Anda di halaman 1dari 2

Bahagian 1

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.


1. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja?
2. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya.
3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para pelajar dapat
melayari internet.
4. Jefri yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah? Hamsyar yang
mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
5. Datuk pergi ke stor. Datuk mengambil cangkul.
6. Ayah sedang mengait buah rambutan. Abang membantu ayah menyapu daun-daun kering.
7. Kakak sedang mengemas dapur. Kakak mendengar radio.
8. Syamil tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz. Syamil pulang ke kampung. Syamil
memberitahu rakan baiknya.
9. Regina akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. Thea akan menyertai lawatan ke
Pulau Langkawi.
10. Ariyan masuk ke kelas kami. Ariyan mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.
11. Saya datang lewat ke sekolah. Bas sekolah yang saya naiki rosak.
12. Cuaca agak terik. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.
13. Zahid hendak membeli buku Sains. Zahid ke kedai buku.
14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu. Pak Ismail membuang sampah itu ke
dalam plastik sampah.
15. Suzana menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat. Amir menghadiri kelas
tambahan pada setiap hari Jumaat.

Bahagian 2
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja.
Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini berlaku di
Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan
berita hangat tentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat
tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat.
Terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi juga.
Bahagian 3
Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjamjam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari
maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai