Anda di halaman 1dari 24

LAPORAN AMALI

LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR

PENGENALAN
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan
kelima terbesar dalam Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu
perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak
kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit. Sambil mengelilingi Bumi, Bulan
berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan
permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya
mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan
juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya
dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan
berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar
berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan
bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara
Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru.
Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara
Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

FASA BULAN
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat
dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi
Bumi, mengikut perubahan kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari
permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya Matahari kecuali ketika berlaku
gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti
Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan
oleh Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat
pada waktu malam.. Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.

Gambarajah 1 : Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi

Untuk melengakapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang 29.5 hari
yang mana setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan sentiasa
berubah-ubah.

Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan anak Bulan, Bulan
separa, Bulan Purnama dan Bulan Separa Lama seperti yang di tunjukkan dalam
gambarajah 2 di bawah.
Bulan Separa

Bulan Purnama

Cahaya Matahari

Anak Bulan

Bulan Separa Lama

Gambarajah 2 : 4 Fasa Bulan Utama

Fasa Bulan penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa,
Purnama Baru, Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit
Lama. Gamarajah di bawah adalah bentuk Bulan mengikut fasa penuh.
Bulan Separa
Bulan Sabit

Purnama Baru

Bulan Purnama

Bulan Sabit
Lama
Purnama Lama

Gambarajah 3 : Fasa Bulan Penuh

Cahaya Matahari

Anak Bulan

PENGARUH BULAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Dengan wujudnya Bulan di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan Bulan
sebagai pengaruh penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi Bumi
seperti pasang surut air laut.
BULAN SEBAGAI TAKWIM
KALENDAR ISLAM
Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula
adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari
kebesaran Islam. Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari
setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal,
Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah
dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam
turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan
(hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada
bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan
terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu
haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan
pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab
ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah
Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar
mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17
Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan
mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari
Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan
pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan
berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang.
Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar
sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai
pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.
KALENDAR CINA
Kalendar Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim
Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan
kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan
kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan
orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih
Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi.
Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan
perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga
digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini
dikenali sebagai kalendar pertanian manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai
kalendar umum atau kalendar Barat.

PENGARUH BULAN DALAM FENOMENA AIR PASANG


Sebenarnya air pasang surut terjadi akibat graviti bulan, matahari dan putaran
bumi. Kombinasi ketiga tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut
setiap hari. Ada sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan dua kali air
surut. Manakala tempat tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut sahaja.
Secara mudah, pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan
surut dan pantai timur dan borneo mengalami sekali sahaja.
Mana mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air
pasang. Ini menyebabkan gravity yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut
mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh,
kesannya lebih kecil. Walaubagaimanapun jika kedudukan bulan dan matahari selari,
iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih tinggi. Fenomena yang
berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai spring tide.
Bumi
Bulan
Tarikan
Graviti

Air Pasang Kecil

Air Pasang Besar

Paras Air Laut

Air Surut

Gambarajah 4 : Fenomena Air Pasang Surut

Gambarajah 5:
Jadual air pasang surut yang digunakan oleh
nelayan dan pemancing.

LAPORAN AMALI PRAKTIKAL 2 ( FASA BULAN)


BERDASARKAN PEMERHATIAN SELAMA 2 MINGGU
LOKASI l KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR.

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(1)
02 MAC 2014
AHAD
01 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Anak Bulan


Masa : 07.45 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi
rumah

(2)
03 MAC 2014
ISNIN
02 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 08.00 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi
rumah

(3)
04 MAC 2014
SELASA
03 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 09.30 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(4)
05 MAC 2014
RABU
04 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.06 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(5)
06 MAC 2014
KHAMIS
05 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.45 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(6)
07 MAC 2014
JUMAAT
06 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.22 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(7)
08 MAC 2014
SABTU
07 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 10.26 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(8)
09 MAC 2014
AHAD
08 Jamadil Awal
1435H

(9)
10 MAC 2014
ISNIN

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 10.51 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 11.07 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

09 Jamadil Awal
1435H

(10)
11 MAC 2014
SELASA

rumah

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 11.07 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

10 Jamadil Awal
1435H

(11)
12 MAC 2014
RABU

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 09.51 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

11 Jamadil Awal
1435H

rumah

TARIKH /
HARI

(12)
13 MAC 2014
KHAMIS

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 10.33 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

12 Jamadil Awal
1435H

(13)
14 MAC 2014
JUMAAT

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 11.59 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

13 Jamadil Awal
1435H

(14)
15 MAC 2014
SABTU
14 Jamadil Awal
1435H

(15)
16 MAC 2014
AHAD

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 12.00 tengah malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi
rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama


Masa : 10.24 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

15 Jamadil Awal
1435H

rumah

UNJURAN AZIMUTH

(1) FASA ANAK BULAN

Barat

Timur

(2) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(3) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(4) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(5) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(6) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(7) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(8) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(9) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(10) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(11) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(12) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(13) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(14) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(15) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(16) FASA BULAN PURNAMA

Barat

Timur

KRONOLOGI DAN REFLEKSI AMALI PRAKTIKAL 2


Sebelum memulakan amali praktikal mengenai fasa-fasa Bulan ini, saya terlebih
dahulu membuat sedikit kajian dari pelbagai sumber bahan bacaan samada dari buku
atau laman web untuk mengetahui dan memahami mengenai pergerakkan Bulan dan
Bumi yang seterusnya boleh mempengaruhi bentuk Bulan pada setiap malam yang di
namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Saya juga mencari maklumat mengenai teknik dan
cara yang yang sesuai untuk mengambil gambar Bulan agar bentuk Bulan akan jelas
kelihatan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti gambar bulan yang
mana antaranya ialah jenis kamera yang digunakan, waktu yang sesuai, cuaca dan
juga keadaan langit.
FAKTOR KAMERA
Saya telah cuba menggunakan kamera telefon pintar yang yang bersaiz 8 mega
pixel, namun begitu, kualiti gambarnya agak mengecewakan seperti di bawah.

Ketika gambar ini diambil, Bulan sedang melalui fasa Bulan sabit. Kualiti gambar
langsung tidak menunjukkan bentuk Bulan sabit yang sebenar. Oleh itu, saya telah
menggunakan kamera DSLR Nikon D5100 dengan lensa bersain 18mm-200mm.

Dengan menggunakan fokus dan kualiti imej yang sesuai, saya telah dapat mengambil
gambar bulan yang sesuai dengan kehendak amali ini.

Gambar di atas adalah gambar yang diambil dengan menggunakan DSLR Nikon
D5100. Begitu ketara perbezaan gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar
dan kamera DSLR.
FAKTOR WAKTU
Oleh kerana fasa Bulan yang ingin saya cerap adalah fasa Bulan di awal Bulan
yang mana jika mengikut kalendar Islam, awal bulan Jamadil Awal bersamaan dengan
2 Mac 2014. Jika mengikut bacaan yang telah saya buat, anak Bulan akan terbit di
bahagian barat Bumi. Oleh itu, dengan menggunakan kompas, saya telah menentukan
arah mata angin.
Mengikut maklumat yang saya baca, anak bulan akan terbit apabila masuk waktu
Maghrib dan akan hilang sebelum masuk waktu Isyak. Jangkamasa yang pendek ini
perlu saya gunakan sebaik mungkin agar gambar anak Bulan dapat saya ambil. Namun
begitu, ternyata, untuk mengambil gambar anak Bulan, kamera DSLR yang saya
gunakan tidak sesuai, begitu juga dengan lokasi saya mengambil gambar tersebut.

Tiada penampakkan bentuk Bulan dalam gambar di atas yang mana jika mengikut
bahan bacaan, anak bulan hanya dapat di lihat dengan menggunakan teleskop di
lokasi-lokasi yang tertentu sahaja sama seperti lokasi melihat anak Bulan semasa
menentukan tarikh bulan Ramadhan dan tarikh hari raya oleh JAKIM dan juga ahli ahli
falak nya.
Seterusnya, pada hari kedua, barulah bentuk Bulan sabit akan kelihatan. Namun
begitu, jangkamasanya juga tidak lama.
FAKTOR CUACA DAN LANGIT
Kebetulan, Malaysia mengalami musim kemarau sejak dari bulan Januari lagi,
jadi cuaca begini amat sesuai untuk saya mengambil gambar Bulan yang mana pada
waktu malamnya langit kurang berawan. Faktor cuaca dan keadaan langit ini juga
antara faktor yang boleh menjejaskan kualiti gambar bulan.
Sepanjang 2 minggu atau lebih tepat selama 15 hari saya berusaha untuk
mencerap gambar-gambar Bulan ini yang masa antara masa yang sesuai bagi Bulan
sabit adalah antara dari waktu Maghrib sehingga sebelum Isyak atau pun antara jam
7.00 malam sehingga 8.00 malam. Selepas itu bulan akan hilang. Sehingga hari ke-7
hingga hari ke-16, waktu yang sesuai adalah antara jam 9.00 malam sehingga jam
12.00 tengah malam bergantung pada keadaan langit dan cuaca.
Akhirnya, setelah cukup 16 hari, barulah saya dapat melihat perubahanperubahan bentuk Bulan yang di namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Perubahan
kedudukan ketika melihat Bulan juga mempengaruhi bentuk dan saiz Bulan yang di
lihat. Hal ini disebabkan oleh fenomena Bumi berputar dan juga pergerakkan Bulan
mengelilingi Bumi.

HARI

10

11

12

13

14

15

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

Gambar di atas adalah gambar fasa Bulan peringkat pertama yang telah saya ambil
yang bermula dari 2 Mac 2014 sehingga 16 Mac 2014 atau bersamaa dengan 1
Jamadil Awal 1435H sehingga 15 Jamadil Awal 1435H .

BIBLIOGRAFI
(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from falak-online: http://www.falakonline.net/portalfalak/content/10/2/2009/keadaan-fasa-fasa-bulan
(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Moon phases for Johor Bahru, Malaysia:
http://www.timeanddate.com/calendar/moonphases.html
Lisa Miles, A. S. (2007). Buku Lengkap Astronomi dan Angkasa . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pasang Laut. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Table Pasang Surut:
http://www.pasanglaut.com/as/malaysia/klang
Stannard, R. (2003). Alam Semesta Panduan Mengenalinya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://en.wikipedia.org/wiki/Azimuth
wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_
%28satelit%29
Zainal, B. (2004). Ilmu Falak Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan Bahada dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai