Anda di halaman 1dari 2

PENDAFTARAN KONTRAKTOR BAGI KELAF F DAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

Pendaftaran adalah terbuka kepada kontraktor kelas F dan kontraktor Elektrik tempatan yang berkelayakan bagi
membolehkan pemohon menyertai sebutharga yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Nilai manakala bagi
kontraktor yang lebih besar rumusan tender akan dibuat secara terbuka dan akan diiklankan di dalam surat
khabar tempatan utama berbahasa Melayu.
Pendaftaran adalah bertujuan bagi memudahkan pengurusan pentadbiran dan juga untuk mengemaskini
data/butiran kontraktor dimana ianya dibuat setiap dua tahun.
* Untuk pendaftaran Kontraktor pada tahun 2010 dan seterusnya, semua pemilik syarikat/penama pada Sijil
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah diwajibkan mempunyai Kad Hijau CIDB dan hendaklah di lampirakn
salinan kad tersebut apabila mengemukakan borang pendaftaran.

DEFINISI
Kontraktor kelas F adalah kontraktor bumiputera berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah
kelas F yang mempunyai kepala dan sub kepala tertentu dan juga dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mana ianya didaftarkan di Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kontraktor Elektrik adalah kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kelas tertentu di mana ianya
didaftarkan di dalam Negeri Sembilan

BAGAIMANA
Segala urusan pendaftaran kontraktor ini dibuat di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Nilai Berikut adalah
perkara-perkara yang perlu dibuat oleh pemohon iaitu:
a) Mengisi dengan lengkap borang permohonan menjadi kontraktor kelas 'F' dalam Majlis Perbandaran Nilai
b) Mengemukakan bayaran memproses sebanyak RM 50.00 dimana bayaran boleh dibuat dengan wang tunai
atau melalui cek di atas nama Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Nilai
c) Mengemukakan pengalaman kerja dan profil syarikat
d) No. telefon untuk dihubungi
Setiap kontraktor yang telah memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan (sila rujuk kepada definasi); Majlis
akan mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran bagi tahun yang ditetapkan.
Segala urusan surat menyurat pihak majlis akan berhubung melalui alamat yang tertera di dalam sijil yang di
keluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
Sijil tersebut merupakan perakuan kepada Majlis Perbandaran Nilai sahaja dimana kontraktor akan dikehendaki
membawa bersama Sijil Asal Pendaftaran PKK dan CIDB semasa lawatan dan pembelian borang sebutharga.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI SEBUTHARGA YANG DI JALANKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN


NILAI
Iklan sebutharga akan dipamerkah di Papan Kenyataan Majlis Perbandaran Nilai dan laman Web Majlis
Perbandaran Nilai www.mpn.gov.my Antara yang dicatatkan adalah seperti berikut:

a) Tajuk kerja/sebutharga
b) Kelayakan kontraktor yang memasuki sebutharga tersebut (kepala dan subkepala yang khusus).
c) Tarikh dan masa lawatan sebutharga ini di jalankan
d) Tempat berkumpul untuk membuat lawatan sebutharga
e) Tarikh dan masa tutup sebutharga
f) Harga senaskah borang sebutharga
Hanya kontraktor yang menyertai lawatan sebutharga sahaja yang dibenarkan untuk membeli borang sebutharga
dan seterusnya menyertai sebutharga tersebut
Hanya penama yang telah didaftarkan didalam Sijil PKK sahaja yang layak untuk menghadiri setiap lawatan
sebutharga dan tarikh semasa lawatan sebutharga dilakukan tidak melangkaui tarikh berkuatkuasa Sijil PKK

Anda mungkin juga menyukai