Anda di halaman 1dari 3

Objektif Kerja Kursus

Memperlengkapkan guru permulaan dengan pengetahuan dan kemahiran bahasa


Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan betul mengikut tatabahasa
bahasa Melayu, peraturan sosial dan amalan komuniti bahasa Melayu.
1. Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa berkomunikasi dalam
pelbagai situasi.
2. Menyampaikan idea secara tersusun dan jelas dengan menggunakan wacana
yang betul mengikut bidang semasa berkomunikasi.
3. Menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi lisan dengan yakin dan berkesan.
Tugasan Kursus (100%)
Dalam kehidupan bermasyarakat, manusia selaku ejen perubahan sosial biasanya tidak
dapat hidup secara bersendirian. Setiap urusan harian sama ada yang bersifat formal
atau tidak formal yang dilakukan oleh manusia pasti akan melibatkan hubungan dan
interaksi dengan manusia lain. Ketiadaan komunikasi yang berkesan membawa banyak
masalah dalam masyarakat. Komunikasi yang berkesan dapat dicapai menerusi
hubungan baik antara penyampai dan penerima yang saling mengetahui, memahami,
menghargai dan menghormati.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan dan huraikan tentang
1. Bahasa dalam komunikasi. (Tugasan individu 40%)

Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu daripada komunikasi


bertulis yang berikut:
i

Ucapan

ii

Ceramah

iii

Syarahan

iv

Pidato

Skrip Pengacaraan Majlis

2. Pengucapan Awam.

(Tugasan kumpulan 40%)

Secara kumpulan (3 orang) anda dikehendaki melaksanakan satu simulasi


Forum Perdana dengan tajuk-tajuk berikut:
i

Budaya merokok dalam kalangan murid sekolah, apa tindakan


masyarakat kini?

ii

Merotan anak; wajarkah ibu bapa dipenjarakan?

3.

iii

Melentur buluh biar masa rebungnya satu budaya mendidik yang betul.

iv

Kerjaya guru sudah tidak dihormati, salah siapa?

Refleksi (20%)

Penulisan refleksi dengan menyatakan bagaimana tugasan dan aktiviti yang


dijalankan dapat memberi impak kepada anda dalam merealisasikan Bahasa
Melayu di Malaysia.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Teks ucapan mestilah mengandungi300-400 patah perkataan . Durasi masa yang
ditetapkan bagi penyampaian ucapan tersebut tidak kurang lima minit dan tidak
melebih tujuh minit.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.
Font Arial
ii.
Saiz huruf ialah 12
iii.
Langkau satu setengah baris.
iv.
Rujukan mengikut format APA
v.
Lampiran
vi.
Pada kulit luar, perkara-perkara yang berikut hendaklah ditulis;
- Nama pelajar
- No.Kad Pengenalan
- Kumpulan/Unit
- No. Angka Giliran
- Kod dan Mata pelajaran/subjek
- Nama pensyarah
- Tarikh menghantar tugasan
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 100%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Memenuhi syarat-syarat dan format pengucapan umum yang telah ditetapkan.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
a. Penyampaian teks pengucapan haruslah mengandungi unsur-unsur ideaidea asas, gaya atau bahasa, pengolahan, penyampaian dan kemampuan
bercakap melalui daya ingatan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi teks pengucapan perlu jelas dan koheren.
Penulisan teks pengucapan harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan
hujah.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai