Anda di halaman 1dari 47

TAJUK :

MODEL PENAKSIRAN BERASASKAN KURIKULUM PENDIDIKAN


KHAS BERMASALAH PEMBELAJRAN.
(MOPEN)

KEMAHIRAN HIDUP
(PEMELIHARAAN HAIWAN)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

3.0

Pendahuluan

4.0

Definisi Penaksiran

5.0

Jenis-jenis Penaksiran.

6.0

Penaksiarn Berasaskan Kurikulum

7.0

Prinsip-prinsip Asas Penaksiran

12

8.0

Matlamat MOPEN.

14

9.0

Objektif MOPEN

15

10.0

Teori Penaksiran.

15

11.0

Modul- modul Penaksiran

19

12.0

Strategi Penaksiran (PENDEKATAN PENAKSIRAN,


KAEDAH PENAKSIRAN, TEKNIK PENAKSIRAN DAN
AKTIVITI PENAKSIRAN).

28

13.0

Penanda Aras Pada Kurikulum Pendidikan Khas

14.0

Cara Penggunaan MOPEN

33

ISI KANDUNGAN
Bahagian A

Petunjuk Prestasi (P 1) (Pemeliharaan Ikan Hiasan)

MUKA SURAT
48

Penanda Aras ( Key Stage)


Rancangan Semester
Senarai Semak.
Ujian Diagnostik.
Bahagian B

Petunjuk Prestasi (P 2) (Pemeliharaan Burung)

75

Penanda Aras (Key Stage)


Rancangan Semester
Senarai Semak.
Ujian Diagnostik.
Bahagian C

Petunjuk Prestasi (P 3) (Pemeliharaan Haiwan Kesayangan)

84

Penanda Aras (Key Stage)


Rancangan Semester
Senarai Semak.
Ujian Diagnostik.
Bahagian D

Petunjuk Prestasi (P 4) (Penternakan Komersial)

112

Penanda Aras (Key Stage)


Rancangan Semester
Senarai Semak.
Ujian Diagnostik.
Bibliografi

3.0

PENDAHULUAN

Penaksiran dalam pengajaran merupakan sebahagian yang penting dalam proses penajaran
dan pembelajaran. Guru tidak lari daripada menjadi seorang pentaksir. Guru perlu
memungut, menanalisis dan menggunakan data yang diperolehi untuk membuat
pertimbangan atau keputusan demi kepentingan pelajar-pelajarnya.
Dalam pendidikan khas terutamanya yang melibatkan pelajar bermasalah
pembelajaran, penaksiran awal adalah perlu dijalankan untuk menentukan hala tuju objektif
serta perangan pengajaran dan pembelajaran pelajar tersebut.
Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2004), Pendidikan Khas ialah pengajaran yang
bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
Penaksiran merupakan satu program yang digunakan untuk mengumpul data,
maklumat penting dengan menggunakan teknik dan alat-alat tertentu (Hangroness Poteet:
1984) Penaksiran sangat diperlukan untuk proses mengumpul, merekod,menterjemah dan
melihat respon pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Penaksiran banyak membantu guru, pelajar dan ibu bapa serta pihak yang terlibat
untuk mereka merangka rancangan pengajaran individu (RPI). Ia juga memudahkan mereka
menjalankan proses tersebut. Selain itu juga ia memudahkan guru menyusun kaedah dan
strategi yang bersesuaian dengan pelajar yang dikenalpasti serta dapat mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan tahap pembelajaran kanak-kanak yang akan di tempatkan ke kelas
yang sepatutnya.

4.0

DEFINISI PENAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu istilah yang kini berlelusa dalam system pendidikan masa kini
termasuklah di dalam pendidikan khas. Umumnya pentaksiran melibatkan membuat
keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian.
Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh tokoh yang mempunyai sedikit
berbezaan dari segi pendapat. Diantaranya ialah :i.

satu program pengumpulan data, maklumat dengan menggunakan alat dan teknik
tertentu (Hangrones Poteet).

ii.

penaksiran merujuk kepada proses mengumpul maklumat yang berkaitan untuk


membantu individu membuat keputusan. Penaksiran pendidikan dan psikologi
kanak-kanak khas melibatkan pengumpulan maklumat yang berkaitan dalam
membuat

keputusan

berkaitan

dengan

maklumat

dan

objektif

yang

bersesuaian,strategi pengajaran dan program penempatan (Ronald L. Taylor. 2000)


iii.

Penaksiran digunakan sebagai alat untuk membuat klasifikasi bagi menentukan


seseorang individu itu mempunyai keperluan khas ataupun tidak (Raumond. 2000)

iv.

Penaksiran merupakan satu proses yang sistematik yang mengumpul dan


menginterprestasikan data berdasarkan keputusan intervensi dan menempatkan
pelajar khas (Hangrosnes Potect & Gearheart dan Gearheart 1990)
Pentaksiran awal adalah perlu di mana ianya akan menunjukkan tentang kelemahan

serta kekuatan seseorang pelajar dalam sesuatu kemahiran. Manakala pentaksiran yang
berterusan akan menunjukkan sama ada objektif-objektif pengajaran am dan khusus sudah
dicapai dan sama ada kegiatan-kegiatan pengajaran perlu diubahsuaikan, dibetulkan atau
ditambah dengan komponen pengajaran baru
Di sini dapat disimpulkan bahawa definisi penaksiran tersebut adalah cara untuk
mendapatkan data atau maklumat bagi proses menempatkan pelajar-pelajar khas mengikut
kelas-kelas tertentu berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

5.0

JENIS-JENIS PENAKSIRAN

Terdapat dua jenis penaksiran iaitu penaksiran secara formal dan penaksiran tidak formal
atau informal. Penaksiran ini biasanya selalu digunakan oleh pentaksir di sekolah.
i.

Penaksiran Formal

Penaksiran formal

ialah menggunakan pendekatan

dan peralatan penaksiran yang

standard. Ia digunakan untuk mendokumentasikan dan menetapkan label yang bersesuaian.


ii.

Penaksiran Informal.

Manakala penaksiran informal

pula merupakan pendekatan dan peralatan yang tidak

standard. Ujian untuk merancang pembelajaran dan penilaian perkembangan pelajar. Ia


digunakan sebagai asas untuk menilai pelajar secara berterusan.

5.1

JENIS-JENIS UJIAN

Terdapat beberapa ujian yang boleh dijalankan kepada pelajar bagi mengetahui
perkembangan sebenarnya sama ada dari segi kognitif ataupun sosialnya. Diantaranya
ialah:i.

Ujian Kemahiran
Ujian ini lebih kepada penguasaan bahasa di mana untuk melihat sejauhmana
pelajar telah menguasai yang telah dipelajari. Ujian kemahiran tidak berasaskan
pada sukatan pelajaran atau program pembelajaran. Tujuan ujian kemahiran ini
untuk kemahiran-kemahiran khusus yang berhubung langsung dengan keperluankeperluan bagi menghadapi pembelajaran atau kerja. Contohnya, ujian bertutur atau
lisan bahasa Melayu.

ii.

Ujian Bakat
Ujian Bakat

merupakan ujian telahan untuk mengukur prestasi yang mungkin

dicapai oleh pelajar dalam bahasa asing yang belum

dipelajari. Ujian bakat

dilaksanakan dengan tujuan menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran


atau kemahiran.
iii.

Ujian Saringan
Kamarudin, (2001), alat yang digunakan untuk menentukan kumpulan murid yang
lemah, sederhana dan cerdas. Ujian saringan dibina secara menyeluruh.

iv.

Ujian Diagnostik
Ujian ini dapat menentukan masalah-masalah pembelajaran tertentu seseorang
murid yang lemah (Menurut Kamarudin, (2001). Ujian diagnostik boleh dijalankan
secara lisan, praktik atau bertulis yang bertujuan untuk mengenal pasti daerah
kelemahan yang mungkin terdapat pada pelajar. Contohnya, ujian tatabahasa, ujian
fonem dan sebagainya.

v.

Senarai Semak
Senarai semak ialah

satu senarai kemahiran yang hendak diuji. Di dalamnya

mengandungi kemahiran utama dan sub kemahiran kecil yang terperinci. Senarai
semak boleh dijadikan rekod ujian diagnostik.

5.2

CIRI-CIRI PENAKSIRAN

Penaksiran penting bagi menilai pencapaian murid dalam kelas. Guru boleh menyediakan
penaksiran secara formatif, penilaian sumatif, penilaian objektif dan penilaian subjektif atau
esei. Ciri-ciri penilaian adalah :
i.

ii.

Penilaian Formatif

Ia menilai sesuatu berdasarkan kemahiran tajuk.

Ia dijalankan sebelum membuat rancangan.

Ia dijadikan sebagai alat panduan.

Ia digunakan untuk mengesan bidang kelemahan pelajar.

Penilaian jenis ini tiada gred.

Ia sebagai pra ujian atau ujian pengesanan (contoh ujian diagnostik)

Penilaian Sumatif.

Merupakan pencapaian atau tahap pencapaian di akhir pengajaran.

Biasanya, penilaian sumatif ini diadakan semasa atau pertengahan atau di


akhir pengajaran.

iii.

Penilaian Subjektif atau Esei.

Kefahaman terperinci atau mendalam.

Masa lebih lama diambil

Menilai keupayaan menghurai, menerang, mengaplikasi, memberi pendapat


atau idea.

Membincang, mengulas, membahas dan sebagainya.

Tahap pembelajaran yang lebih tinggi.

Topik terhad atau tertentu.

iv.

Penilaian Objektif

Soalan yang lebih nyata ( huruf besar, digariskan / hitamkan)

Ia jelas dan ringkas.

Mempunyai satu masalah.

Jawapan yang salah tidak terlalu nyata.

Elak menggunakan asal dari teks kerana mungkin pelajar hafal bukan
memahami.

Pelbagai pilihan, memasangkan, salah betul, Isi tempat kosong, jawapan


pendek, isi tempat kosong.

6.0

Bersifat fakta.

Terus kepada jawapan.

Pilihan jawapan sebagai pengganggu.

PENAKSIRAN BERASASKAN KURIKULUM (CBA)

Blankenship & Lily (1991) menyatakan CBA adalah amalan kekerapan memperoleh dan
mengukur secara terus tentang pencapaian pelajar mengikut siri urutan objektif yang
memperoleh daripada kurikulum yang diguna pakai di dalam sesebuah kelas. Ini
menyebabkan kemajuan pelajar disesuaikan berdasarkan kepada kurikulum kelas agar
proses pembelajaran dapat disesuaikan mengikut keupayaan dan keperluan setiap pelajar.
6.1

Definisi Penaksiran Berasaskan Kurikulum

Selain itu Mercer(1997) pula menyatakan penaksiran ialah merangkumi mana-mana


pendekatan yang menggunakan pemerhatian secara langsung dan merekodkan pencapaian
pelajar di dalam kurikulum sekolah sebagai asas mengumpul maklumat untuk membuat
keputusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.
CBA merupakan satu proses yang melibatkan kemahiran tertentu di dalam satu-satu
kurikulum bagi menentukan keperluan pengajaran kepada pelajar. Guru memainkan

peranan penting dalam membina pentadbiran ujian ini. Penaksiran berasakan kurikulum ini
adalah satu jenis ujian berasaskan kriteria.
Penaksiran berasaskan kurikulum digunakan untuk :
o

Membantu guru nmenentukan apa yang hendak diajar pada masa akan
datang.

Ianya berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid tahu
apa yang hendak dipelajari da apa yang dikuasai. Di samping itu juga
berkesan untuk merekod kemajuan pelajar.

Memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian


berasaskan kurikulum berperanan untuk melihat kaedah, bahan pengajaran
yang digunakan adalah bersesuaian dan ia dikatakan sah dan ada
kebolehpercayaan dimana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan
boleh percaya apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama.

Meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana diuji berdasarkan kurikulum.

Boleh digunakan untuk membuat keputusan. Dimana boleh membuat


keputusan sama ada pelajar dikekalkan di kelas biasa. pemulihan, khas
ataupun sebagainya.

6.2

Langkah-Langkah Perlaksanaan

Selain itu terdapat terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk melaksanakan
penaksiran berasaskan kurikulum.
o

Menganalisis kurikulum guru perlu mengaitkan penaksiran dengan


kurikulum dengan menentukan apa yang ditaksirkan dan bagaimana harus
menjalankan penaksiran tersebut.

Menaksirkan kemahiran guru perlu menggunakan gambar-gambar yang ada


di dalam kelas dan perlu mengubahsuaikan mengikut keperluan pelajar. Di
samping itu juga, guru perlu menentukan penaksirn yang berkesan,

10

menyusun strategi pengajaran yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar


mengikut pengajaran guru pada masa tersebut.
o

Ahli jawatankuasa RPI dapat membina , merancangan yang sesuai dengan


pelajar atau pun individu berkenaan. Faktor ini sedikit sebanyak dapat
membantu tahap perkembangan pelajar dalam pelajarannya.

6.3

Prinsip-Prinsip Penaksiran Berasaskan Kurikulum

i.

Penaksiran perlu dilengkapkan dengan pengetahuan yang berguna dan melaporkan


kepada ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka.
o

Kaedah penaksiran yang pelbagai perlu untuk memperlengkapkan guru-guru


tentang apa apa yang pelajar belajar dan buat, kekuatan dan kelemahan
mereka. Ibu bapa perlu diberitahu apa yang mereka patut buat bagi
meningkatkan pencapaian atau memperbaiki persembahan anak-anak
mereka.

ii.

Penaksiran perlu memberi perhatian kepada proses dan hasil.


o

Maklumat tentang hasil yang dicapai oleh para pelajar sangat penting untuk
mengetahui pengalaman mereka serta hasil daripada usaha yang telah
dilakukan

iii.

Penaksiran mestilah lebih tepat dan episodic


o

Guru mestilah merangka pembelajaran pelajar yang melibatkan rangkaian


penaksiran yang dihubungkaitkan dengan segala aktiviti yang dibuat dan
mengarahkan kepada matlamat dan pencapaian yang berkaitan dengan
piawaian

11

iv.

Kaedah-kaedah penaksiran perlu sah dan boleh dipercayai serta konsisten


o

Instrumen-instrumen yang digunakan dan proses-proses penaksiran perlu


melalui langkah-langkah secara terus termasuk latihan, objektif yang sesuai
dan perkongsian yang adil.

v.

Penaksiran bertujuan memperbaiki persembahan berdasarkan maklumbalas yang


terlibat.
o

Para pelajar haruslah diberi maklumbalas tentang persembahan, bertujuan


untuk memperbaiki persembahan mereka. Kakitangan dan pelajar juga perlu
diberi peluang untuk menunjukkan latihan dan pembelajaran secara
keseluruhan.

vi.

