Anda di halaman 1dari 20

Ikan Masin Lada Hitam

Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
dan gaulkannya sebati.
Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. iii)Setelah empuk,
boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan
juga hirisan bawang besar.
PETUA UNTUK KESEGARAN BADAN
Seikat daun pegaga dicampur segelas air panas dikisar dan tapis
boleh dicampur sedikit gula batu berfungsi sbg tonik utk ibu-ibu dlm
pantang
SUP AYAM
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan
halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.
SUP KENTANG
Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak.
Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang

yang dicampurkan dengan Suun.


Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak
boleh banyak.
Buncis tumis lada itam
Bahan tumis (ditumbuk)
Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam
1. tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau
masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn
sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan...mudah bangat....
Isnin haruan goreng kunyit
Selasa haruan msk stim
Rabu - haruan msk sup
Kamis ulang haruan goreng kunyit
Jumaat haruan goreng sos tiram
Sabtu haruan msk stim
Ahad haruan msk sup
Ulang sampai abeh pantanglg satu tiap2 ari kene minum pati ikan haruan
sampai tekak naik mual ari2 bedal ikan haruan..
sawi tumis
sawi tumis air ni la yg hari2 dok mkn..tumbuk bwg putih ngan ikan bilis..rebus ngan
sawi..sedap gak..
pastu ikan selar goreng...lps 2 minggu dah start mkn ayam...
mkn gak buah prune nak suh senang buang air..
kalo air mak rebus air akar kayu...rasa mcm air teh jer...tak ler sedap sgt tapi
terpaksa minum...
paprik utk orang bersalin
tapi tak bersalin pun leh jer nak try..
tumbuk bawang merah, putih, halia. halia tu kalo tak suka makan seketul2, tumbuk
bia lumat.
ayam potong isi jer.
kalo bukan utk pantang, letak r sayur cam kobis bunga, carrot, kacang panjang...
suka ati la.. jgn letak sawi sudah.. hehehe

tumis bawang n halia sampai garing. pastu masukkan ayam. dah agak masak ayam
tu,masuk sayur. then masukkan sos cili, sos tomato (Optional), sos tiram, kicap cair.
pastu ko letak r garam. aku tak letak pak aji. tapi pakai kiub tanpa msg. letak r
seketul kiub ayam. kalo utk pantang, letak sket lada itam. wat syarat. kalo tak ketuk
cili api then masukkan.
then tutup api, pastu kedarah... hekkk
RESEPI DALAM PANTANG
(1) Ikan kering kurau masak lada hitam
- bwg merah
- lada hitam
- santan
- ikan kering
} semua ni buat cam masak lemak biasa tapi pekat.
(2) Ikan bilis ditumbuk + air limau nipis/cuka + lada hitam
(3) Ikan bilis goreng + bwg + cili
(4) Sayur sawi goreng tumis
SARDIN HALIA [ashra]
1 tin sadin
2 ulas bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih(hiris)
halia (hiris)
air
garam
panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garing
lepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bwang/halia sampai kuning
lepas tu campo air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi..
campo kuah sardin tu sket je
Menu Pantang [hanieliza]
ikan haruan bakar
daging bakar dicicah ngan sos lada hitam
ikan bilis digorengkan garing [mmg buat stok]
kerabu pegaga
masak lemak lada hitam peria
sup lobak putih + ikan bilis [untuk banyak susu badan dn kalsium]
tumis daun kucai + tahu [untuk banyakkan susu badan
kak liza selalunya makan peria dalam pantang..
kak liza buat sayur goreng..tumis bawang merah +| baw. putih ngan lada
hitam..pecahkan telur dan masukkan peria..bila dah maasak..makan ngan nasi putih
dan ikan bakar..
kak liza suka juga buat sos lada hitam semasa dalam pantang...

bahan
lada hitam
kunyit hidup garam
bawang putih 1 ulas jer..
sikit cuka
garam
semua bahan ni mesin dan gaulkan
simpan dan bila nak makan ....hidangkan jer..
rasa garam..dah mendidih & pekat boleh di angkat
KERABU PEGAGA[hanieliza]
Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda
bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam
cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..
simple kan...
kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg
bolehlah...
memang sedap.....
alamak..citer bab kerabu ni..nampak gaya kena cari pegaga lah ...
nak kerabu..nak kerabu..nak kerabuuuuuu
DAGING BAKAR[hanieliza]
Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak
Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk

sedikit hirisan bawang kecil


Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.
IKAN KERING MASAK HALIA[hanieliza]
Bahan-bahan
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]
Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
HARUAN PANGGANG HALIA[hanieliza]
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah
sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

NASI MENGKUDU[hanieliza]
Bahan-bahan
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam
cara:
1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan
masakkan saperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan
adaunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan
NASI PEGAGA[hanieliza]
Bahan-bahan:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam
cara:
1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.
3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa.
NASI HALIA[hanieliza]
Bahan-bahan
3 cawan beras
4 cawan air
100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai [ketukkan]
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek

2 s/b air rendaman asam gelugor


2 ulas bawang putih ]
sedikit isi cekur ] tumbukkan
garam
Cara
1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti
nasi biasa.
2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor
dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.
NASI REMUNI KEDAH[hanieliza]
Bahan-bahan:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 s/k halba
3 sm halia [mayangkan]
garam
Cara:
1. Campurkan semua abhan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.
2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.
resepi saya dlm pantang [jelitadangdut]...mak yg buat...
anggaran sendiri yer....
ikan merah (ikan yg tak gatal)
bawang merah bawang putih halia - ditumbuk
kunyit hidup lada hitam serai - ketuk
asam keping
garam secukup rasa
tumis bahan tumbuk..masukkan serai...garing dan naik bau...masukkan
air....ikan...asam keping..garam....sesuaikan rasa
dah siap....simple jer....kalau makan bertambah le juga nasi....hi

Sop Ikan [sapi]


2 biji bawang merah-diblender

5 biji bawang putih-diblender


3 ibu jari halia-diblender(halia kene banyakkan skit supaya hilang angin di badan)
20 biji lada hitam-diblender
3 ekor ikan merah
2 biji tomato dibelah 4.
setitik serai,setitik lemgkuas
daun sop daun bawang(penting ni untuk bau yg sedap..pembuka selera)
Panaskan sesenduk minyak dlm periuk.Bila minyak sudah panas,masukkan bahan
bender semuanya.Setelah garing masukkan air putih sebanyak 2 mangkuk
besar.Bila kuah mendidih,masukkan ikan tadi.Tunggu sehingga ikan masak ..baru
boleh taruk tomato dan daun daun tadi.Jangan lupa bubuh 1 sudu garam dan sedikit
serbuk perasa.Setelah 1 minit,tutup api .Dah masak pun.Senang lagi berkhasiat.
Ikan kering tumbuk [tenko]
Ikan selar kering bakar then tumbuk.
Gaul dgn nasi panas

1.Ikan tenggiri goreng halia


Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri


4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit
minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata.
Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.
2.Ayam masak bijan
Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan


4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara membuatnya

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam
dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan
api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali
masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam
jika perlu.
3.Sup Ikan haruan
Bahan-bahannya

1 ekor ikan haruan


2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara membuatnya
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan
bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan.
Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun
bawang dan daun sup sebagai penambah selera.
Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung
(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan
kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi
suam.
Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang
dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya
dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah
sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.

Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan
masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup
Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga
lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan
angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga
yang telah dipotong.
Siap boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan
menyelerakan.
Ikan Tenggiri Goreng Halia
Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan
minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di
dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan
dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

Ayam Masak Bijan


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam
dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api
yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap
dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan


Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan
yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan.
Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun
bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Rendang Peria
Bahan:
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup dikisar
1 sudu teh lada hitam dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara:
Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar
mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan
garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka.
Hidangkan bersama nasi putih.
Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba
yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera
makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat
menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan
dan sebagainya.
Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu
ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

Ayam Kukus Cuka


Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia ditumbuk
Garam secukupnya
Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama jam.
Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas
ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas
bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Ikan Panggang Halia Muda


Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Cara:
Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama jam. Kemudian panggang ikan
hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.
Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat
tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,
melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga
batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut,
memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Tulang
Bahan A
1 kg tulang lembu dicuci dan ditoskan
2 sm halia diketuk
1 sudu makan lada hitam ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya
Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia

1 sudu makan jintan manis


1 sudu makan lada hitam
Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang untuk ditabur
Cara:
Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada
hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk.
Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning.
Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga
garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok
dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau
sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan.
Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir
sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata.
Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.
Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran
rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.

Sup Sayur Campur


Bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli

30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga
wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga
mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.
Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak
digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah
berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran
tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Rendang Hati Lembu


Bahan:
kg hati lembu dipotong
2 cawan pati santan
cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan (dikisar):
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.
Ikan Tenggiri Masak Halia
Bahan:

2 ketul ikan di goreng


2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih dihiris
halia dihiris memanjang
Cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit.
Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.
Ikan Gelama Masak Asam
Bahan:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 mangkuk air asam
Cara:
Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia
dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
Sawi tumis air
Bahan:
Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi dicuci dan potong
Cara:
Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan
masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Kucai goreng kicap

Bahan:
1 ikat kucai dihiris
2 ulas bawang merah dihirs
3 ulas bawang putih dhiris
kicap
Cara:
Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.
Kari Ikan Haruan
Bahan:
1 ekor ikan haruan dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam
Cara:
Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar
sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak
hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan
apabila ikan dah masak tutupkan api.
Peria goreng kelapa
Bahan:
5 biji peria kecil/1 biji yg besar dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
kelapa parut
Cara:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah

dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu
lama.

Sup Ikan Tenggiri


Bahan:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Cara:
Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato.
Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.
Daging Bakar
Bahan-bahan:
300 gm daging lembut
garam
minyak
Cara:
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.
Air Assam
Bahan:
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil
Cara:
gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.
Ikan Kering Masak Halia
Bahan-bahan:
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan

3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]
Cara:
Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil. Masukkan dalam periuk bersama bahanbahan lain. Masakkan sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Haruan Panggang Halia


Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara:
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah
sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.
Asam Pedas Rebus
Bahan:
2 3 ekor ikan kembung
2 sudu besar asam jawa
400ml air

1 batang serai, dititik


garam secukup rasa
Giling:
10 tangkai lada kering
1 sudu kecil belacan
6 ulas bawang merah
Cara:

Cili Kering direbus dan di tumbuk lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh
dikurangkan bilangannya. Lumatkan bawang merah dan belacan. Masukkan semua
bahan tumbuk dan serai dengan 400ml air asam. Apabila mendidih, masukkan ikan dan
garam secukup rasa. Biarkan ikan masak, tutup api dan hidang.
Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang berpantang,cuma jangan dimasukkan cili
dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan bawal, ikan merah dll dari jenis yang tidak
gatal.

Anda mungkin juga menyukai