Anda di halaman 1dari 18

Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme)

Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris


UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan
berkualiti
Jamaliah bt Md Salleh
SK Sungai Pasir
Abstrak
Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah
kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E.
Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6
Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk
Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun kaedah

streaming amat mudah untuk

mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata


pelajaran.
Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya
meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka
tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang
sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di
sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan
sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut.

yang

Sikap pasif dan malu

meningkatkan kelemahan yang sedia ada. Berat mulut dan rendah diri
mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan
warga sekolah.
Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya
tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan,
mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada.
Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan
ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan
mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran.
Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan
penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga.
Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar
dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di

majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini
telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung.

Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama


dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat
perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi.
Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar
kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di
sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya
hari peperiksaan.
Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun
amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah
peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif,
program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.

1.

Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu

Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh
murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada
mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu ,
dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor
murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan
dan cemerlang.
Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara
kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang
sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata
pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana
mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan
guru-guru mata pelajaran

kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja.

Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru
kepada mereka.
Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk
mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan
memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini
payah dan memang tidak boleh.

Program PaMa dimulakan dengan

mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali
pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada
kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam
perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat
memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member
gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan
telah berlaku.
Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan
terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal
dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan
cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun
1

bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana
terlalu yakin dengan jawapan sendiri.
Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak
pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum
dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang
mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masingmasing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan
kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk
kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan
dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada
tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.

2.

Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif
dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang
nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan
keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari
sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu,
saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga
berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau
dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.

Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di


sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan
dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata boleh.
Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus
pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu
tandan masih ada yang tidak sama.

3.

Objektif Kajian

Objektif Umum:
Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat
meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa
Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus
sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

Objektif Khusus:

Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua


tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan
betul.

Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa


yang betul, dan mengeja dengan tepat.

Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis

untuk

menambah markah.

4.

Kumpulan Sasaran
Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang

murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat
D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.

5.

Pelaksanaan Kajian

5.1

Tinjauan Masalah

i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 .


- Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang
selesa didengar.
-

Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual

waktu.
-

Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi

pelbagai denda.

ii. Soal selidik dari murid perempuan


-

Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan

Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang.

Berbincang dalam

kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat

menyelesaikan masalah.
iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama.
-

Kerja yang tidak menentu atau kerja syif

Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan

Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak
memahami format baharu.

Tidak sempat kerana anak yang ramai.

Anak yang tidak mendengar kata.

Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu

Anak tinggal dengan datuk dan nenek

4
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008

1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja,
dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi.
2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata
dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis
ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga
dapat membantu pemberian markah .
5.3

Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme)


Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan.
Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja
dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan
kepada semua waris.

Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang

patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai
Mentor.
1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan
mengeja setiap perkataan.
1.2

Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami

maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana


perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.

1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah
jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas.
5

Pemerhatian

i.

Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada
bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah.

ii.

Kertas dilaminet dengan kemas.

iii.

80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan


betul.

iv.

Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan


Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru.

v.

Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu


lancar.

Refleksi
Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan
menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan
pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih
berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran
mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah
keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah
lisan sepanjang P&P.

Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where)


1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya.
2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi
bulatan tersebut.
3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu.
4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut,
nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu.
5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi
woman

buying

fishmonger

Vegetables
markets

selling

pupils

chairs
desks

arranging

fish
stall

Section A di Paper 2.
1. The woman is buying some fresh vegetables at the market.
2. The fishmonger is selling fish at his stall.
3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.

6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa


pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan
apabila ditanya kerana perkataan perkataan tersebut kerap dilatih-tubi.
Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi.
7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan.
kesalahan,

mereka

tatabahasa mereka.

berbincang

dan

ini

dapat

Sekiranya ada

memantapkan

lagi

8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan


diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh
membina ayat dengan betul.
7
Contoh : di taman ... at the park
di pasar malam at the night market
di dalam perpustakaan.. in the library

di atas rak buku ..on the book shelf


di belakang pokok . behind the tree

Pemerhatian
Saya

berasa

sungguh

gembira

memberansangkan dalam pembinaan ayat.

apabila

mendapat

respon

yang

Semua murid saya bersungguh-

sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri
telah

berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi

selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka
akhirnya

menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk

mengawal kelas yang aktif.

Refleksi
Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari
O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh
ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan
setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.

8
Aktiviti 3 : Suratku Berjanji
1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut:
-

3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam

2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya
dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik.
3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam
sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di
sampul surat tersebut.
murid jika dia tinggal

Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan


bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal

bersama.
4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat
seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak
angkat yang beralamatkan sekolah.
5. Di antara kaandungan surat itu adalah:
-

Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik.

Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan

Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela.

Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara


lisan.

Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang

Memohon doa dari ibubapa dan guru

Minta dihalalkan ilmu daripada guru

Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru


6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya
kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana
penerima adalah orang yang berlainan.
7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik
kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya.

8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid


memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam
pelajaran.
9
Pemerhatian
1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai
perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa
dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis
segala yang terbuku di hati dengan ikhlas.

Terdapat pula murid yang tidak

pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru
tersebut memanggil dan bertanya khabar.

Pelbagai perasaan dan sangsi

bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut.
Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang.
Refleksi
Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah:
1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus
semua mata pelajaran.
2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak
tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri.
3. Membawa anak keluar makan malam.
4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian.
5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet
tanpa ada apa-apa tindakan.
6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat
tidak kelihatan lagi.
7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut.
8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah.
9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil.
10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa.
11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang
daripada ibu dan bapa sudah tiada.

12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu
sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat.
13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku.

10
5.4

Penilaian

1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca.
3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D
tetapi boleh diperbaiki lagi.
4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis.
5.5

Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus


kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14
orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala
bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 39 markah. Keberangkalian
untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.

Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat
markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah
berjaya.

Ini

turut

membantu

peningkatan

markah

Section

B.

Aspek

permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap


kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana
penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum
begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus
kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi
tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan
berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain
yang dicadangkan adalah satu

program berbentuk membaca esei pendek,

menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah

perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran


Bahasa Inggeris di sekolah menengah.
7.

Rujukan

Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua,


Jabatan Pendidikan Kedah
11
Lampiran 1: PaMa Programme
Eating

Makan

flying

Terbang

Showing

menunjuk

Drinking

Minum

Plucking

Memetik

Building

Membina

Bathing

Mandi

Throwing

Baling,buang

Feeding

Beri makan

Sleeping

Tidur

Laying

Bertelur,hidang

Folding

Melipat

Cooking

Memasak

Swimming

Berenang

Watering

Menyiram

Washing

Membasuh

Helping

Menolong

Going

Pergi

Cleaning

Mencuci

Buying

Membeli

Cycling

Menunggang

Cutting

memotong

Selling

Menjual

Camping

Berkhemah

Frying

Menggoreng

Bargaining

menawar

Fishing

Memancing

Mopping

Mop

Chopping

takik,potong

Boiling

Masak,rebus

Slicing

Mengiris

Pushing

Menolak

Pitching

Pacak khemah

Putting

Meletakkan

Pulling

tarik

grazing

Makan rumput

Arranging

Menyusun

Shooting

Menembak

milking

Perah susu

Wiping

Mengelap

Collecting

Kumpul,kutip

Jumping

Melompat

Carrying

Mengangkat

Asking

Bertanya

standing

Berdiri

Holding

Memegang

Answering

Menjawab

Crying

Menangis

Chasing

Mengejar

Giving

Member

stealing

Mencuri

Catching

Menangkap

Sending

Menghantar

Snatching

meragut

Shouting

Menjerit

Wearing

Memakai

waiting

Menunggu

Running

Berlari

Choosing

Memilih

queuing

Beratur

Calling

Memanggil

Driving

Memandu

climbing

Memanjat

Smilling

Senyum

Serving

Hiding,layan

Decorating

Menghias

Cheering

Bersorak

Preparing

Menyediakan

Blowing

Meniup

Clapping

Tepuk tangan

Baking

Bakar kuih,roti

Celebrating

Menyambut

Sitting

Duduk

Drying

Mengering

Opening

Membuka

Walking

Berjalan

Hanging

menggantung

closing

menutup

Writing

Menulis

Taking

Menulis

suggesting

Mencadang

Working

Bekerja

Looking

Lihat, tengok

rowing

Mendayung

Drawing

melukis

Jogging

Jogging

laughing

Ketawa

Killing

membunuh

Falling

Jatuh

talking

Bercakap

greeting

Ucap selamat

whispering

berbisik

reading

Membaca

borrowing

meminjam

paying

membayar

ordering

Tempah

having

mengadakan

apologizing

Mohon maaf

thank

Ucap terima kasih

12
Lampiran 2: Buku Latihan

13

Lampiran 3: Suratku Berjanji

gam

Setem
30 sen

Sampul
surat

14

Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009

1. Ujian Pra : 25 %
2. Ujian Semester 1 : 30.6%
3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 %

15

Anda mungkin juga menyukai