Anda di halaman 1dari 21

1

BAB 8
8.1

PSIKOLOGI
HUMANISTIK

Pengenalan

Psikologi humanistik ialah satu perspektif psikologi yang menekankan kajian


mengenai keseluruhan manusia. Psikologi humanistik melihat tingkahlaku manusia
bukan sahaja melalui pemerhatian orang lain, tetapi juga melalui pandangan individu
bertingkahlaku. Ahli psikologi humanistik percaya setiap tingkahlaku individu
berkaitan dengan perasaan dalaman dan imej kendiri. Tidak seperti ahli psikologi
tingkahlaku, ahli psikologi humanistik percaya yang manusia bukan hasil daripada
persekitaran semata-mata. Psikologi humanistik ini lebih berminat mengkaji
pengertian manusia, memahami dan mengalami apa yang terlibat dalam
pertumbuhan, pengajaran dan pembelajaran.
Mereka menitikberatkan ciri- ciri yang dapat dikongsi oleh semua manusia
seperti perasaan saying, sedih, mengambil berat, dan harga diri. Ahli psikologi
humanistik juga mengkaji bagaimana manusia dipengaruhi oleh persepsi mereka
sendiri dan keperibadian yang menghubungkan dengan pengalaman mereka. Ahli
psikologi humanistik secara dasarnya tidak mengambil kira gerak naluri, tindak balas
kepada rangsangan luaran atau pengalaman lalu. Mereka lebih berminat menganggap
pemilihan sedar, tindakbalas kepada keperluan dalaman dan pemerihalan terkini
penting dalam membentuk tingkahlaku manusia.

8.2

Sejarah Psikologi Humanistik

Psikologi kemanusiaan telah wujud semenjak zaman pertengahan lagi dimana


falsafah kemanusiaan lahir. Pada dasarnya falsafah ini mempercayai setiap orang ada

nilai dan hak untuk mencapai kesedaran sendiri melalui alasan dan pemikiran
rasional. Gerakan awal ahli kemanusiaan bermula pada abad ke-15 di Eropah.
Psikologi humanistik muncul pada pertengahan 1950-an disebabkan reaksi ahli-ahli
psikologi klinikal, pekerja- pekerja social dan kaunselor terhadap psikologi perilaku
dan psikoanalisis.

8.3

Perkembangan Psikologi Humanistik

Abad ke-20, pemikiran psikologi telah didominasikan oleh dua falsafah iaitu falsafah
tingkahlaku (behavioristic) dan psikoanalisis. Ahli psikologi tingkahlaku mengkaji
tingkahlaku secara terbuka dan percaya keadaan manusia adalah anugerah dan
hukuman terhadap tindakan dan perbuatan tertentu. Psikologi tingkahlaku mencari
sesuatu

untuk

mempergunakan

tingkahlaku

manusia

melalui

peningkatan

penggunaan yang bersesuaian.


Psikoanalisis cuba memahami motivasi luar sedar dan naluri dalaman,
menyebabkan tingkahlaku. Pandangan ini telah dihuraikan oleh Freud yang
mempercayai manusia adalah makhluk yang ada naluri kehidupan dan kematian.
Naluri kehidupan pada asasnya melibatkan pembiakan dan bermandirian termasuklah
rasa lapar, dahaga dan seks. Naluri kematian ialah mencerminkan kecenderungan
manusia untuk mempercayai bahawa yang buruk akan berlaku.

8.4

Falsafah Psikologi Humanistik

Seseorang ada keinginan bebas. Manusia mempunyai kesedaran diri. Oleh itu,
mereka membuat pilihan dalam sedar. Haiwan tidak seperti manusia, mereka
berpandukan naluri dan tidak sampai ke tahap pilihan sedar. Seseorang itu

mempertimbangkan sesuatu dalam sedar. Seorang mencari sesetengah perkara untuk


dirinya sebagai makna atau nilai dalam hidupnya. Mereka mencari makna dan nilai
untuk diri sendiri adalah hasil identity personal. Identiti personal ini adalah apa yang
membezakan seseorang dengan yang lain.
Seseorang individu tidak boleh hidup sendirian. Manusia bersosial secara
semulajadi dan personality dalaman saling bertindak adalah sebahagian dari
perkembangan diri. Manusia mempunyai kesedaran mengenai kewujudan diri.
Bagaimana seseorang bertindakbalas terhadap sesuatu situasi dipengaruhi oleh
peristiwa lalu. Tindakan pada masa depan dipengaruhi oleh peristiwa semasa dan
lalu.

8.5

Prinsip-Prinsip Pendidikan Humanistik

Para pendidik humanistik percaya kedua- dua perasaan dan pengetahuan adalah
perkara

penting

dalam

proses

pembelajaran.

Tidak

seperti

pendidikan

tradisional,guru-guru humanistik tidak memisahkan kognitif dan domain efektif.


Pelajar sepatutnya mampu memilih apa yang ingin dipelajari. Guru-guru humanistik
percaya bahawa pelajar akan bermotivasi untuk belajar sekiranya ada yang perlu
mereka ketahui dalam satu matapelajaran.
Pendidik-pendidik humanistik mendesak sekolah- sekolah supaya perlu
menyediakan pelajar denga persekitaran tidak terancam supaya mereka akan rasa
selamat untuk belajar. Apabila pelajar rasa selamat untuk belajar, pembelajaran
menjadi lebih mudah dan bermakna. Matlamat pendidikan ialah perlu untuk
mendidik keinginan pelajar untuk belajar dan mengajar bagaimana untuk belajar.
Para pelajar perlu ada motivasi diri dan keinginan belajar.
Pendidik humanistik percaya gred tidak relevan dan hanya penilaian diri yang
bermakna. Penggredan akan menggalakkan pelajar berusaha untuk dapatkan gred
dan bukan untuk kepuasan sendiri. Pendidik humanistik menentang tujuan ujian
kerana menguji keupayaan untuk mengingat dan tidak menyediakan maklum balas
pendidikan kepada guru dan pelajar.

8.6

Teori Pembelajaran Humanistik

Menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri individu seperti perasaan atau
emosi. Pendekatan humanistik menekankan cara fikiran dan pengamatan serta
interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu.
Ahli

psikologi

humanistik

percaya

bahawa

seseorang

individu

bertanggungjawab ke atas tindakannya. Sebagai contohnya, kalau seseorang hendak


mencapai kecemerlangan dalam hidup, dia hendaklah bertindak dan berusaha kea rah
pencapaiannya. Kuasa motivasi seseorang invidu ialah kecenderungan untuk
berkembang serta mencapai hasrat diri. Jelas menunjukkan setiap individu
mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap yang maksimum.
Walaupun terdapat halangan- halangan, dengan adanya kecenderungan semulajadi
untuk mencapai hasrat diri maka kejayaan pasti akan diperolehi.
Ahli psikologi humanistik yang lain ialah Carl Rogers. Ketika menjalankan
sesi kaunseling, Carl Rogers menggunakan pendekatan tanpa arah. Ini bermakna Carl
Rogers mendorong kliennya untuk meluahkan perasaan serta intrepretasi terhadap
peristiwa- peristiwa yang dialaminya. Carl Rogers hanya duduk, mendengar dengan
aktif serta menggunakan teknik refleksi idea dan perasaan dalam sesi-sesi terapi.
Teori humanistik menekankan objektif- objektif iaitu meningkatkan arah
kendiri dan kebebasan pelajar. Selain itu, membantu pelajar agar lebih
bertanggungjawab untuk menentukan perkara yang ingin mereka pelajari. Di
samping itu, meningkatkan daya cipta pelajar- pelajar, mengembangkan minat dalam
bidang seni dan meningkatkan naluri ingin tahu pelajar- pelajar.
Keseluruhan ahli teori humanistik kurang menekankan pemberian gred,
kurikulum yang seragam, rancangan pelajaran dan kedatangan wajib. Asas kepada
teori pembelajaran humanistik ialah kepercayaan bahawa pelajar mempunyai
keperluan untuk pencapaian hasrat diri. Pihak guru seharusnya membina dan
mengembangkan individu berasaskan keperluan tersebut. Ini bermakna bukannya
guru atau perancang pendidikan yang menentukan kandungan kurikulum. Pelajarlah
yang akan menentukan kurikulum kerana pelajar yang mengetahui perkara yang
mahu dipelajari. Pelajaran hendaklah disusun agar pelajar- pelajar mempelajari
sesuatu bermakna.

