Anda di halaman 1dari 4

BBD 30102

PENGURUSAN PENDIDIKAN

TUGASAN 2

NAMA PELAJAR

: MARDZIAH BINTI MAHADZIR

NO. MATRIKS

: CB130078

NAMA PENSYARAH : HAJI MOHD NOOR BIN HASHIM

1. Terangkan dengan menyatakan contoh setiap satu matlamat disebut oleh Rupert Evans
(1971)?

Matlamat Rupert Evans yang pertama ialah memenuhi keperluan pembangunan sumber
manusia, sebagai contoh sumber manusia yang berkualiti adalah elemen terpenting dalam
memastikan sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi
dalam era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan
teknologi. Pembangunan sesebuah negara itu akan berjaya dalam persekitaran yang mencabar
ini sekiranya sumber manusia yang ada pada negara tersebut berusaha dengan lebih tekun
untuk meninggikan produktiviti, kecekapan dan daya saing, serta meningkatkan kemampuan
inovasi dan daya kreativiti. Hal yang selalu kita dengar terutamanya di Malaysia ialah mengenai
pembangunan modal insan kerana hal inilah yang akan menentukan kejayaan dan
kegemilangan sesebuah negara itu pada masa akan datang. kadar sumber manusia yang perlu
dan dapat digunakan di negara ini secara optimum. Sistem pendidikan kita harus mampu
memenuhi kehendak komersil dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang
berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Kepelbagaian kemahiran,
kecemerlangan intelek, ketinggian nilai moral dan keteguhan jati diri sepatutnya adalah hasil
muktamad sistem pendidikan kita. Seterusnya matlamat kedua ialah menambah baik pilihan
individu sebagai contoh individu yang di lantik untuk menjadi pengurus atau menjadi ketua
dalam sesuatu bidang kerja merupakan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
sesebuah bidang. Namun begitu, tidak semua individu yang mahir itu mempunyai kebolehan
memimpin. Dalam realiti, di sesebuah syarikat, golongan penyelia mungkin beranggapan
bahawa individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam kemahiran teknikal mempunyai
kelayakan atau kebolehan untuk memimpin dan layak untuk membuat keputusan dalam apaapa keadaan.Tidak semua individu yang mempunyai kemahiran atau kelulusan teknikal yang
tinggi berjaya memimpin sesebuah organisai kerana kemahiran memimpin dan kemahiran
teknikal tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang sama. Ini kerana kemahiran memimpin
memerlukan seorang itu harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai
pengetahuan yang luas mengenai sesuatu sebelum memutuskan sesuatu. Matlamat ketiga
ialah memotivasikan individu terus belajar untuk kekal relevan sebagai contoh mempersiapkan
individu untuk benar-benar berkebolehan dalam aspek kempimpinan dalam alam pekerjaan
mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk munasabah diri apabila
berada dalam alam pekerjaan yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai tekanan dan tingkah
laku yang berbeza-beza

2. Terangkan dengan menyatakan empat tunjang utama sistem TVET di Malaysia?

Reformasi sistem pedidikan TVET khususnya yang diolah dengan penambahbaikan memenuhi
kehendak semasa dan akan datang bakal melahirkan modal insan kelas pertama, mempunyai
kemahiran dan kebolehpasaran tinggi dan mempunyai kehidupan sebagai pemimpin yang
bermatlamat serta bersandarkan kehidupan yang mengabdikan diri kepada Tuhan. Kurikulum
TVET yang diperbaharui semula selain memenuhi kehendak pasaran kerja semsasa, masih
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di jangka akan dapat merealisasikan hasrat muni
negara dan membawa satu cabaran utuk generasi semasa dan akan datang membentuk
Malaysia yang disegani. Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga diberi satu
reformasi bagi memenuhi keperluan dalam usaha mencapai hasrat negara. Meningkatkan
kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran menjadi satu asas yang perlu
diutamakan. Pendidikan lepasan menengah dan tertiari akan menjadi pemangkin kepada satu
perubahan di mana keperluan tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri
dilihat dapat menjana perkembangan ekonomi yang lebih mapan.
3. Terangkan bagaimana pencapaian TVET sepatutnya diukur?
Penambah baik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai pelajar dengan
penyusunan semula nama dari Sekolah Teknik kepada Sekolah Vokasional merupakan satu
langkah memperkasakan pendidikan TVET. Guru juga berperanan membimbing dan
mendedahkan kepada pelajar tentang keutamaan bidang-bidang pendidikan teknikal dan
vokasional ini mampu memberikan satu pulangan yang dapat menjana peningkatan ekonomi
dengan pesat. Pembangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif. Penyusunan gred dan
kepakaran serta peluang untuk kenaikan pangkat disusun bersesuaian dengan kemahiran dan
kepakaran yang dimiliki. Selain itu pengiktirafan terhadap sijil sijil kemahiran oleh badan tertentu
akan dapat digunakan sebagai tiket untuk mendapat tempat di institusi kemahiran atau
pendidikan yang lebih tinggi.

Merombak sistem

dengan penambahbaikan,

memberi

pengiktirafan dan memperluaskan bidang berkaitan TVET merupakan langkah yang proaktif.
Disamping insentif berpatutan bagi penjelmaan kajian atau reka cipta baru. Selain itu,
memperkemas penyampaian TVET dan memperkukuhkan kerjasama industri dan penyelidikan
melalui program latihan praktikum di industri pelajar diberi pendedahan dan peluang
mempersiapkan diri sebelum menceburi bidang pekerjaan yang sebenar. Penglibatan sektor
swasta

dalam

penyediaan

tempat

latihan

melalui

perkongsian

awam-swasta

juga

dipertingkatkan. Kursus berorientasikan pasaran juga turut ditambah bagi memudahkan transisi
pelajar ke dalam pasaran pekerjaan. Latihan berasaskan industri diberikan kepada siswazah

begi

meningkatkan

pengetahuan,

pengalaman

dan

memudahkan siswazah menjalankan projek dan kajian.

kemahiran

keusahawanan

bagi

Anda mungkin juga menyukai