Anda di halaman 1dari 21

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

BAB 11
KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI
1. Konsep motivasi

H.W. Bernard dalam bukunya Psychology of learning ( 1965),


menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan , mengekalkan

dan mengawal minat


Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu
desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau

kegiatannya.
Sharifah Alwiyah Alsagoff ( 1986) menghuraikan motivasi sebagai
perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya

hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut.


Konsep motivasi adalah berkait rapat dengan tingkah laku manusia
. perlakuan yang menerima peneguhan positif, berkemungkinan
besar akan diulang lagi di masa hadapan. Ini kerana manusia akan
lebih mudah terdorong untuk melakukan atau mengulanngi sesuatu
tingkah laku itu sekirannya mereka pernah meneria ganjaran dan

bukannya hukuman (slavin, 2003)


2. Teori motivasi

CLAYT
ON
ALDER
FER
ERG

TEORI
MOTIV
ASI
ABRAH
AM
MASLO
W
(19431970)

TEORI
MOTIV
ASI
HERZB
ERG
(1966

TEORI
MOTIVASI
TEORI
KEPER
CAYAA
N MC
CLELLA
ND
(1961),

TEORI
MOTIV
ASI
VROO
M
(1964)

a) Teori Motivasi Abraham Maslow ( 1943-1970)

TEORI
MOTIV
ASI
DOUGL
AS
McGRE
GOR

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

Abraham H. Maslow berpendapat bahawa seseorang individu akan


memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi

keperluan sekunder.
Beliau telah membahagikan keperluan kepada 5 peringkat pada
asasnya dan kemudian menambah lagi 2 keperluan baru.
Keperluannya di susun dalam bentuk pyramid. Susanan yang
paling bawah merupakan keperluan yang paling banyak harus
dipenuhi.
ak
tu
ali
sa
si
ke
nd
estetik
iri
kendiri peribadi
sanjungan
sosial
keselamatan
fisiologi

Rajah : Hierarki Keperluan Maslow

Maslow selanjutnya menggolongkan ketujuh-tujuh keperluan


manusia dalam dua kategori, iaitu keperluan kekurangan dan

keperluan kewujudan atau penyuburan.


Keperluan kekurangan meliputi keperluan fisiologi, keselamatan ,
social dan penghargaan kendiri, kerana mengikut beliau, manusia
sentiasa berusaha menyempurnakan diri , jika keperluan

keperluannya menghadapi masalah kekurangan.


Manakala keperluan maklumat, estetik, akualisasi

kendiri

dikategorikan sebagai keperluan penyuburan apabila semua

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

keperluan

dalam

kategori

keperluan

kekurangan

telah

disempurnakan.
Keperluan fisiologi ialah seperti makan, minum, udara, tidur dan
banyak lagi. Kerperluan fisiologi ini juga di kenali sebagai
keperluan jasmiah. Jika tidak dipenuhi keperluan ini manusia akan

mati
Keperluan keselamatan merupakan keperluan yang semua manusia
ingin rasa selamat. Seperti anak-anak memerlukan ibu-bapa
sebagai pendorong dan penjaga ketika mereka sakit. Terdapat 3
jenis keselamatan iaitu keselamatan fizikal, keselamatan emosional

dan keselamatan psikologis.


Keperluan sosia akan tercapai apabila keperluan fisologi dan
keselamatan dipenuhi. Apabila keperluan ini di penuhi timbullah

perasaan memberi dan menerima kasih sayang.


Keperluan sanjungan, penghargaan (estim)

iaitu

kehendak

seseorang itu menghormati diri semdiri, mendapat kehormatan


kendiri dan mendapat penghargaan dari orang lain dari hasil
pencapaian mereka. Terdapat dua kategori estim iaitu estim
dalaman dan estim luaran. Estim dalaman ialah seseorang itu ingin
hidup bebas, kuat dan Berjaya. Manakala estim luaran ialah mereka

ingin menjadi seseorang yang di sukai, dikasihi dan disayangi.


Kendiri peribadi memelurkan kebolehan, potensi seseorang itu
disempurnakan. Sebelum keperluan ini dicapai keperluaan lain
perlu dipenuhi dulu. Apabila keperluan ini dicapai, seseorang
individu yang sihat dari segi mental dan emosi akan terhasil.

b) Teori Motivasi Herzberg (1966)

Dalam teori ini terdapat dua faktor yang mendorong seseorang


mencapai kepuasan dan menjauhkan diri dari kepuasan. Faktornya
terbahagi kepada dua iaitu faktor kesihatan (hygine factor) dan

faktor pertumbuhan( growth factor).


Hygine Factor ialah perkataan yang dipinjam dari perkataan
perubatan yang membawa maksud mencegah penyakit. Faktor ini

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

timbul kerana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan


pekerja tapi ia tidak berfungsi mengubah sikap pekerja untuk

menjalankan tugas-tugas yang akan dijalankan.


Faktor ini juga tidak meningkatkan semangat bekerja dan tidak

menjamin perubahan tingkahlaku.


Growth Factor berfungsi sebagai pendorong disebabkan dia
berupaya meningkatkan pretasi kerja dan menimbulkan sikap
positif terhadap tugas.
Faktor ini juga dapat menentukan sama ada pekerja puas hati atau

tidak puas hati semasa bekerja.


c) Teori Motivasi Douglas McGrego

Douglas McGrego menyatakan bahawa teori ini terbahagi kepada

dua teori iaitu teori x (negatif) dan teori y( positif).


Dalam teori x terdapat 4 andaian yang menyatakan manusia
memang tidak suka bekerja dan menganggap kerja sebagai satu
paksaan.
Antara 4 andaiannya ialah:

I.
II.

Manusia pemalas dan memang tidak suka bekerja


Manusia perlu didorong dengan ancaman atau

III.

hukuman
Pekerja perlu memilih diri mereka diarah dan

IV.

mengelak dari mengalas tanggungjawab


Paling penting motif utama pekerja ini adalah untuk
mendapatkan wang sahaja.

Teori Y ( positif):

terdapat 4 perkara juga yang tetapi

berlawanan dengan Teori X , iatu orang dalam teori ini lebih


suka dan senang bekerja.

I.
II.
III.

Manusia mempunyai semangat untuk bekerja


Pekerja sentiasa bertanggungjawab
Pekerja inginkan pencapaian hasil

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

IV.

Mereka suka libatkan diri dalam bidang pengurusan


untuk memotivasikan diri

d) Teori Motivasi Vroom ( 1964)

Dalam teori ini menceritakan tentang ciri motivasi kognitif. Iaitu


menjelaskan mengapa seseorang itu tidak melakukan perkara
yang tidak diyakini Berjaya sedangkan hasil dari kerja itu amat

diperlukan
Ciri ini ditentukan oleh 3 komponen haraapan, penilaian dan

kesan terhadap hasil.


Teori menyatakan bahawa individu akan menilai strategi
strategi kelakuan tertentu , seperti bekerjakeras , berusaha lebih
dan akan, memilih kelakuan yang diharapkan mendapat ganjaran
seperti kenaikan gaji atau penghargaan yang bernilai bagi

individu itu.
e) Teori kepercayaan Mc Clelland (1961)

Teori ini telah digunakan secara meluasnya oleh ahli psikologi


lain untuk mengkaji ciri personality pejaya iaitu individu yang

sangat berkehendak kepada kejayaan


Individu yang memiliki keperluan untuk berkuasa yang tinggi
mempunyai keinginan yang berikut:
I.
II.
III.

Mereka ingin mempengaruhi dan mengarah orang lain


Ingin mengawasi dan mengawal tingkah laku orang lain
Ingin mengekalkan hubungan ketua dan pengikut

Individu dalam kumpulan ini menunjukkan tingkah laku seperti


berikut:
I.

Apabila mereka berada dalam sebarang kumpulan, mereka

II.

cenderung bertingkahlaku seperti seorang pemimpin


Mereka lebih petah, lancer bercakap dan lebih banyak
berhujah, samada mereka menjadi pemimpin atau anggota

biasa
Terdapat tiga perkara yang menjadi keperluan manusia iaitu
keperluan

pretasi,

keperluan

merancang.

hubungan

dan

keperluan

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

f) Clayton Alderfer ERG

Clayton telah mengetengahkan teori ERG yang menentapkan


keperluan

manusia

kepada

kewujudan,

hubungan

dan

pertumbuhan.
Jika keperluan yang lebih tinggi masih belum diperolehi maka
mereka akan berusaha untuk mendapatkannya juga,

3. Jenis-jenis motivasi
Motivasi dapat dikelaskan kepada beberapa jenis. Dengan pemilihan jenis
motivasi yang sesuai, tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat ditingkatkan lagi. Namun, tidak semua jenis motivasi ini memberikan kesan
yang sama terhadap perkembangan pembelajaran seseorang. Berikut adalah satu
contoh situasi di institusi pengajian tinggi bagi kelas ekonomi:
Maziana tidak meminati ekonomi dan hanya mengikuti kelas tersebut
bagi satu sebab: Mendapat A atau B dalam subjek tersebut
membolehkannya mendapatkan biasiswa dari badan korporat yang sangat
diinginkannya.
Efariza sememangnya meminati subjek ekonomi. Subjek tersebut boleh
membantunya mendapatkan biasiswa dari badan korporat. Namun, sebagai
tambahan, Efariza mempelajari ekonomi dengan menganggap bidang ini
akan dapat membantunya di masa akan datang di alam pekerjaan kelak.
Selain itu, beliau juga dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Maziana menunjukan beliau mempunyai motivasi ekstrinsik di mana
beliau didorong oleh faktor luaran dan kurang berminat dengan perkara yang
dilakukan. Pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik biasanya terdorong
dengan faktor seperti mendapatkan markah yang baik, mendapatkan upah atau
mendapatkan penghargaan bagi sesetengah aktiviti.
Sebaliknya, Efariza menunjukan beliau mempunyai motivasi intrinsik.
Beliau lebih terdorong oleh faktor dalaman dirinya dan menunjukan minat yang
mendalam terhadap perkara yang dilakukan. Pelajar yang termotivasi secara

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

intrinsik akan menunjukan minat dan juga ketekunan dalam pelajaran mereka.
Ada sesetengah pelajar yang mempunyai tahap motivasi intrinsik yang tinggi
sehingga terlalu focus membuat kerja dan lupa akan sekeliling seperti masa dan
perkara lain. Fenomena ini dikenali sebagai flow (Ormrod, 2008).
a. Motivasi intrinsik
Motivasi intrinsik dapat ditafsirkan sebagai keinginan bertindak yang disebabkan
oleh faktor pendorong yang murni yang berasal dari dalam diri individu dan
tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan itu sendiri, bukan di luar tindakan
tersebut. Motivasi ini lebih banyak dilihat terdapat di kalangan kanak-kanak di
mana sifat ingin tahu dan teruja itu lebih banyak terdapat pada kanak-kanak.
Motivasi jenis ini juga kebiasaannya tinggi di kalangan pelajar di awal sesi
persekolahan atau semester. Ini kerana pada tempoh ini pelajar masih lagi
bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran dan terdorong dengan minat ini
tanpa ransangan luar. Berbeza dengan pelajar sewaktu akhir persekolahan
atautempoh pembelajaran di mana pada masa ini pelajar sudah ditekankan dengan
kepentingan untuk mendapatkan keputusan yang baik, bagi memasuki institusi
pengajian tinggi yang terbaik, untuk mendapatkan tajaan dan sebagainya. Ini
secara tidak langsung pelajar terdorong untuk belajar bagi mendapatkan perkaraperkara tersebut, bukan lagi untuk kepuasan diri sendiri.
Selain itu, motivasi intrinsik juga bergantung kepada kepuasan dalam diri
sendiri yang dikesan berdasarkan sekeliling (Casse, 1993). Kepuasan diri sendiri
ini boleh memberi kesan kepada minda seseorang. Sekiranya kepuasan ini tidak
dicapai dalam satu siri tindakan yang berpanjangan, seseorang itu akan mengalami
kekeciwaan kesan daripada perkara tersebut. Ini bermakna, kepuasan diri perlu
dititik beratkan dalam memberi motovasi kepada seseorang khususnya pelajar.
Dalam proses pembelajaran, motivasi intrinsik boleh membantu seseorang
pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Pelajar yang terdorong dengan motivas
iini akan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan
memerlukan usaha yang lebih berbanding perkara yang mudah dan ringkas. Ini
kerana, dengan sikap ingin tahu yang tinggi, mereka akan sentiasa berkeinginan
untuk memenuhi perasaan ingin tahu tersebut. Selain itu, mereka juga kan lebih
7

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

berdikari dalam mencari sesuatu yang baru dan kurang bergantung kepada guru.
Ini akan mewujudkan sistem pembelajaran yang erpusatkan pelajar yang mana
merupakan satu sistem pembelajaran yang semakin mendapat perhatian dalam
sistem pendidikan. Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar mereka mempunyai
tahap motivasi intrinsikyang tinggi terutamanya ketika dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan motivasi ni di kalangan pelajar.
Guru memainkan peranan penting dari peringkat awal lagi memandangkan
motivasi intrinsik ini terhasil pada tempoh awal pembelajaran. Kanak-kanak
sebagai contoh, apabila mereka sudah boleh berjalan tanpa bantuan ibu bapa akan
lebih aktif meneroka sesuatu yang baru tanpa meminta bantuan daripada ibu bap
atau guru. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlulah mengambil berat akan hal ini.
Sebagai guru, harus diingat bahawa tahap motivasi pelajar sentiasa berubah
dan pelajar sendiri berbeza di kalangan mereka. Oleh itu, jenis motivasi yang
ditunjukkan pleh pelajar ini juga berbeza mengikut peribadi dan sikap masingmasing. Antara contoh motivasi intrinsik di kalangan pelajar adalah seperti
berikut:
1. Cuba menyelesaikan masalah matematik hanya untuk mendapatkan
keseronokan semata-mata.
2. Bermain permainan minda seperti Sudoku atau rubic cube sehingga
Berjaya untuk kepuasan sendiri.
3. Melukis sebuah lukisan tanpa tujuan untuk menunjukan hasil kepada
sesiapa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan model intrinsik ini.
Faktor-faktor ini sememangnya terdapat dalam diri pelajar itu sendiri. Faktor
tersebut adalah persepsi kebolehan, persepsi kawalan dan perasaan dalam
pembelajaran.
Persepsi kebolehan

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

Pelajar yang menilai dirinya berkebolehan dalam melakukan sesuatu akan


mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Kebolehan yang tinggi ini terhasil
apabila mereka berjaya melakukan sesuatu. Pelajar yang yakin dengan kebolehan
dirinya akan menunjukan pencapaian yang cemerlang dan berkeyakinan dalam
banyak hal sekaligus menghasilkan pelajar yang mampu berdikari tanpa bantuan
guru sepenuhnya. Mereka juga tidak memerlukan ransangan luar untuk berjaya
dalam melakukan sesuatu. Di sini, guru memainkan peranan dalam memastikan
kebolehan pelajar di maksimum kan dalam pelbagai bidang. Harus diingat setiap
pelajar mempunyai kebolehan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, guru
haruslah bijak mengenalpasti kebolehan setiap pelajar.
Persepsi kawalan
Faktor kawalan ini adalah berkaitan dengan punca-punca dalaman yang boleh
dikawal oleh pelajar sendiri. Punca tersebut adalah seperti usaha sendiri dan tahap
berusaha pelajar tersebut. Pelajar haruslah dibenarkan untuk mengawal
sepenuhnya faktor-faktor ini. Ini kerana sekiranya mereka terhalang untuk
mengawal sesuatu berkenaan diri mereka sendiri, mereka akan menjadi kurang
berminat dan mudah bosan. Pelajar seharusnya diberi kebebasan untuk membuat
sesuatu berkenaan diri mereka sendiri seperti memilih sendiri tajuk karangan atau
projek tahun akhir yang akan dibuat. Namun, ini bukanlah bermakna guru tidak
perlu terlibat langsung dalam proses ini. Guru masih lagi berperanan dalam
memberi panduan kepada pelajar dalam mengawal dengan memberikan motivasi
dan meningkatkan keyakinan pelajar untuk berjaya.
Perasaan dalam pembelajaran
Sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukan oleh seseorang merupakan
perasaan yang dizahirkan dari dalam dir mereka. Minat merupakan faktor utama
yang mempengaruhi perlakuan seseorang. Bagi pelajar, minat yang mendalam
terhadap subjek tertentu akan mendorong mereka untuk lebih berjaya dalam
subjek tersebut. Mereka tidak kisah untuk belajar lebih tekun dlaam subjek
tersebut memandangkan minat yang mendalam. Selain itu, guru itu sendir
berperanan memancing minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari supaya
pelajar termitivasi secara intrinsik terhadap subjek tersebut.

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

b. Motivasi ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi yang terhasil daripada faktor luaran
daripada seseorang itu sendiri. Ianya tidak berkaitan langsung dengan perkara
yang dilakukan. Mereka mungkin termotivasi kerana wang, hadiah atau untuk
mendapatkan penghargaan di atas apa yang dilakukannya. Bagi pelajar, motivasi
ekstrinsik ini lebih kepada ingin mendapatkan keputusan yang baik, mendapatkan
tajaan atau pun untuk mengelakkan diri daripada di denda dan mendapat pujian
dari guru.
Dalam motivasi ekstrinsik ini, konsep peneguhan merupakan unsur yang
penting. Peneguhan dapat ditakrifkan sebagai proses apabila stimulas atau
peristiwa luar yang disebabkan oleh respons, menyebabkan respon iru meningkat.
Ini bermakna peneguhan merupakan proses yang menguatkan lagi sesuatu perkara
yang boleh memberi motivasi kepada pelajar.
Dalam peneguhan terdapat peneguh positif dan peneguh negatif. Peneguh
positif merupakan peristiwa yang menyebabkan perubahan yang positif dalam
kelakuan atau kemajuan dalam pembelajaran. Sebagai contoh, pujian yang
diberikan oleh guru atau hadiah yang diberikan bagi pelajar yang mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Peneguh positif ini akan memberi
kegembiraan kepada penerimanya dan dikenali sebagai ganjaran. Peneguh negatif
pula adalah peristiwa yang tidak menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran
dimana apabila dielakkan selepas berlaku respon, dapat meningkatkan respons
tersebut. Guru berperanan dalam mengelakkan tumpuan pelajar terhadap
peneguhan negatif ini dan memberi tumpuan kepada peneguhan positif.
Peneguhan terbahagi kepada peneguhan utama dan peneguhan sekunder.
Peneguhan utama merupakan peristiwa atau benda yang memberi kesan langsung
kepada seseorang dan tidak bergantung kepada pembelajaran bagi kuasa
pengukuhan. Peneguhan utama ini kebiasaannya diberikan kepada kanak-kanak
kerana mereka masih muda dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak terhadap
peneguhan sekunder. Sebagai contoh memberi gula-gula kepada kanak-kanak
yang mengemas mainannya. Ini membuatkan mereka akan terus mengemas
mainan selesai bermain untuk mendapatkan gula-gula.

10

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

Peneguhan sekunder pula diberikan melalui pembelajaran dimana ia


merupakan satu peristiwa atau stimulus yang memperkukuhkan sesuatu respon
dan bersifat linguistik atau social. Memandangkan ianya diperolehi melalui yang
tinggi dan juga perhatian guru. Ianya diberikan setelah selesai sesi pembelajaran.
Motivasi ekstrinsik diperolehi melalui beberapa cara. Antaranya melalui
pemberian insentif. Menurut Casse (1993), sekiranya seseorang diberi ganjaran
berdasarkan usaha yang dibuat dan ganjaran tersebut merupakan sesuatu yang
disukai, ianya akan mendorong seseorang itu untuk mengulangi usaha tersebut
yang mana seterusnya akan menjadi tabiat bagi seseoarang tersebut. Ini bermakna,
sekiranya guru memuji pelajar yang berjaya menjawab soaalan dengan betul,
pelajar akan berasa gembira dan terdorong untuk menjawab soalan yang ditanya.
Seterusnya, pengetahuan mengenai keputusan. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, adalah penting bagi guru untuk membuat penilaian samada
dalam bentuk kuiz atau peperiksaan. Namun, ianya juga penting bagi pelajar
untuk mengetahui mengetahui mengenai keputusna pencapaian mereka secepat
mungkin. Ini kerana semakin lama tempoh antara tugasan siap dihantar dengan
pemberitahuan hasilnya, semakin kurang impak motivasi yang dihasilkan. Oleh
itu, guru haruslah memberikan keputusan samada peperiksaaan atau tugasan
kepada pelajar secepat mungkin bagi memberikan kesan motivasi yang lebih
tinggi.
Seterusnya adalah ganjaran dan hukuman. Keduanya merupakan elemen
yang biasa digunakan bagi memdorong para pelajar. Namun guru harus berhatihati kerana ganjaran bagi seseorang pelajar mungkin merupakan hukuman bagi
pelajar lain dan sebaliknya. Seperi contoh, pelajar yang gemar menyanyi didenda
menyanyi di hadapan kelas tidak akan menghadapi sebarang masalah namun bagi
pelajar yang tidak gemar menanyi, denda tersebut akan memberi impak
kepadanya. Selain itu, harus diingat juga bahawa hukuman merupakan penanda
bagi perkara yang tidan sepatutnya dilakukan. Memberi kerja rumah yang terlalu
banyak kepada pelajar akan memberi tanggapan bahawa ia merupakan hukuman
kepada pelajar sedangkan kerja rumah merupakan perkara yang perlu dilakukan.
Oleh itu, guru harus lah berhati-hati dalam memberi hukuman dan ganjaran

11

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

kepada pelajar supaya ianya dapat memberi motivasi kepada pelajar, bukan
sebaliknya.
Kerjasama dan persaingan juga merupakan salah satu cara motivasi
ekstrinsik boleh diperolehi. Kerjasama boleh membantu pelajar meningkatkan
kemahiran sosial mereka. Namun, antara keduanya, persaingan memberikan kesan
yang lebih baik dalam mendorong pelajar untuk belajar. Ianya juga dapat
meningkatkan keyakinan pelajar untuk terus berdaya saing.
Motivasi ekstrinsik tidak semestinya merupakan sesuatu yang kurang baik
berbanding motivasi intrinsik. Malah dalam sesetengah keadaan, ia merupakan
satu-satunya cara untuk mendorong pelajar. Oleh itu, motivasi ini juga mampu
untuk meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengekalkan pencapaian
tersebut. Antara contoh motivasi ekstrinsik adalah:
1. Bersenam setiap petang untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing
2. Membaca buku untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik
3. Membuat ulang kaji supaya dapat menjawab soalan guru dan mendapat
pujian
Perkaitan antara motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik.
Berdasarkan penerangan yang telah dijelaskan mengenai kedau jenis motivasi ini,
didapati motivasi intrinsik lebih berkesan terutama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini berikutan motivasi jenis ini kekal lebih lama dalam diri pelajar
membolehkan pelajar terus termotivasi dalam tempoh yang panjang. Pelajar yang
termotivasi secara intrinsik juga akan cenderung untuk mencari logik dan
mengaplikasikan pembelajaran tersebut.
Namun, terdapat sesetengah keadaan di mana motivasi ekstrinsik
merupakan cara yang terbaik untuk memotivasikan pelajar. Ini menunjukan
motivasi ekstrinsik ini bukanlah tidak penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat juga keadaan di mana kedua motivasi ini saling
mempengaruhi. Motivasi ekstrinsik kebiasaannya akan membawa kepada
motivasi intrinsik. Sebagai contoh, guru yang mengajar dengan cara yang menarik
mampu membuatkan pelajar terpikat untuk belajar dengan lebih rajin. Guru yang

12

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

merupakan motivasi ekstrinsik pada awalnya mewujudkan motivasi intrinsik di


kalangan pelajar.
Selain itu harus di ingat juga motivasi pelajar adalah tidak teap sepanmasa.
Pelajar mungkin bermotivasi intrinsik di sekolah, namun akan bermotivasi
ekstrinsik apabila di rumah. Oleh itu, guru tidak boleh mengharapkan hasil yang
sama ketika pelajar belajar di sekolah dan juga di rumah.
4. Kepentingan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Motivasi sememangnya penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berikutan hal tersebut, kesemua bakal guru diajar mengenai motivasi dalam
pembelajaran psikologi. Guru perlu memainkan peranan menaikkan motivasi
pelajar. Malah, terdapat juga keadaan di mana guru menjadi punca motivasi
pelajar menjadi rendah seklaigus mempengaruhi mutu pembelajaran pelajar. Oleh
itu, guru haruslah mengetahui kepentingan motivasi ini dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Antara kepentingan motivasi adalah menentukan tujuan pembelajaran. Di
sini, guru memainkan peranan merancang tujuan pembelajaran berdasarkan
motivasi para pelajar supaya minat dan motivasi ini akan terus berkekalan. Setelah
itu, pelajar yang termotivasi oleh guru ini akan lebih mudah untuk berminat
dengan pembelajaran sekaligus mempercepatkan proses pembahaman konsep
dibina dan membantu pencapaian objektif dengan lebih mudah.
Seterusnya, motivasi juga penting untuk menimbulkan dan mengekalkan
minat pelajar. Pelajar yang sudah termotivasi akan mempunyai minat yang tinggi
dalam pelajaran. Oleh itu, guru harus peka dan berusaha meningkatkan motivasi
pelajar ini. Ransangan-ransangan yang dapat meningkatkan motivasi pelajar
seperti video, suara atau gaya penyampaian guru hendaklah diberi perhatian dan
diutamakan dalam meningkatkan motivasi ini. Ini bermakna, set induksi yang
disediakna oleh guru haruslah menarik dan mampu memberi motivasi kepada
pelajar untuk terus memberikan perhatian.
Mengekalkan pendekatan motivasi juga penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui motivasi seperti hadiah atau pujian, minat pelajar dapat

13

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

dikekalkan terhadap pembelajaran dengan lebih mudah. Ini disebabkan pelajar


kebiasaannya mudah bosan dan hilang minat terhadap pembelajaran terutama
mata pelajaran yang rumit seperti sejarah dan matematik.
Selain itu, motivasi juga dapat menimbulkan sikap ingin tahu di kalangan
pelajar. Ini khususnya bagi pelajar yang termotivasi dengan motivasi intrinsik.
Mereka akan cenderung untuk mendalamai subjek yang dipelajari tanpa bantuan
guru. Ini membolehkan mereka lebih cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.
Motivasi juga dapat menggalakkan semangat persaingan di kalangan
pelajar. Ini berkaitan dengan motivasi ekstrinsik di mana pelajar tersebut
termotivasi dengan markah atau gred yang baik. Mereka akan bersaing di
kalangan mereka untuk mendapatkan keputusan yang baik. Ini samada untuk
mendapatkan pujian guru atau mendapat hadiah dari ibu bapa atau untuk
mendapat tempat di institusi pilihan masing-masing. Ini merupakan contoh di
mana motivasi ekstrinsik juga penting seperti motivasi intrinsik.
Akhir sekali, motivasi dapat menghasilkan pembelajaran bermakna.
Pembelajaran bermakna ini berlaku apabila pelajar sendiri mencari jawapan
terhadap sesuatu permasalahan. Ini dilakukan menerusi eksperimen atau ujikaji di
mana pelajar sendiri yang menganalisis hasil kajian dan seterusnya membuat
kesimpulan. Guru memainkan peranan dari segi mengenal pasti minat dan
kecenderungan pelajar dalam melakukan ujikaji ini da seterusnya memberikan
mereka motivasi yang bersesuaian. Oleh itu, pelajar akan belajar berdasarkan
minat dan bukan paksaan.
5. Cara Tingkat Atau Wujudkan Motivasi Kepada Pelajar
Ramai pelajar yang cuba mencari jawapan kepada kegagalan yang dihadapinya.
Apabila pelajar yang biasanya berjaya tiba-tiba gagal, kebiasaannya mereka akan
mencuba membuat teori sendiri seperti mereka tidak memahami arahan, kurang
menguasai pengetahuan yang diperlukan, atau tidak belajar dengan secukupnya.
Pelajar seperti ini akan berusaha untuk memperbaiki diri dan mencari strategi
untuk berjaya di masa akan datang. Ini merupakan respon yang berorientasikan
guru, dan adaptasi kepada perubahan yang seterusnya membawa kepada kejayaan,

14

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

rasa harga diri, rasa dapat menguasai keadaan dan percaya kepada kemampuan
serta kekuatan diri.
Oleh itu, guru dan pelajar sama-sama bertanggungjawab dalam
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini harus di rancang
secara teliti dan bersistematik dalam memastikan proses tersebut dapat diterima
oleh pelajar dan mudah difahami. Ia perlu dilaksanakan dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan
dan menguasai kemahiran yang diperlukan
Terdapat pelbagai strategi atau teknik yang dapat mempertingkatkan
motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran
adalah berasaskan kepada 3 unsur penting iaitu guru, pelajar dan bahan
pembelajaran yang mana berorientasikan teori-teori motivasi. Penekanan
diberikan kepada guru untuk mengaplikasikan teori-teori motivasi ini dalam
menyusun strategi seterusnya memberikan kesan efektif terhadap pelajar.
1. Umum
Guru seharusnya menggunakan pelbagai teknik motivasi (matlamat
peribadi, praktikal sesuatu subjek, minat individu, keperluan yang disukai,
pujian). Guru boleh menegaskan motif intrinsik seperti perasaan ingin
tahu, penglibatan dan penemuan pengetahuan dalam meningkatkan
motivasi pelajar. Di dalam proses pembelajaran, motivasi intrisik
dikatakan lebih berkesan untuk mendorong pelajar untuk belajar.
Pendekatan ini adalah penting bagi tujuan mempengaruhi motivasi pelajar.
Kebiasaannya pelajar yang gagal akan berasa kecewa dan tidak mahu
melakukan kerja yang serupa berbanding pelajar yang berjaya. Justeru
dalam menangani masalah ini, guru boleh mengadakan tugasan berasaskan
kerja yang pernah dibuat oleh pelajar di samping guru mengaitkan perkara
tersebut dengan perkara baru yakni yang akan diajar.
2. Perasaan ingin tahu
Guru seharusnya cuba untuk membangkitkan perasaan ingin tahu sebelum
mula pengajaran dan pembelajaran dengan mengemukakan masalah,
15

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

konflik, beri ujian awal, atau soalan mencabar. Guru juga boleh
membangkitkan perasaan hairan atau pelik yang mana bertentangan atau
berlawanan dengan pengalaman yang telah pelajar terima dengan memberi
suatu masalah tanpa penyelesaian. Oleh itu, set induksi yang menarik perlu
dalam membina aliran fikiran serta menimbulkan minat para pelajar
supaya mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang
hendak disampaikan. Rajah 2 berikut menunjukkan perkaitan antara
kemahiran set induksi dengan kewujudan teori motivasi kepada pelajar.

Rajah 2: Perkaitan set induksi dalam pengajaran & pembelajaran untuk


meningkatkan motivasi
3. Perhatian

16

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

Gaya pengajaran yang berkesan perlu diterapkan untuk


membangkitkan perhatian pelajar sebelum memulakan proses
pembelajaran. Guru boleh mengemukakan sesuatu yang baru,
berlainan atau luar biasa dengan kaedah demonstrasi, himpunan
fikiran atau menunjukkan barang lama. Perkara yang paling
penting ialah setiap proses pengajaran haruslah dilakukan dengan
pelbagai cara dan sentiasa berubah. Di samping itu juga faktor
minat dalam diri guru tersebut juga dapat memberi contoh terbaik
kepada pelajar dalam mengekalkan perhatian atau minat.
4. Taraf Asperasi
a. Guru perlu menetapkan taraf asperasi pelajar sesuai dengan
kebolehan dan memberi galakan kepada pelajar mencapai prestasi
bersesuaian dengan kebolehan mereka. Seterusnya penyediaan alat
bantu mengajar, aktiviti, projek berbeza mengikut kebolehan dan
asperasi pelajar. Guru haruslah meletakkan standard dan berikan
tugasan dengan tahap kesukaran yang berbagai dalam
meningkatkan motivasi pelajar. Contohnya, memberi latihan
mudah kepada pelajar yang mudah kecewa atau putus asa dan letak
asperasi lebih tinggi jika pelajar tersebut telah menguasai tugasan
mudah tersebut.
5. Motivasi Pencapaian
Motivasi pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan dengan:
a. Berinteraksi mesra dengan pelajar atau galakkan pelajar membaca
tokoh yang bermotivasi (role model).
b. Campurkan pelajar bermotivasi rendah dengan tinggi (Status
Sosio-Ekonomi berbeza)
c. Tarik perhatian pelajar kepada kejayaan mereka dan tunjukkan rasa
puas hati dengan pencapaian itu.
d. Jangan besarkan kegagalan pelajar dengan mengancam, mendenda,
menyindir, mengejek, mengingatkan kegagalan pelajar.

6. Peneguhan

17

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

Menurut Rahil Mahyudin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1977),
penilaian terhadap sesuatu kerja yang diberikan kepada pelajar adalah
perlu dirancang dengan teliti supaya dapat membina semangat belajar di
kalangan pelajar. Oleh itu maklum balas dari guru amat penting
terutamanya berkaitan dengan kemajuan pelajar. Guru perlu memastikan
keputusan ujian pelajar diberitahu dengan cepat bagi mengelakkan pelajar
berasa bosan menunggu. Sekiranya terdapat masalah terutama berhubung
dengan tugasan pelajar, guru perlu memberi komen secara peribadi atau
individu di bilik guru atau di kelas. Jika guru memberi komen secara
terbuka kemungkinan boleh menyebabkan motivasi pelajar turun dan
menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar.
Guru perlu menggunakan pelbagai jenis pengukuhan untuk pelajar
yang berlainan kerana pelajar mempunyai perbezaan personaliti dan
pemahamannya.
a. Memberi pujian atau galakan di mana-mana atau waktu untuk
pelajar sederhana, lemah, introvert, kurang pasti kendiri dalam
meningkatkan motivasi mereka.
b. Mencabar pelajar yang sukakan cabaran dengan memberikan
tugasan yang lebih mencabar untuk disempurnakan.

7. Persaingan
Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran secara berkumpulan.
Antaranya, kaedah pembelajaran ini dapat meningkatkan motivasi pelajar,
menarik minat pelajar, mewujudkan sifat kerjasama antara pelajar dengan
pelajar dan guru. Walau bagaimanapun guru perlulah sentiasa mengawal
pergerakan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dan memastikan semua pelajar mengambil bahagian. Contoh
pembelajaran secara berkumpulan adalah seperti kaedah perbincangan
kumpulan, koperatif, koloboratif dan permainan.
Ini secara tidak langsung mewujudkan semangat bersaing sesama
pelajar yang mana secara tidak langsung memberi manfaat dan dapat
meningkatkan kemampuan pelajar untuk menyumbangkan idea dan juga
dapat mewujudkan hubungan positif antara semua pelajar dan juga guru.

18

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

8. Perbezaan Status Sosio-Ekonomi


Para pelajar mempunyai tahap Status Sosio-Ekonomi yang berbeza. Oleh
itu guru perlu:
a. Menggunakan teknik motivasi berbeza berdasarkan Status SosioEkonomi
i. Status Sosio-Ekonomi rendah : memberi pujian atau
ganjaran nyata
ii. Status Sosio-Ekonomi sederhana : memberi maklumat balik
atau maklum balas atau ganjaran tidak nyata
b. Galakkan percampuran Status Sosio-Ekonomi : gunakan teknik
koloboratif atau koperatif.
c.
9. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengajaran adalah memastikan aktiviti pembelajaran berlaku
dan berjalan lancar. Keberkesanan pengajaran adalah bergantung kepada
kebolehan guru dalam mengaplikasikan segala kemahiran pengajaran begi
memudahkan aktiviti pembelajaran pelajar. Beberapa strategi pengajaran
yang menarik dan efektif perlu diaplikasikan bagi memenuhi keperluan
asas, membina keyakinan dan jangkaan positif, membantu pelajar fokus.
Justeru strategi berikut penting dalam meningkatkan motivasi pelajar :
a. Membantu pelajar fahami objektif pelajaran
b. Menggalakkan perkembangan motif yang positif
c. Menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
d. Memastikan suasana bilik darjah yang mesra, teratur, kemas,
kondusif (mendorong pembelajaran)
e. Mengelakkan tekanan dan keadaan yang timbulkan kekeliruan
f. Memantu pelajar capai matlamat yang realistik dan boleh dicapai.
g. Memberikan idea yang konkrit dan jelas berhubung dengan perkara
yang pelajar perlu buat.
h. Meningkatkan harga diri dan penghormatan diri pelajar.
i. Memulakan matlamat yang mudah dicapai kepada pelajar yang
lemah
j. Ganjaran yang diberi merupakan yang dikehendaki oleh pelajar
k. Menggalakkan persaingan yang sederhana
l. Menyerapkan minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
m. Mempelbagaikan teknik motivasi

19

NORALIZA, NOR HIDAYAH H. NORHIDAYAH


M.

n. Menimbulkan perasaan ingin tahu sebelum mula pengajaran dan


pembelajaran
o. Menarik perhatian pelajar dengan sesuatu yang menarik dan
mengkagumkan
p. Memastikan aras asperasi pelajar harus berbeza
q. Mengadakan kursus atau kem motivasi bagi pelajar
r. Menggunakan pujian dan galakan terutamanya kepada pelajar yang
kurang keyakinan atau lemah.

Sekiranya tugas-tugas di atas dilaksanakan, secara tidak langsung guru


telah merangsang motivasi pelajar supaya mereka gembira semasa aktiviti
pembelajaran berlaku. Ini kerana di dalam bilik darjah atau kuliah, tugas
guru ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai penggerak utama untuk
menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Perkaitan di antara guru dan
pelajar adalah seperti dalam rajah 1.
Pengajaran

Motivasi

Pembelajaran

Rajah 1: Perkaitan Strategi Pengajaran & Pembelajaran Dalam Peningkatan


Motivasi
Justeru, guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang sedang
berlangsung di dalam kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar sesuatu
topik dengan cara tertentu. Janganlah takut melakukan pelbagai percubaan untuk
menemukan cara yang terbaik dalam mengajar. Oleh kerana itu guru harus yakin
akan pentingnya belajar melalui pengalaman. Jika suatu cara yang dilakukan
berjalan lancar, lakukan lagi; tetapi jika cara itu tidak atau kurang memotivasi
pelajar dalam proses pembelajaran, tinggalkan cara itu. Mengajar adalah suatu
proses yang menuntut perbaikan secara cermat dan terus menerus.
6. Implikasi Teori Motivasi Pencapaian Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran
Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa motivasi memainkan peranan yang
sangat penting untuk meningkatkan kejayaan dalam diri seseorang.

20

KONSEP MOTIVASI PSIKOLOGI

Kecenderungan pelajar untuk belajar amatlah bergantung kepada keupayaan guru


dalam mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan teknik-teknik
meningkatkan motivasi semasa proses pengajaran berlangsung. Oleh itu guru
haruslah berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan
menggerakkan motivasi pembelajaran ke tahap paling maksimum.
Motivasi pencapaian boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Objektif
pelajaran, cara dan langkah menyempurnakan tugasan serta isi pelajaran
disampaikan dengan jelas sebelum proses pengajaran berlangsung supaya pelajar
lebih mudah memperolehi konsep konkrit, demi meningkatkan motivasi
pencapaian mereka ke arah mengejar kejayaan.
Guru harus memahami perbezaan peribadi muridnya, dan memberi
bimbingan kepada murid yang mempunyai peribadi yang berorientasi gagal. Ini
bertujuan memupuk keyakinan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Guru harus mengajar murid-murid supaya mereka mendapat pengalaman
kejayaan dan kegagalan. Peringkat kesukaran isi pelajaran perlu sesuai dengan
kebolehan dan pengalaman mereka, agar membawa kesedaran bahawa mereka
yang berusaha akan mendapat peluang kejayaan dan yang tidak berusaha akan
menemui kegagalan.
Motivasi dapat memberi kesan ke atas pelajar yakni, membawa perubahan
sikap ke arah positif, mengurangkan putus asa dalam pembelajaran dan
meningkatkan kepercayaan seseorang terhadap kebolehnnya sendiri.

21

Anda mungkin juga menyukai