Pembelajaran humanistik menitikberatkan perkembangan secara bebas dan


bertujuan untuk membantu kanak- kanak daripada tekanan keluarga dan masyarakar.
Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik. Ahli humanistik
berpendapat bahawa akhirnya, pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik
berbanding dengan system persekolahan tradisioanal. Ini berlaku kerana dalam
pengajaran secara humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Ciri inilah
menyebabkan pembelajaran itu amat bermakna dan berupaya mengembirakan
pelajar. Rajah 1 menunjukkan prinsip-prinsip yang dititikberatkan dalam Teori
Pembelajaran Humanistik.
PELAJAR AKAN
BELAJAR APA YANG
MEREKA INGIN TAHU

MURID AKAN BELAJAR


DENGAN BERKESAN JIKA
MARUAHNYA TIDAK
TERGUGAT

PEMBELAJARAN CARA
MERASA ADALAH SAMA
PENTING DENGAN
PEMBELAJARAN CARA
BERFIKIR

KEINGINAN UNTUK
BELAJAR DAN TAHU
CARA BELAJAR LEBIH
PENTING

PENILAIAN YANG
DIBUAT OLEH PELAJAR
SENDIRI LEBIH
BERMAKNA

Rajah 8.1: Prinsip-prinsip yang dititikberatkan dalam Teori Pembelajaran Humanistik

8.7

Pergerakan Humanistik dalam Pendidikan

A.S.Neill adalah orang pertama yang dianggap sebagai pendidik humanistik moden.
Neill menegaskan Summerhill, sebuah sekolah di England berdasarkan kepada
prinsip-prinsip humanistik. Kanak-kanak yang hadir ke sekolah tersebut diberi

kebebasan untuk belajar dan memasuki kelas yang mereka mahu. Menurut laporan
kementerian Pendidikan British, pelajar- pelajar tidak pernah jemu belajar di sekolah
terbabit. Mereka menjadi lebih bersemangat, bertanggungjawab dan sanggup
mengambil inisiatif dalam pembelajaran. Meskipun kelebihan, banyak ibubapa
memindahkan anak mereka dari sekolah selepas usia 13 tahun keran persiapan
akademik yang tidak mencukupi.
Di Amerika Syarikat, Carl Rogers dan Abraham Maslow memasukkan asas
psikologi pergerakan humanistik dalam pendidikan. Pergerakan humanistik ini telah
membawa kepada perkembangan program- program pendidikan terbuka. Programprogram ini telah dicontohi setelah disebutkan dalam laporan Plowden, laporan yang
memuji program- program pendidikan terbuka dan diperiksa falsafahnya dan rangka
kerja psikologi.

8.8

Teori Hierarki Keinginan Manusia (Abraham Maslow)

Setiap individu akan membawa bersama-samanya minat, sikap, dan keinginan ke


tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa manusia mempunyai
lima tahap (hierarki) keinginan yang akan cuba dipuaskan iaitu keinginan fisiologi,
keinginan jaminan, keinginan sosial, kebanggan dan kesedaran diri. Keinginan
fisiologi termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks.
Keinginan jaminan termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta
bebas daripada bahaya dan ugutan. Keinginan sosial pula termasuk keinginan untuk
bergaul dan berhubung dengan orang lain, sera melahirkan perasaan kasih sayang.
Kebanggan pula termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status
(darjat). Manakala, kesedaran diri pula adalah termasuk berbagai keinginan terhadap
perkembangan dan kemajuan diri, pencapaian diri serta potensi.
Berhubung dengan hierarki keinginan yang dinyatakan di atas, Maslow
menerangkan tentang kelakuan manusia iaitu manusia, setelah memenuhi keinginan
pertama, iaitu keinginan fisiologi, akan cuba pula untuk memenuhi keinginan yang
kedua dan seterusnya dan keinginan yang telah dipuaskan itu tidak lagi mendorong

kelakuan manusia. Hanya keinginan yang belum dipuaskan yang akan mendorong
manusia untuk berkelakuan atau bertindak sehingga mendapat kepuasan.
Semenjak teori hierarki keinginan ini berkembang telah menggerakkan
beberapa kajian di dalam organisasi. Di antara pertemuan yang didapati daripada
kajian itu ialah keinginan bangga diri (ego) dan kesedaran diri didapati paling
penting apabila individu itu telah meningkat daripada peringkat yang rendah kepada
peringkat yang lebih tinggi di dalam struktur organisasi. Teori hierarki keinginan dan
teori dua faktor menitikberatkan konsep motivasi seperti keinginan, kepuasan atau
faktor pendorong dan bukan pendorong. Teori Hierarki Maslow- manusia memenuhi
keperluan mengikut heiraki keutamaan seperti keperluan Fisiologi, keperluan sosial
dan keperluan rohani.

8.9

Kaitan antara Teori Maslow dengan Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat tiga kaitan Teori Maslow dengan pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori
Motivasi Maslow, Teori Kognitif Motivasi dan Teori Motivasi Pencapaian.

8.9.1

Teori Motivasi Maslow

Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu.
Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai
keperluan kompleks. Berdasarkan Atan Long (1976: 131), Maslow (1954) telah
menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.
Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperoleh sebelum
keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat
yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah

keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih


sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan
peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan
bagi penyempurnaan kendiri.
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini ialah keperluan
Estetik, keperluan mengetahui, penyempurnaan diri, penghargaan kendiri, kasih
sayang, keselamatan dan fisiologi. Model Maslow yang berbentuk peringkat itu
merupakan

perkembangan

ontological

individu

kerana

setiap

peringkat

perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanakkanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasihsayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada
peringkat penyempurnaan kendiri.
Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin
kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu
menggunakan pengalaman lampau untuk menetukan tingkah-lakunya. Pada masa ini
motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan
kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor
desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow
menamakan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling
tinggi sebagai keperluan perkembangan.

8.9.2

Teori Kognitif Tentang Motivasi

Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila


mereka mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif atau satu keinginan mencari
penyelesaian kepada sesuatu masalah. Guru perlu menentukan muridnya mengalami
keinginan mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga perlu memastikan
pembelajaran berlaku.
8.9.3

Teori Motivasi Pencapaian

Menurut teori ini, pencapaian seseorang individu untuk Berjaya ke aras yang paling
tinggi. Pada masa yang sama, merka akan mengelakkan kemungkinan mengalami
kegagalan. Apabila murid Berjaya, mereka membina matlamat yang realistic bagi
diri mereka dan kejayaan tersebut menguatkan keperluan untuk pencapaian
selanjutnya.
Pendedahan pengajaran kemanusiaan bertunjangkan pelajar yang akan
menjadi dewasa yang mempunyai kesedaran diri iaitu salah satu dari teori Maslow
(1954).Kesedran diri di kalangan orang dewasa adalah peningkatan kendiri, yakin,
matang, jelas tentang masa depan dan fleksibel.
Secara praktikalnya, kaedah pengajian kemanusiaan ini menggabungkan
kaedah individu dan kumpulan kecil. Peranan pengajar humanistik adalah
mengelolakan kelas, oleh yang demikian pelajar akan berminat untuk belajar, mahu
untuk membangun, berusaha untuk menyelesai, berharap untuk menguasai dan
berhasrat untuk mencipta (Rogers, 1959).
Dari segi pendidikan, diandaikan pengalaman pendidikan direka untuk
memenuhi keperluan pelajar. Individu mencapai perkembangan melalui pengalaman
di sekolah. Bagi guru, mereka harus mempunyai asas untuk menentukan pengalaman
di sekolah yang diingini.

8.9.3.1 Keperluan Estetik

Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan
memahami keindahan dan kecantikkan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki
perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki barangan yang cantik dan mempunai
unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup
membelanjakan berates malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah.
Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan

10

mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya. Tugas guru pula semakin
mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik dewasa ini. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai unsure yang membolehkan
murid melibatkan diri secara aktif. Di samping itu, hal ini menjadikan proses
pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan.
Guru merupakan penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya
apabila mereka mampu memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh
diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak
langsung dapat mempertingkatkan aras motivasi seta menigkatkan prestasi muridmuridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat
muridnya. Guru mestilah menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu
sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanfaat. Aktiviti
pembelajaran perlu menggalakan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan.
Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid
merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsure aktiviti seperti
proses penyelidikkan, keseronakkan dan sebagainya. Guru boleh menyuruh murid ke
perpustakan atau makmal komputer untuk mencari makluat tentang topik-topik yang
berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.
Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang
bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran. Ini adalah berguna untuk
pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat
pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar. Selain itu,
guru juga boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi
mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Guru
mengglakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan. Guru tidak boleh
mengharapkan pelbagai bahan rujukan. Guru juga tidak boleh mengharapkan buku
teks sahaja. Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur
kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM, bahan-bahan bacaan lain. Murid
mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat
sendiri.
8.9.3.2 Keperluan Mengetahui

11

Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara.
Tambahan pula berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta
menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu
mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang
kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan
cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam
proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

8.9.3.3 Keperluan Fisiologi

Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas.
Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia.
Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal
seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.
Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar
yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan
keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu. Bagi mengelakkan
perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil
berat kepada tanda-tanda yang menunujukkan sebarang kekurangan dari segi fizikal
pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi
atau berminat terhadap pelajaran.
Selain itu, seks turut merupakan salah satu perkara yang termasuk dalam
keperluan asas manusia. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila
seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat
mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk
memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui
hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya
kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu

12

tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan
keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

8.9.3.4 Keperluan Keselamatan

Keperluan keselamatan ini merupakan keperluan yang boleh timbul disebabkan


keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa
bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan
ini agar sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanakkanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang
ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan
hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan
kajiannya turut menunujukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang
dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
Dalam konteks sekolah pula, hal yang sedemikian turut berlaku didalam
kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam
bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan
disiplin ini. Oleh yang demikian, ibu bapa wajar memainkan peranannya dalam
mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Di dalam kelas guru pula
berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jika seseorang guru itu
bertindak dengan konsisten. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar akan dapat belajar
dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau mood guru itu.
Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan
yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu, apa yang penting juga guru seharusnya
ada sikap toleransi tehadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan merasa
selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap proses pembelajaran.
8.9.3.5 Keperluan Kasih Sayang

13

Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan


hubungan yang mesra, kasih sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di
dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi
perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka
merasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil
menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran
mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi
pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang
di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai,
dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada
itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar
dan lenyap.
Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan
menasihati atau mebgadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik
sesama mereka. Apa yang penting seterusnya dapat memelihara hubungan yang baik
dan mesra di antara pelajar dengan guru. Dengan cara ini, pelajar akan merasakan
mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang
kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak
langsung, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis,
lancar dan berkesan kerana masing-masing telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya.

8.9.3.6 Keperluan Penghargaan Kendiri

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan
oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud
menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan
individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Penerimaan bererti
memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri. Penerimaan
rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir. Murid yang diterima

14

kerap kali memperoleh prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak
diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi
dan bernilai. Oleh itu, mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan
masalah pembelajaran dalam kumpulan. Tambahan pula, guru perlu menyediakan
aktiviti seperti projek-projek bagi setiap murid agar mereka dapat berdamping dan
mendampingi murid lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi
apabila dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan,
juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorangitu
berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan
Tunku Mohani (1996: 13) ,mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, Orang yang
mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan
akademik. Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar
itu.
Oleh yang demikian,telah menjadi tugas seseorang guru dalam memberikan
tugasan yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh
pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang
diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Hal ini dapat memupuk diri pelajar
untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar
dan Berjaya makin meluap-luap.

8.9.3.7 Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai
individu yang asing dan memiliki ciri-ciri yang unik atau istimewa (Shaffer,1985). Ia
membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan mengangap
dirinya. Penyempurnaan kendiri bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia
mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu berasaskan
kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya. Kesedaran itu pula
lahir daripada maklum balas, gerak balas atau interaksi individu lain semasa
pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain

15

Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri


yang tinggi dikonsepikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya
dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala
mereka yang mempunyai konep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai
orang yang membenci dan tidak menghargai dirinya. Iaitu seseorang yang tidak
berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengan persekitarannya.
Peringkat penyempurnaan kendiri merupakan peringkat paling tinggi dan
hanya diperoleh apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi.
Demikian pula mengikut Atan Long (1976: 148) daripada Maslow (1970), keperluan
untuk penyempurnaan itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang
tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat
dicapai apabila seseorang memenuhkan keperluan yang lain yang terdapat pada
peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi,
keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan
manusia.
Dalam konteks sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang yang diberi
kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti
pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi
bimbingan kaunseling. Guru turut memainkan peranan dalam dalam membantu
menyuburkan minat, bakat juga kebolehan pelajar dngan menjadi pembimbing atau
fasilitator kepada mereka. Kesan daripada proses pengajaran serta pembelajaran
dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan minat kepada semua pihak.

8.10

Sumbangan Tokoh-Tokoh Psikologi Pendidikan Kemanusiaan Kepada


Dunia Pendidikan

16

Terdapat ramai tokoh dalam dunia psikologi kemanusiaan atau humanistik. Antara
nama tokoh yang tidak asing lagi ialah Abraham Maslow, Carl Rogers, Burrhus
Frederic Skinner, John Watson, Erik Erikson, Ivan Pavlov dan Alfred Binet. Banyak
sumbangan yang telah mereka lakukan terhadap pembangunan pengajaran dan
pembelajaran yang menjadi teori dan panduan dalam pendidikan sekarang. Berikut
adalah sedikit latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh psikologi yang sangat
besar maknanya kepada dunia pendidikan.

8.10.1 Abraham Maslow(1908-1970)

Abraham Maslow dikenali sebagai pelopor aliran psikologi humanistik dan beliau
merupakan pengasas atau Bapa Psikologi Kemanusiaan. Beliau dilahirkan di
Brooklyn, New York pada tahun 1908 dan meninggal dunia pada tahun 1970 dalam
usia 62 tahun. Maslow dibesarkan dalam keluarga Yahudi dan merupakan anak tertua
daripada tujuh beradik. Beliau mempelajari bidang pengajian psikologi di University
of Wisconsin dan memperoleh gelaran Ijazah pada tahun 1930, Sarjana pada tahun
1931 dan PhD pada tahun 1934.
Sumbangan Maslow dalam pendidikan ialah beliau memberikan pandangan
bahawa manusia mempunyai lima tahap (hierarki) keinginan yang akan cuba
dipuaskan iaitu keinginan fisiologi, keinginan jaminan, keinginan sosial, kebanggaan
dan kesedaran diri. Rajah 2 menunjukkan lima tahap keperluan manusia yang dibina
oleh Abraham Maslow.

17

Kesedaran diri
Kebanggaan
Keinginan Sosial
Keinginan Jaminan
Keinginan Fisiologi

Rajah 8.2: Hierarki Keperluan Manusia Maslow


Keinginan fisiologi ialah keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan
seks. Keinginan jaminan ialah keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian serta
bebas daripada bahaya dan ugutan. Keinginan sosial pula ialah keinginan untuk
bergaul dan berhubung dengan orang lain serta melahirkan perasaan perasaan kasih
sayang. Kebanggan ialah keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status
(darjat), manakala kesedaran diri ialah pelbagai keinginan terhadap perkembangan
dan kemajuan diri, pencapaian serta potensi diri.

8.10.2 John Broades Watson (1879-1958)

John Broades Watson dillahirkan di Greenville pada 9 Januari 1878 dn meninggal


dunia pada 25 September 1958. Beliau mempelajari ilmu falsafah di University of
Chicago dan memperoleh gelaran PhD pada tahun 1903 dengan kajian yang berjudul
Animal Education. Watson dikenali sebagai ilmuan yang banyak melakukan
penyelidikan tentang psikologi binatang. Karyanya yang paling terkenal adalah
Psychology as the Behaviorist view it (1913).

18

Peranan dan sumbangan watson dalam bidang pendidikan ialah beliau


menekankan mengenai kepentingan pendidikan dalam perkembangan tingkahlaku.
Beliau percaya bahawa dengan memberikan keadaan tertentu dalam proses
pendidikan, maka akan dapat membuat seorang anak mempunyai sifat-sifat tertentu.
Beliau memberi ucapan yang menyokong pendapat tersebut dengan mengatakan:
Berikan kepada saya sepuluh orang anak, maka saya akan jadikan kesepuluh anak
itu sesuai dengan kehendak saya.

8.10.3 Erik Homburger Erikson (1902-1994)

Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankfrut, Jerman pada tahun 1902. Ayahnya
berketurunan Denmark, manakala ibunya Yahudi. Erikson mempelajari ilmu
psikologi daripada Anna Freud (puteri dari Sigmund Freud) di Vienna
Psycholoanalytic Institute daripada tahun 1927 hingga 1933. Pada 1933, Erikson
berpindah ke Denmark dan mendirikan pusat pelatihan psikoanalisa (psychoanalytic
training center) disana. Pada tahun 1939, beliau berpindah ke Amerika dan menjadi
warganegara di sana, dimana beliau sempat mengajar di beberapa buah universiti
terkenal seperti Harvard, Yale dan University of California di Berkeley.
Erikson sangat dikenali dengan tulisan-tulisannya di bidang psikologi anak.
Erikson mengembangkan teori tahap-tahap perkembangan psikoseksual dari Freud
yang lebih menekankan dorongan-dorongan seksua, dengan menekankan kepada
aspek-aspek perkembangan sosial. Beliau mengembangkan teori yang disebut theory
of Psychological Development (teori perkembangan psikososial) dimana ia
membahagi tahap-tahap perkembangan manusia menjadi lapan tahap. Beberapa buah
buku yang pernah ditulis oleh Erikson dan mendapat sambutan luar biasa daripada
masyarakat antaranya ialah Young Man Luther: A Study in Psychoanalysis and
History (1958), Insight and Responsibility (1964) dan Identity: Young and Crisis
(1968).

19

8.10.4 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)

Burrhus Frederic Skinner dilahirkan di sebuah kota kecil bernama Susquehanna,


Pennsylvania pada tahun 1904 dan meninggal dunia pada tahun 1990 akibat serangan
penyakit leukemia. Skinner dibesarkan dalam keluarga sederhana, penuh disiplian
dan bekerja keras. Skinner mendapat Ijazah di Inggeris. Pada tahun 1931, Skinner
mendapat gelaran Sarjana Psikologi dari Harvard University. Setahun kemudian,
beliau memperoleh gelaran PhD pula.
Pada tahun 1945, beliau menjadi ketua fakulti psikologi di Indiana University
dan tiga tahun kemudian, beliau berpindah ke Harvard dan mengajar di sana
sepanjang kariernya. Meskipun Skinner tidak pernah benar-benar menjadi penulis di
surat khabar seperti yang di impikannya, beliau merupakan salah seorang ahli
psikologi yang paling banyak menerbitkan buku dan artikel mengenai teori perilaku
(tingkah laku), peneguhan dan teori-teori belajar.
Skinner memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan
kariernya untuk mengembangkan teori mengenai Reinforcement (pengukuhan).
Beliau percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang atau perilaku yang
terjadi adalah akibar daripada tindak balas terhadap adanya kejadian luaran
(eksternal). Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana
mendapatkan ganjaran dari apa yang kita inginkan. Bagi Skinner, hal yang paling
penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui Reward and
Punishment. Pendapat ini mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, perasaan,
pemikiran dan kebebasan.

8.10.5 Alfred Binet (1857-1911)

Alfred Binet dikenali sebagai seorang psikologi dan peguam. Hasil karya terbesar
dari Alfred Binet di bidang psikologi adalah Intelligence Quotient atau IQ. Sebagai
seorang penyelidik masalah pendidikan di Perancis, Alfred Binet mengembangkan

20

sebuah ujikaji untuk mengukur usia mental (the mental age atau MA) kanak-kanak
yang akan masuk sekolah. Peringkat usia tersebut merujuk kepada kemampuan
mental kanak-kanak pada saat diuji dan dibandingkan dengan kanak-kanak lain di
usia yang berlainan. Dengan kata lain, jika seorang kanak-kanak dpat menyelesaikan
suatu ujian atau memberikan tindak balas secara tepat terhadap pertanyaanpertanyaan yang diperuntukkan bagi kanak-kanak berusia 8 tahun, maka ia dikatakan
telah memiliki usia matang 8 tahun.
Ujian yang dikembangkan oleh Binet merupakan ujian kebijaksanaan yang
pertama, namun begitu, konsep usia mental mengalami perubahan sebanyak dua
kali.sebelum dijadikan dasar dalam ujian IQ. Pada tahun 1914., tiga tahun setelah
Binet meninggal dunia, seorang psikologi Jerman, William Stern, mengusulkan
bahawa dengan membahagi usia mental kanak-kanak dengan usia kronologikal
(Chronologocal Age atau CA), maka akan lebih memudahkan untuk memahami apa
yang dimaksudkan Intelligence Quotient. Rumus ini kemudian dirujuk oleh Lewis
Terman dari Stanford University yang mengembangkan ujian untuk orang-orang
Amerika. Lewis mendarab formula yang dikembangkan Stern dengan angka seratus.
Perhitungan statistik inilah yang kemudian menjadi definisi atau rumus untuk
menentukan kepandaian seseorang: IQ=(MA/CA)*100. Test IQ ini kemudian
dinamakan Stanford-Binet Intelligence Test yang masih popular sehingga ke hari ini.

8.11

Kesimpulan

Psikologi kemanusiaan percaya bahawa tingkah laku setiap individu pada dasarnya
ditentukan oleh persepsinya sendiri terhadap dunia sekelilingnya. Setiap individu
bukanlah terhasil dari persekitarannya semata-mata
Lima prinsip asas pendidikan kemanusiaan:
(i) Pembelajaran pelajar seharusnya berdasarkan kesedaran diri pelajar.
(ii) Sekolah seharusnya menghasilkan pelajar yang mahu belajar dan tahu
bagaimana untuk belajar.
(iii) Penilaian yang paling bermakna ialah penilaian kendiri.

21

(iv) Perasaan yang seiring dengan pengetahuan merupakan proses pembelajaran


yang sangat penting.
(v) Persekitaran yang tenteram dan tidak terancam merupakan suatu suasana yang
sangat sesuai untuk belajar.
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan
perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, bagi
meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang
pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar, guru dapat mengatur strategi
alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

Anda mungkin juga menyukai