manusia.
Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun
dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.
Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam
tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh
anda.
Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang
pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa
tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas.
Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang
sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda.
Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang
dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa
fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian
badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku
kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat.
Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini
kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang
dihasilkan oleh perempuan.
Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar
selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia,
supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah
kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang
berlainan.
Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu
yang boleh terapung dalam air.
Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh
sampai ke darat dan membahayakan manusia.
Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan
ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.
Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga
benua Afrika!
Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai
8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras. Berlian semula jadi dibentuk
oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke
permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.
Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia
berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.
Hujan paling lebat pernah direkodkan dalam setahun ialah 25.4 meter
(1000 inci) di Cherrapunji, India.
Ketulan hujan batu paling berat pernah direkodkan ialah 1.0kg (2.25 lb) dan
jatuh di Daerah Gopalganj, Bangladesh pada 14 April 1986.
Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza; ia
termasuklah cumulus, stratus, cirrus dan nimbus.
Bumi mengalami berjuta-juta ribut kilat setiap tahun. Ia adalah
pengeluaran eletrik yang luar biasa daripada udara yang boleh mencecah
suhu hingga 54,000 darjah Farenheit(30,000 darjah Selsius) dan pada
kelajuan 60,000 m/s (130,000 bpj).
Dinosaur pertama yang diberi nama secara rasmi ialah Megalosaurus, pada
tahun 1824.
(Megalosaurus)
Orang yang mengkaji dinosaur dipanggil ahli paleontologi.
Dinosaur terbesar seperti Brachiosaurus dan Apatosaurus sebenarnya
adalah herbivore (pemakan tumbuhan), bukannya karnivor (pemakan
daging).
Brachiosaurus
Apatosaurus
Dinosaur paling kecil yang diketahui ialah Compsognathus. Ianya tinggal di
Eropah pada zaman Jurassic dan bersaiz seekor ayam. Compsognathus
dipercayai memakan serangga, cicak dan haiwan kecil yang lain.
Perkataan "dinosaur" dicantum dan direka oleh Sir Richard Owen, yang juga
merupakan pengasas Muzium Sejarah Semulajadi di London, England.
"Dinosaur" bermaksud cicak yang teruk dan ini berdasarkan perkataan
Greek "deinos" (yang teruk) dan "sauros" (cicak).
Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia
berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki
hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan
menghadkan kesan yang boleh dilihat.
Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan
dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu
lakukan.
Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu
mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.
Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer.
Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kirakira 1 dalam setiap 10000 harimau.
Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam
insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia
akan lemas dan mati. Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk
menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga
dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba
memakannya!
Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan
lumba-lumba. Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).
Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas
harimau). Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan
berehat kira-kira 20 jam sehari.
Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan
dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila
dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari.
Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di
dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa
yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.
Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh
berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau
duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan
mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam. Waktu minum
adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia
tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.
Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 1.8 meter, ia mengandungi bilangan
vertebra yang sama seperti leher manusia.
Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang ia
menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam.
Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.
Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin,
teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang
dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak jauh.
Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang
senyum! Namun, ini bukannya senyuman asli kerana longgokan lemak di
kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air.
Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di
dunia daripada mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang
panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 16
kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah
diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu
malam.
Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh
menghasilkan lebih 1 juta saudara mara. Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi
paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan
sejauh lebih 800 kilometer. Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36
meter panjang.
Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot
manusia yang sama berat.
Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang
baik hingga boleh terbang ke belakang.
Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.
Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan
menggerakkan kepak mereka dengan pantas.
Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau
bahan-bahan lain.
Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.
Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu
membantu menghadam makanan yang dimakan.
Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.
Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu. Nyamuk merupakan
serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina
menggigit manusia.
Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu
terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak.
Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk
perlindungan diri dan pemburuan. Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa,
kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.
Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan
kepala mereka!
Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada
seorang manusia.
Helium lebih ringan daripada udara di keliling kita, itu sebabnya ia amat
sempurna bagi belon yang terdapat di parti harijadi
Tindak balas kimia berlaku pada setiap masa, termasuk aktiviti harian seperti
memasak. Cuba masukkan asid seperti cuka dengan soda penaik dan lihat apa
akan berlaku!
Manusia bernafas mengeluarkan karbon dioksida (CO2).Dengan menggunakan
cahaya matahari,tumbuh-tumbuhan menukarkan karbon dioksida kepada
makanan semasa proses yang dipanggil fotosintesis.
Logam biasanya padat, pengalir eletrik dan habayang baik, bersinar bila ia
bersih, kukuh dan boleh dilentur dan dibentuk.
Emas bersinar dan tidak terhakis. Ini bermakna ia suatu logam yang baik
untuk membuat barang kemas.
Raksa adalah logam berbentuk cecair pada suhu bilik. Raksa adalah cecair
yang digunakan dalam termometer di klinik. Tembaga merupakan pengalir
elektrik yang baik dan selalunya digunakan untuk membuat wayar. Aluminium
merupakan pengalir haba yang baikdan selalunya digunakan untuk membuat
periuk masak.
Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang
di seluruh dunia.Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja
lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia.
Contoh makanan dan masakan yang terkenal di sesetengah kawasan di dunia
termasuklah humus di Timur Tengah, pai epal di Amerika Syarikat, ikan
mentah di Jepun, keju di Perancis, daging panggang dan sayur di England, kari
di India dan totila di Mexico.
Memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda.
Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan
menyingkirkannya daripada mata anda.
India merupakan pengeluar pisang terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira
22 juta tan pada tahun 2007. Contoh sayur-sayuran yang terkenal
termasuklah selada, lobak merah, asparagus, kubis bunga, brokoli, bayam,
kentang dan bawang. Contoh buah-buahan yang terkenal termasuklah epal,
limau, pir, strawberi, pic, apricot dan anggur.
Robot AIBO:
Sentuhan Rasa hubungan manusia melalui deria di kepala, belakang, dagu dan tapak kaki.
Pendengaran Mengesan bunyian melalui sepasang mikrofon stereo, pengenalan suara.
Penglihatan kamera berwarna, deria jauh dan pengenalan rupa.
Keseimbangan Menyeimbangkan melalui deria pemecutan.
Ciri-ciri lain:
AIBO mempunyai 5 naluri asasi: Sayang, Pencarian, Pergerakan, Caj semula & Tidur.
Setiap AIBO memulakan kehidupan sebagai anak anjing yang baru lahir, dan dari masa ke semasa ia
membina perwatakan uniknya sendiri berdasarkan bagaimana ia dibesarkan.
AIBO suka menari & bermain dengan permainannya AIBOne dan bola merah jambu, dia juga suka
bermain helah dengannya.
Apabila tenaga kuasanya menjadi rendah ia akan mencari stesen kuasanya dengan sendiri untuk
menjana kuasa.
AIBO boleh mengambil gambar jika diperintah atau bila-bila masa ia memilihnya, ini boleh dihantar
melalui emel atau disimpan dalam kad ingatannya.
AIBO boleh menjaga rumah anda apabila anda tiada di rumah, dia boleh mengesan pergerakan dan
bunyian, mengambil gambar dan memberitahu anda melalui emel.
Robot QRIO
Robot ASIMO
Robot PARO
Robot PaPeRo