Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Dengan nama Allah S.W.T yang maha Penyayang dan Mengasihani.
Segala pujian dan selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyempurnaan Laporan Rancangan Orientasi Sekolah ini dengan
jayanya. Sepanjang menjalankan Rancangan Orentasi Sekolah ini, pelbagai
pengalaman yang telah saya memperolehi sama ada pahit mahupun manis
yang amat berharga dan bermakna dan boleh diguna kelak ketika mengajar.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin
hanya akan dating sekali sahaja dan berbeza-beza. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah yang terlibat dengan ROS ini kerana
telah member peluang, tunjuk ajar dan panduan untuk melaksanakan ROS di
Kolej Vokasional serta menyiapkan laporannya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak Kolej Vokasional yang telah banyak member
tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan laporan, menyesuaikan diri
dengan keadaan dan persekitaran sekolah serta memberi peluang kepada
saya untuk menyampaikan sedikit ilmu kepada pelajar pelajar. Tidak lupa
juga kepada Tuan Pengarah Encik Ridhawan Bin Zalat, Penolong Kanan
Pentadbiran Tuan Hj. Ahmad Bin Othman,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Omar Bin Shaari, Penolong Kanan Ko-kurikulum Tuan Hj. Nik Ahmad
Zakil Bin Nik Hamid, Pensyarah Pembimbing Encik Azam Bin Aziz, pensyarahpensyarah Kolej Vokasional Alor Setar, staf staf sokongan, tukang kebun,
tukang cuci dan pekerja kantin Kolej Vokasional Alor Setar atas bantuan
dalam memberi maklumat, nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
semasa berada di Kolej Vokasional Alor Setar.
Penghargaan juga kepada ahli keluarga saya yang telah banyak
memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai
i

kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai