan petrol.

2. Palam basah dan berminyak


Yang melekat itu adalah minyak enjin atau minyak hitam. Ini menunjukkan terdapat kebocoran
samada di valve stem atau di kebocoran head gasket yang membenarkan minyak enjin melalui
masuk ke kebuk pembakaran. Piston ring yang sudah kehausan juga merupakan punca minyak
enjin boleh masuk ke kebuk pembakaran. Jika ia bocor pada valve stem atau head gasket, sudah
sampai masa anda melakukan "top overhaul" iaitu overhaul cylinder head. Jika ia berpunca dari
piston ring, Sudah sampai masa anda melakukan general overhaul atau overhaul keseluruhan.

3. Diliputi karbon
Jika palam pencucuh anda kelihatan hitam berdaki dan pepejal hitam berkenaan agak lembut dan
boleh dicungkil, ianya adalah karbon. Jika hanya satu atau dua dari kesemua palam pencucuh anda
yang diliputi karbon, sila periksa sebarang valve atau injap yang tersangkut, atau distributor cap
yang bocor atau kabel spark plug yang bocor. Jika kesemua palam pencucuh anda diliputi karbon
adalah berkemungkinan anda telah memasangkan palam pencucuh dengan julat haba yang salah.
Ia menunjukkan campuran udara dan petrol yang terlalu pekat di mana nisbah petrol lebih banyak
kemungkinan kerana ada halangan udara untuk masuk ke kebuk pembakaran atau injektor yang
bermasalah. Juga sila lakukan 'compression test' untuk melihat jika enjin anda kurang
mampatannya.

4. Lusuh
Bukan macam lusuh baju tu, dah terlalu lama dipakai hingga sampai ke hayatnya. Kelihatan macam
dah buruk sangat dan macam dah dibakar terlalu lama. Palam pencucuh ni tak mampu lagi
menghasilkan api yang sekuat dulu dan mungkin mengganggu prestasi enjin anda dan membuatkan
penggunaan petrol lebih tinggi.

5. Berpenebat berkaca (tak berpenebat)


Keadaan ini boleh menyebabkan missfiring ketika rev tinggi. Bahagian berkilat menunjukkan suhu
tiba-tiba berubah menjadi tinggi ketika pecutan yang agak kuat. Dan keputusannya, deposit metalik
tak sempat dipecahkan lalu cair dan melekat menjadi lapisan konduktor yang menyebabkan
missfire. Kekuningan dan warna perang terbakar menunjukkan petrol yang bercampur lead.

6. Kerosakan mekanikal
Biasanya terjadi apabila ada bendasing dalam kebuk pembakaran anda. Wap air yang masuk ke
dalam juga mampu membuatkan kerosakan sebegini kerana cecair tak boleh dimampatkan. Periksa
juga pada silinder lain kerana bendasing tersebut boleh berpindah ke silinder lain akibat valve
overlap.

7. Terlalu panas
Deposit seperti serbuk berwarna putih kelihatan dan boleh dicungkil menjadi habuk. Jarak elektrod
juga melebihi jangkaan normal yang sepatutnya. Ini biasanya terjadi akibat ignition timing yang
terlalu advance atau terlalu cepat sebelum TDC. atau sistem radiator yang bermasalah atau
campuran udara dan petrol yang terlalu nipis di mana petrol sangat kurang. Atau mungkin anda
menggunakan spark plug jenis terlalu panas.

8. Percikan kasar!
Berlaku apabila deposit terlalu lama terkumpul akubat missfiring atau beroperasi dengan kurang
tenaga. Apabila palam pencucuh baru dipasang dan suhu kebuk kembali normal, sewaktu rev yang
agak tinggi deposit yang melekat pada piston tercampak pada penebat palam pencucuh.

9. Serbuk terkumpul
Terjadi akibat pembakaran additive minyak atau additive petrol yang tak sesuai. Serbuk ini bersifat
penebat dan mungkin akan menyebabkan misfiring

10. Jurang dirapatkan


Jarang terjadi dalam enjin, dan penyebabnya adalah seperti percikan kasar cuma kali ni deposit tu
melekat pada jurang antara elektrod. Menyebabkan misfiring atau api yang sangat kecil.

11. Pra percikan


Jika diperhatikan, elektrod atas telah cair dan kemudian diikuti di bahagian tengah. Selalunya terjadi
akibat beberapa masalah enjin yang mengakibatkan pra percikan. Atau mungkin akibat deposit
dalam enjin yang menyala kerana terlalu panas atau kegagalan pengawalan suhu enjin atau palam
pencucuh jenis yang terlalu panas untuk enjin berkenaan.

12. Letupan
Kejadian ini telah mematahkan muncung penebat. Ia terjadi akubat tekanan yang terlalu ekstrim
pada komponen dalaman enjin. Ia terjadi akibat masalah pergerakan valve, campuran udara dan
petrol terlalu nipis, ignition timing terlalu awal, atau RON petrol yang terlalu rendah.

Anda mungkin juga menyukai