Anda di halaman 1dari 5

8.5 PERKAITAN ANTARA TEORI INTERAKSIONISME DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.5.

1 Teori
Interaksionisme Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead. Beliau
merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan individu dalam
sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak
mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir
makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia
yang subjektif. Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh
anggota- anggota masyarakat. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu
pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Keduanya ia
melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi manusia. Blummer
(1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik memberikan tiga huraian penting
mengenai konsep makna. Pertama adalah kepentingan memahami makna-makna simbolik
mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang simbolik berguna semasa interaksi di
mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra. Ketiga, makna
adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna
yang diutarakan oleh pihak lain tetapi kita juga berperanan memberi makna yang sesuai kepada
sesuatu perkara. Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana
individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia memberi penekanan
tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial dan seseorang manusia
bukanlah secara pasif dibentuk oleh persekitaran sosial. Makna-makna simbolik diperoleh
daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.
Perkataan yang digunakan sebagai simbol adalah mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai
dan idea. Perlakuan pula meliputi perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat
seseorang. Objek adalah perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah bahasa lisan
untuk berhubung. Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menjadi makhluk sedar
kendiri atau kita menyedari bahawa diri kita adalah seseorang individu. Penggunaan simbolsimbol merupakan perkara penting dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan sesuatu
yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili itu wujud dalam
bentuk nyata atau abstrak. Sebagai contoh, perkataan pokok merupakan simbol yang mewakili
objek pokok. Kita boleh fikir dan gambarkan mengenai pokok walaupun ketika itu pokok tidak
wujud di depan mata kita, hanya sekiranya kita telah menguasai konsep simbol. Oleh itu,
pemikiran simbolik membebaskan kita daripada hanya terhad kepada perkara-perkara yang kita
boleh lihat, dengar, hidu dan rasa sahaja.

Ahli interaksionisme simbolik selalunya berfokus kepada hubungan bersemuka dalamkonteks


kehidupan seharian. Setiap hari manusia terlibat dengan pergaulan denganorang lain.
Hubungan antara manusia ini melibatkan simbol. Signifikasinya,kehidupan manusia adalah
dipenuhi dengan simbol-simbol. Simbol menyebabkan kitadapat mempelajari tentang diri kita
dan dapat melihat diri kita dari luar. Contoh palingmudah ialah simbol saya merujuk kepada
objek yang dipanggil oleh orang lain sebagai awak merupakan tahap permulaan kesedaran
kendiri. Lebih jelas lagi, kitadapat melihat diri kita sebagaimana orang lain melihat diri kita.Prose
menginterpretasi simbol-simbol adalah sangat kompleks. Bila berinteraksidengan orang lain,
kita selalunya mencari petanda-petanda jenis tingkah laku dalamkonteks hubungan
berkenaan. Kita mengiterpretasi simbol-simbol daripada pihak lainseperti apakah kemahuan
mereka, apa merka akan kata atau apa mereka akan buat.Misalannya, apabila buat pertama
kali bertemu dalam temujanji antara lelaki danperempuan, masing-masing akan menunjukkan
sesuatu yang baik dan memikirkanapa pandangan pasangan terhadapnya, mereka akan
menggunakan simbol-simbol dandisesuaikan dengan perlakuan yang berhati-hati.Oleh itu, teori
interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial manusia.Sekiranya kita tidak bersosial,
kita tidak akan berkelakuan seperti makhluk manusiabiasa. Kita mungkin dianggap tidak waras
dan tidak siuman. Banyak cerita-ceritamanusia yang sejak kanak-kanak terasing daripada
manusia lain telah menunjukkantingkah laku berbeza daripada manusia yang kita anggap
normal. Salah satu contohialah lagenda Tarzan yang tidak mempunyai interaksi dengan
manusia semasa zamankanak-kanaknya.Secara keseluruhannya terdapat beberapa prinsip
asas teori interaksi simbolik sepertiberikut (Ritzer 1992): 1. Manusia adalah tidak sama dengan
binatang kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir. 2. Keupayaan berfikir manusia
adalah dibentuk oleh interaksi sosial. 3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari maknamakna dan simbol-simbol yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang
ada pada mereka. 4. Makna-makna dan simbol-simbol membolehkan manusia beraksi dan
berinteraksi. 5. Manusia berkeupayaan mengubah makna-makna dan simbol-simbol yang
mereka gunaka dalam aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu
situasi. 6. Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan
mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka menjangkakan
kemungkinan-kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan
akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.

7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat.


8.5.2 Pendidikan Kajian interaksionisme dalam pendidikan berfokus kepada meneliti maknamakna yang dibentuk oleh peserta-peserta yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka
juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat
bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan bagaimana
murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi
dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam
masyarakat. Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular
digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid
dan guru dengan guru. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika interkasi yang berlaku
dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seperti membuat janji dan ancaman
atau amaran, merujuk kepada pihak atasan seperti guru besar, dasar pecah dan perintah dan
lain-lain. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada
keadilan, melakukan gangguan, merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa dan
sebagainya. Teknik- tekni atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan
menjadikan suasana bilik darjah hidup, menjadi lebih teratur dan menggalakkan proses P&P.8.6
PERKAITAN ANTARA TEORI KONFLIK DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.6.1 Teori Konflik Teori
konflik bermula daripada pandangan asal Marx dan diikuti oleh Weber. Tokoh- tokoh lain telah
memperkembangkan pandangan mereka. Secara analitikal teori ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber. 8.6.1.1 Aliran Marx Teori konflik aliran Marx adalah
berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Karl Marx. Perspektif
Marxime adalah agak berbeza dengan pandangan sosiologi bukan Marx.ia berbeza dengan
fungsionalisme kerana ia tidak bersetuju engan konsep consensus dan sosiologikal yang bebas
nilai. Bagi pengikut aliran Marx, mereka melihat teori bukan semata-semata sebagai satu cara
analisis sosiologi bahkan ia juaga merupakan satu cara reformasi social. Marxime pula menjadi
pengerak kepada perubahan politik yang radikal. Fatimah Daud (1992) mengatakan bahawa
konsep sejarah Marxime Marx mengandungi tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori
atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan
satu pandangan hidup yang kekuatannya sama dengan agama. Brinkerhoff dan Whife(1989),
pula merumuskan terdapat tiga andaian penting teori konflik iaitu: 1. Konsep dialektik : Evolusi
bukan merupakan proses utama yang menghasilkan perubahan sosial tetapi sebab utama yang
menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 2. Determinisme : Asas kepada perubahan sosial
adalah ditentukan oleh faktor- faktor persaingan ekonomi. 3. Ativisme Sosial : Tugas utama

analisis sosial adalah kriktikan sosial.Pada keseluruhannya teori konflik juga membicarakan
mengenai peranan struktursosial. Konsep-konsep berkaitan yang selalu dibincangkan oleh teori
ini ialah sepertisoal pembahagian kelas sosial dalam masyarakat, konflik, perubahan sosial,
alienasikuasa

dan

ideologi.

Ketidaksamaan

selalu

menjadi

fokus

perdebatan.

Dua

perkarautama yang biasa diutarakan ialah pertamanya, teori ini melihat akses atau
peluangyang tidak sama terhadap sumber-sumber yang terhad yang ada dalam struktur
sosial.Kedua,

ia

melihat

bagaimana

ketegangan

yang

berpunca

daripada

ketidaksamaanmemberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Oleh itu, teori ini
melihatmasyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik tidak dapatdihindarkan
untuk berubah. Pergeseran-pergeseran berlaku antara kelas sosial rendah,berlaku dalam kelas
sosial yang sama, dalam keluarga atau dalam kumpulan: dimanasemuanya mahukan
perubahan. Dalam sesuatu konflik, akan ada satu pihak yangkalah dan satu pihak yang
menang. Fenomena kalah-menang ini kan menyebabkanperubahan. Oleh itu, ketegangan dan
konflik dalam masyarakat akan memyumbangkepada perubahan sosial. Walaupun perubahan
boleh berlaku revolusi dan adaptasi, iamesti dimulai oleh konflik.Untuk berfikir seperti Marx, kita
perlu menerima pandangan bahawa asas kepadapembentukan masyarakat adalah merupakan
faktor-faktor ekonomi seperti tanah,modal, industry dan perdagangan.pembentukan sesebuah
masyarakat baru adalahhasil daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi.
Faktor-faktor yangberkaitan dengan pengeluaran ekonomi menjadi asas kepada perubahan
masyarakat.Bahagaian-bahagian lain selain daripada ekonomi seperti agama, institusi
politik,institusi kekeluargaan, dan institusi pendidikan pula menjadi superstrukturmasyarakat.
Superstruktur masyarakat adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh strukturasas masyarakat, iaitu
ekonomi. Perubahan pada superstruktur masyarakat hanya kanberlaku sekiranya telah terdapat
perubahan pada asasnya. Sebagai contoh, masyaralatkapitalis terbentuk kerana pertentangan
antara tuan tanah aristrokrat dengan kelasbaru dimana kekayaan kelas baru adalah berasaskan
kepada keluaran industry danperdagangan. Kelas baru yang menguasai faktor-faktor
perdagangan ini disebut olehMarx sebagai berjuis. Golongan berjuis yang menguasai
perdagangan danperindustrian menggunakan mereka yang tidak berharta untuk menjadi buruh
danmereka digelar sebagai golongan proletariat atau kelas pekerja. Golongan berjuis
merupakan minoriti dalam masyarakat sementara yang majoritinyaadalah golongan proletariat.
Golongan minoriti mempunyai kauasa yang besar keranamerekalah yang menguasai ekonomi.
Dengan kuasa, mereka mendominasikangolongan majoriti. Kedua-dua golongan ini sentiasa
berkonflik. Setiap kelasmempunyai kesedaran untuk perpaduan dan menjaga kepentingan
kelas masing-masing serta berseteru dengan kelas lain. Kelas pekerja selalu mendakwa

merekaditindas oleh golongan yang mempunyai kekuasaan. Oleh itu, kaum buruh akanberjuang
dan memprotes untuk mendapatkan hak mereka seperti, berjuang memintagaji yang lebih
tinggi. Golongan berjuis akan menjaga kepentingan utama untukmencapai keuntungan
maksima dengan melakukan pengeksploitasian. Ketegangandan konflik antara mereka
berterusan yang mengakibatkan perubahan sosial tidakdapat dielakkan. Mengikut teori Marx
pada sejarah tertentu kapitalisme, perjuanganini akan dimenangi oleh kelas pekerja. Mereka
akan memperoleh kuasa dan padaperingkat ini masyarakat akan sekali lagi berubah. Dalam
masyarakat baru yangdipanggil sosialis, tiada individu yang akan menguasai faktor-faktor
pengeluaran.Semua hak milik terhadap faktor-faktor pengeluaran dianggap sama. Oleh itu,
kelassosial dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan akan terputus dan semua orang
akanmempunyai

peluang

yang

sama.Kewujudan

institusi-institusi

dalam

masyarakat

kapitalisme adalah untukmempertahankan faktor-faktor pengeluaran. Dalam masyarakat


kapitalis, semuainstitusi sosial wujud kerana kepentingan kelas memerintah mengekalkan
kedudukandan kekuasaan mereka. Institusi keluarga misalnya digunakan untuk melahirkan
danmembekalkan generasi pekerja akan datang. Kuasa institusi undang-undangdigunakan
untuk menjaga kepentingan minoriti dan mengawal mereka yangmenentang hak individu dalam
sistem kapitalisme. Pendidikan akan mengajar anak-anak kelas pekerja untuk menduduiki
kedudukan yang sesuai bagi mereka dalamstruktur masyarakat. Mereka dibekalkan dengan
ilmu dan nilai sebagai pekerja yangdikehendaki untuk terus mencipta kekayaan kepada kelas
domain.

Anda mungkin juga menyukai