Penaksian perlu melalui langkah yang pelbagai


o

Instrumen yang digunakan mestilah dapat meningkatkan pencapaian para


pelajar dan bagaimana memperbaikinya. Oleh sebab itu penaksir perlu biasa
dengan alat-alat penaksiran dan perlu dipadankan dengan jenis-jenis
maklumat yang diperolehi.

vii.

Penaksiran perlu memberi penekanan kepada proses dan hasil


o

Maklumat tentang hasil yang dicapai oleh para pelajar sangat penting untuk
mengetahui pengalaman mereka serta

hasil daripada usaha yang telah

dilakukan.
viii.

Penaksiran perlu dilengkapkan dengan tujuan,matlamat, kriteria dan piawaian yang


jelas.
o

Penaksiran yang dianggap baik ialah adalah berdasarkan kepada tujuan serta
piawaian yang jelas dimana boleh dicapai oleh para pelajar dan kriteria
untuk berjaya.

12

7.0

PRINSIP-PRINSIP PENAKSIRAN

Terdapat 4 elemen penting dalam prinsip-prinsip asas penaksiran iaitu mempunyai alat-alat
yang digunakan mempunyai ciri-ciri tertentu. Sesuatu alat mestilah memenuhi beberapa
kriteria penting, iaitu objektiviti, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan.

7.1

Objektiviti

Objektiviti merujuk kepada tujuan atau matlamat yang mesti dijelaskan dengan tepat tanpa
ada kekeliruan . Kekeliruan akan timbul jika soalan dalam ujian terlalu umum dan bahasa
yang digunakan tidak sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak yang diuji. Ujian yang
dijalankan hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh yang mungkin dapat menjejaskan
keadilan keputusan, antaranya mungkin disebabkan latar belakang, kepercayaan atau
identiti subjek (faktor luaran).
Skema jawapan perlu disediakan lebih awal bagi mengelak dari sesubjektifan
pemeriksa. Sekiranya dalam menentukan objektif ujian dengan tepat dan betul, tugasantugasan lain seperti penyusunan soalan, penerbitan dan pentadbiran ujian boleh membantu
meninggikan lagi tahap objektiviti pengujian.
Penyelidikan yang berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penggunaan
sesuatu konsep, ilmu atau fakta perlukan kaedah pengujian kognitif dengan objektif
merujuk kepada kurikulum, isi kandungan atau pernyataan tujuan ujian.
7.2

Kesahan.

Kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada markah ujian dan
lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut.

13

Sesuatu ujian mesti dapat dibuktikan dengan mengukur sesuatu kemahiran tertentu
dan tidak mengukur perkara atau kemahiran lain. Sekiranya keputusan digunakan untuk
mengukur kefahaman membaca, kita inginkan markah yang telah ditafsirkan adalah
mewakili kefahaman membaca dan tidak merujuk atau dipengaruhi oleh kemahiran lain.
Kadangkala soalan-soalan yang tidak dibina dengan betul menyebabkan seseorang
yang diuji itu memberikan jawapan yang salah, tetapi apabila dibina menggunakan bahasa
yang lebih mudah, respondan tersebut akan memberi jawapan yang dikehendaki. Kes ini
boleh ditafsirkan sebagai tahu tetapi tidak dapat jawab kerana tidak faham
soalan.Penaksiran juga dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan meliputi laras dan litensi.

7.3

Kepenggunaan.

Kepenggunaan merujuk kepada aspek praktikal penyelidikan. Pelaksanaan penyelidikan


mestilah ekonomik deripada segi sumber, masa dan wang, senang ditadbir dan
dimarkahkan., menghasilkan keputusan yang boleh diberi tafsiran dengan tepat serta boleh
digunakan oleh orang lain.
Tahap kepenggunaan perlu ditentukan dan diberi rasional melalui kaedah atau
prosedur penyelidikan. Seboleh mungkin kita akan cuba menggunakan kaedah yang paling
sesuai untuk mendapatkan data dan mencapai matlamat penaksiran.

7.4

Kebolehpercayaan.

Kebolehpercayaan

merujuk kepada ketekalan

atau konsisten

keputusan ujian., iaitu

sesuatu tahap yang diperolehi oleh seseorang sememangnya melambangkan tahap


kemahiran beliau dalam ujian tersebut. Sekiranya seseorang itu mempunyai tahap
kemahiran tertentu, individu tersebut mestilah dapat mempamerkan kemahiran tahap yang
sama apabila diuji semula. Dengan itu tahap , tahap kemahiran tersebut boleh dipercayai.

14

Kebolehpercayaan ditentukan melalui beberapa kaedah. Antaranya adalah Kaedah


Ujian Ulang-Uji, Kaedah Setara, Kaedah Bahagi Dua, , Kaedah Antara Pemeriksa dan
Kaedah Antara Pemerhati.

8.0

MATLAMAT MOPEM KEMAHIRAN HIDUP MEMELIHARA HAIWAN.


i.

Memperkenalkan kemahiran asas dalam menternak.

ii.

Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan kemahiran atau aktiviti yang
berfaedah dan menguntungkan kepada diri sendiri dan keluarga untuk
diaplikasikan di rumah.

iii.

Mengcungkil bakat yang terpendam pelajar-pelajar khas, khususnya


dalam kemahiran menternak.

iv.

Memperkenalkan aktiviti yang berfaedah yang boleh dijalankan oleh


pelajar-pelajar khas bermasalah pembelajaran dan memberi peluang kepada
mereka berdikari.

9.0

OBJEKTIF MOPEN
Komponen Kemahiran Hidup memelihara haiwan membolehkan pelajar :
i.

Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek menternak


seperti jenis haiwan, peralatan yang digunakan untuk memelihara haiwan,
makanan yang sesuai mengikut jenis ternakan dan pakaian yang yang sesuai
digunakan semasa mengurus haiwan

ii.

Dapat menguasai langkah-langkah awal hingga akhir cara memelihara


haiwan

iii.

Dapar mengenalpasti haiwan-haiwan yang boleh dipelihara atau tidak


dipelihara.

15

iv.

Dapat mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran yang


diperolehi di sekolah ke dalam kehidupan yang sebenar.

10.0

TEORI-TEORI PENAKSIRAN

Terdapat beberapa teori yang digunakan dalam menaksir kanak-kanak berkeperluan khas.
Di antaranya ialah :Langkah-langkah Kritikal dalam Penaksiran (Crossman & Pandolfini, 2003).
i.

Sediakan borang

ii.

Membangunkan atau menapis hasil

iii.

Membangunkan atau menggunakan hasil keterangan

iv.

Memimpin sebuah kurikulum yang diaudit

v.

Mereka bentuk instrumen dan mengetuai pembelajaran

vi.

Mengetuai instrumen dan penemuan sebagai keperluan

vii.

Menapis sebagai keperluan pembelajaran

viii.

Menilai, laporan penemuan, dan menapis pembelajaran

ix.

Penggunaan penemuan untuk pengajaran dan pembelajaran

x.

Penyambungan proses penaksiran

16

Model Prinsip-prinsip Penaksiran


Crossman & Pandolfini, 2003
SEDIAKAN BORANG

MEMBANGUNKAN ATAU MENAPIS HASIL

MEMBANGUNKAN ATAU MENGGUNAKAN HASIL KETERANGAN

MEMIMPIN SEBUAH KURIKULUM YANG DIAUDIT

MEREKA BENTUK INSTRUMEN DAN MENGETUAI PEMBELAJARAN

MENGETUAI INSTRUMEN DAN PENEMUAN SEBAGAI KEPERLUAN

MENAPIS SEBAGAI KEPERLUAN PEMBELAJARAN

MENILAI, LAPORAN PENEMUAN DAN MENAPIS PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN PENEMUAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENYAMBUNGAN PROSES PENAKSIRAN

17

Penaksiran oleh McCann (Woldt, 2003)


1.

Menentukan institusi, program atau misi, matlamat atau perancangan.

2.

Membagunkan sukatan untuk matlamat penaksiran.

3.

Mengumpul hasil data.

4.

Menganalisis data dalam merealisasikan matlamat.

5.

Berkongsi keputusan dengan orang ramai.

6.

Membangunakan cadangan pengubahsuaian untuk diperbaiki.

7.

Melaksanakan pembaikan.

8.

Tindakan susulan untuk mempertingkatkan pembaikan.


Model Prinsip-prinsip Penaksiran
McCann (Woldt, 2003)
MENENTUKAN INSTITUSI, PROGRAM ATAU MISI, MATLAMAT ATAU PERANCANGAN

MEMBANGUNKAN SUKATAN UNTUK MATLAMAT PENAKSIRAN

MENGUMPUL HASIL DATA

MENGANALISIS DATA DALAM MEREALISASIKAN MATLAMAT

BERKONSI KEPUTUSAN DENGAN ORANG LAIN

MEMBANGUNKAN CADANGAN PENGUBAHSUAIAN UNTUK DIPERBAIKI

MELAKSANAKAN PEMBAIKAN

TINDAKAN SUSULAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PEMBAIKAN

18

11.0

MODUL-MODUL PENAKSIRAN

Terdapat

banyak

model-model

penaksiran

yang

digunakan

untuk

menjalankan

penaksiran.Terdapat beberapa contoh model penaksiran.


i.

Model Pengurusan Adaptif.

Penaksiran
( Fasa I )

Penilaian
( Fasa II )

Memulih
( Fasa III )

Pengalaman yang dapat


digunakan
Mengawal
Model
Penyelidikan

Dapatan dan kajian semula.


Kepentingan menilai dan
implikasi
Buat cadangan untuk
mengubah

Mengubah landskap strategi


pengurusan
Meminda prosedur
pelaksanaan
Ulang semula mengawal,
model dan penyelidikan
Model Pengurusan Adaptif.
(Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006).

19

Rajah di sebelah menunjukkan sebual Model Pengurusan Adaptif memiliki tiga fasa. Fasa
pertama penaksiran mengandungi beberapa perkara yang perlu dilakukan. Antara perkara
tersebut ialah menggunakan pengalaman untuk penaksiran, mengawal, model dan
melakukan penyelidikan.
Sementara itu fasa yang kedua iaitu penilaian yang mengandungi tiga perkara utama
dapatan dan kajian semula perlu dinilai, menilai kepentingan dan implikasi serta membuat
cadangan untuk mengubah. Manakala fasa yang ketiga ialah fasa memulih melibatkan
proses mengubah landskap strategi pengurusan, meminda prosedur pelaksanaan dan
mengulang langkah mengawal, model atau penyelidikan.
(Rujukan : http ;/www. yahoo.com. 2006)

20

ii.

Proses Penaksiran ATSTAR

Memilih jawapan.

Hasil
Jawap an

Analisis
Maklumat

Bentuk Kumpulan
Pelajar

Bentuk Soalan

Mengumpul
Maklumat

ATSTAR Assessment Process


(Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006)

21

Rajah model di sebelah menunjukkan satu contoh model penaksiran iaitu


penaksiran ATSTAR dipecahkan kepada enam bahagian komponen. Pecahan komponen
proses penaksiran yang pertama ialah membentuk kumpulan pelajar bagi memudahkan
proses penaksiran. Pecahan komponen proses penaksiran yang kedua ialah membentuk
soalan. Selepas pembahagian atau membentuk kumpulan dalam pelajar, soalan akan
dibentuk. Proses yang ketiga ialah mengumpul maklumat yang berkaitan akan dikumpulkan
bersama-sama yang bertujuan untuk memudahkan proses penilaian dan sebagai rujukan.
Proses penaksiran ATSTAR yang keempat ialah proses yang melibatkan usaha
menganalisis semua maklumat yang telah diperolehi mestilah dianalisis terlebih dahulu
sebelum mendapatkan hasil jawapan. Proses ini akan disusuli dengan pecahan proses
penaksiran ATSTAR yang kelima iaitu menghasilkan jawapan, hasil daripada maklumat
yang telah dianalisis sebelumnya.
Proses penaksiran ATSTAR yang ke enam ialah memilih jawapan. Setelah melalui
kelima-lima proses penaksiran yang sebelumnya. Satu jawapan yang tepat dan memuaskan
harus dipilih.
( Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006)

22

iii.

Model Reka Bentuk Pengajaran

Matlamat
Dan
Objektif

Pelajar

Aktiviti
Pembelajaran

Penaksiran
Pembelajaran

Instructional Design Model


(Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006)

23

Rajah model di atas adalah contoh model reka bentuk pengajaran turut melibatkan
proses penaksiran yang direka bentuk untuk pengajaran bagi pelajar.
Dalam reka bentuk model ini terdapat tiga komponen yang mengelilingi pelajar.
Iaitu Matalamat dan objektif merupakan komponen pertama. Komponen yang kedua ialah
komponen yang melibatkan proses penaksiran iaitu penaksiran pembelajaran yang
dilakukan agar dapat mengetahui keputusan pembelajaran yang bersesuian dengan pelajar.
Dan yang terakhir ialah dalam pengajaran kita mengadakan aktiviti pembelajaran untuk
pelajar.
Model reka bentuk pengajaran ini berfokuskan kepada pelajar. Segala proses atau
bentuk pengajaran yang dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar.
(Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006)

24

iv.

An assessment model
Pengenalan awal
( Melalui pemerhatian ,
kebiasaan- dan criteria
ujian rujukan )

Rujukan

Rujukan (termasuk
data daripada
komponen pra
rujukan)

Komponen pra
rujukan

Komponen
selepas rujukan

Penentuan bidang
pengajaran

Dokumentasi tentang
tahap keadaan
sekarang / perlu
pendidikan

Penetuan strategi
pengajaran

Proses RPI

Perlaksanaan
program pengajaran

Kelayakan dan
penempatan keputusan
Penentuan matlamat

Penilaian program
pengajaran

Penentuan objektif
Penilaian matlamat
dan objektif

Mengambil kira terutamanya pemerhatian,


kesalahan analisis, penilaian portfolio,

Mengambil kira termasuk ujian


kebiasaan, menyediakan daftar kriteria-

ujian rujukan, dan kurikulum

barangan secara dagangan dan asas

penaksiran.

kriteria-ujian rujukan, juga termasuk

prosedur nota dalam komponen prarujukan.


(Rujukan : Taylor, R.L. 2000. m/s 45. Assessment Of Exceptional Students
Educational And Psychological Procedures. Allyn and Bacon.)

25

Rajah ini menunjukkan satu contoh model penaksiran yang dibahagikan kepada dua
komponen iaitu komponen prarujukan dan selepas rujukan. Matlamat utama prarujukan
adalah untuk membina dan melaksanakan pengajaran atau program bersifat memulih dan
untuk memantau keberkesanan program dengan melihat perkembangan pelajar.
Komponen ini lebih menghala prosedur penaksiran tidak rasmi, seperti pemerhatian,
kesalahan analisis tentang hasil kerja, penaksiran portfolio, asas penaksiran kurikulum dan
membentuk ujian guru. Ujian rujukan kebiasaan / normal juga digunakan kadang-kadang.
Komponen prarujukan biasanya dilaksanakan oleh guru dalam lingkungan tetapan
pendidikan pelajar sekarang.
Manakala komponen selepas rujukan termasuklah dokumentasi pendidikan dan hasil
dalam keputusan mengenai kebolehan dan penempatan program. Ia juga berkuasa dalam
perkembangan tentang Rancangan Pendidikan Individu (RPI)., objektif strategi pengajaran
dan masa melaksanakan dan menaksir maklamat serta objektif. Komponen ini
memaksukkan kedua-dua penaksiran formal (ujian rujukan normal, menyediakan daftar
barangan secara dagangan dan ujian) sama juga prosedur tidak formal.

26

v.

Model Penaksiran Silih Ganti/Gilir

PENCAPAIAN MATLAMAT
RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU.

PENAKSIRAN
SILIH GANTI/ GILIR

PETUNJUK
LUARAN

UKURAN
SAH

Rajah di atas menunjukkan satu model penaksiran silih ganti atau dikenali sebagai bergilir
yang berbentuk piramid dan mempunyai tiga komponen penting iaitu pencapaian matlamat
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) , ukuran sah dan petunjuk luaran. penaksiran. Untuk
mencapai ke puncak terlebih dahulu melalui dua komponen lain iaitu ukuran yang sah dan
petunjuk luaran.
(Rujukan : http ;/www.yahoo.com. 2006)

27

12.0

STRATEGI PENAKSIRAN (PENDEKATAN PENAKSIRAN, KAEDAH


PENAKSIRAN, TEKNIK PENAKSIRAN DAN AKTIVITI PENAKSIRAN)

12.1

Strategi Penaksiran

Terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan penaksiran
ke atas pelajar. Diantara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru ialah :a.

Ujian Kriteria
Bertujuan untuk menaksir apa yang perlu diajar oleh guru dan menentukan kesan
pembelajaran dan bagaimana cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar.
Contohnya guru boleh membahagikan perkataan ejaan kepada dua kumpulan bagi
menentukan penggunaan pelbagai deria sama ada strategi yang digunakan adalah
sesuai atau tidak dengan melihat respon pelajar-pelajar tersebut

b.

Pemerhatian Sistematik
Pemerhatian sistematik adalah cara yang terbaik kepada seseorang guru untuk
menentukan cara pelajar dapat belajar secara optima. Guru perlu merekodkan lebih
daripada satu tingkah laku khusus. Maklumat menentukan bagaimana mengajar
kebiasaanya terhasil secara memerhati peristiwa terdahulu dan kesan akibatnya.
Contoh :-

c.

i.

Apa yang mengdahului tingkah laku

ii.

Tingkah laku pelajar

iii.

Ekoran tingkah laku (tindakan guru)

Menanda Carta
Menghasilkan carta yang memberi maklumat yang berfaedah bagi menentukan
bagaimana pelajar perlu diajar. Carta yang dikumpulan dapat menentukan
perkembangan harian pelajar serta dapat menentukan secara pengesanan rekod graf.
Graf tersebut berguna untuk mengukur perkembangan pelajar bagi sesuatu jangka
masa tertentu. Guru dapat menganalisis corak graf tersebut dan membuat keputusan

28

perubahan kepada mana-mana peristiwa terdahulu dan akibatnya. Carta ini biasanya
digunakan untuk menentukan apa yang diajar perlu dan melalui carta ini juga dapat
mendorong sebahagian pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka.

12.2

Kaedah Penaksiran

a.

Kesediaan Murid
Murid mesti diberi peluang, iaitu mesti menjalani MOPEN dalam Program
Pendidikan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

b.

Terbuka
Murid atau pihak ibu bapa murid berkenaan perlu diberitahu tentang tahap
keupayaan dan kebolehan anak mereka selepas penaksiran dijalankan agar ibu bapa
turut membantu memperkembangkan kebolehan anak mereka. Dengan kata lain
pentaksir memerlukan kebenaran daripada pelajar dan ibu-bapa yang berkenaan.

c.

Saksama
Murid yang dinilai mestilah diberi masa yang sesuai dengan keupayaan dan jenis
kecacatan mereka. Pentaksir tidak dibenarnya mempunyai masuk sebelah pihak.
Dan masa yang diberikan adalah sesuai dengan tahap yang dialami.

12.3

Proses Penaksiran

Terdapat dua bentuk atau cara penaksiran yang boleh digunakan untuk membuat penaksiran
ke atas kanak-kanak khas iaitu penaksiran secara individu dan kumpulan. Penaksiran
secara kumpulan akan dijalankan sekiranya ia melibatkan banyak sekolah dan ianya
menggunakan ujian yang standard. Kedua-dua bebtuk penaksiran ini akan melibatkan
proses berikut :-

29

PENAKSIRAN
UJIAN
DATA YANG TEPAT TAJUK PRESTASI PENYAMPAIAN
KEPUTUSAN
POLISI
MANFAAT PELAJAR
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Berdasarkan gambarajah ini, dapatlah dinyatakan dalam membuat penaksiran


terhadap kanak-kanak berkeperluan khas, ujian hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk
mendapatkan data kanak-kanak tersebut. Setelah ujian dijalankan dan data diperolehi,
penaksir boleh membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Data yang diperolehi itu
mestilah tepat yang mununjukkan prestasi pencapaian kanak-kanak tersebut. Kemudian,
keputusan itu akan digunakan oleh pembuat ujaran atau penaksir untuk membuat polisi
tertentu supaya kanak-kanak dimanfaatkan dan diberi perkhidmatan pendidikan khas yang
terbaik.

PENAKSIRAN INDIVIDU.
Penaksiran yang dijalankan terhadap seseorang kanak-kanak sahaja yang bertujuan ubtuk
mendapat dan mengumpulkan maklumat tentang seseorang kanak-kanak khas. Ini bertujuan
untuk melihat prestasi pencapaian

mereka dan seterusnya menentukan perkhidmatan

penempatan. Kanak-kanak tersebut ke program pendidikan khas. Penaksiran secara


individu juga dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan keputusan yang tepar mengenai
seseorang individu khas.

30

PENAKSIRAN SECARA KUMPULAN.


Penaksiran yang dijalankan terhadap seseorang kanak-kanak dalam bentuk kumpulan yang
melibatkan beberapa orang kanak-kanak. Tujuan utama penaksiran secara kumpulan ialah
menentukan sama ada kanak-kanak memerlukan penaksiran lanjutan atau pun tidak.
Penaksiran ini biasanya menggunakan ujian-ujian standard yang mana ia direka
beradsarkan prestasi satu kumpulan populasi yang dinamakan norma, biasanya terdiri
daripada kanak-kanak norma.

PERBEZAAN PENAKSIRAN KUMPULAN BERBANDING INDIVIDU


i.

Dari segi format.


Dalam penaksiran secara kumpulan adalah berbentuk satu set ujian yang mana ia
perlu diambil sekali sahaja oleh seseorang kanaka seperti peperiksaan PMR dan
SPM. Ia juga berbentuk sub kala atau sub ujian yang perlu diambil dalam masa
setting iaitu ujian yang sama tetapi diambil dari tempat yang berlainan.

ii.

Pemberian skor
Dalam penaksiran secara kumpulan, skor IQ yang diberikan kepada pelajar adalah
secara global atau skor berdasarkan sub kala.

iii.

Ada 2 bentuk pemarkahan tambah diberi.


Dalam penaksiran secra kumpulan,terdapat bentuk penaksiran tambahan yang
digunakan iaitu speed test dan power test.
Speed test ialah ujian kelancaran. Ujian ini perlu disiapkan dalam masa yang
singkat, tetapi markah yang diberikan adalah tinggi. Contoh : Pelajar dinilai dari
segi kepantasan dalam menjawab soalan dan menjalankan aktiviti kemahiran yang
diberikan.

31

Power test ialah kebolehan pelajar menjawab soalan dari segi kematangan
dengan memberikan markah yang tinggi.Contoh : Pelajar dapat menjawab soalan
dengan betul ataupun salah.

12.4

Aktiviti Penaksiran

Terdapat beberapa contoh aktiviti yang dijalankan untuk mentaksir pelajar-pelajar


bermasalah pembelajaran. Diantaranya ialah :i.

Aktiviti Penilaian (assessment)


Pendekatan data dan menggunakan instrumen melibatkan teknik:

ii.

a.

Temuduga

b.

Ujian formal dan tidak formal

c.

Pemerhatian klinikal

d.

Pemerhatian

Aktiviti Preskriptif
Aktiviti ini berpandukan kepada prosedur yang dinyatakan dalam data penilaian dan
rumusan diagnostik yang dapat menentukan kecacatan dan perkaitannya serta
perkhidmatan yang diperlukan.

iii.

Aktiviti Diagnostik
Menentukan kecacatan, mengenal pasti dan punca kecacatan yang melibatkan
teknik:
a.

Diagnostik, pemerhatian

b.

Sesi soal jawab

32

13.0

PENENTUAN PENANDA ARAS PADA KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS.


(Rujuk jadual penanda aras seperti yang disenaraikan)

14.0

CARA PENGGUNAAN MOPEN

14.1.1 Apa Itu Manual Modul Pentaksir Kemahiran Hidup (Mopen Kemahiran Hidup)
Dalam konteks pendidikan instrumen pendidikan boleh didefinisikan sebagai alat yang
digunakan untuk menguji atau mengkaji serta mengukur kebolehan dan ketidakmampuan
individu yang dikaji. Selain itu juga ianya digunakan untuk membuat pertimbangan
berhubungan sesuatu produk proses pendidikan.
Manual modul pentaksir kemahiran hidup adalah satu bentuk dokumen yang
berkaitan dengan penentuan tahap kemahiran pelajar dalam kemahiran hidup dimana ia
mengandungi maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam kemahiran hidup dan
juga prosedur perlaksanaan pentaksiran tersebut.

14.1.2 Tujuan Manual Pentaksir Kemahitran Hidup Diperkenalkan


Sejajar dengan falsafah pendidikan khas yang mengutamakan tentang kemahiran
pengurusan diri dan juga berdikari bagi kanak-kanak berkeperluan khas, kewujudan manual
mopen KH ini, adalah untuk memberi pemahaman dan pengetahuan serta panduan kepada
pentafsir dan penggunaknya supaya kaedah dan strategi ini

boleh dijalankan dalam

keadaan yang selaras bagi menjamin kemanfaatan yang akan diperolehi oleh pelajarpelajar khas.

14.1.3 Kandungan Manual Mopen Kemahiran Hidup

33

Manual MOPEN kemahiran hidup adalah dokumen yang mengandungi beberapa bahagian
iaitu :-

14.2

i.

Pengenalan

ii.

Konsep Manual MOPEN Kemahiran Hidup

iii.

Perlaksanaan Manual MOPEN Kemahiran Hidup

iv.

Pengoperasian Manual MOPEN Kemahiran Hidup

v.

Pemantauan

vi.

Lampiran

Konsep

14.2.1 Apa Itu Mopen Kemahiran Hidup


Dalam konteks pendidikan instrumen pentaksiran ialah perkara yang digunakan dalam
menentukan, mendapat dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan berhubung produk sesuatu proses pendidikan. MOPEN Kemahiran Hidup ini
ialah satu bentuk instrumen bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran
seharian dalam kehidupan iaitu kemahiran hidup yang melibatkan aktiviti menternak atau
pemeliharaan haiwan, mendobi, menjahit dan sebagainya. MOPEN KH berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran hidup.

14.2.2 Bagaimana Mopen Kemahiran Hidup Dirancang.


Perancangan dibuat dari peringkat membuat perincian terhadap Huraian Sukatan Pelajaran
dan dimoderatkan yang merujuk kepada perkara berikut :i.

Pelajar yang dikenalpasti atau ditakbir

ii.

Bila pentaksiran dibuat

iii.

Kekerapan

34

iv.

Prosedur pentaksiran

v.

Pembinaan instrumen pentaksiran

vi.

Pembinaan skema penskoran.

14.2.3 Ditadbir Di Peringkat Sekolah


Ditakbir secara langsung oleh pihak yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran hidup
bertujuan untuk mencapai maklamat iaitu berjaya mengumpul maklumat pentaksiran yang
dijalankan.

14.2.4 Penskoran Diperingkat Sekolah


Penskoran bermaksud memberikan skor secara kuantitatif kepada item-item yang
ditaksirkan berdasarkan skema yang telah dibina. Penskoran ini mengambarkan tahap
penguasaan pelajar.

14.2.5 Bagaimana Pelaporan Dibuat


Pelaporan dibuat berdasarkan

kepada penskoran yang diberikan iaitu setelah proses

penganalisian serta merumus skor oleh pentaksir dilaksanakan. Ianya juga penganalisian
serta merumuskan skor oleh pentaksir dilaksanakan. Ianya juga merupakan satu bentuk
proses mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan pelajar tersebut. Rumusan dibuat
diperingkat sekolah untuk dijadikan satu maklumat untuk merancang hala tuju pengajaran
dan pembelajaran pelajar tersebut dalam Kemahiran Hidup.

14.2.6 Kerangka Mopen Kemahiran Hidup

35

Kerangka MOPEN Kemahiran Hidup merujuk kepada ketetapan dalam pentaksiran itu
sendiri yang melibatkan proses kuantitatif dan juga pentaksiran itu.
i.

Kuantitatif MOPEN Kemahiran Hidup merujuk kepada item yang


ditaksir iaitu elemen yang terdapat di dalam perincian Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP)

ii.

Kuantitatif merujuk kepada dasar pentaksir di mana pentaksiran


dijalankan berasarkan perincian HSP yang telah ditetapkan untuk
menentukan tahap pencapaian pelajar.

14.2.7 Dimoderatkan
Setiap pelajar ditaksirkan berdasarkan aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama. Tiada
perbandingan dilakukan terhadap prestasi antara pelajar.

14.3

Ciri-Ciri Mopen Kemahiran Hidup

14.3.1 Berasaskan Kurikulum - CBA


Pentaksiran berasaskan kulrikulum (CBA) ialah satu bentuk pentaksiran berdasarkan bahan
kurikulum di mana ianya melibatkan setiap perincian di dalam HSP sebagai dasar.
Perancangan terhadap pentaksiran hendaklah dilaksanakan dari peringkat pengubalan
perincian kurikulum sehinggalah kepada pengumpulan maklumat daripada skor-skor yang
diperolehi daripada item-item yang ditaksirkan. Maklumatnya dijadikan dimensi bagi
perancangan dan pembelajaran seterusnya.

14.3

Mengapa Mopen Kemahiran Hidup Diperkenalkan

36

Bertujuan untuk membantu guru-guru atau sesiapa sahaja yang berkenaan untuk
menentukan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Daripada
maklumat yang diperolehi daripada MOPEN juga, guru dapat mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan setiap pelajarnya.

14.4

Bagaimana Mopen Kemahiran Hidup Dihasilkan.

Diantara langkah-langkah yang diambil untuk untuk menghasilkan MOPEN ialah :i.

Membuat penganalisaan dan perincian Sukatan Pelajaran dan Huraian


Sukatan Pelajaran mata pelajaran Kemahiran hidup

ii.

Membuat penelitian dan penyemakan semula

iii.

Menentukan elemen yang dijadikan bahan pentaksiran berdasarkan


kepada perincian HSP yang telah dikemaskini.

iv.

Menentukan elemen dan aspek-aspek yang dikuasai oleh setiap pelajar.

v.

Menentukan aspek-aspek dalam perincian HSP yang perlu dijadikan


sabagai bahan pentaksiran secara lisan atau tulisan

vi.

Menentukan bentuk instrumen serta skema penskoran pentaksiran

vii.

Menetapkan aspek yang perlu dijelmakan di dalam insrtumen


pentaksiran

viii.

Membina instrumen pentaksiran berdasarkan perincian HSP

ix.

Menetapkan prinsip untuk menskor, merekod, merumus dan melaporkan


dapatan pentaksiran

x.

Membina skema penskoran

xi.

Membina petunjuk prestasi

xii.

Menerangkan bagaimana pentadbiran, penyelarasan dan pemantauan


MOPEN KH dilaksanakan.

37

14.5

Cara Mopen Kh Dilaksanakan

MOPEN Kemahiran Hidup dilaksanakan berdasarkan proses yang berikut :-

14.6

i.

Pengenalan

ii.

Perancangan

iii.

Pentadbiran

iv.

Pengoperasian

v.

Penyelarasan

vi.

Pemantauan

Kerangka

Apa Yang Ditaksir


Pentaksiran dalam MOPEN Kemahiran Hidup adalah berasaskan kurikulum (CBA) yang
melibatkan pentaksiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan kepada
perincian HSP. Dalam MOPEN kemahiran Hidup, apa yang ditaksirkan ialah seperti rajah
berikut :Komponen
Kemahiran Hidup

Memasak, Menternak Haiwan, Menjahit, Berkebun, Mondobi

38

14.7

Objektif Mopen Kemahiran Hidup (Memelihara Haiwan)


i.

Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran-kemahiran


asas dalam aktiviti penternakan

ii.

Mengenalpasti tahap pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam


kemahiran asas menternak dan peralatan yang digunakan untuk menternak.

iii.

Memberi maklumat bagi merancang seterusnya pengajaran dan


pembelajaran dalam komponen kemahiran hidup khususnya menternak.

iv.

Memberi maklumat bagi membantu pelajar mengisi masa lapang dengan


aktiviti yang berfaedah.

14.8

Pelaksanaan

14.9.1 Pelan Pelaksanaan Mopen Kemahiran Hidup (Memelihara Haiwan)


i.

Perincian dijalankan secara praktikal

ii.

Pentaksiran dijalankan secara diagnostik di mana ianya dijalankan


sebelum pengajaran dimulakan bertujuan untuk mengesan kelemahan pelajar

iii.

Arahan diberikan oleh guru secara lisan dan tulisan

iv.

Guru berperanan secara fasilitator, pengawas dan pemeriksa.

v.

Pelajar yang telah mencapai tahap maksima akan meneruskan instrumen


yang selanjutnya. Dan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap minimun
akan dibantu dan dibimbing sebelum mengulangi instrumen yang sama.

vi.

Instrumen ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu.

39

14.9.2 Mentadbir Mopen Kemahiran Hidup(Memelihara Haiwan)


Instrumen ini akan dipertanggunjawabkan oleh guru kemahiran hidup yang perlu
diselia oleh seseorang atau orang yang berpengalaman sebagai pembantu atau
pemerhati.Hal in bertujuan untuk menjamin tiada unsur ketidakbolehpercayaan
instrumen tersebut. Selain itu juga pentaksir perlu memberi masa yang secukupnya
kepada respondan untuk menjawab. Selain itu juga arahan guru mestilah jelas dan
memberi kefahaman kepada pelajar.

14.9.3 Kaedah Membina Mopen Kemahiran Hidup


Instrumen dalam konteks pentaksiran merujuk kepada kaedah, pendekatan atau
mekanisme bagi mendapatkan bukti tentamg penguasaan suatu aspek kemahiran
pada diri pelajar yang akan dinilai dalam proses pentaksiran. Membina instrumen
akan melibatkan proses mereka bentuk kerangka iaitu kesesuaian item yang ditaksir.
Memilih item ialah proses menghasilkan satu unit instrumen yang akan digunakan
untuk mendapatkan bukti dalam pentaksiran.

14.9.4 Kaedah Membina Skema Penskoran


Skema penskoran digunakan dalam pentaksiran sebagai panduan bagi membuat
keputusan terhadap prestasi pelajar yang ditunjukkan oleh bukti yang dipamerkan
melalui instrumen yang digunakan. Skor ini akan memperihalkan tahap pencapaian
pelajar dalam konteks MOPEN kemahiran Hidup. Hal ini membolehkan pentaksir
membandingkan tahap penguasaan atau pencapaian pelajar dengan kriteria yang
ditentukan. Skema penskoran ini menyediakan maklum balas bagi sesiapa yang
berkenaan tentang apakah langkah seterusnya yang perlu dijalankan terhadap pelajar
berkenaan.

40

14.9.5 Keperluan Penskoran.


Keperluan yang perlu ada pada seseorang pentaksir atau guru bagi memberi skor
terhadapn respon pelajar ialah :i.

Respon atau jawapan pelajar

ii.

Perincian HSP

14.10 Perumusan Skor


14.10.1

Kaedah Merekod Skor


Pentaksir mestilah merekod skor pelajar dalam Borang Skor Individu.

14.10.2

Kaedah Merumus Skor


Maklumat yang dikutip daripada skor haruslah dirumus dan ditafsirkan bagi
mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran asas komponen
Kemahiran Hidup. Skor yang dihasilkan akan memberi gambaran yang jelas
tentang :

i. Tahap penguasaan pelajar serta kekuatan serta kemahan pelajar.


ii. Perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Oleh itu kaedah merumus skor akan berdasarkan skor yang
diperolehi oleh pelajar.
Skor yang dirumus akan menunjukkan sama ada pelajar itu bersedia
untuk sesi pengajaran atau sebaliknya yang mana akhirnya perlu dirumus

41

bahawa setiap pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya skor 3


daripada skor maksimun iaitu 6.

14.10.3

Kaeadah Melapor Dapatan Pentaksiran.


Melaporkan dapatan pentaksiran ialah satu proses menyampaikan atau
mempamerkan hasil aktiviti pentaksiran kepada sesiapa yang berkenaan.
Secara amnya laporan dapatan pentaksiran haruslah jelas, tepat dan
mempunyai nilai yang praktikal kepada sesiapa yang menggunakannya.
Secara khususnya laporan dapatan pentaksiran yang dijalankan di sekolah
haruslah :
i. Mengandungi pernyataan yang jelas tentang item-item yang diukur.
Penyataan itu berdasarkan kepada skor yang diperolehi.
ii. Lengkap dengan huraian yang menunjukkan pelajar yang ditaksirkan itu
belum atau sudah atau dapat meneruskan kemahiran yang seterusnya
serta perancangan yang dirancang bagi membantu pelajar berkenaan.
Borang

skor

individu

digunakan

bagi

melaporkan

dapatan

pentaksiran.

14.11 Pengoperasian
14.11.1Penggunaan Mopen Kemahiran Hidup (Pentenakan)
Proses pengajaan dan pembelajaran komponen kemahiran hidup penternakan
adalah berpandukan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengandungi kemahiran-kemahiran asas
yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar khas. Manakalan guru juga perlu
membuat perincian yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Bagi
menguji tahap kelemahan dan kekuatan pelajar, satu instrumen telah dibina

42

di peringkat sekolah untuk membuktikan tentang tahap penguasaan pelajar


yang sebenar.
MENGORGANISASIKAN PELAKSANAAN MOPEN KEMAHIRAN HIDUP
KOMPONEN KEMAHIRAN HIDUP
SUKATAN PELAJARAN / HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
(Menternak, Memasak,Menjahit,Berkebun. Mendobi Dan Bertukang)

PERINCIAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


PEMBINAAN INSTRUMEN

Bila mentaksir
Sebelum P&P
Hari dan waktu ditetapkan
oleh pentadbir

Pentadbir
Guru serta satu atau lebih
pembantu/penyelia

Dapatan
Dirumus melalui skor yang
diperolehi

14.11 Mengoperasian
Terdapat beberapa kaedah operasi yang boleh digunakan. Diantaranya ialah :i.

Menskor respons
Guru akan memberi skor kepada respons yang baik secara bertulis atau
praktikal.

ii.

Merekod skor
Skor pelajar akan dicatatkan dalam borang Skor Individu untuk disimpan
bertujuan untuk merumus menyelaras, rujukan bagi pihak guru untuk
membantu pelajar dari segi peningkatan prestasi serta tujuan tujuan lain.

43

iii.

Merumus skor
Guru perlu membuat keputusan sama ada pelajar berkenaan memerlukan
bimbingan atau sebaliknya.

iv.

Melapor Dapatan Laporan perlu dibuat berdasarkan huraian daripada skor


yang diperolehi oleh pelajar. Laporan perlu jelas, tepat dan memberi
kefahaman kepada sesiapa yang membacanya.

14.12 Pentadbiran Pengekodan


i.

Pentadbiran dalam pengekodan perlu dibuat dan direkod dalam Borang


Skor Individu bagi setiap pelajar. Pihak sekolah perlu membuat salinan
untuk kegunaan guru yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan
MOPEN KH menternak

ii.

Pentafsir perlu memberi skor kepada pelajar.

iii.

Pentafsir perlu menyimpan borang tersebur bersama bukti sebagai rekod


bagi setiap pelajar.

iv.

Semua rekod individu pelajar perlu dirumus bagi penyelarasan dan


pengesahan.

v.

Penyelaras perlu menyemak serta mengesahkan skor dalam Borang Skor


individu dan rumus dalah betul kemudian diperakui.

vi.

Salinan asal Borang Skor Individu yang telah siap lengkap mesti
dikumpul dan disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan.

44

14.14 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Perlaksanaan Mopen


1.

Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Kementerian Pelajaran akan menyerahkan modul yang mengadungi MOPEN


Kemahiran Hidup (memelihara haiwan) kepada Jabatan Pendidikan Negeri
mengikut jumlah sekolah rendah dan keperluan yang diperlukan.

JPN diberi tanggungjawab untuk mengedarkan manual ini ke sekolahsekolah rendah di bawah pentadbiran masing-masing.

Segala perbelanjaan pengedaran ditanggung oleh JPN sendiri.

JPN akan menyerahkan satu atau dua naskhah modul MOPEN Kemahiran
Hidup (memelihara haiwan) bergantung kepada gred sekolah.

JPN bertanggungjawab untuk mengedar MOPEN dan modul Kemahiran


Hidup (memelihara haiwan) tersebut ke sekolah-sekolah rendah bawah
pentadbiran masing-masing.

JPN memberi taklimat di peringkat negeri.

Menyelaraskan pelaksanaan Program Pendidikan Khas dan Pelaksanaan


MOPEN Kemahiran Hidup (memelihara haiwan)

Menerima rumusan berkaitan dengan tahap penguasaan Kemahiran hidup


pelajar.

Membuat rumusan tentang tahap penguasaan kemahiran asas pendidikan ini


dengan menggunakan Borang Rumusan Penentu Penguasaan.

Bertanggungjawab menghantar rumusan di atas ke Kementerian mengikut


jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu bertanggungjawab memastikan MOPEN Kemahiran Hidup


(memelihara haiwan) dan pelaksanaannya adalah mengikut prinsip-prinsip
dan prosedur-perosedur-prosedur

yang telah ditetapkan dalam modul

MOPEN Kemahiran Hidup.

45

2.

Peranan Guru Besar

Memberi kerjasama dalam perlaksanaan MOPEN KH dari masa ke semasa


dan memastikan ianya berjalan lancar

3.

Penyelaras

4.

Memberi kerjasama kepada pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Peranan Guru Penaksir

Guru penaksir yang dimaksud kan dalam konteks ini ialah guru pendidikan
khas yang ditugaskan melaksanakan MOPEN KH (memelihara haiwan)
bertanggungjawab menghadiri taklimat MOPEN KH atau Pendidikan Khas
sama ada pada peringkat sekolah/bahagian/negeri.

Guru

penaksir

yang

dilantik

bagi

mengendalikan

MOPEN

bertanggungjawab untuk memastikan bilangan buku instrumen

KH
yang

mencukupi dengan jumlah murid yang ditaksir.

Memastikan pelajar dapat menggunakan MOPEN KH setiap tahap iaitu dari


tahap yang paling mudah kepada yang paling susah.

Guru penaksir bertanggungjawab memberi penskoran kepada setiap respon


murid berpandukan skema penskoran tanpa ada sebarang bias dan
merumuskan skor dengan menggunakan BSI

46

14.15 Pemantauan
14.15.1

Konsep Pemantauan Dan Prinsip Pemantauan


Pemantauan bermaksud proses yang dijalankan untuk mendapatkan
maklumat tentang perlaksanaan sesuatu program dan sama ada perlaksanaan
itu mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya. Pemantauan penting
bagi mengenalpasti masalah dan keberkesanan program yang ditetapkan.

14.16 Tugasan Dan Tanggungjawab Pemantau

Pemantauan dijalankan untuk memastikan pihak sekolah terutamanya


penyelarasan program menjalankan MOPEN KH

Tugas pemantau boleh dilakukan oleh Jemaah Nazir sekolah, Jabatan


Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri/Daearh atau mana-mana
bahagian dalam Kementerian Pelajaran

Pemantauan adalah tidak terhad iaitu pada bila-bila masa.

14.17 Etika Pemantauan


i.

Pemantauan perlu mengadakan perbincangan sebelum dan selepas


pemantauan dijalankan

ii.

Pemantauan boleh dijalankan apabila pentaksir dijalankan

iii.

Pemantauan tidak dibenarkan duduk bersama untuk menjalankan


pentaksiran.

47

Anda mungkin juga menyukai