Anda di halaman 1dari 3

Hamidah Binti Ahmad

36, Lorong Penaga 34,


Taman Penaga.
13100 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Encik Mohafizs Hamzah
Pegawai Penginapan,
Universiti Tenaga Nasional,
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah,
26700 Muadzam Shah,
Pahang.

1 JUN 2015

Tuan,
Rayuan Penukaran Penginapan Desasiswa Bestari ke Desasiswa Ilmiah
Saya, Hamidah Binti Ahmad, mewakili anak saya dan rakan rakan serumah dengannya,
ingin membuat rayuan agar menempatkan mereka di penginapan Desasiswa Ilmiah atas
beberapa sebab tertentu. Nama para pelajar tersebut adalah seperti berikut :

1.
2.
3.
4.

Syafiqah Nasuha Binti Mubarak


Nurin Jazlina Binti Rosmahadir
Fara Fazilah Binti Markum
Wan Nur Anis Fitriah Binti

ID LAMA

ID BARU

AA 93395
AA 93422
AA 94105
AA 94072

AC 098116
AC 098092
AC 098021

2. Antara sebab ingin membuat penukaran adalah kemudahan kemudahan yang terdapat di
Desasiwa Ilmiah lebih efisyen berbanding di Desasiwa Bestari. Desasiwa Ilmiah yang
berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, auditorium, Wisma KSHAS
dan terutama sekali dewan kuliah di auditorium sangat strategik dan dekat dengan Desasiwa
Ilmiah memandangkan mereka semua tiada kenderaan dan baru masuk sebagai pelajar Ijazah
Sarjana Muda Bagi Sesi 2015/2016.

3. Selain itu, mereka juga tiada kenderaan untuk ke kelas dan majoriti rakan rakan sama
batch dan kursus dengan mereka tinggal di Desasiswa Ilmiah. Alangkah lebih mudah
komunikasi antara mereka untuk mempersiapkan segala tugasan ataupun aktiviti yang diberi
seandainya tuan dapat meluluskan rayuan ini.

4. Saya dapati bahawa di Desasiswa Bestari tiada kemudahan yang lengkap dan mereka pun
sering mendengar keluhan dari rakan rakan mereka yang sebelum ini pernah tinggal di
Bestari kerana tiada kemudahan Proxy Uniten ( cable ). Wifi Bestari pula sering gagal apabila
hendak digunakan. Jadi, perkara sebegini menyukarkan mereka hendak melakukan tugasan
yang diberi.

5. Seterusnya, barang barang mereka yang masih banyak tinggal di stor dan rumah rakan
mereka ( sewa ) di Ilmiah kerana tiada kenderaan untuk di bawa ke Bestari. Mereka masih
mengharapkan peluang mendapat tempat penginapan di Ilmiah seandainya tuan dapat
mempertimbangkan semula sebab sebab yang diberi ini.

6. Di samping itu, ada beberapa orang di antara rakan mereka yang sepatutnya tinggal
perumahan di Bestari tetapi diberi peluang oleh tuan untuk tinggal di Ilmiah. Walaupun,
rumah di Ilmiah yang tinggal kosong hanya rumah 6 orang tetapi mereka yang 4 orang ini
diberi peluang tinggal di Ilmiah. Sedangkan mereka ini, telah membuat permohonan sekian
lamanya tetapi masih ditangguhkan, dikatakan rumah sudah penuh dan invois untuk tinggal
di Bestari telah diambil jadi tidak boleh tukar rumah. Bagaimana pula dengan rakan rakan
mereka yang diluluskan permohonan ?

7. Penempatan di Ilmiah didapati banyak yang kosong. Tiada penghuni yang tinggal. Saya
berharap tuan dapat beri penempatan kepada mereka di Ilmiah biarpun rumah tersebut yang
sepatutnya berpenghuni 6 orang tetapi 4 orang sahaja yang tinggal kerana kalau hendak cari
lagi 2 orang memang sudah tiada lagi. Ataupun mereka terpaksa berpecah dua pun tidak
mengapa asalkan mendapat tempat di Desasiswa Ilmiah.

8. Sebab seterusnya adalah mereka yang tidak biasa dan kurang selesa dengan penginapan di
Bestari kerana terpaksa bercampur dan berhampiran dengan para lelaki. Shuttle bas pula
hanya sejam sekali sahaja dan mereka risau seandainya jadual tidak sama, mereka terpaksa ke
kelas seorang diri memandangkan rumah mereka sahaja ( batch dan course yang sama ) yang
tinggal di Bestari.

9. Akhir sekali, mereka tidak selesa dengan keadaan di Bestari kerana sudah terbiasa sekian
lamanya tinggal di Ilmiah.

10. Saya berharap agar tuan dapat beri kelulusan agar keempat empat orang pelajar ini
mendapat penempatan di Ilmiah. Semoga dengan beberapa sebab yang telah dinyatakan
seperti di atas, mendapat belas kasihan dari tuan untuk mereka dapat kelulusan penukaran
Desasiwa Bestari ke Desasiwa Ilmiah. Segala kerjasama dari tuan amatlah di hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

Hamidah Ahmad

Anda mungkin juga menyukai